DEMI MASA |
|
|
GESAAN KAJI SEMULA KRISIS KEHAKIMAN 1988 |
Thursday, August 17, 2006 |
Menteri Kebudayaan, Seni dan Warisan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dalam kajiannya mengenai krisis kehakiman tahun 1988 dalam bukunya "Freedom under Executive Power in Malaysia" telah menyebut bahawa keputusan untuk memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua hakim Mahkamah Tinggi, Datuk George Seah dan Tan Sri Wan Sulaiman adalah "keputusan politik walaupun modus operandi nampak mengikut peraturan perlembagaan". (ms.360).
Menggambarkannya sebagai "skandal terbesar yang Malaysia pernah hadapi dalam konteks kuasa eksekutif mahu mempertahankan kuasa". Menurut Rais lagi, "Seluruh episod memecat Ketua Hakim Negara adalah berdasarkan keinginan pihak eksekutif untuk mempunyai kata putus dalam arah yang kehakiman akan ambil di masa depan."
Akibat daripada krisis kehakiman tahun 1988, selama lebih sedekad, sistem kehakiman Malaysia telah dilanda skandal satu demi satu kerana ia dilihat sebagai alat penindasan dan penafian hak rakyat kepada keadilan.
Dalam tulisannya, Rais menyatakan bahawa kuasa kehakiman yang telah dirampas daripada Mahkamah Tinggi selepas krisis kehakiman 1988, telah membahayakan doktrin perlembagaan mengenai pemisahan kuasa.
"Ia merupakan tamparan maut kepada kebebasan kehakiman," ia akibat "reaksi langsung oleh pihak eksekutif kepada sikap mahkamah dalam sesetengah keputusan yang bertentangan dengan kehendak kerajaan, khususnya semasa dua tahun sebelum pindaan."
Majlis Peguam Malaysia telah menggesa agar krisis kehakiman 1988 dikaji semula bagi mengembalikan maruah para hakim yang telah menjadi mangsa kepada mainan kuasa politik. Gesaan tersebut telah dibuat oleh Presidennya, Yeo Yang Poh.
Perkara tersebut wajar disokong oleh para Menteri dalam Kabinet terutama mereka yang berkaitan dengan Undang-undang dan semua pihak yang mahu kewibawaan institusi kehakiman dikembalikan. Seperti yang pernah dituliskan oleh Rais sebelum ini. Rais tidak perlu apologetik mengenai analisisnya mengenai kehakiman dan kuasa eksekutif di negara ini, kerana pemerhatiannya benar dan wajar ada tindakan terhadapnya.
Bagi sistem kehakiman dapat dikembalikan kepada sebuah kehakiman yang bebas dari campurtangan eksekutif, perubahan yang lebih jauh untuk mempertahankan pertanggungjawaban kehakiman, bebas, tidak memihak dan integriti - sama ada perubahan dalam Kod Etika Hakim-hakim atau sistem perlantikan hakim yang adil dan telus - perlu dibuat.
Sudah tiba masanya, kerajaan mengembalikan maruah para hakim yang telah dikorbankan serta kebebasan institusi kehakiman Negara |
posted by jasindaily online @ 5:48 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|