DEMI MASA |
|
|
MELANGGAR GENCATAN SENJATA |
Tuesday, August 29, 2006 |
Seluruh media dipenuhi dengan berita Israel melanggar gencatan senjata di Lubnan; hatta Kofi Annan sendiri berkata beliau beliau amat risau dengan perkembangan yang berlaku. Tiga perkara penting yang perlu diperhatikan:
1. Israel telahpun membunuh berpuluh-puluh rakyat Lubnan semenjak gencatan senjata; tiada satupun dari serangan tersebut dilabelkan sebagai "melanggar gencatan senjata." Ya, Israel berkata mereka melakukan tindakan mempertahankan diri bertujuan menghalang pejuang Hizbullah dari menghala mucung senjata mereka ke arah Israel. Mungkin dakwaan mereka itu benar, tetapi apakah bukti yang mereka ada? Dan adakah Israel mempunyai sebarang kredibiliti yang membolehkan kita percaya apa yang mereka katakan?
2. Berita melaporkan seperti apa yang saya baca dan dengar berulang kali dakwaan Israel bahawa operasi ini adalah operasi mempertahankan diri bertujuan untuk menghentikan penyeludupan senjata. Tiada seorangpun yang mahu bertanya soalan samada terdapat sebarang bukti di atas dakwaan mereka itu. Contohnya, adakah terdapat sebarang tangkapan yang dibuat atau senjata yang dimusnahkan? Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, saya bukan sahaja tidak pernah mendengar jawapannya, malah soalannya tidak pernah didengar, walaupun oleh pengerusi OIC.
3. Akhirnya, terdapat soalan tentang bagaimana serbuan komando merupakan jalan yang serius untuk menghentikan penyeludupan senjata. Hizbullah mempunyai beribu-ribu roket dan menembaknya sebanyak seratus atau dua ratus sehari. Saya bukanlah pakar ketenteraan, tetapi ia terlalu banyak untuk dimuatkan dalam van atau trak atau apa sahaja yang digunakan untuk membawanya sehingga boleh ditemui oleh serbuan komando. Jika Hizbullah mahu diberi bekalan dengann jumlah yang sama dari yang telah mereka gunakan, maka Israel memerlukan lebih banyak dari satu serbuan komando untuk melakukan tugasnya. |
posted by jasindaily online @ 4:41 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|