Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Kerajaan gagal atasi krisis gula
Sunday, August 13, 2006
Krisis kekurangan gula masih berlarutan walaupun pihak kerajaan telah memberi pelbagai janji bagi menyelesaikan masalah ini yang telah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu.

Dalam tinjauan ke beberapa lokasi khususnya dalam negeri Johor, didapati bahawa kawasan Batu Pahat dan Kluang adalah di antara daerah dalam negeri Johor yang sangat terkesan dengan masalah kekurangan gula.

Di Kluang, bekalan gula pasir tidak dijumpai di mana-mana pasaraya. Peniaga-peniaga makanan pula merungut kerana kekurangan bekalan gula telah menyebabkan perniagaan mereka terjejas teruk.

Krisis kekurangan gula sebelum ini pernah berlaku beberapa bulan yang lalu. Pelbagai janji telah dibuat bagi meyakinkan rakyat bahawa isu ini akan dapat diatasi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau masalah kekurangan bekalan gula di seluruh negara. (Utusan Malaysia, 6 Jun 2006)

Jawatankuasa khas ini berfungsi untuk menyiasat aktiviti penyeludupan dan kes menyorok bekalan gula oleh pemborong dan peniaga. Hukumannya, peniaga dan pemborong yang didapati menyorok bekalan gula, boleh didenda maksimum sebanyak RM25,000 termasuk dihukum penjara mengikut Akta Kawalan Bekalan 1991. Talian bebas tol kementerian 1-800-886-800 telah diwujudkan untuk menerima sebarang bentuk maklumat untuk menyelesaikan kes ini.

Yang menariknya, KPDNHEP dengan penuh yakin bahawa masalah kekurangan gula akan dapat diatasi dalam masa satu atau dua hari lagi.

Sistem pengangkutan juga pernah dijadikan sebab masalah bekalan gula berlarutan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN), Datuk Mohd. Shafie Apdal menyatakan bahawa kekurangan gula disebabkan sistem penghantaran yang tidak cekap oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). (Utusan Malaysia, 6 Julai 2006)

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pula mencadangkan kenaikan harga gula sebanyak 30 sen daripada harga asalnya RM1.40 sebagai langkah yang dilihat dapat mengatasi masalah ini.

Cadangan untuk menaikkan harga gula bagaimanapun telah ditolak oleh kerajaan dengan alasan ia akan memberi kesan kepada peningkatan kos hidup rakyat.

Selepas itu, KPDNHEP memperkenalkan sistem pembekalan gula oleh pemborong mengikut zon bagi mengatasi masalah bekalan bahan itu yang tidak seimbang di seluruh negara (Utusan Malaysia, 12 Julai 2006) dan perkara yang sama diulangi oleh Datuk Mohd. Shafie Apdal pada 17 Julai 2006.

Kini, KPDNHEP terpaksa mengakui bahawa masih belum dapat mengatasi masalah kekurangan gula di negara ini walaupun pelbagai mekanisme digunakan.

Cuma kali ini bukannya masalah pengangkutan yang menjadi alasan tetapi disebabkan oleh sikap pengilang yang lebih cenderung mengeluarkan gula halus berbanding gula kasar kerana harganya tidak dikawal. Gula halus dikatakan boleh dijual sehingga lebih RM2 sekilogram sedangkan gula kasar RM1.45 sekilogram.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil menggesa krisis kekurangan gula diatasi dengan segera, bukannya dengan memberikan pelbagai alasan untuk menutup kelemahan kerajaan. Paling terkesan sudah tentunya pengguna. Harga barangan keperluan yang menggunakan gula sudah pasti akan meningkat. Peniaga akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga gula.

Dengan perkembangan ini, bermakna kerajaan GAGAL untuk menyelesaikan masalah kekurangan gula. Apa yang dibimbangi, kerajaan akan mengambil keputusan untuk menaikkan harga gula seperti mana yang pernah dilakukan terhadap krisis kekurangan minyak diesel satu masa dahulu. Dalam apa jua keadaan, kerajaan mesti bertegas dengan keputusan untuk tidaks menaikkan harga gula. Jangan jadikan rakyat/pengguna sebagai mangsa
posted by jasindaily online @ 5:59 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com