Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PEDAS-PEDAS CILI API
Thursday, August 31, 2006
KEBEBASAN KEHAKIMAN

Cili Api mengaku berasa gembira kerana cerita tentang penyingkiran Hakim Negara, Salleh Abbas dan dua orang lain, Hakim Pawanteh dan Hakim Seah, mulai terbongkar. Ini ekoran desakan Majlis Peguam supaya peristiwa ini dikaji semula.

Selepas desakan itu, Hakim Negara sekarang, Fairuz Sheikh Halim, membuat kenyataan beliau ingin melihat kehakiman menjadi institusi yang bebas, tidak terikat kepada kerajaan. Ini merupakan hampir kemuncak kepada rentetan peristiwa yang bermula beberapa bulan lalu, manakala bekas Hakim Syed Aidid membongkar “surat layang” beliau menuduh amalan korupsi yang terdapat di kalangan sebilangan Hakim.

Cerita "surat layang", yang sebenarnya bukan surat layang, kerana sipenulis memberikan namanya, kini boleh dikatakan sudah tenggelam. Yang timbul luas ialah kenyataan serta temuramah yang diberikan oleh bekas Hakim Negara Salleh Abbas. Ini sudah hampir-hampir kemuncak. Cili Api kira kemuncaknya akan sampai sekiranya kajian semula sepenuhnya dilakukan ke atas penyingkiran Salleh Abbas dan dua Hakim itu.

Dari dulu sampai sekarang banyak jari menuding kepada mantan PM Dr Mahathir Mohamad sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap penyingkiran itu. Tetapi berikutan temuramah Salleh Abbas, Mahathir membuat kenyataan menafikan beliau yang menyingkir Salleh bersama dua orang Hakim itu.

Dari segi teknikal memang betullah. Hakim Negara Salleh dilucutkan jawatannya selepas didapati bersalah oleh sebuah panel. Ada orang berkata waktu itu, anggota panel tersebut terdiri daripada "the best that money can buy" (yang terbaik boleh dibeli dengan wang). Siapa yang menentukan anggota panel itu? Tanyalah Mahathir. Tapi bisik-bisik saja. Jangan kuat, takut ampai orang lain dengar.

Kasihan mantan PM. Sejak dia membuka silat mencabar PM Abdullah penggantinya, macam-macam tembelang mulai pecah. Itu nasibnya bila tidak PM lagi. Tetapi beliau masih terus. Tidak mahu undur. Sebabnya? Seperti katanya, kalau berundur bererti mengaku salah. Tetapi seperti yang dimaksud dalam Quran, "Apabila datang kebenaran, luputlah kepalsuan". Cili Api akan tunggu untuk melihat mana benar dan mana palsu.

Cili Api gembira semua ini berlaku sebab berikutan penyingkiran tiga orang Hakim kanan itu, institusi kehakiman di negara kita bukan saja menjadi lemah, dan hakim-hakim menjadi penakut, Exekutif (kabinet), atau lebih tepat PM, kuat berkuasa.

Cili Api angkat tabik kepada Salleh Abbas apabila beliau berkata beliau hendak peristiwa penyingkirannya dikaji semula bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk menegakkan semula kebebasan kehakiman.

NAJIB BEREVOLUSI

Cili Api terpegun sekejap bila membaca kepala berita sebuah akhbar, DPM Najib Razak menyeru supaya rakyat berevolusi. Maklum sajalah. Najib sudah lama diam dan tidak muncul dalam media. Jadi, bila muncul, Cili Api sangka tentu ada sesuatu yang besar hendak diumumkan.

Cili Api sangkakan Najib menyuruh ahli-ahli Umno memulakan revolusi menjatuhkan PM Abdullah Badawi supaya dia cepat menjadi PM. Rupanya tidak. Najib menyeru supaya diadakan Revolusi Tandas! Baru keluar dari tandas mana?

Manakala Kerajaan manaikkan harga minyak beberapa bulan lalu, Najib menyeru supaya rakyat mengubah cara hidup. Mengubah cara hidup itu boleh dianggap sebagai satu revolusi juga, bukan? Sama seperti mengubah mental dianggap sebagai Revolusi Mental. Tetapi Najib tidak boleh menyeru memulakan Revolusi Rakyat untuk mengubah cara hidup rakyat. Najib tahu, kalau ada revolusi rakyat, dia sendiripun akan hanyut.

Najib tahu juga lebih selamat jikalau beliau bercakap tentang Revolusi Tandas. Apabila bercakap tentang tandas, tentulah kita bercakap tentang najis cair dan keras yang dibuang di dalam atau di keliling tongnya. Tetapi ada najis-najis lain, seperti korupsi, penyelewengan dan maksiat. Najis is biasanya di luar tandas, tetapi agaknya mungkin berlaku dalam tandas juga. Betul tidak Najib?

Ramai pemimpin kerajaan sekarang ini bergelumang dengan najis-najis di luar tandas itu, terutama sekali korupsi. Cili Api lebih gembira jikalau Najib memulakan tindakan mengubah diri sendiri dan juga pemimpin-pemimpin Kerajaan bersamanya untuk berevolusi menghapuskan najis luar tandas itu. Nak panggil ini apa? Revolusi Najis atau Revolusi Suci? Terserahlah kepada siapa yang menulis ucapan dan mencipta slogan!

Berbalik kepada Revolusi tandas itu, Cili Api memang menyokong juga. Cili Api tahu benar, bukan saja tandas awam, tetapi tandas di pejabat-pejabat kerajaan, di mahkamah-mahkamah, di hotel-hotel dan juga di pusat-pusat perniagaan, banyak juga yang cemar. Bukan saja najis tersumbat atau berselerak pada pot. Tetapi terdapat juga bermacam-macam lukisan dan tulisan lucah di dinding.

Najib bermadah, tandas kotor menunjukkan peradaban rendah. Cili Api kurang setuju. Sebab tandas paling bersih ialah di tepi sungai. Tetapi tidak bererti masyarakatnya mempunyai peradaban tinggi. Tapi tidak guna berbalah tentang hal ini.

Cili Api pernah mendengar satu teori. Tandas kotor ada kaitannya dengan masyarakat yang terkongkong, tidak mempunyai ruang kebebasan. Sebab tiada ruang lain untuk membantah, mereka membantah dalam tandas. Cili Api pun tidak setuju dengan teori ini. Tetapi buat apa bertengkar? Lebih baik pantau saja Najib dengan revolusi tandasnya.

MEMARTABATKAN WANITA

Cili Api selalu mendengar orang mengatakan martabat wanita dalam negara ini tidaklah begitu rendah, disbanding dengan keadaan di banyak negara sedang membangun. Akan tetapi, bila bercakap-cakap dengan wanita yang aktif dan sedar memperjuangkan hak mereka, masih banyak lagi kekurangan yang terdapat.

Ada di antara mereka, melalui NGO yang mereka sertai cuba mempengaruhi Kerajaan membuat perubahan. Mereka sering melakukan demikian melalui Menteri Wanita, sebab kabarnya beliau ini kekurangan idea, tetapi tidak bodoh sombong dan mahu mendengar orang lain juga sedikit.

Selain itu, dalam banyak hal fikiran yang dikemukakan oleh parti-parti pembangkang mengenai hak dan taraf wanita lebih maju daripada pandangan yang dipegang oleh kebanyakan pemimpin parti Kerajaan. Itu sebab kita lihat, dalam manifesto bersama parti-parti pembangkang untuk pilihanraya tahun 1990 dan 1998, soal wanita mendapat kedudukan teristimewa.

Mungkin semua ini menimbulkan kesedaran di kalangan pimpinan Kerajaan. Beberapa modal pembangkang telah diambil oleh Umno-Bn menjadi modal mereka sendiri. Baru-baru ini Cili lihat dalam media, PM Abdullah membuat pengumuman kabinet bersetuju membentuk tiga jawatankuasa untuk mengkaji peraturan serta undang-undang berkaitan dengan gender – khusus taraf wanita.

Salah satu dari jawatankuasa ini akan mengkaji undang-undang berhubung pekerjaan.Cili Api tahu ramai wanita sangat prihatin tentang soal pekerjaan. Sekarang ini wanita yang berkelulusan dan berkebolehan tinggi bertambah; dalam beberapa sektor wanita lebih ramai daripada lelaki.

Mereka bukan saja mahu peluang pekerjaan yang sama dengan lelaki, bahkan mahu lebih banyak peluang jawatan tertinggi dibuka kepada mereka daripada sekarang. Selain peluang pekerjaan, mereka juga mengambil berat tentang syarat-syarat perkhidmatan, terutama sekali yang melibatkan cuti bersalin dan sebagainya.

Tetapi, pihak Kerajaan masih belum dapat memenuhi banyak tuntutan wanita. Misalnya, tuntutan wanita agar sekurang-kurang jawatan untuk wanita dalam lingkungan 30 peratus masih belum diterima di peringkat tertinggi sebab lelaki monopoli. Begitu juga cuti bersalin selama 84 hari masih tidak dilaksanakan kerana ada majikan yang menentang.

Cili Api rasa, peraturan dan undang-undang saja tidak cukup. Yang penting apa isinya. Dan bagaimanakah keazaman Kerajaan hendak melaksanakan tuntutan adil wanita untuk menaikkan martabat mereka.
posted by jasindaily online @ 4:48 PM   0 comments
METOS KEKEBALAN MAHATHIR
Sudah menjadi tabiat orang Melayu apabila memberikan kepercayaan dan penghormatan kepada seseorang, adalah amat sukar untuk mereka merobah pendirian walaupun berlaku perubahan kepada keadaan. Lantas, itu bukan sahaja menjadi perhitungan mereka tetapi itulah yang telah terjadi ke atas Dato' Onn, Che Det aka Mahathir Mohamad (1950) "New Thoughts on nationality" Sunday Times, 9 April, dipetik daripada buku Beyond Mahathir (2003) oleh Khoo Boo Teik.

Itulah yang terjadi lebih setengah abad dahulu, dia baru sahaja berusia 25 tahun ketika itu. Itulah mantan Perdana Menteri. Apakah Tun Dr. Mahathir Mohamed memikirkan perkara semacam itu di kalangan orang Melayu ketika dia melancarkan satu kempen yang garang tanpa putus asa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Apakah nasib yang sama yang pernah melanda Datuk Onn Jaafar akan menimpanya juga Pengasas UMNO Onn Jaafar telah melepaskan kuasanya dan tidak pernah dapat merangkulnya kembali. Onn yang merupakan ayah mantan Perdana Menteri Tun Hussein Onn dan Presiden pertama parti itu ketika ditubuhkan pada 1946 telah keluar daripada UMNO pada 1951 apabila parti itu tidak menerima cadangan beliau membuka keahlian kepada semua kaum di Negara ini; dan menamakannya United Malayan National Organisation. Dua lagi parti yang ditubuhkannya kemudian gagal mendapat sokongan orang Melayu.

Selalunya apabila seseorang mencengkam kuasa - khususnya puncak kuasa yang banyak memberikan segala-galanya, orang itu memang kebal. Akan tetapi apabila kuasa itu hilang darinya, kekebalan itu tidak wujud lagi. Kuasa perlu diperolehi semula untuk menentukan keupayaan mendapatkan kekebalannya.

Mampukah Mahathir mengatasi segala rintangan untuk mendapat semula kuasa itu sedangkan orang lain sudah pun mencengkamnya dan tidak mungkin melepaskannya? Lebih lagi apabila orang yang menggantikan beliau, yang pernah menjadi orang pilihannya sendiri memimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk merangkul kemenangan yang paling besar dalam pilihan raya umum 20004 dahulu. Kemenangan besar yang tidak mungkin dicapai oleh Mahathir sendiri kalau dia masih di puncak kuasa, merupakan sokongan semua orang Melayu terhadap parti itu setelah mereka keluar berbondong-bondong meninggalkannya pada 1999, ekoran kemelut Anwar Ibrahim.

Apabila kita dihantui persoalan ini untuk mencari jawapannya bererti sudah jelas kini betapa bermulanya musim politik di Malaysia di mana perkara yang tidak terfikir sudah mula menggoda dan semakin menonjol kini bahawa perkara yang mustahil itu mungkin menjadi serba mungkin. Ataupun apakah ini satu lagi bentuk temberang besar yang dimulakan di sebelah sana?

Yang malangnya terlalu banyak kisah kepincangan dan kecelakaan yang kononnya melanda negara ini sengaja diada-adakan oleh kaki temberang dan pencerna bencana, yang sengaja mewujudkan keadaan kekalutan dengan sengaja mempelawa ataupun mempengaruhi orang lain untuk menyetujui temberang mereka.

Orang Melayu dan UMNO akan berpecah belah lagi, tidak akan ada kestabilan politik, dan inilah krisis yang paling buruk menghantui Abdullah. Pembangunan ekonomi akan terhenti, pasaran saham akan merudum, jangan memandang rendah ketokohan beliau. Dan sebagainya. Apakah wajar semua ini?

Eloklah kita teliti faktanya. Mahathir telah mula dilantik sebagai Ahli Parlimen (MP) untuk Kota Star Selatan pada 1964. Pada awal lagi dia sudah kelihatan tidak kebal apabila kalah kerusi Parlimen yang sama kepada Haji Yusuf Rawa (PAS) pada 1969. Mengikut cerita orang, dia pernah berkata bahawa dia tidak perlukan undi orang Cina untuk menang. Ekoran rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969, Mahathir telah menulis surat layang yang luas sebarannya di mana dia telah mengkritik Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Kerana itu dia telah dipecat daripada Majlis Tertinggi UMNO dan disingkirkan daripada parti. Pada tahun berikutnya, dia telah menulis sebuah buku yang penuh kontroversi ‘The Malay Dilemma’ yang telah diharamkan tetapi dibenarkan semula penjualannya pada 1981 apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Mahathir telah diterima semula menganggotai UMNO pada 1972 setelah Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri. Tunku telah berundur selepas rusuhan kaum 1969. Pada 1974 Mahathir bertanding bagi kerusi Parlimen Kubang Pasu di mana beliau menang tanpa bertanding dan mengekalkan kerusi itu sehingga 2004 apabila dia bersara. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran pada 1975.

Nasib Mahathir kelihatan berubah pada tahun berikutnya apabila Tun Husein Onn menjadi Perdana Menteri ekoran kematian Tun Abdul Razak. Walaupun wujud beberapa sindiran Mahathir yang dibuatnya terhadap ayah beliau 26 tahun sebelum itu, Hussein telah memilih Mahathir sebagai Timbalan beliau bukan disebabkan Mahathir mendapat sokongan yang menyeluruh daripada UMNO. Husein telah memilih Mahathir yang mengetepikan dua orang Naib Presiden UMNO yang mendapat undi yang lebih besar daripada beliau, yakni Ghafar Baba dan Tengku Razaleigh Hamzah. Jelas, nasib menyebelahi Mahathir untuk menjadi orang yang bakal mewarisi takhta pucuk kepimpinan parti. Disebabkan keadaan kesihatan yang mengganggu beliau, Husein telah bersara dan Mahathir naik menjadi Perdana Menteri pada 1982.

Pada 1987 beliau berjaya melepasi satu cubaan untuk menguasai UMNO dengan mengalahkan Pakatan Tengku Razaleigh - Musa Hitam yang dikenali dengan panggilan Tim B.

Kemenangan kecil itu telah mendesak beliau memperbetulkan puncak kuasanya; melibatkan penubuhan Umno Baru, sekali gus menyingkirkan anggota Tim B, merobah kuasa badan kehakiman dan mengubah peraturan pencalonan yang pada keseluruhannya mampu beliau lakukan disebabkan kekebalan yang ada di tangan seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri

Walaupun tindak-tanduk beliau ketika itu telah ditentang oleh dua orang bekas Perdana Menteri, Tunku dan Husein Onn, Mahathir masih mampu bertahan dan menang pilihan raya umum 1990, tetapi kalah di Kelantan, yang menjadi satu pertanda jelas bahawa bukannya mudah menumpaskan seorang pemegang jawatan, khususnya kalau belum ada satu alternatif kepada Barisan Nasional .

Apabila Mahathir memecat Timbalan beliau Dato' Seri Anwar Ibrahim pada September 1998, kuasa yang dipegangnya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri telah membantu beliau untuk terus mencengkam kuasa. Di sebalik segala ramalan banyak pihak yang berpengalaman, dia masih berjaya memenangi pilihan raya umum 1999 dengan mudah, walaupun ternyata bahawa undi orang Melayu sudah semakin merosot. Mungkin jua kerana Mahathir telah berjaya memperkasakan kerusi Presiden UMNO, adalah bukan mudah untuk mengalahkan Abdullah. Di samping itu memang terdapat banyak kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri mengikut undang-undang negara ini.

Ini tidak bermakna kita menggalakkan agar Mahathir dikekang ataupun disekat untuk terus bersuara. Tidak! Dia dan orang lain mesti diberikan kebebasannya. Biarkanlah dia menjelajah negara ini, berkata apa yang dia suka, dan biarkan akhbar membuat laporan kalau mereka fikirkan apa yang disebutnya memang bernas dan berguna. Mahathir berhak bertindak mengikut peraturan undang-undang.

Dari memikirkan bahaya memandang rendah kemampuan beliau eloklah jangan terlebih taksir kuasa yang ada padanya dan membuat rumusan apa yang dia kata akan menjerumuskan negara ini ke kancah pergolakan sosial dan ekonomi. Sebenarnya kerajaan tidak perlu bertindak terhadap setiap gerak-gerinya. Biarkan sahaja beliau meneruskan karenahnya, dan hanya Yang Esa mengetahui betapa banyak perkara lain yang mesti disempurnakan. Mahathir sengaja melupakan pengalaman yang dilalui oleh dua orang mantan Perdana Menteri di zamannya dahulu.

Mahathir memang terlalu pintar untuk mencabar Abdullah secara berterus terang. Apa yang akan dilakukannya ialah meneruskan kerja-kerja menghasut dan membangkitkan isu lama yang sama secara berulang-ulang - sedangkan itulah isu yang sudah dijawab berulangkali dan tidak mungkin membuatkan mana-mana kerajaan yang waras untuk mengalah. Apa yang dia mahu ialah mencetuskan banyak tandatanya dan kegusaran di peringkat akar umbi sama ada secara jelas mahupun sebaliknya - untuk cuba dan memaksa Abdullah agar turun takhta secara "sukarela", persis yang pernah terjadi kepada Tunku satu ketika dahulu. Abdullah akan terperangkap dengan jerat ini kalau dia mengalah.

Mahathir beranggapan kalau pun dia gagal memaksa Abdullah sekurang-kurangnya dia berjaya membuatkan Abdullah gelabah ataupun menumpulkan bisa individu yang rapat dengan Abdullah yang beliau anggap tidak mesra terhadapnya (Mahathir) Zaman Mahathir sudah pun berlalu, sampai ke penghujungnya tiga tahun dahulu ketika dia melepaskan kuasa. Cubaan untuk menggapainya semula dengan cara menonjolkan ketokohan yang ada dan pengaruh secara paksaan adalah amat dikesali dan pasti akan melibas kembali menghantuinya. Sudah tiba masa untuk kita melepasi gegaran kemelut ini.

Akan tetapi kita rakyat Malaysia mempunyai tabiat untuk menjebak diri sendiri membesar-besarkan karenah politik menjadi krisis dan bukannya menumpukan usaha kepada perkara yang lebih bermakna. Inilah yang diharapkan oleh Mahathir

Malaysia sudah berjaya melepasi kemelut yang lebih dahsyat dari itu dengan jayanya. Kecuali kita mengingininya memang tidak ada krisis politik. Tidak ada sesiapa yang tidak boleh diganti, apa lagi Mahathir sekarang ini. Tidak ada sesiapa pun yang kebal, walaupun orang itu Mahathir. Tanyalah Dato Onn Jaafar.
petikan dari Marhaen
posted by jasindaily online @ 4:44 PM   0 comments
PROTON TERUS RUGI
Nampaknya zaman pemerintahan Islam Hadhari ini terus memberikan mimpi buruk kepada Proton. Kalau di zaman 'Penerapan nilai-nilai Islam dan Bersih, Cekap dan Amanah dulu Proton gah sebagai syarikat pengeluar kereta nasional nombor satu di Malaysia kini kegemilangan itu gagal dipertahankan.

Nampaknya dakwaan pembangkang dan Tun Mahathir terhadap kelemahan kerajaan dan pentabiran Proton dalam mengendalikan syarikat itu ada benarnya.

Media melaporkan bahawa Proton Holdings terus mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM58.649 juta bagi suku tahun pertama yang berakhir 30 Jun lalu.

Jumlah kerugian itu semakin meningkat berbanding dengan kerugian RM12.661 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Proton melalui situasi yang tidak menentu sejak setahun yang lalu ketika ia berusaha untuk memulihkan kemerosotan penguasaan pasaran ekoran persaingan hebat daripada kereta keluaran asing.

Proton berkata, kerugian itu adalah ekoran kemerosotan jualan kereta keseluruhannya di negara dan kekurangan barisan model kereta baru apabila syarikat itu menjangka memperkenalkan model baru mulai 2007.

Kerugian pracukainya meningkat kepada RM95.536 jua dari RM7.361 juta apabila perolehan merosot kepada RM1.418 bilion daripada RM2.054 bilion sebelum ini.

Jualan kereta Proton bagi suku pertama mencatatkan 32,200 unit berbanding dengan 44,367 unit bagi tempoh yang sama tahun lalu, kata Pengarah Urusan Proton, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Model terbaru Proton ialah Savvy – yang dilancarkan tahun lalu tidak mendapat sambutan yang menggalakkan (kiri) – manakala yang terkini ialah Satria Neo yang diperkenalkan baru-baru ini.

Syarikat kereta nasional itu mengakui menghadapi persaingan hebat di dalam negeri serta pasaran eksport dan berkata Proton akan melancarkan enam model baru dalam tempoh dua tahun bagi mengatasi kemerosotan jualannya.

Penguasaan pasaran kereta Proton telah merosot kepada 41 peratus pada 2005 kepada 60 peratus pada 2002.

Tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang melancarkan Proton pada 1980-an, mengingatkan bahawa penguasaan pasaran Proton boleh merosot sehingga 10 peratus jika kerajaan tidak mengambil langkah mengawal import kereta.

Sumber : Malaysiakini.
posted by jasindaily online @ 4:37 PM   0 comments
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH DIHENTIKAN SERTA MERTA
Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi guru sekolah menengah dihentikan serta-merta bagi mengatasi masalah lebihan graduan pendidikan.

Berkuatkuasa serta-merta, Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesemua 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) akan hanya mengendalikan KPLI bagi guru sekolah rendah dan pra-sekolah.

"KPLI sekolah menengah akan dikendalikan oleh Institusi-instutusi Pengajian Tinggi Awam, termasuk Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Tabung Keamanan UPSI di Tanjung Malim malam tadi.

Ekoran itu, katanya, pengambilan guru KPLI sekolah menengah oleh kementerian berkenaan tahun ini dibatalkan dan mereka yang terpilih, akan ditawarkan mengikuti KPLI sekolah rendah dan pra-sekolah.

Kementerian Pelajaran menerima lebih 40,000 permohonan untuk mengikuti program KPLI sekolah rendah dan menengah apabila iklan pengambilannya dibuka tahun lalu. Daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 telah ditemuduga baru-baru ini.

Menurut laporan Bernama, beliau bagaimanapun tidak memberitahu jumlah pengambil KPLI sekolah rendah pada tahun ini.

Lebihan graduan

Hishammuddin berkata, pemohon yang berjaya bagi KPLI sekolah menengah itu, akan ditawarkan KPLI sekolah rendah dan terpulang kepada mereka sama ada mahu menerimanya.

Keputusan itu, katanya, selaras dengan usaha mengatasi masalah lebihan graduan pendidikan dan Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Pengajian Tinggi sedang membuat unjuran mengenai keperluan sebenar jumlah guru mengikut opsyen dan negeri.

Sebelum ini, kabinet mencadangkan supaya IPTA-IPTA hanya memainkan peranan melatih guru bagi ditempatkan di sekolah menengah, politeknik dan kolej komuniti.

Menurut Hishammuddin, proses pengambilan kira-kira 33,000 guru baru berikutan cadangan Kabinet supaya nisbah guru dinaikkan daripada 1.5 guru kepada 1.7 guru bagi setiap kelas, dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Setakat ini, katanya, tidak ada sebarang masalah untuk mengisi jawatan tersebut walaupun ia membabitkan perjawatan baru yang turut melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Mengenai isu graduan pendidikan yang masih menghadapi masalah penempatan, beliau berkata, mereka memang diutamakan untuk mengisi kekosongan tersebut, khususnya bagi yang telah lama menamatkan pengajian.

Ingatan pada graduan

Bagaimanapun dalam masa yang sama graduan itu juga jangan ingat bahawa mereka seharusnya diambil berkhidmat sebagai guru secara automatik hanya disebabkan lulus dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, 306 graduan pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sebelum ini mengganggur walaupun telah menerima ijazah, telah diambil menjalani latihan sebelum penempatan.

Dalam pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan para graduan pendidikan yang bakal diambil berkhidmat kelak supaya tidak bersikap memilih mengenai lokasi yang bakal ditempatkan.

Katanya, mereka harus terima keadaan ini jika mahu berkhidmat kerana kekosongan tempat hanya wujud di beberapa negeri sahaja khususnya yang melibatkan kawasan pedalaman.

Selain itu katanya, Kementerian Pendidikan akan mewujudkan pengambilan guru secara berpusat untuk mengatasi kekurangan guru di negeri-negeri dengan opsyen matapelajaran yang dipilih oleh mereka

Dari Malaysiakini
posted by jasindaily online @ 4:31 PM   0 comments
TUBUHKAN SURUHANJAYA SIASAT PERBELANJAAN SEMUA JABATAN KERAJAAN
Wednesday, August 30, 2006
Kerajaan Paklah harus tubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja mengkaji dan membentangkan pembaziran semua agensi kerajaan dalam perbelanjaan mereka terutama dalam membeli uniform.

Pendedahan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Anti-Kastam yang juga merupakan wakil rakyat Jasin, menyatakan betapa Kastam DiRaja Malaysia membelanjakan sekitar RM48 juta hanya untuk membeli uniform. Tongkat (baton) Ketua Pengarah Kastam berharga RM700.

Tentu rakyat mahu tahu berapa harga uniform PDRM dan Jabatan lain seperti JPJ, Imigresen dan sebagainya.

Siasat juga berapa kos pakaian rasmi Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat di Dewan Undangan Negeri.

Alang-alang buat kajian siasat pula berapa pula belanja isteri duta-duta, menteri-menteri dan raja permaisuri bila berdandan untuk menghadiri majlis. Semua itu setahu saya dibayar dengan duit kerajaan (baca: duit rakyat).

Alang-alang siasat, buat pula kajian kenapakah wakil rakyat, semua mesti gunakan duit rakyat pakai Mercedes ataupun BMW dan kereta mewah yang lain. Kenapa tidak ikut Pakistan, menteri boleh pakai kereta berkuasa 1500 ke atas. Timbalan Menteri hanya boleh pakai setakat 1300 cc sahaja.

Kemudian siasat kenapakah semua jabatan penguatkuasa kita menggunakan kereta yang mewah dan mahal-mahal hanya untuk urusan sendiri. Kenapakah bomba dan JPJ menggunakan 'Land Cruiser' dan 'Pajero'. Malahan kenapakah polis trafik mundar-mandir dengan 'Perdana' dan 'Waja?' dan 'Pajero'?

Kenapakah polis lalu lintas tidak gunakan motorsikal kuasa tinggi sahaja? Kerana terlalu mewah sebahagian besar polis yang buat sekatan jalan kelihatan perut berboroi sahaja. Lepas operasi mereka akan melantak di Kedai Nasi Kandar beramai-ramai. Banyak betul gaji mereka?????

Siasat............ jangan tak siasat.................!!!!!
posted by jasindaily online @ 5:03 PM   0 comments
PEMBANGUNAN SEMULA LUBNAN MEMBOLEHKAN HIZBOLLAH MENDAPAT SOKONGAN SHIAH YANG DAHULUNYA DIATAS PAGAR
"The Independent" - Hizbollah telah memperlekehkan tentera PBB dan juga kerajaan Lubnan dengan berbelanja beratus juta dollar Amerika - yang kebanyakannya disediakan oleh Iran, semestinya - untuk membina semula Selatan Lubnan dan Beirut yang hancur lebur. Usaha pembangunan semula yang sungguh besar itu - secara percuma kepada semua warga Lubnan yang kehilangan rumah dan harta-benda gara-gara dimusnahkan oleh Israel selama lima minggu mereka menyerang negara itu - sudah pun menarik perhatian dan sokongan golongan masyarakat Shiah Lubnan yang dahulu memang tidak berapa selesa dengan Hizbollah.

Hizbollah telah berkata bahawa ia tidak bercadang melucutkan senjata mengikut keputusan resolusi Majlis Keselamatan PBB No. 1791. Petang semalam, Major General Alain Pellegrini, pemerintah utama Pasukan Pengaman Sementara PBB di selatan Lubnan - yang diharap-harapkan oleh Amerika dan British akan merampas segala senjata milik Hizbollah - dengan jelas secara peribadi memperakukan kepada saya di Ibu pejabat di Naoura bahawa "Israel tidak boleh mendesak kami mengambil senjata Hizbollah." Sambil menggambarkan gencatan senjata itu sebagai "terlalu rapuh" dan "amat berbahaya" beliau menyatakan bahawa kerja-kerja mengambil senjata Hizbollah "tidak tertulis dalam mandat" tugas mereka.

Buat masa ini dan dengan belum tibanya 8,000 orang askar tentera asing yang sepatutnya menganggotai Unifil dengan mandat yang 'tegas'. Setakat ini Hizbollah telah pun menang peperangan terhadap 'minda dan hati'. Majoriti tuan punya rumah di selatan Lubnan sudah pun menerima ataupun sedang menerima bayaran pampasan minimum di peringkat awal sebanyak $12,000 (6,300 pound sterling), sama ada untuk perabot baru ataupun untuk mengongkosi sewa rumah bagi keluarga, menunggukan pasukan tukang bina Hizbollah membina semula rumah mereka. Wang pampasan itu telah dibayar secara tunai - hampir semuanya dengan duit kertas baru dalam bentuk $100 - dan ini telah dibayar kepada 15,000 keluarga di merata Lubnan yang mengalami kerugian kerana rumah kediaman mereka dimusnahkan oleh Israel. Peruntukan sebanyak $18 juta dollar itu mungkin meningkat lagi apabila pembangunan semula dan pampasannya dibayar.

Peperangan selama 35 hari itu telah menjejaskan hartanah Beirut dalam lingkungan 20 km. persegi melibatkan 500,000 penduduk, kebanyakannya daripada kaum Shiah. Namun, wang terus datang mencurah. Sebagai contoh, ada seorang Shiah bernama Hussein Salim, yang memiliki sebuah apartmen empat tingkat. Setakat ini beliau telah menerima $42,000 dalam bentuk tunai sebagai pampasan kerugian dan kehilangan perabotnya. Malahan Hizbollah telah berjanji mahu membina semula seluruh kawasan bandaran dengan menggunakan dana sendiri - mungkin wang sumbangan Iran.

Antara janji-janji yang diberikan kepada mereka yang yakin dengan gencatan senjata itu ialah sikap Hizbollah menggalakkan penduduk Shiah menyewa perumahan di Khalde, di selatan Beirut, kerana ia bercadang melambatkan kerja-kerja membina semula projek Bandar itu untuk setahun lamanya. Ini adalah disebabkan keyakinan Hizbollah bahawa gencatan senjata itu tidak akan bertahan dan satu lagi peperangan Israel-Hizbollah akan meledak lagi serta menghancurkan perumahan yang baru diperbaiki.

Setakat in Hizbollah telah melihat kerosakan ratusan ribu rumah keluarga Shiah untuk mentaksir kerugian mereka. Pegawai kerajaan Lubnan, yang memang tidak dipercayai sangat oleh orang tempatan, telah juga mencatatkan kos pampasan tetapi setakat ini apa yang mereka lakukan hanya membaiki paip air dan talian elektrik. Saya telah melihat jentolak yang bekerja untuk 'Jihad al Bena' sebuah syarikat milik Hizbollah, membersihkan jalan raya daripada batu-batan dan merobohkan rumah yang sudah separuh runtuh. "Kami buat semua ini secara percuma buat masa ini, kerana kami tahu akan dibayar juga oleh Sheikh Nasrallah. Kami mempercayai beliau", kata pemimpin pasukan kerja itu.

Syed Hassan Nasrallah, Ketua Hizbollah, telah berjanji membayar ganti rugi mereka yang masih selamat. Ketika memandu melintasi kawasan selatan negara yang melebihi 100 batu jauhnya, memang jelas betapa besarnya tugas Hizbollah yang menyerlahkan kegagalan kerajaan Lubnan. Nun jauh di kawasan desa yang menghijau memang tidak ketara segala kerosakannya. Tetapi, apabila didekati kawasan itu ternyata kawasan yang hancur lebur laksana padang jarak padang tekukur. Ada antara kampung itu seperti Bint Jbeil dan Zibquin, yang separuh musnah.

Di Zibquin, saya dapat melihat satu runtuhan yang menyayat hati. Ada sebuah masjid purba yang berusia lebih 1,000 tahun yang orang Lubnan percaya mengandungi makam Zein Ali Yaqim anak Nabi Yakub (ataupun Jacob dalam fahaman agama Yahudi) dan cucu kepada Nabi Ibrahim. Jacob dan Ishmael adalah anak lelaki Nabi Ibrahim dan mereka berpecah belah kerana fahaman agama Yahudi dan Islam. Pada mulanya Ibrahim yakin bahawa Tuhan mahukan beliau mengorbankan anaknya Ismail tetapi Ismail kemudiannya yakin sebenarnya yang patut dikorbankan ialah 'Jacob'. Zein Ali Yaim sesungguhnya merupakan asal usul yang amat suci kepada orang Yahudi namun kotak (keranda) mayat beliau telah dialihkan ketika Israel mengebom masjid itu daripada luar.

Ledakan bom telah menghancurkan gerbang lama dan ribuan ketulan batu telah runtuh daripada tembok asal masjid yang berwarna hijau di bahagian yang curam, sehingga terbelah bahagian yang menyimpan makam mayat itu. Israel sanggup menghancurkan asal usul mereka," kata Hussein Barakat sambil jalan tertengkak-tengkak ke jalan raya di bahagian bawah. Husein Baraat berusia 69 tahun, dan merupakan satu-satunya penduduk Zibqain yang sanggup bertahan berseorangan di kampung semasa Israel menyerang. Dia menanggung luka di jari dan menjadi pekak sebelah kerana dilanda ledakan bom bertalu-talu.

Mayat orang awam dan pejuang Hizbollah masih lagi tertanam di bawah runtuhan bangunan yang roboh dan belum digali keluar. Minggu ini empat orang adik beradik pejuang Hizbollah telah mati bersama-sama sekali gus disebabkan serangan Israel di pekan Khaiam. Ramai sanak saudara yang tidak berupaya mencari mayat ahli keluarga mereka di bawah runtuhan batu. Di Siddiqin hanya di sebelah timur Qana, saya bertemu seorang pekedai yang menghabiskan berjam-jam mencari runtuhan dua buah kedai beliau yang menjadi debu oleh serangan udara. Dia juga percaya bahawa "Sheikh Hassan" akan membina semula rumahnya. Beberapa batu tidak jauh dari situ, saya menjumpai seorang wanita berusia 65 tahun merangkak naik laksana seekor kucing ke atas rumahnya mencari ahli keluarga yang sudah mati dan emas yang tersorok di celah rekahan batu di situ.

Tentera pejuang Hizbollah telah dikerahkan membina semula perkampungan itu. Pertubuhan gerila dan politik itu akan mendapatkan khidmat puluhan ribu pekerja untuk membina semula bandar yang runtuh di Beirut dan menjadikan tanah gersang Lubnan menjadi kawasan pertanian dan ladang tembakau yang pernah wujud dua bulan yang lalu.
posted by jasindaily online @ 4:57 PM   0 comments
Guna wang rakyat selamatkan Pantai Holdings Bhd
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pantai Holdings Bhd. (Pantai Holdings), yang dikuasai sebuah syarikat Singapura, kini kembali dimiliki negara.

Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) muncul sebagai pemegang saham utama Pantai Holdings dengan pengambilalihan sebahagian kepentingan syarikat itu daripada firma Singapura, Parkway Holdings Ltd. (Parkway).

Pengambilalihan itu, yang dimeterai oleh syarikat pelaburan milik kerajaan tersebut dengan Parkway hari ini, sekali gus mengembalikan penguasaan syarikat konsesi itu ke tangan pelabur tempatan.

Keputusan tersebut selaras dengan kehendak pelbagai pihak yang mahukan pemilikan Pantai Holdings dikembalikan kepada pelabur tempatan memandangkan syarikat itu menguasai dua konsesi kerajaan, Fomema dan Pantai Medivest.

Amat dikesali, mengapa pertama sekali saham Pantai Holdings telah dijual kepada pelabur Singapura? Siapakah yang telah meluluskan penjualan tersebut. Parkway telah membeli 30.68% saham Pantai yang sepatutnya mencetuskan tawaran awam mandatori, tetapi Parkway telah dikecualikan. Siapa yang telah memberi pengecualian tersebut?

Khazanah telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM394.9 juta bagi membeli saham-saham tersebut semula.

Menurut Khazanah, urus niaga tersebut menyaksikan anak syarikat milik penuhnya, Pantai Irama Ventures Sdn. Bhd. (Pantai Irama) menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan Parkway dan anak syarikatnya, Swiss Zone Sdn. Bhd. (Swiss Zone), bagi mengambil alih 134.7 juta saham Pantai Holdings pada harga RM2.65 sesaham.

Pantai Irama dianggarkan membayar sebanyak RM356.955 juta bagi membeli saham-saham tersebut.

Parkway pula kemudiannya akan membeli 49 peratus kepentingan dalam Pantai Irama dengan meletakkan saham-saham Pantai Holdings pada harga yang sama iaitu RM2.65 sesaham, kata Khazanah dalam kenyataannya di sini hari ini.

Selain itu, Pantai Irama turut membeli secara langsung lebih 30.92 juta saham-saham Pantai Holdings yang mewakili 6.6 peratus kepentingannya, dipercayai di pasaran terbuka pada harga antara RM2.30 hingga RM2.40 sesaham atau kira-kira RM72 juta.

Ia bermakna Khazanah membelanjakan lebih RM429 juta bagi menguasai kira-kira 35 peratus kepentingan dalam Pantai Holdings, tanpa mengambil kira pelaburan semula Parkway di dalam Pantai Irama.

September lalu, Parkway membeli 31 peratus Pantai Holdings pada harga RM311.8 juta.

Parkway sebenarnya mendapat dua kali laba. Pertama, saham yang dibeli semula oleh Khazanah ialah pada harga RM356,955 juta, sedangkan Parkway telah membeli daripada Pantai pada September lalu, dengan harga RM311.8 juta. Kedua, walaupun Parkway telah menjual sahamnya dalam Pantai, ia membeli pula 49% saham daripada Pantai Irama.

Khazanah dalam kenyataannya menyatakan, syarikat itu, Pantai Irama, Parkway dan Swiss Zone turut menandatangani Perjanjian Pemegang Saham yang menetapkan bahawa Khazanah akan memegang kepentingan majoriti dalam Pantai Holdings.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Azman Mokhtar berkata, “Khazanah akan memiliki ekuiti majoriti manakala tanggungjawab operasi dan pengurusan untuk hospital akan dikendalikan melalui kontrak pengurusan yang akan ditandatangani dengan Parkway kelak, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Pantai Holdings.

Nampaknya, Parkway akan terus memonopoli pengurusan hospital-hospital milik Pantai dan akan mengenakan bayaran bagi perkhidmatannya dalam sektor tersebut. Sama ada untung atau rugi, Parkway tetap akan mendapat bayaran pengurusannya, yang mana selepas itu baru dibahagikan keuntungan kepada dua.

Khazanah juga telah melabur dalam Apollo Hospital di India tanpa kepakaran pengurusan. Dalam hal ini, Khazanah bergantung kepada Parkway sekali lagi bagi membantu mengurus pelaburannya dalam Apollo Hospital di India.

Persoalannya, mengapa Khazanah terlalu bergantung kepada kepakaran Singapura untuk mengurus pelaburannya di India? Siapa yang mengesyorkan pelaburan tersebut?
posted by jasindaily online @ 4:55 PM   0 comments
KETUA BAHAGIAN KUBANG PASU HALANG DR M
KUBANG PASU: 29 Ogos 2006 - Daripada 136 Cawangan Umno di Bahagian Kubang Pasu, Dr Mahathir kini, sudah dicalonkan oleh 79 cawangan untuk mewakili Bahagian tersebut di Perhimpunan Agung Umno pada 13-15 November 2006.

Dr Mahathir sedang mendahului Bahagian Kubang Pasu dengan mendapat lebih 60% pencalonan. Bahagian Kubang Pasu akan mengundi untuk memilih calon pada 9 September 2006.

Ketua Bahagian Umno Kubang Pasu, Johari Baharom telah bertindak membatalkan penyewaan dewan dan juga permit polis bagi menghalang Tun Dr Mahathir daripada berucap kepada umum.

Johari adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir. Dulu Johari mempertahankan Tun Dr Mahathir - iaitu orang yang telah melantik Johari, mendidik Johari, memberi tempat bagi Johari dan mengangkat Johari menjadi Setiausaha Politiknya dan seterusnya sehingga jadi Menteri hari ini. Semua itu, Tun Dr Mahathir telah lakukan untuk Johari Baharom.

Sikap Johari seperti seorang anak yang menghalang bapa atau emaknya sendiri daripada bertemu dengan sanak-saudaranya. Begitulah derhakanya Johari Baharom terhadap Tun Dr Mahathir.

Walau apapun berlaku di Kubang Pasu sekarang, riwayat politik Johari Baharom sedang menghampiri babak penutupnya. Ahli Umno di Kedah mempunyai perancangan yang tersendiri untuk Johari.

Pencalonan bagi Dr Mahathir oleh 76 Cawangan di Kubang Pasu (yang terpaksa juga mengatasi tekanan, ugutan dan rasuah politik dari raja baru dan menantu raja) mencerminkan sokongan padu kepada Tun Dr Mahathir yang masih kekal di Kubang Pasu.

Malangnya bagi Johari Baharom, beliau tidak peka tentang semangat yang begitu kuat.

Orang Umno Kubang Pasu sedang membuat rancangan tidak akan sokong Johari jika Pilihan raya Umum diadakan sebelum Pilihan raya dalam parti. Ini bermaksud Johari mungkin akan kalah dalam pertandingan Wakil Rakyat Kubang Pasu sewaktu Pilihan raya akan datang.

Jika pemilihan parti Umno mendahului Pilihan raya Umum - maka orang Umno di Kubang Pasu akan mencalonkan Ketua Bahagian yang lain pula.
posted by jasindaily online @ 4:48 PM   0 comments
MELANGGAR GENCATAN SENJATA
Tuesday, August 29, 2006
Seluruh media dipenuhi dengan berita Israel melanggar gencatan senjata di Lubnan; hatta Kofi Annan sendiri berkata beliau beliau amat risau dengan perkembangan yang berlaku. Tiga perkara penting yang perlu diperhatikan:

1. Israel telahpun membunuh berpuluh-puluh rakyat Lubnan semenjak gencatan senjata; tiada satupun dari serangan tersebut dilabelkan sebagai "melanggar gencatan senjata." Ya, Israel berkata mereka melakukan tindakan mempertahankan diri bertujuan menghalang pejuang Hizbullah dari menghala mucung senjata mereka ke arah Israel. Mungkin dakwaan mereka itu benar, tetapi apakah bukti yang mereka ada? Dan adakah Israel mempunyai sebarang kredibiliti yang membolehkan kita percaya apa yang mereka katakan?

2. Berita melaporkan seperti apa yang saya baca dan dengar berulang kali dakwaan Israel bahawa operasi ini adalah operasi mempertahankan diri bertujuan untuk menghentikan penyeludupan senjata. Tiada seorangpun yang mahu bertanya soalan samada terdapat sebarang bukti di atas dakwaan mereka itu. Contohnya, adakah terdapat sebarang tangkapan yang dibuat atau senjata yang dimusnahkan? Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, saya bukan sahaja tidak pernah mendengar jawapannya, malah soalannya tidak pernah didengar, walaupun oleh pengerusi OIC.

3. Akhirnya, terdapat soalan tentang bagaimana serbuan komando merupakan jalan yang serius untuk menghentikan penyeludupan senjata. Hizbullah mempunyai beribu-ribu roket dan menembaknya sebanyak seratus atau dua ratus sehari. Saya bukanlah pakar ketenteraan, tetapi ia terlalu banyak untuk dimuatkan dalam van atau trak atau apa sahaja yang digunakan untuk membawanya sehingga boleh ditemui oleh serbuan komando. Jika Hizbullah mahu diberi bekalan dengann jumlah yang sama dari yang telah mereka gunakan, maka Israel memerlukan lebih banyak dari satu serbuan komando untuk melakukan tugasnya.
posted by jasindaily online @ 4:41 PM   0 comments
KEGAGALAN MERKAVA YANG PERKASA
"Terdapat bunyi boom, kebakaran dan asap," Koperal Mizrahi cuba ingati, bahagian kanan mukanya terkyak dan hangus akibat kesan terbakar darjah pertama, tanganya terkoyak di beberapa tempat kesan dari terkena serpihan. "Seluruh muka saya diselaputi darah."

Bergerak dengan hanya menggunakan kerusi roda diwad orthopedik hospital Rambam, Haifa, Koperal Mizrahi diberitahu bahawa kereta kebal Merkava telah menyelamatkan nyawanya. Pada hujung minggu yang lalu, empat anggotanya yang berada dalam Merkava dari battalionnya telah terbunuh akibat dari serangan misile anti-kereta kebal Hizbullah.

Diraikan sebagai salah sebuah kereta kebal yang mempunyai perlindungan yang paling lengkap di duia dan mendapat jolokan sebagai kereta kebal yang paling perkasa bagi tentera darat Israel, kereta kebal Merkava kelihatan telah menjadi sasaran latihan bagi pasukan misile anti kereta kebal Hizbullah sejak tiga minggu yang lalu. Dan semasa gencatan senjata bermula minggu ini, petikan kepulan asap dari bangkai kereta kebal yang musnah masih dapat dilihat dan dikenang sebagai salah satu imej hasil dari peperangan yang telah berlaku.

"Kereta kebal tersebut merupakan simbol dalam peperangan ini. Dalam keadaan lain, 15 buah kereta kebal mampu menawan negara tersebut," kata Eyal Hurwitz, bekas komando infantri yang ditugaskan untuk melakukan misi khas di Lubnan. Sebagai rakyat Israel, saya tidak mampu untuk melihat kereta kebal yang meletup melalui siaran secara langsung yang disiarkan melalui TV. Ia benar-benar membunuh kami"

Pada penghujung peperangan yang dianggap oleh rakyat Israel sebagai peperangan untuk survival di mana mereka sepatutnya menghancurkan Hizbullah, sebaliknya negara tersebut telah bertukar dengan soalan marah tentang kenapa tentera mereka mengakhiri peperangan selama sebulan itu dengan cara yang amat memalukan.

Di pertengahan jalan, hief of Staff Ketenteraan Dan Halutz, telah tersalah anggar mengenai peperangan dengan Hizbullah di Lubnan, menjadikannya sebagai pertama kali dalam lebih dari tiga dekad di mana Jeneral tersebut telah dimalukan dihadapan umum di pertengahan peperangan. Apabila peperangan itu berakhir, Jeneral Halutz sendiri dijadikan sasaran kemarahan umum.

Avshalom Vilan, anggota Knesset dari parti dovish Meretz merupakan ahli politik pertama mengesa agar diwujudkan suruhanjaya negara bagi menyiasat seperti yang pernah diwujudkan selepas perang Lubnan dalam tahun 1982 dan peperangan 1973.

"Saya tidak boleh mengatakan bahawa ia adalah satu peperangan yang gagal kerana pada banyak masa tidak berlakupun peperangan kecuali empat hari terakhir," katanya. "Terdapat operasi di sini dan terdapat operasi di sana."

Seminggu memasuki peperangan, Vilan - seorang vetera dari unit komando elit Sayeret Matkal Israel - berjenaka dengan Perdana Menteri Ehud Olmert laknatullah bahawa tentera mereka seolah-olah mengambil masa.

"Saya memberitahu beliau, 'saya tidak dapat ingat peperangan yang lama di Timur Tengah," kata beliau cuba mengingati. "Terdapat andaian bahawa kami mempunyai banyak masa dan bahawa kami mempunyai cukup masa yang kami perlukan."

Di antara soalan yang menungu penyiasatan ialah perjelasan bagaimana kereta kebal kami yang begitu perkasa telah menjadi begitu terdedah kepada roket Hizbullah.

Kereta kebal Merkava mula dibina dalam tahun 1970 oleh Jeneral Israel Tal bertujuan untuk memastikan kekuatan tentera Israel untuk menghadapi tentera darat dari Mesir dan Syria.

Kereta kebal tersebut merupakan yang pertama direka dengan enjin dihadapan, bertujuan untuk mengelak serangan dari hadapan dan melindungi empat orang anggota tentera di dalamnya. Hari ini Merkava didatangkan dengan meriam 105 milimeter, dua machinegun di atasnya dan boleh memecut sehingga 50 batu sejam.

"Sesiapa saja yang anda tanya akan berkata keupayaannya mampu melindungi anggota di dalamnya melebihi mana-mana kereta kebal di dunia ini. kata Micheal Oren, seorang ahli sejarah dan senior fellow di pusat Shalem. "Tiada satupun kereta kebal yang dapat menyainginya dan ia dianggap sebagai powerhouse Israel. Di sini kita memiliki kereta kebal yang berharga $2.5 juta yang telah dikalahkankan oleh misile yang berharga $900.

Semasa konflit tersebut bermula, persoalan mengenai keupayaan Merkava boleh didengar di koridor Kirya, Pentagon Israel.

Itu semua kerana kereta kebal tersebut pernah beroperasi dikawasan yang lebih teruk dari itu. Ia amat kuat untuk bergerak di padang pasir yang berdebu, kereta kebal di Lubnan bergerak dikawasan bukit yang berbatu. Dan semakin perlahan kereta kebal itu bergerak semakin lemah operasi darat Israel terhadap Hizbullah.

Anggota Koperal Mizrahi mengambil masa selama lima jam untuk bergerak sejauh 15 batu dari sempadan Israel ke kampung Kila.

"Anda akan sentiasa rasa terdedah kerana ia adalah wilayah yang terbuka," katanya. Tiada banyak yang dapat dilakukan. Mereka bersembunyi dalam lubang dan melompat keluar untuk melepaskan tembakan."

Pakar ketenteraan berkata perisik Israel mengetahui lebih awal bahawa pejuang mujahiddin Hizbullah memiliki senjata misile buatan Rusia dan Peranchis.

Apa yang tidak jelas ialah samada tentera Israel mengetahui berapa banyak misile yang bakal mereka hadapi dan kecekapan pejuang Hizbullah menggunkan misile.

"Mereka tahu di mana hendak ditembak atau bagaomana untuk menembak," kata Koperal Mizrahi.

Tentera Israel enggan mendedahkan jumlah sebenar kereta kebal mereka yang terkena tembakan atau musnah, melalui akhbar Haretz minggu lalu menganggarkan sekurang-kurangnya 20 kereta kebal telah terkena tembakan.
posted by jasindaily online @ 4:38 PM   0 comments
HIZBULLAH PEMENANG DALAM PEPERANGAN DAN KEAMANAN
Hizbullah telah berjaya bukan sahaja sebagai satu-satunya kuasa Islam yang sanggup berhadapan dengan tentera pengganas Israel dan mengalahkan mereka, tetapi kejayaannya juga muncul dalam aspek yang lain.

Hizbullah mendapat reputasi yang tinggi kerana telah berjaya memberi khidmat yang baik kepada rakyat di selatan Lubnan, dengan melakukan rangkaian kerja sosial sehingga ke akar umbi. Dengan struktur perkhidmatan sosial yang tersusun dan dengan wang yang disumbangkan oleh Iran, Hizbullah kini terkedepan dalam membangunkan semula negara tersebut.

Dalam ucapan kemenangannya pada malam Isnin, pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah telah menawarkan sumbangan kewangan untuk membeli perabut yang sesuai dan bayaran sewa selama setahun kepada mana-mana rakyat Lubnan yang telah kehilangan rumah tanggan mereka dalam peperangan selama sebulan yang dilancarkan oleh tentera pengganas Israel.

"Hari ini adalah hari untuk menunaikan janji," katanya. "Kesemua saudara-saudara kami akan mula memberi khidmat kepada anda semua bermula esok." Sebagaimana Hamas di Gaza, Hizbullah dianggap jujur dan ikhlas dan sentiasa menunaikan janji mereka.

Hatta disaat tentera pengganas Israel mula berundur, beratus-ratus anggota Hizbullah telah keluar ke serata kampung di selatan Lubnan, mula melakukan kerja-kerja pembersihan, menyusun dan menilai kemusnahan yang telah berlaku. Dengan membawa bulldozer, mereka begitu sibuk memunggah himpunan runtuhan. Jalan-jalan yang tertutup dengan timbunan sisa bangunan kini telah mula dibuka dan boleh dilalui.

Anggota Hizbullah boleh dilihat diserata tempat. Para pemuda dengan walkie-talkie dan klipboard berlegar-legar disekitar bandar Bint Jbail di selatan Lubnan, membuat catatan tentang kemusnahan yang dialami.

Anggota Hizbullah juga bergerak dari pintu ke pintu di lain-lain kampung memeriksa penduduk dan bertanya mereka bentuk pertolongan yang mereka perlukan.

Walaupun Hizbullah merupakan pertubuhan Syiah, mesej Sheikh Nasrallah ditujukan kepada seluruh rakyat Lubnan. Ghaleb Jazi, seorang Sunni yang berkerja di logi simpanan minyak di Jiyeh berkata, Kerajaan mungkin melakukan beberapa kerja di atas jambatan dan jalanraya, tetapi apabila tiba soal membaikpulih rumah, Hizbullah memainkan peranan utama," katanya. "Nasrallah berkata semalam beliau akan membina semula, dan beliau akan menunaikannya."

Nehme Y. Tohme, anggota parlimen dari blok reformasi anti-Syiah dan merupakan seorang menteri berkata beliau telah diberitahu oleh pegawai Hizbullah apabila berakhirnya tembakan, Iran akan memberi bajet yang tidak terhad kepada Hizbullah untuk membangun semula negara tersebut.

Sheikh Nasrallah berkata dalam ucapannya bahawa "saudara-saudara kami di bandar-bandar dan kampung-kampung akan pergi kepada mereka yang rumah mereka mengalami kemusnahan yang teruk dan akan menolong mereka membangunkannya semula".

Beberapa buah bandar di selatan begitu teruk musnah sehinggakan pada hari Selasa penduduknya masih belum pulang semula ke rumah masing-masing. Seorang pejuang dari gerakan Amal, salah satu kumpulan militia Syiah berkata beliau telah diberitahu oleh anggota Nasrallah bahawa mereka akan mula menyenaraikan kemusnahan yang dialami di bandarnya, Kafr Kila di sempadan Israel.

Ucapan Sheikh Nasrallah telah dianggap oleh beberapa penduduk di Lubnan sebagai suatu rahmat bagi penduduk Lubnan dan menaikkan namanya dalam arena politik di Lubnan, menjadikan kumpulannya sama taraf dengan pegawai kerajaan.

Rami G. Khouri, seorang penulis untuk The Daily Star di Beirut, menulis bahawa Sheikh Nasrallah "kelihatan seperti seorang pemimpin negara dan bukannya sebagai ketua kepada sebuah pertubuhan di Lubnan yang terdapat banyak parti politik di dalamnya."

"Dari segi nada dan kandungannya, ucapan beliau lebih kelihatan seperti seorang presiden atau perdana menteri yang sedang memberi ucapan kepada sesebuah negara yang telah dilanda musibah kemusnahan dan penderitaan rakyat," tulis Khouri.
posted by jasindaily online @ 4:32 PM   0 comments
PEMBELA TELAH KUMPUL 600 RIBU TANDATANGAN
PERMATANG PAUH: Sebanyak 600 ribu tandatangan umat Islam telah dikumpul oleh Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sejak kempen mengumpul tandatangan itu dilancarkan pertengahan bulan lalu.

Kesemua tandatangan ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, antara lain bertujuan menyeru kerajaan meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama itu.

Menurut wakil PEMBELA, Mohd Azmi Abdul Hamid, pihaknya mensasarkan sejuta tandatangan sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri dan pihak-pihak berkenaan.

Selain 'turun padang' menemui umat Islam bagi menjayakan kempen berkenaan, PEMBELA juga menyediakan kemudahan tandatangan secara 'online' di sini.

PEMBELA ialah gabungan 50 Pertubuhan-pertubuhan Islam (NGO Islam) negara ini yang diwujudkan bagi menangani isu-isu berkaitan Islam di Malaysia.

Terdahulu, ketika berucap pada 'Forum Islam dan Cabaran Semasa' di Kompleks An Nadhoh, di Kampung Petani, di sini, Ahad, Azmi berkata selain kempen mengumpul tandatangan pihaknya telah merancang mengadakan Kongres Umat Islam SeMalaysia.

Beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menambah, kongres julung kali itu akan diadakan di Ipoh, November depan yang dijangka akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

Kongres itu, katanya akan diadakan tiga tahun sekali bertujuan menghimpun pemikiran para ilmuan dan mengenalpasti permasalahan umat Islam negara ini dalam segenap bidang dan bertindak mengatasinya.

"Bagi yang memerlukan tindakan lanjut kita akan mendesak kerajaan bertindak," katanya.

Selain itu, katanya melalui kongres itu juga sebuah seketeriat tetap akan diwujudkan bagi menyatukan gerakerja dan tuntutan semua pertubuhan Islam negara ini.

Menurut Azmi, kongres berkenaan akan dibiayai sepenuhnya oleh umat Islam menerusi dana yang sedang dikumpul pihaknya.
posted by jasindaily online @ 4:30 PM   0 comments
KENAPA EROPAH HARUS MELINDUNGI ISRAEL??
Monday, August 28, 2006
"The Independent" - Pada mulanya angka 15,000 orang askar telah disebut-sebut untuk memperkasakan Pasukan Pengaman Sementara PBB di Lubnan – UNIFIL. Kini angka itu mengecut menjadi 7,500 sahaja dan ia tidak akan diberi mandat untuk menentukan Hizbollah melucutkan senjata mereka. Lagi pun Hizbollah tidak akan rela berenggang dengan senjata.

Peranchis akan menghantar 200 orang askar, kemudian mereka hantar 400 orang. Kemudian Itali menjanjikan 3,000 orang. Selepas itu Peranchis pula mahu menghantar tambahan 2,000 lagi, menjadikan keseluruhan askarnya di Lubnan menjadi 2,600. Ini termasuk satu kompeni yang masih kekal dengan Unifil sejak Peranchis diusir keluar daripada pertubuhan pendamai itu pada 1986, selepas mereka memerangi pejuang Shiah di sebuah perkampungan Lubnan di Marake (sejak itu nama kampung itu tidak disebut lagi kecuali sekali-sekala di BBC). Kini Belgium pula akan menghantar 700 orang askar.

Bagaimana dengan Turki? Rupa-rupanya kaum Armenia di Lubnan menolak kemunculan mereka - dan mereka memang ada asas - walaupun BBC tidak akan memberitahu apa gerangannya. Sebenarnya tentera Turki pernah melakukan penyembelihan kaum Armenia yang beragama Kristian sehingga setengah juta terkorban pada 1915. Alangkah hebatnya plot yang sedang dinukilkan ini apabila kita mula-mula mahu buka temberang besar lagi.

Sesungguhnya inilah lagaknya yang menyangkuti setiap mereka yang berada di Lubnan. Kelentung lagi dan menipu diri sendiri. Inilah yang membarah di Timur Tengah dan juga di Barat. Inilah yang berlegar di kalangan negara EU yang kini cuba menghantar askar muda mereka untuk dikorbankan di Lubnan. Mereka akan menjaga keamanan, itulah kelentungannya, mereka akan menentukan adanya gencatan senjata dan mereka akan menyelamatkan nyawa.

Demikianlah besarnya Ho-Ho-Ho daripada dunia yang sebenar. Askar Nato/Unifil yang diperbesarkan itu tidak akan menjamin "kedamaian". Ia hanya akan menjaga satu zon 'penampan' untuk melindungi Israel setelah Israel gagal segagal-gagalnya untuk melucutkan senjata tentera pejuang Hizbollah tajaan Iran selama beberapa minggu yang berlalu. PBB akan menafikan bahawa itulah zon penampan untuk Israel - tetapi seandainya itulah zon penampan untuk melindungi orang Lubnan (yang menanggung kehilangan nyawa yang lebih besar berbanding penduduk Israel) sudah tentu zon penampan itu diletakkan dalam kawasan Israel. Jadi, sesungguhnya zon itu adalah bertujuan untuk melindungi Israel.

Rakamkan betapa orang Arab sanggup menerima peraturan ini. Rakamkan juga kenapa kita telah menerimanya dan betapa kita mudah akur dengan perancangan Israel bahawa keselamatan Israel dan keriangan mereka adalah lebih penting daripada keselamatan dan keriangan berjuta umat Islam yang menetap di rantau itu. Askar kita (orang Eropah) akan dikerah untuk melindungi Israel. Apakah kita fikir Arab tidak faham akan perkara ini? Apakah kita fikir kerajaan Barat tidak faham akan perkara ini semasa mereka berfoya-foya membuat pertimbangan sama ada mesti menghantar askar ke Timur Tengah?

Tidak perlu dikatakan lagi, Amerika dan Britain tidak mahu terlibat dalam perkara ini. Selepas Iraq dan Afghanistan, mereka tidak ada selera lagi mempertahankan Israel, apalagi Lubnan. Tugas Amerika dan Britain sekarang ialah menolak keseluruhan Eropah agar terjerumus di paya yang telah mereka cipta dan wujudkan melalui ketidak adilan dan sikap pengecut mereka di Timur Tengah. Presiden Bush menjanjikan bantuan 'kepada tentera Unifil - bererti itulah dia risikan Israel, dan kita memang amat faham akan perkara itu. Lord Blair daripada Kut al-Amara (Tony Blair lah tu.....penterjemah) tidak menawarkan seorang pun askar Britain untuk dikorbankan, gara-gara keberanian beliau mengorbankan begitu ramai askar British di Iraq dan Afghanistan.

Akan tetapi ketika para pemimpin politik Eropah masih terhangguk-hangguk minggu ini, siaran BBC World Service sudah pun menyiarkan pelbagai pendapat untuk para pengikut siarannya. "Nampaknya" kata juruhebah mereka di 'The World Today' masyarakat Eropah (saya memang mual dengan perkataan ini) "sedang sedia melaksanakan apa yang mereka janjikan." Dengan kata lain, mereka semua itu (Wops, Frogs anda Bocehe) tidak termasuk yang kita panggil 'Dagos' dan warga Finland dan Norwegian yang tidak pernah tahu bersyukur, memang tidak ada hati perut dan pengecut laksana tahi ayam apabila ada kaitan dengan prinsip Eropah.

Memang jelas sekarang betapa prinsip ini semuanya merupakan korbanan nyawa askar untuk menepati Resolusi PBB yang direncana oleh Amerika dan Peranchis (dengan sedikit campur tangan Lord Blair) di New York. Masyarakat Eropah tidak pernah tertekan dengan kerugian ketenteraan ataupun mandat yang tidak jelas. Kerana mereka pernah mengalaminya di Bosnia.

Apa yang sedang berlaku di Eropah ialah semakin banyak negara yang tidak terbabit dengan Deklarasi Balfour ataupun Perjanjian Sykes Picot ataupun peperangan Timur Tengah 1948 ataupun 1976 mahupun Perang di Lubnan 1982 ataupun pengeboman Israel ke atas Lubnan pada 1993 dan 1996, ataupun peperangan 2006 yang baru sahaja tamat dan 'petit invasion' (penaklukan kecil) selepas Hizbollah mencemar masuk kawasan penampan adalah dalam keadaan lelah dan mengah dengan segala kekotoran yang disebabkan perang Arab-Israel.

Sebahagian besar negara Eropah tidak ada kena-mengena dengan Balfour Declaration (Pengisytiharan menempatkan Yahudi di bumi Palestin - penterjemah). Sebahagian Eropah memeram peranan yang tidak boleh dimaafkan dalam episod Holokaus Yahudi. Beberapa dekad terus berlalu, dan generasi yang ada sudah diminta belayar ke Timur Tengah sedangkan mereka tidak berasa bersalah kerana dosa ibu dan ayah yang merelakan penyembelihan Yahudi di Eropah. Seperti juga dengan warga Turki sekarang yang tidak merasa apa-apa atas dosa nenek moyang mereka yang menyembelih satu setengah juta orang Kristian Armenia satu ketika dahulu. Kalau kita bersifat lembut, masyarakat Eropah sudah merasa letih dan lesu apabila diminta menebus dosa lama yang dilakukan oleh nenek moyang mereka. Mungkin sudah tiba masanya, kata mereka, untuk Israel dan Arab menebus sendiri segala kesan peperangan bodoh mereka.

Memang tidak ada yang bermoral dalam isu ini. Presiden Bush mendakwa bahawa Israel telah menang semasa berperang dengan Hizbollah, dan telah menundukkan penyokong pertubuhan itu di Iran dan Syria. Itulah juga yang didakwa oleh Israel.
Kini, masyarakat Eropah, mungkin juga termasuk Turki dan sudah tentu tentera Lubnan yang tidak berguna, sepatutnya mencapai kejayaan yang gagal dicapai oleh Israel. Kalau mereka gagal - seperti yang diramalkan, kerana NATO tidak akan pergi berperang mengganyang Islam - Israel akan menuduh mereka sengaja melupakan Israel yang tidak bermaya.

Peranchis akan diberi ingatan - seperti yang telah berlaku kepada mereka di bawah mandat pertama Unifil dahulu, bahawa sesungguhnya adalah Vichy Peranchis yang menyerahkan Yahudi kepada Nazi, dan Belgium akan diberi ingatan bahawa setengah negara mereka dahulu adalah pro-Nazi. Rakyat Itali akan diberi ingatan bahawa mereka telah melantik fasisme mencengkam kuasa, begitu juga nanti Sepanyol akan diingatkan bahawa Francao adalah seorang fasis.
Orang Arab akan diam membisu sambil melihat bagaimana Eropaha akan berpaling tadah dan belot terhadap mereka sekali lagi. Yang menang nanti ialah Syria dan Iran dan mereka semuanya yang memang marah terhadap ketidak-adilan dan sikap kita yang bermuka-muka mengenai apa yang kita sebut 'demokrasi'.
posted by jasindaily online @ 5:59 PM   0 comments
KHAIRY TERDESAK, ABDULLAH MERANGKAK!
Ingat tak lagi tuan tuan & puan puan... lakonon Allahyarham P Ramlee & Ahmad Nisfu didalam filem madu tiga... Ini lah dia menantu bapak... lama kelamaan kerana tidak dapat menutup bangkai gajah bukan nya anak menantu tetapi anak hantu!!! dalam filem Ahmad ALBAB!!! Inilah yang sebenarnya berlaku. Antara kedua dua nya ada persamaan. Kononnya ibarat memijak semut tidak mati, memijak telur tidak pecah... akhirnya nasib mereke ibarat telur di hujung tanduk!!!. Segala galanya berlaku kerana kerakusan, tamak, haloba, dan gila kuasa.

Mereka lupa bahawa kuasa Allah taala mengatasi segala galanya. Mereka perlu percaya kepada rukun Iman diantara nya percaya kepada Qada dan Qadar!!! Tidak guna melaungkan laungkan Islam Hadari, keturunan ulama dan sebagainya. Saya juga adalah keturunan ulama ulama dan datuk nenek saya juga pernah dilantik menjadi mufti mufti wilayah. Tapi apalah gunanya bermegah dengan keturunan dan salsilah sekiranya kita tidak mencontohi sifat sifat yang baik. Inikah yang dikatakan kepimpinan melalui tauladan???

Tak cukup dengan isu isu yang tak boleh di jelaskan kepada rakyat ekoran dari persoalan demi persoalan dari Tun Mahathir, timbul pula isu perkauman oleh Khairy yang kononnya mendapat sokongan dari kalangan pemuda. Siapa yang menyokong??? Saya juga adalah dikalangan pemuda, tetapi tidak pernah menyokong Khairy. Pernahkah kita bertanya bagaimana Khairy boleh menjadi Naib Ketua Pemuda dengan secara mendadak??? Dari sumber sumber yang di ketahui, ahli ahli dipaksa mencalonkan dia. Sepatutnya Mukhriz memegang jawatan itu!!!

Pernahkah kita bertanya atau siasat dimana dia mendapat wang berjuta juta. Bukankah di negara kita ada Guideline On Anti Money Laundering!!! Kenapa ikan bilis diratah tetapi jerung di biarkan bermaharaja lela??? Tetapi jerung lupa bahawa apabila di lapah, boleh di tinkan menjadi IKAN SARDIN....

Hishamuddin pula terpaksa mengikut telunjuk!!! Tidak seperti Datuk nya yang berani lantang bersuara!!! Hidup SEMANGAT DATUK ONN!!! Nampaknya pemimpin pemimpin lain dah jadi Pak Turut, takut kepada PM bukannya takut kepada Allah!!! Kalau ditanya... kena ikutlah sebab dia PM.. Kalau keadaan ini berterusan, maka apa yang pernah berlaku semasa reformasi Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan d an berlakulah peralihan pucuk kepimpinan kepada golongan muda yang lebih berkelibar dan umphhh!!

Para para Menteri sekarang yang Pro Abdullah yang pernah disingkirkan oleh Tun Mahathir kerana banyak skandal boleh mengucapkan ALOHA & SAYONARA!!!! Mudah mudahan ini akan menjadi kenyataan!!! rakyat sudah muak dengan trend yang tiada kemajuan!!! Sedangkan teknologi pun berubah... tapi pemikiran mereka masih ditakuk lama. Apa yang saya nampak Menteri yang pernah disingkirkan dan diambil oleh Abdullah membalas dendam kepada Tun Mahathir. Nazri pula dengan mulut celuparnya mengeluarkan kata kata yang kesat dan maki hamun kepada UMNO KUBANG PASU akan menerima padah yang lebih teruk. Inilah dia anak buah Abdullah Ahmad Badawi!!! Bukannya apa, Nazri mencari populariti!!!

Sayugia diingatkan didalam kabinet masih ramai Menteri menteri Muda dan Senior yang masih menyokong Tun Mahathir. Mereka menunggu ketika dan saatnya sahaja untuk bertindak!!! Kalau musuh didepan mata boleh dilihat, tapi bagaimana pula musuh didalam selimut???? Inilah yang dikatakan taktik ROPE A DOPE yang diamalkan oleh peninju terkenal disuatu masa dulu Muhammad Ali... Tetapi kalau dah tak tahan kena buli dan tindas maka bertukarlah kepada TAKTIK BAZOOKA (taktik Mike Tyson) yang lebih aggresif dan berkesan!!!

Kakitangan kerajaan yang berakar umbi diperingkat bawahan adalah lebih berani untuk meluahkan pendapat mereka. Jangan sampai mereka memberontak!!!! Kesetiaan polis dan tentera juga ada perbatasannya.. Tetapi mereka tidak boleh disalahkan kerana Kerajaan telah impose CODE OF ETHIC kepada mereka... Kesihan!!!!

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud, sekiranya kita memperdayakan dan menganiaya orang, Allah akan memberi balasan berkali kali ganda diatas perbuatan kejinya itu. Semoga kebenaran akan mengatasi segala galanya!!!

Saksikan adengan adengan seterusnya!!!
posted by jasindaily online @ 5:53 PM   0 comments
PARTI KEADILAN RAKYAT DEDAH KELEMBAPAN ALI RUSTHAM
MELAKA: Disebabkan kelembapan pengurusan dan tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam terutama dalam menangani kes-kes yang mudah, namun Ali Rustam memakan masa yang panjang untuk menyelesaikannya.

Antara kes yang menimbulkan kemarahan kepada rakyat Melaka ialah masalah peniaga medan selera Melaka Sentral dan kes gaji pemain bolasepak Melaka (MAFA).

Parti Keadilan Rakyat yang mengumpulkan maklumat mengenai kedua-dua isu itu mendapati, cara permasalahan tersebut ditangani hanya menunjukkan betapa tidak profesionalnya cara pengurusan Ali.

Menurut Ketua Angkatan Muda Melaka, Md. Yusof Abdullah, Ketua Menteri Melaka bertindak dengan cara tidak profesional dalam menangani permasalahan tersebut.

Dalam kes peniaga medan selera Melaka Sentral, Yusof berkata, peniaga dikenakan kadar sewa yang tidak setimpal dengan saiz gerai serta kadar persaingan yang tinggi.

"Pada masa ini, kadar sewaan yang dikenakan adalah sebanyak RM 680.00 sebulan yang mana berbanding dengan purata pendapatan kasar sebulan sekitar RM 1500 akan menghasilkan pulangan bulanan sebanyak RM 400 atau kurang setelah ditolak sewa dan utiliti," kata Yusof.

Tambahnya lagi, "pendapatan itu hanya lebih sedikit dari kadar kemiskinan iaitu yang digariskan oleh Kerajaan Negeri Melaka."

Menurut beberapa orang peniaga yang ditemui, mereka telah berniaga di antara 20 – 30 tahun di kawasan tapak lama dengan penghasilan yang agak munasabah tetapi dengan perpindahan di tempat baru menjadikan mereka tidak mampu walaupun untuk membayar sewa.

Menurut pemerhatian yang dijalankan oleh keADILan, daripada sejumlah 50 gerai yang beroperasi, sepuluh daripadanya telah menutup perniagaan dan beberapa lagi akan menurut di dalam tempoh terdekat.

Menurut Yusof yang juga Pemangku Ketua Bahagian keADILan Bukit Katil, perkara itu telah disampaikan oleh persatuan peniaga-peniaga Medan Selera Melaka Sentral kepada pengurusan Melaka Sentral Sdn Bhd sejak 21 Februari 2006 dan disusuli pada 30 Mac 2006.

Malah, menurut Yusof lagi, rayuan juga telah dikemukakan kepada Ketua Menteri Melaka pada 30 Mac lalu dan disusuli sekali lagi pada 11 Mei dengan mengemukakan alasan-alasan seperti ruang kecil (lapan kaki persegi dan empat buah meja) yang tidak membolehkan mereka menempatkan pelanggan yang mencukupi untuk sesuatu masa, kadar kunjungan yang rendah, ruang masak yang kecil serta kedudukan kedai yang tidak berada di laluan yang mudah dan memberi keselesaan kepada pengunjung. Malahan, kerusi yang dibekalkan yang dikatakan berharga RM45 sebuah tidak berkualiti dan mudah pecah serta memudaratkan pelanggan.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Melaka Sentral Sdn Bhd hanya memberikan jawapan pada 18 Mei 2006 dengan mengekalkan kadar sewa tersebut.

Yusof mempersoalkan kelambatan Ali Rustam selaku ketua Menteri Melaka, mengambil masa yang begitu panjang untuk hanya memberi jawapan yang tidak diperlukan oleh peniaga.

"Yang lebih menyedihkan, ada beberapa peniaga yang tanpa segan silu telah menunjukkan surat-surat pajak-gadai dan surat 'Along' sebagai bukti bahawa mereka terpaksa berhempas-pulas dan bergolok-bergadai hanya untuk membayar "sewa kedai" kepada syarikat milik kerajaan negeri Melaka," kata Yusof lagi.

Pengurusan Pasukan Bolasepak Melaka

Yusof juga mendedahkan kelemahan pengurusan dan pentadbiran Ketua Menteri Melaka ini juga terserlah di dalam pengurusan pasukan bolasepak Melaka.

Menurut Yusof, isu tunggakan gaji dan pembayaran kos-kos pengurusan telah berlarutan dalam satu tempoh yang panjang.

"Ketua Menteri Melaka selaku Presiden MAFA telah menyelar pemain-pemain seolah-olah prestasi buruk mereka berpunca dari sikap mereka yang hanya mementingkan pendapatan atau gaji yang tinggi dan tidak mempertingkatkan kemahiran dan corak permainan mereka," kata Yusof.

Bagaimanapun, laporan beberapa akhbar tempatan menjelaskan bahawa pengurusan MAFA tidak mampu membayar gaji yang telah mereka tawarkan kepada pemain-pemain.

Yusof mendakwa pihak pengurusan telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada Ketua Menteri untuk mengarahkan ketua-ketua jabatan menjalankan operasi meminta sumbangan daripada syarikat-syarikat yang berurusan dengan kerajaan negeri.

Menurut salah seorang pengarah syarikat yang terbabit, pihaknya yang berurusan dengan beberapa jabatan telah dipanggil oleh ketua-ketua jabatan tersebut untuk memberikan sumbangan bagi tujuan membantu pengurusan MAFA menyelesaikan masalah kewangan mereka.
posted by jasindaily online @ 5:50 PM   0 comments
KEADILAN TUBUH 5 CAWANGAN BARU DI KEPALA BATAS
KEPALA BATAS: Keadilan Bahagian Kepala Batas berjaya melebarkan sayapnya dengan penubuhan lima cawangan baru, sementara Umno kehilangan sebuah cawangan di Kampung Lembah Raja, berikutan ahli-ahlinya bertindak meninggalkan parti itu.

Cawangan lain ialah Kubang Menerong, Paya Keladi, Taman Abdullah Fahim dan Permatang Kuang dengan penyertaan ahli baru seramai 250 orang.

Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Lembah Raja, Bakhari Bidin, 43 tahun, mengetuai 60 ahli Umno kampung berkenaan menyerahkan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat kepada Ketua Angkatan Muda Ezam Mohd Noor, di sini, pada 25 Ogos lalu.

Bakhari yang merupakan pengasas Umno cawangan berkenaan berkata dengan penyertaan semua Ahli Jawatankuasa Umno ke dalam Keadilan, bererti Umno cawangan itu telah berkubur.

"Kami semua mahu tukar kereta baru kerana kereta Umno telah buruk dan rosak teruk," jelasnya ketika ditanya mengapa memilih wadah Keadilan.

Tambahan pula katanya, kehidupan penduduk di kampung berkenaan yang majoritinya pesawah semakin terhimpit ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Tetapi kami lihat wakil rakyat yang kami pilih dan ahli keluarga mereka hidup semakin senang-lenang,"ujarnya.

Sementara itu, Mohd Hizam Abdul Shakor, 22 tahun dari Kubang Menerong pula berkata beliau memilih wadah Keadilan setelah mendapati program Umno banyak merosakkan minda golongan muda.

"Anak-anak muda hidup tanpa prinsip perjuangan, lebih mementingkan hiburan yang disogok saban hari oleh Umno," jelasnya.

Manakala, Ketua Bahagian Keadilan Kepala Batas Zaini Awang menganggap kesedaran di kalangan rakyat semakin meningkat.

"Rakyat semakin sedar kepincangan Umno dan kebobrokan pemimpinnya. Mereka telah hilang kepercayaan kepada Umno dan mahukan perubahan. Ini satu kejayaan buat Keadilan kerana ini kawasan Presiden Umno," katanya.
posted by jasindaily online @ 5:47 PM   0 comments
ANWAR: DR MAHATHIR HALANG DAKWA RAFIDAH
BALING: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bekas Perdana Menteri Dr Mahathir telah menghalang Peguam Negara untuk mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Rafidah Aziz, meskipun kertas pendakwaan berkaitan rasuah terhadap menteri berkenaan telah disiapkan.

Menurut Anwar, selepas gagal mendapat persetujuan Dr Mahathir, pegawai di pejabat Peguam Negara ketika itu telah menemui beliau bagi memujuk Dr Mahathir meneruskan tindakan undang-undang terhadap Rafidah dengan membawa kertas pendakwaan dan kertas siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Apabila saya menemuinya, Dr Mahathir berkata: Anwar.....depa ni (Peguam Negara dan BPR) tidak tahu politik, tutup cerita."

"Mahathir tutup cerita, Abdullah pun tutup cerita. Inilah masalahnya. Tapi apa maruah kita.....apa kedudukan pimpinan negara sekarang?"

Anwar berkata demikian ketika berceramah bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Madrasah Islahiah, Memali, Jumaat lalu yang dihadiri lebih 15 ribu orang.

Menurut Anwar berdasarkan sistem pentadbiran sekarang, sebarang pendakwaan yang melibatkan seseorang menteri dan Ketua Menteri perlu mendapat persetujuan Perdana Menteri terlebih dahulu.

Justeru, beliau kesal dengan tindakan Abdullah mengekalkan Rafidah dalam kabinetnya, meskipun Abdullah bertekad untuk membanteras rasuah dalam kerajaan.

"Saya tidak percaya dia (Abdullah) tidak melihat kertas pendakwaan (Rafidah), mustahil seorang Perdana Menteri tidak melihat kertas pendakwaan," katanya.

Dalam sidang media di Alor Setar, Rabu, Dr Mahathir menafikan beliau pernah "menyelamatkan" Rafidah daripada disiasat oleh BPR satu ketika dulu, malah mendakwa beliau tidak mengetahui tindakan Rafidah memberi begitu banyak AP (permit Import) kepada dua individu semasa pentadbirannya.

Terdahulu, dalam ceramahnya Dr Mahathir turut mempersoalkan Abdullah yang mengekalkan Rafidah dalam kabinetnya.

Untuk rujukan - Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor pernah didakwa di mahkamah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan kepada umum kertas pendakwaan Rafidah yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwaraya, Abdul Ghani Patail bertarikh 14 Mac 1995.
posted by jasindaily online @ 5:41 AM   0 comments
MAS, AIR ASIA HADAPI SINDROM PENAFIAN
Penafian oleh kedua-dua MAS dan Air Asia mengenai kelewatan dalam jadual penerbangan tidak akan membersihkan imej mereka. Sikap demikian hanya menunjukkan bahawa pihak pengurusan kedua-dua syarikat penerbangan tersebut sedang mengalami sindrom penafian mengenai ketidakpuasan dan kekecewaan orang ramai akan perkhidmatan yang diberikan.

Mereka tidak perlu bertemu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy kerana apa yang mereka perlu lakukan ialah bertanya kepada para penumpang atau kakitangan mereka mengenai peningkatan aduan tentang kelewatan penerbangan.

Malah, Menteri Pengangkutan mesti disalahkan kerana terlalu lembab dan lewat dalam menangani isu berkaitan dan menghadapi risiko usul RM10-potongan gaji dalam mesyuarat belanjawan Parlimen, jika dia gagal mengakhiri kekerapan berlaku kelewatan dalam penerbangan sama ada MAS atau Air Asia.

Usul potongan RM10 ialah kaedah yang digunakan dalam Parlimen bagi mengutuk Menteri kerana gagal, tidak efisien atau cuai dalam menjalankan tugasnya, walaupun usul potongan RM10 tidak diluluskan, ia akan menjadi titik hitam dalam rekod Kementeriannya.

Chan berkata dia telah menerima aduan "hampir setiap hari" mengenai kelewatan penerbangan di kedua-dua syarikat penerbangan.

Lebih dari tiga minggu lalu, pada 1 Ogos, MAS mengumumkan kenaikan dalam tambangnya, sedangkan tahap perkhidmatannya yang menurun dengan kelewatan penerbangan yang sering berlaku, telah menimbulkan masalah kepada penumpang-penumpang.

Chan wajar membentangkan dalam Parlimen dan memaklumkan kepada awam, statistik bilangan penerbangan MAS yang lewat setiap hari bagi empat minggu yang lalu berbanding bulan sebelumnya dan tahun sebelumnya.

Ketua MAS Idris Jala telah melaporkan kepada akhbar bahawa MAS mahu bertemu Menteri Pengangkutan mengenai dakwaan kelewatan penerbangan MAS.

Jika Idris tidak menyedari akan banyaknya aduan mengenai penerbangan MAS yang lewat dalam dua bulan yang lalu, ia hanya menunjukkan ketidakmampuannya dan ketidaksesuaiannya sebagai penjaga syarikat penerbangan nasional tersebut.

Perkhidmatan MAS yang mengecewakan sungguh tidak dapat diterima apabila berbilion ringgit wang pembayar cukai telah dileburkan sepanjang sedekad bagi membaikpulih MAS – yang terakahir RM850 juta, pembiayaan oleh kerajaan untuk skim "MAS mutual separation" (MSS) bagi mengurangkan pekerja dan atur semula laluan penerbangan.

Idris sepatutnya menjelaskan langkah MAS melaksanakan MSS yang menelan belanja RM495.5 juta, mewujudkan 141 'separuh jutawan', dengan 23 pekerja diberi ‘golden handshakes’ dari RM600,000 sehingga RM700,000 setiap orang.

Di bawah skim MSS tersebut, kakitangan MAS yang berjaya, telah mendapat tiga atau lebih kali ganda bayaran yang mereka akan terima jika mereka masih berada dalam MAS sehingga tamat perkhidmatan mereka.

Jika ini berlaku kepada 141 orang yang telah dibayar MSS lebih daripada RM400,000, MAS sebenarnya mampu jimat RM48 juta, atau RM330 juta daripada keseluruhan skim MSS yang dijalankan, melibatkan RM495.5 juta, jika mereka dibenarkan menghabiskan terma perkhidmatan masing-masing.

MAS mesti buktikan bahawa wujud pertanggungjawaban, ketelusan dan integriti dalam skim pembayaran MSS terutama RM495.5 juta yang diambil daripada dana awam bagi membantu MAS mengurangkan kos dan menjadi syarikat penerbangan yang berdaya saing dan bukan melahirkan 'separuh jutawan' segera.
posted by jasindaily online @ 5:39 AM   0 comments
HISHAM: JANGAN GUNA MEDIA, KHAIRY
Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu naib ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin menggunakan saluran parti untuk menjelaskan kontroversi ucapannya di Kedah tanpa berharap sepenuhnya kepada media.

Beliau berkata, Khairy tidak boleh menggunakan media semata-mata untuk menjelaskan maksud sebenar ucapannya kerana ia akan menimbulkan lebih banyak lagi salah faham terutama di kalangan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Khairy kata ada salah faham dengan apa yang dinyatakan olehnya sebelum ini, jadi sekiranya kenyataan itu sukar bagi kita untuk pastikan orang faham, baik kita fahamkan melalui saluran sedia ada. Itulah yang dipersetujui pemimpin tertinggi.

"Kalau nak menjawab melalui media, itu akan menimbulkan banyak lagi salah faham dan melagakan lagi keadaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pekan di sini, hari ini.

Ucapan Khairy di Kedah minggu lepas mengenai kaum Cina akan diambil kesempatan daripada kelemahan Umno untuk menimbulkan kontroversi sehingga mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan beberapa pemimpin parti komponen BN.

Hishammuddin berkata, salah faham itu akan mengakibatkan wujudnya pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan BN.

"Pemuda dah serik dalam hal berbaur perkauman dan agama dan saya selaku pemimpin Pemuda tidak akan membenarkan hal ini terjadi kerana ia risiko yang tinggi kerana kita mempunyai agenda yang lebih besar," katanya.
posted by jasindaily online @ 5:37 AM   0 comments
PERANG BLOG KIAN 'PANAS'
Blog dan laman web propemimpin negara sekarang semakin menonjol dan lantang walau masih baru berbanding beberapa blog politik yang kelihatan kritis terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selain Machai.net, dua lagi laman web mula diperkatakan oleh pelayar Internet, Malaysia Tomorrow dan Kelab Penyokong Maya Umno (KPMU).

Menariknya, nama dua laman web ini tidak jauh berbeza daripada media dalam talian yang sudah popular, Malaysia Today dan Kelab Menyokong Umno (KMU). Malah, reka bentuk dan warna dominan KPMU hampir-hampir sama dengan KMU.

Catatan politik di blog dan laman web ini, bagaimanapun, masih lagi sama - kedua-dua pihak ini saling tuduh-menuduh dan buruk-memburukkan antara satu sama lain.

Amaran kerajaan kepada blog dan laman web yang berunsur fitnah dan menghasut seolah-olah langsung tidak meninggalkan kesan terhadap ahli forum Internet, pengendali blog dan laman web itu sendiri.

Tidak seperti pengendali beberapa laman web dan blog yang kritis terhadap pemimpin hari ini yang tidak segan silu memperkenalkan diri mereka, pengendali laman web dan blog baru yang ditubuhkan untuk mempertahankan kerajaan sebaliknya menyembunyikan diri.

Sehingga hari ini, usaha untuk menduga topeng mereka yang mengendalikan blog dan laman web ini masih menjadi kegiatan masa lapang ramai orang yang pintar IT.

Baru-baru ini mStar Online mewawancara dua daripada pengendali blog politik yang agak kritis terhadap pemerintahan Abdullah - Datuk A Kadir Jasin, pengendali The Scribe, dan Ahirudin Attan, pemilik Rocky's Bru.

Topik perbincangan berkisar sekitar isu blog dan politik semasa, khususnya tanggapan tentang kredibiliti tulisan di blog dan amaran kerajaan terhadap penulis blog politik.

"Semua pihak, khasnya yang ada kuasa, perlu faham apa sebenarnya blog atau web log," kata Kadir kepada mStar Online.

"Janganlah kerana beberapa blog atau penulis blog yang dianggap berbahaya kepada kepentingan politik semasa, maka blog mahu digambarkan sesuatu yang negatif."

Kadir menambah, terdapat menteri dan pegawai kerajaan yang tidak memahami sifat dan budaya ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) yang mengizinkan komunikasi pantas dan serta-merta.

"Semua pihak yang berhubungan dengan media, kita berada dalam zaman komunikasi serta-merta, jadi harus hati-hati," katanya, sambil menambah ICT sekarang, termasuk telefon bimbit, mengizinkan wartawan mengirim mesej, foto dan potongan visual (footage) ringkas tanpa lengahan waktu.

"Sesiapa sahaja yang buat ulasan atau amaran terhadap media massa harus benar-benar faham dengan operasi media, dengan kerjaya kewartawanan dan situasi teknologi yang ada," katanya lagi.

Sementara Ahirudin, bekas editor eksekutif Malay Mail, beranggapan kenyataan Perdana Menteri mengenai isu itu baru-baru ini sebagai terburu-buru dan dibuat selepas menerima "nasihat yang separuh masak".

"Mungkin niatnya betul, misalnya tulisan yang berbau perkauman atau yang tidak bertanggungjawab," katanya, juga dikenali Rocky, yang memulakan blognya Mei lalu.

Awal bulan ini Abdullah berkata jika maklumat yang disebarkan dalam blog dan laman web berbau fitnah, menimbulkan rasa kurang senang masyarakat dan boleh menyebabkan mereka hilang kepercayaan pada dasar ekonomi negara, penulisnya akan ditahan untuk siasatan.

Kadir yang mempunyai 37 tahun pengalaman dalam bidang kewartawanan ketika mempertahankan blognya berkata: "Kalau dengan pengalaman dan komitmen saya kepada kewartawanan, saya masih tidak berhak bersuara, siapa lagi yang boleh?"

Katanya lagi, langkah membangunkan blognya pada Februari lalu dibuat selepas dia sedar peluangnya untuk memberi pandangan melalui media arus perdana semakin mengecil kerana dilihat sebagai seorang yang pro-bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara Ahirudin pula berkata, melalui blognya, dia hanya ingin "berkongsi apa yang saya tahu."

Bagaimanpun Rocky dan Kadir bukanlah satu-satunya sumber sumber kritikan terhadap pemimpin sekarang. Ia dimulakan dengan laman web yang dekat dengan Umno sendiri, Kelab Menyokong Umno.

Seorang lagi pengamal media yang juga pengendali blog sendiri, James Wong Wing On berkata, blog-blog kendalian Kadir dan Ahirudin mempunyai kredibiliti tersendiri dan mampu mempengaruhi pembaca tentang banyak isu kerana kedua-dua mereka lama bertugas dengan media arus perdana.

Bekas penulis kanan di akhbar Sin Chew Daily dan juga Malaysiakini.com berkata kredibiliti mereka juga mantap kerana tidak pernah cuba untuk menyorokkan identiti mereka ketika mengkritik.

Menurutnya, pembaca mengunjungi blog Kadir untuk mengetahui analisis-analisis politik Melayu dan Umno. "Orang melihat beliau sebagai salah seorang daripada orang dalam (politik Umno)," kata bekas ahli Parlimen DAP itu yang mengendalikan blognya Freedom in Solidarity.

Padanya, menulis blog juga boleh memecahkan budaya takut. "Tidak ada orang yang menapis, menyemak tulisan dan mempertahankan anda (jika salah)," katanya. "Anda mengambil risiko bersendirian."

Isu kredibiliti dan kebebasan dalam talian memang menjadi fokus utama penulis-penulis blog ini.

Rocky berkata, dengan latar etika kewartawanannya, beliau sentiasa berfikir kesan baik buruk sesuatu tulisannya. "Saya sentiasa memikirkan isu itu 24 jam. Apakah ia adil? Apakah ia beretika?".

"Penulis blog yang berbohong akan membunuh kredibiliti sendiri. Lama kelamaan orang tidak akan melawat lagi (blognya)," tambahnya.

Kadir pula sentiasa menekankan budaya perdebatan dengan pembacanya secara terbuka dan telus. Beliau enggan menyiarkan pandangan daripada pembaca yang tidak dikenali atau menggunakan nama samaran yang tidak sesuai dan menggalakkan mereka menggunakan nama sebenar.

"Selama ini masyarakat kita tidak menggalakkan perbahasan secara tertib, sopan dan berhemah. Jadi apabila ada blog, mereka tidak dapat berbuat demikian. Saya rasa kita hendaklah berterima kasih kerana ada ruang (blog) lebih luas untuk berbincang dan berdebat. Elok kita sama-sama jaga ruang itu agar tidak tercemar," nasihatnya.

Kadir berkata beliau sedaya-upaya memberikan kebebasan kepada pembacanya tetapi ada juga di kalangan mereka yang memasukkan pandangan yang keterlaluan.

"Saya cuba sedaya-upaya mengelak komen-komen yang mengandungi unsur-unsur lucah, biadab, hasutan dan fitnah."

Wong pula mempertahankan sifat blog yang bersifat peribadi dan berbeza daripada akhbar harian.

"Blog menerbitkan pandangan peribadi. Jadi, soal bias tidak timbul. Anda tidak perlu berimbang (balanced) sewaktu mengupas idea-idea anda. Jika ada pembaca yang tidak senang dengan anda, biar mereka buka satu blog baru," katanya.
posted by jasindaily online @ 5:26 AM   0 comments
KEMUSNAHAN TERANCANG YANG BARU
Thursday, August 24, 2006
Kalaulah ada satu soalan yang boleh dikemukakan kepada pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah pada hari ini; soalan itu sepatutnya berbunyi: Sejak bila anda rancang pembangunan semula Selatan Lubnan? Apakah sebelum anda culik dua orang askar Israel pada 12 Julai, ataupun setelah semakin jelas betapakah kemusnahan yang diingini oleh Israel dalam usaha mahu menang dalam peperangan terhadap anda?

Apa pun, ia merupakan satu pukulan mahaguru yang memukau Israel, Amerika Syarikat dan dunia sejagat. Malahan ketika para pengkritik penaklukan Israel itu mendakwa dengan bertambahnya bahan bukti betapa Israel memang sudah lama merancang mahukan serangan itu lebih awal lagi (dengan sokongan dan izin pentadbiran Presiden George Bush); sekarang semakin jelas bagaimana Hezbollah sengaja menjebak Israel agar berperang selepas ia merancang penangkapan dua orang askar Israel yang diculik. Selain itu Hezbollah telah siap sedia dengan taktik ketenteraannya, terowong bawah tanah, serangan misil dan senjata anti-kereta kebal yang termoden. Sekarang Hezbollah sudah merancang pembangunan semula selepas peperangan itu, di mana usaha yang besar itu hanya mampu dibuat oleh Hezbollah dan bukan kerajaan Lubnan yang lembik dan tidak berguna. Katalah itu sebagai sebuah rencana kemusnahan terbaru dan Timur Tengah Baru yang akan diciptanya, jauh lebih berbeza daripada Timur Tengah yang diimpikan oleh pentadbiran Bush dan sekutu mereka di Israel.

Idea 'rencana kemusnahan terancang' merupakan hasil nukilan yang diwarwarkan oleh seorang pakar ekonomi Austria bernama Rudolph Schumpeter lebih setengah abad yang lalu untuk memberikan gambaran bagaimana kapitalisme bergerak serentak untuk menghancurkan sistem sosial sekarang dan meraih keuntungan daripada sistem ekonomi dan sosial yang menggantikannya.

Pada 1980-an dahulu, mahaguru dunia perniagaan Amerika Syarikat seperti Tom Peters telah nampak akan revolusi dalam teknologi dan pembuatan dan secara serentak meramalkan kejatuhan blok Soviet dan dunia dwi-polar yang telah selama itu ditenteramkannya. Sekali gus beliau bukan sahaja meramalkan betapa perlunya menguruskan ketegangan yang nampak semakin ketara, tetapi kemungkinan keuntungan yang akan meruap dan melambak dengan hebatnya.

Kumpulan neo-liberal sejagat dan neo-konservatif, dan akhirnya pentadbiran Bush, akan berpaut kepada konsep kemusnahan terancang itu sebagai satu cara untuk menggambarkan proses betapa mereka bercadang melahirkan satu ode baru dunia.

Untuk mereka yang sedang meraikan kemusnahan terancang itu, Amerika Syarikat adalah laksana yang digambarkan oleh seorang penasihat Bush yang bernama Michael Ledeen - (seorang filasuf neo-konservatif) - "satu kekuatan revolusi yang hebat" di mana idea kemusnahan terancang itu akan menjadi fokus utamanya."

Ketaksuban yang sama wujud di Timur Tengah menyokong Simon Peres yang menonjolkan konsep "Timur Tengah Baru" di mana Israel adalah penjana budaya dan ekonominya. Inilah visi yang dilahirkan oleh proses kedamaian Oslo dan akhirnya tumbang terabai.

Untuk mengekalkan falsafah ini, tentera Israel beranggapan bahawa cara memusnahkan Hezbollah ialah dengan memusnahkan ribuan nyawa orang Lubnan dan bangunan mereka. Mereka beranggapan bahawa itulah caranya untuk mewujudkan satu imbangan kuasa di rantau itu yang lebih menyenangkan mereka. Apa yang tidak diambil kira ialah sikap Hezbollah menggunakan prinsip keganasan yang sama sebagai penggerak perubahan sosial dan politik, secara menyongsang; setiap bangunan yang dibom dan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa memberikan satu peluang untuk Hezbollah menunjukkan sikap patriotisme, dermawan dan kecekapan.

Kini, ketika askar Israel mula berundur daripada Lubnan yang dianggap oleh setiap orang Arab sebagai satu kekalahan, para pejuang Hezbollah telah menukar senjata mereka (kebanyakan Kalashnikovs) dengan memakai topi keras dan memandu jentolak. Mereka mula membersihkan himpunan runtuhan bangunan, menyerahkan wang bantuan, makanan dan mengagihkan perabot kepada puak yang memerlukannya, dan memperbaiki jalan raya serta bangunan yang telah hancur-lebur oleh peperangan. Semua itu dengan biaya wang yang datang mencurah-curah daripada musuh ketat Amerika dan Israel yang akhirnya menjadi sasaran perang mereka - yakni Iran. Dengan kata lain, Hezbollah berjaya menyediakan kek dan memakannya juga. Hezbollah telah berjaya berdepan dengan tentera Israel yang dianggap perkasa 'IDF' (Israel Defence Forces) dan berjaya menundukkan mereka. Kemudian, belum pun sempat sesiapa mengkritik Hezbollah kerana kemusnahan yang dicetuskannya, ia sudah pun memulakan sebuah rencana untuk membangunkan semula segala kemusnahan itu dengan biaya yang sedia ada. Kalaulah pentadbiran Bush bertindak seperti ini di Iraq dahulu?

Apakah yang patut dipelajari oleh AS dan Israel daripada pengalaman selama lima minggu yang berlalu? Mereka telah berjaya melancarkan kemusnahan terhadap apa sahaja, seperti yang mereka lakukan di Iraq. Lubnan ataupun Gaza menjadi semakin menyerlah dan dalam proses melepaskan gelombang kekalutan yang sungguh dahsyat itu. Mereka telah mempunyai tanggapan mampu menguasai keadaan untuk kepentingan sendiri.

Akan tetapi strategi Nasrallah telah menunjukkan betapa beliau adalah seorang pakar kemusnahan terancang di dua pihak percaturan. Beliau faham bahawa kemusnahan terancang mesti mencetuskan sebuah sistem yang mampu memberikan manusia satu keyakinan terhadap masa depan seandainya proses itu disempurnakan.

Kerana inilah, seandainya Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice telah melihat kelahiran sebuah Timur Tengah Yang Baru, bayi yang mereka sambut itu bukannya hasil kelahiran Amerika ataupun Israel, tetapi hasil kelahiran Hezbollah. Apakah AS akan menyayanginya? Apakah AS mengabaikannya seolah-olah itu bukan tanggungjawabnya? Inilah pengajaran pahit yang sukar untuk ditelan, tetapi adalah lebih baik kalau AS mempelajarinya secepat mungkin. Amerika harus sedar bahawa semua pencabarnya sudah pun mempelajari pengalaman itu.

Mark LeVine, PhD, is a professor in the department of history, University of California-Irvine.
posted by jasindaily online @ 5:32 AM   0 comments
BENARKAN DR MAHATHIR BERCAKAP, ABDULLAH JANGAN TAKUT: ANWAR
BALING: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seharusnya memberikan kebebasan kepada Dr Mahathir untuk menyatakan pandangannya dan tidak perlu berasa takut sekiranya beliau yakin berada di pihak yang benar.

"Mengapa Perdana Menteri takut sangat, kalau kita yakin berada di pihak yang benar, ada maklumat yang cukup, bagi dia (Mahathir) bercakap, kemudian kita jawab."

Menurut Anwar walaupun beliau tidak bersetuju dengan Dr Mahathir, namun haknya untuk berucap dan menyatakan pandangan perlu dihormati.

"Hak dia bercakap sebagai warga negara, kita kena beri dia bercakap, kalau perlu dibawa ke mahkamah bawa ke mahkamah, ini barulah disebut negara hukum ada 'rule of law'."

"Kita tentang Mahathir sebab dia bukan gunakan 'rule of law'- negara hukum, tetapi dia gunakan 'rule of the jungle' hukum rimba, hukum rimau, guna kekerasan, tetapi sekarang ini, daripada segi adat sama sahaja."

Beliau berucap di hadapan kira-kira 15,000 hadirin di perkarangan Madrasah Islahiah, Memali, di sini, Jumaat.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Pengerusi Keadilan Kedah Mokhtar Mansor dan bekas Ahli Parlimen Baling Ustad Taib Azamudin.

Abdullah, kata Anwar, tidak perlu menggunakan kuasa kuku besi, menyekat kebebasan bersuara dengan menghalang suara Dr Mahathir dan pandangan pembangkang.

Sementara itu, menyentuh kenyataan Dr Mahathir yang beliau akan berhenti mengkritik Abdullah, sekiranya kerajaan bersetuju membina semula Jambatan Bengkok, Anwar secara sinis berkata :

"Jadi perjuangan dia setakat tu sahaja ka.......tidak ada jambatan aku marah kepada hang.....ada (bina) jambatan aku setuju dengan hang.......ini politik apa jenis ini?" disambut gelak tawa hadirin.

Ekoran perbalahan Dr Mahathir dan Abdullah itu, Anwar melontarkan persoalan:
"Saya hendak tanya....... harga barang naik siapa ambil peduli, soal maruah umat siapa ambil peduli, soal penghayatan Islam siapa ambil peduli, soal kesusahan rakyat sekarang ini - RM 20 ribu juta yang dikaut disapu tidak sampai kepada rakyat siapa ambil peduli."
posted by jasindaily online @ 5:29 AM   0 comments
AZALINA ELAK SOALAN MENGENAI KOMPLEKS SUKAN LONDON
Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina Othman telah di'boo' pada malam Ahad apabila dia tiba 40 minit lewat bagi pembukaan Kejuaraan Wushi Junior Dunia Pertama 2006 di Kuala Lumpur - dan Azalina tidak memberikan apa-apa penjelasan atau meminta maaf atas kelewatannya.

Azalina juga telah cuba mengelak daripada menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya dalam Parlimen mengenai Kompleks Sukan di London. Dia mendakwa bahawa keputusan muktamad hanya akan dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet mengenai Sukan dalam bulan September berdasarkan kajian yang sedang dirumuskan. Dia juga menambah bahawa angka RM490 juta yang dipetik bagi cadangan projek Pusat Sukan Brickendonbury, adalah tidak benar.

Mengapa Azalina berdegil untuk meneruskan projek Pusat Sukan London, yang akan menjadi projek 'gajah putih' pertama semasa pentadbiran Abdullah, terutama apabila ia ditentang oleh semua orang dan ahli-ahli Parlimen BN begitu juga pembangkang. Wang yang dibelanjakan bagi membina pusat sukan tersebut boleh digunakan untuk membina pusat-pusat sukan di seluruh negara bagi mencungkil bakat baru sukan.

Azalina juga sedar bahawa cadangan awal untuk membina padang golf oleh bekas Menteri Industri Asas telah ditolak oleh pihak berkuasa tempatan Brickendonbury.

Mengapa jika sebuah negara asing yang dipertimbangkan, Australia tidak menjadi pilihan bagi pembinaan pusat sukan. Australia yang telah memenangi 84 pingat emas dalam Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, dan diiktiraf sebuah kuasa sukan berbanding England, yang hanya menang 36 pingat emas di Melbourne.

Persoalannya, adakah dengan mempunyai pusat Sukan di London mampu membuatkan Malaysia memenangi semula Piala Thomas serta memperbaiki mutu permainan bola sepak Malaysia, yang sudah jatuh ke tangga 148 dalam ranking FIFA World Rankings 2006. Ini lebih rendah dari Korea Utara, Singapura, Palestin, Hong Kong, Sri Lanka, Taiwan, Bangladesh dan Indonesia. Sedekad lepas, Malaysia berada di tangga ke-100.

Sebagai seorang menteri, Azalina wajar memberi jawapan yang sebenar dan tidak cuba berselindung dengan memberi berbagai alasan dan bukan menjawab soalan yang ditanya
posted by jasindaily online @ 5:25 AM   0 comments
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com