1) Selepas sekian lama menjadi ahli GPMS, aku berapa hampa dengan Prof Madya Dr Sharifuddin kerana selama beberapa penggal sebagai Naib Presiden GPMS, apa sumbangannya pada GPMS? 2) Malah sebagai Naib Presiden, berapa kali beliau hadir ke mesyuarat EXCO, boleh bertanya hal ini kepada saudara Setiausaha Agung, Saudara Sobri Ahmad.
3) Beliau juga telah menggunakan kedudukannya sebagai Naib Presiden GPMS untuk bermain politik. Beliau menggunakan kedudukannya dalam GPMS untuk bertanding Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Perak.
4) Beliau juga telah menyuarakan hasratnya bertanding Timbalan Presiden kerana beliau ingin menggunakan platform Timbalan Presiden GPMS untuk bertanding Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim pada pemilihan UMNO Bahagian, dijangka pada tahun 2008. Adakah orang seperti ini harus berada dalam GPMS?
5) Di kala kemelut GPMS berlaku, di mana Dr Sharifuddin? Setelah beliau dipilih sebagai TIMBALAN PRESIDEN di dalam Kem 'Datuk Suhaimi Ibrahim', mengapa tiba-tiba beliau meletakkan jawatan. Ini kerana baginya, terlibat dalam `Kemelut GPMS’ akan menyebabkan masa depan politiknya akan turut malap.
6) Hakikatnya, kelayakan akademik yang berjela-jela bukanlah sebagai satu aset yang penting dalam memainkan peranan dalam GPMS, tetapi komitmen yang tinggi amat diperlukan dan ianya akan menyumbang kepada kecermerlangan sesebuah organisasi terutamanya GPMS yang cukup memerlukan 'perhatian' yang tinggi, bagi mengembalikan semula zaman kegemilangan GPMS.
KAMI berpendapat, GPMS wajiblah dipimpin oleh mereka yang komited, dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segelap lapisan. 'BELAJAR TERUS BELAJAR'
KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN GPMS
|