Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
LEBIH 12,000 AS TERBUNUH, 25,000 CEDERA PARAH DI IRAQ (RAHSIA DoD)
Saturday, August 19, 2006
Tuan Presiden, kenapa anda tidak keluarkan tentera kita... seperti yang dilakukan oleh bapa anda?
Oleh: Brian Harring


Catatan: Terdapat satu sebab yang munasabah untuk dipercayai bahawa Department of Defence (Jabatan Pertahanan) dengan sengaja tidak melaporkan jumlah sebenar tentera AS yang terbunuh di Iraq. Kami telah menerima satu salinan manifest dari MATS yang menunjukkan bahawa lebih ramai mayat ang dihantar melalui kapal ke Dover.

Jumlah sebenar yang terbunuh mencecah 10,000 orang (Lihat rekod rasmi di akhir catatan ini). Jumlah rasmi mereka yang cedera mencecah lebih dari 15,000 orang. Jumlah ini jauh dari jumlah yang dilaporkan iaitu hanya lebh kurang 2,000 orang sahaja tentera AS yang terbunuh.

Apabila penyelidikan kami siap dan ditapis, kami akan menyiarkan hasil berserta dengan sumbernya dan ditambah dengan bukti senarai mereka yang terbunuh. Sekurang-kurangnya seramai 5,500 orang tentera Amerika telah melarikan diri, kebanyakan mereka ke Ireland dan tidak kurang juga yang melarikan diri ke Kanada dan beberapa buah negara Eropah yang lain, tiada seorangpun yang mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika.

Ini bermakna dari jumlah 158,000 tentera AS yang dihantar ke Iraq, 26,000 telah melarikan diri, terbunuh atau cedera parah. Senarai DoD hanya mendiamkan diri terhadap sebarang yang menunjukkan lebih dari 12,000 tenteranya terbunuh, lebih dari 25,000 mendapat cedera parah dan sejumlah besar dari mereka membunuh diri, dimasukkan ke hospital kerana penyalahgunaan dan pengedaran dadah, membunuh orang awam Iraq dan juga rakan tentera mereka, memperkosa, dihadapkan ke mahkamah tentera dan berbagai-bagai lagi.

Kerajaan Amerika cuba melarikan diri dengan penipuan yang besar ini kerana mereka mendakwa secara palsu, bahawa hanya mereka yang terbunuh dalam medan pertempuran di Iraq sahaja yang dilaporkan. Mereka yang terbunuh dan mendapat cedera yang kritikan hanya disenaraikan sebagai anggota yang dipindahkan ke hospital di luar Iraq dan tidak dilaporkan dalam posting harian. Sesiapa yang terbunuh semasa dalam penerbangan dari lapangan terbang Antarabangsa Saddam tidak disenaraikan dan juga mereka yang terbunuh di hospital tentera Amerika Syarikat.

Keluarga mereka memang diberitahu bahawa anak, suami, aban atau mereka yang disayangi telah terbunuh dan mayat mereka berada dalam keadaan teruk di Iraq akan dihantar pulang ke Dover. Oleh kerana telah diketahui umum bahawa ramai yang terbunuh di Landstuhl, Jerman, DoD mula menyenaraikan beberapa orang anggota yang terbunuh dalam senarai mereka yang
posted by jasindaily online @ 6:01 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com