DEMI MASA |
|
|
MENYANGGAH JAWAPAN KHAIRY JAMALUDDIN SECARA POINT BY POINT |
Wednesday, August 09, 2006 |
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Khairi kerana akhirnya membuka mulut dan menjawab kritikan-kritikan yang dilemparkan ke atas beliau.
Disini juga dapat kita memperhatikan adakah bijaksana graduan Oxford seorang ini seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.
Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyanggah ulasan-ulasan yang diberikan oleh saudara Khairi Jamaluddin.
ISU: Penjualan MV AGUSTA dengan harga satu EURO
Saudara Khairi menyatakan bahawa sesuatu yang normal menjual sesuatu entititi dengan hanya nominal value, dalam kes MV AGUSTA dengan harga satu EURO.
Beliau membawa kita kepada apa yang telah dibuat sebelumnya dibawah pemerintahan Tun Dr Mahathir, dimana DRB-Hicom telah menjual Air Asia kepada TUNE Air milik Tony Fernandes dengan harga RM1.
Tetapi ingin saya tekankan di sini, bahawa di dalam penjuaan AIR ASIA kepada TUNE Air, penjualan berlaku antara satu syarikat tempatan kepada satu syarikat tempatan,
Pemilikan nasional masih berada di bawah anak MALAYSIA.
Ini berbeda dengan penjualan MV AGUSTA kepada GEVI spa dimana telah berlaku penjualan suatu entiti kepunyaan tempatan kepada sebuah syarikat asing.
Inilah perbedaan ketara di antara urusan transaction di zaman Tun DR Mahathir dibandingkan dibawah kepimpinan HADHARI, dimana penjuaan berlaku kepada entiti asing.
ISU: Penjualan ekuiti Alliance Bank dan Pantai Holding
Saudara Khairi tidak menjawab dengan jelas isu ini melainkan menyuruh ahli UMNO menyelidik sebelum ini syarikat tersebut kepunyaan siapa.
Persoalannya yang tidak terjawab, bagaimana sebuah BANK tempatan boleh dijual kepada Singapura, dimana kebenaran Bank Negara dan Menteri Kewangan amat diperlukan?
Begitu juga dengan PANTAI Holding, bagaimana kelulusan diberikan oleh Kementerian Kewangan terhadap pembelian ekuiti asing melebihi 30 peratus?
Penerangan lengkap oleh Menteri Kewangan amat diperlukan disini. Apa gunanya mempunyai 2 Menteri Kewangan tetapi terlepas pandang terhadap penjualan entiti-entiti tersebut.
Persoalan yang perlu dijawab oleh saudara Khairi , adakah benar ECM LIBRA memainkan peranan dalam urusniaga urusniaga tersebut?
Apa alasan Menteri Kewangan untuk menguruskan penjualan entiti-entiti tersebut?
ISU: ECM LIBRA-Avenue
Saudara Khairi menyatakan bahawa beliau mendapatkan pinjaman untuk membeli saham di ECM, OK, diterima penjelasan beliau, tetapi persoalan yang sebenar, adalah, mengapa seminggu selepas beliau membeli saham tersebut, berlaku pengumuman untuk mengabungkan ECM dan Avenue?
Bukankah itu merupakan suatu contoh klasik "insider trading:?
Begitu juga adakah wajar satu entiti kecil seperti ECM membeli Avenue yang besar dan merupakan satu syarikat GLC ?
Adakah wajar Kementerian Kewangan membuat keputusan terhadap kelulusan pengabungan ECM dan Avenue?
Bukankah timbul conflict of interest antara Bapa Mertua dan Menantu?
ISU: Jambatan Bengkok dan deklasifikasi dokumen
Saudara mengatakan mengapa masih tidak puas hati mengenai penerangan pembatalan jambatan bengkok walaupun telah dideklasifikasi dokumen berkaitan.
Persoalannya adalah, kerajaan hanya berani mengeluarkan segala dokumen semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Mengapa tidak kerajaan telus dan berani untuk mengeluarkan segala dokumen rundingan dengan Singapura dari Oktober 2004 hingga 2006, dimana timbulnya dakwaan oleh Tun Dr Mahathir terhadap adanya tawaran penjualan pasir selama 20 tahun dengan keuntungan sebanyak 1 bilion dolar Singapore?
Mengapa dokumen tersebut tidak dikeluarkan oleh kerajaan?
Saudara juga menyatakan pembatalan jambatan tersebut menyelamatkan Malaysia dari kerugian akibat penangguhan projek jika Singapura membawa kes tersebut ke mahkamah.
Persoalannya, dengan tidak membawa kes tersebut ke mahkamah, Singapura kini telah semakin berani sehingga menyatakan kini, bahawa tambak JOHOR kini adalah milik bersama, dimana tambak dibahagian JOHOR adalah milik Singapura juga secara bersama, dan dimana Syed Hamid Albar?
Quote dari Syed Hamid sendiri dari Bernama: jika adapun implikasi undang undang kami yakin kami akan menang, dan mengapakah jika beliau sangat yakin akan menang tetapi beliau berundur ?
ISU: MAYA Karin
Sepatutnya perkara tersebut bukan suatu isu yang patut dinyatakan di mesyuarat UMNO.
Tiada salahnya saudara jika mahu berkahwin satu, dua, tiga atau empat selagi saudara mampu dari segi nafkah zahir dan batin, dan saya amat hairan saudara menjadikan isu yang amat remeh-temeh ini sebegitu besar, unless it is a sin for polygamy according to SISTERS in ISLAM. |
posted by jasindaily online @ 4:34 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|