DEMI MASA |
|
|
HISHAM: JANGAN GUNA MEDIA, KHAIRY |
Monday, August 28, 2006 |
Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu naib ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin menggunakan saluran parti untuk menjelaskan kontroversi ucapannya di Kedah tanpa berharap sepenuhnya kepada media.
Beliau berkata, Khairy tidak boleh menggunakan media semata-mata untuk menjelaskan maksud sebenar ucapannya kerana ia akan menimbulkan lebih banyak lagi salah faham terutama di kalangan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN).
"Khairy kata ada salah faham dengan apa yang dinyatakan olehnya sebelum ini, jadi sekiranya kenyataan itu sukar bagi kita untuk pastikan orang faham, baik kita fahamkan melalui saluran sedia ada. Itulah yang dipersetujui pemimpin tertinggi.
"Kalau nak menjawab melalui media, itu akan menimbulkan banyak lagi salah faham dan melagakan lagi keadaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pekan di sini, hari ini.
Ucapan Khairy di Kedah minggu lepas mengenai kaum Cina akan diambil kesempatan daripada kelemahan Umno untuk menimbulkan kontroversi sehingga mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan beberapa pemimpin parti komponen BN.
Hishammuddin berkata, salah faham itu akan mengakibatkan wujudnya pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan BN.
"Pemuda dah serik dalam hal berbaur perkauman dan agama dan saya selaku pemimpin Pemuda tidak akan membenarkan hal ini terjadi kerana ia risiko yang tinggi kerana kita mempunyai agenda yang lebih besar," katanya. |
posted by jasindaily online @ 5:37 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|