Kerajaan Paklah harus tubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja mengkaji dan membentangkan pembaziran semua agensi kerajaan dalam perbelanjaan mereka terutama dalam membeli uniform. Pendedahan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Anti-Kastam yang juga merupakan wakil rakyat Jasin, menyatakan betapa Kastam DiRaja Malaysia membelanjakan sekitar RM48 juta hanya untuk membeli uniform. Tongkat (baton) Ketua Pengarah Kastam berharga RM700.
Tentu rakyat mahu tahu berapa harga uniform PDRM dan Jabatan lain seperti JPJ, Imigresen dan sebagainya.
Siasat juga berapa kos pakaian rasmi Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat di Dewan Undangan Negeri.
Alang-alang buat kajian siasat pula berapa pula belanja isteri duta-duta, menteri-menteri dan raja permaisuri bila berdandan untuk menghadiri majlis. Semua itu setahu saya dibayar dengan duit kerajaan (baca: duit rakyat).
Alang-alang siasat, buat pula kajian kenapakah wakil rakyat, semua mesti gunakan duit rakyat pakai Mercedes ataupun BMW dan kereta mewah yang lain. Kenapa tidak ikut Pakistan, menteri boleh pakai kereta berkuasa 1500 ke atas. Timbalan Menteri hanya boleh pakai setakat 1300 cc sahaja.
Kemudian siasat kenapakah semua jabatan penguatkuasa kita menggunakan kereta yang mewah dan mahal-mahal hanya untuk urusan sendiri. Kenapakah bomba dan JPJ menggunakan 'Land Cruiser' dan 'Pajero'. Malahan kenapakah polis trafik mundar-mandir dengan 'Perdana' dan 'Waja?' dan 'Pajero'?
Kenapakah polis lalu lintas tidak gunakan motorsikal kuasa tinggi sahaja? Kerana terlalu mewah sebahagian besar polis yang buat sekatan jalan kelihatan perut berboroi sahaja. Lepas operasi mereka akan melantak di Kedai Nasi Kandar beramai-ramai. Banyak betul gaji mereka?????
Siasat............ jangan tak siasat.................!!!!!
|