Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PEDAS-PEDAS CILI API
Monday, August 07, 2006
NASIB MALANG MAHATHIR

Cili Api dengar waktu bercuti 20 hari, sebahagian masanya Dr Mahathir Mohamad bersantai dengan mahajutawan Ananda Krishnan, salah seorang terkaya di Asia. Ananda dulu banyak mendapat peluang bisnes daripada Mahathir, semasa PM. Ada berita angin berkata Mahathir menagih "balas budi".

Ada juga berita angin lain, kononnya Mahathir sebelum itu menunut dan mendapat kira-kira RM500 juta daripada seorang korporat besar Melayu. Mengapa perlu? Bukankah ikut berita angin juga berbilion wang Umno ada pada Mahathir dan Daim?

Cili Api terpaksa dengar juga berita angin. Tahu sajalah, tarafnya dalam Malaysia Boleh ini tinggi. Kadang-kadang lebih tinggi dari berita dalam media rasmi.

Lepas bercuti Mahathir berangkat ke Kelantan. Khabarnya, beratus-ratus sepanduk digantung dan beribu-ribu poster ditampal di KB, mengumumkan kedatangan dan program beliau sebagai Wira. Cili Api sangka cuma kereta saja yang bernama Wira!

Ramai orang dan Cili Api sendiri sangka tentu puluh ribu akan datang menyambut. Rupanya tidak. Sama ada di lapangan terbang, di dewan atau di hotel, dihadiri pemimpin tertinggi Pas atau tidak, kehadiran tidaklah seberapa. Tidak sangka Pas + Ibrahim Ali + Wira mampu menarik seribu atau dua ribu orang saja. Malulah kompeni.

Berita hebat ialah kemalangan yang menimpa Mahathir disembur dengan "serbuk beracun". Mahathir menyangka yang melakukannya dari pihak yang selalu dikritiknya. Dia terus menyelar mereka bila bertemu wartawan.

Rupa-rupanya pembawa angkara penyokong sendiri juga, yang tidak rela Wira dibawa bersama dalam kereta "sikatak lompat". Kata polis dia seorang datuk. Buat apa polis hendak sembunyi-sembunyi? Satu Kelantan sudah tahu siapa dia.

Yang mereka dan Cili Api tidak tahu dan tidak faham ialah mengapa tujuh orang asykar juga disoal oleh pihak polis bersama datuk itu. Kabarnya, asykar ini diupah untuk menjaga keselamatan. Keselamatan siapa? Macam mana boleh diupah? Siapa mengupah? Bolehkah TPM-Menteri Pertahanan beri penjelasan sedikit?

Cili Api kesian, tetapi nak ketawa pulak, apabila Mahathir berkata, dia terkejut, tidak boleh bernafas dan sakit mata bila kena serbuk itu. Itulah. Air yang disembur oleh polis ke atas apa yang selalu dituduh "himpunan haram", seperti masa reformasi dulu, juga mengandungi kimia beracum. Menyesakkan nafas dan memedihkan mata.

Cili Api kesian sebab Mahathir kena uji dengan pengalaman malang ini. Nasib sikit aje!


SERIGALA DUA SERUPA

Cili Api dengar dua tiga perkara baru dan lama yang agak menarik juga disebut oleh Dr Mahathir Mohamad tentang PM Abdullah Badawi semasa di Kelantan.

Pertama, Mahathir mendakwa semasa menjadi PM beliau seorang saja berkuasa. Tetapi bila Abdullah jadi PM, keluarganya turut berkuasa. Ya jugak.

Tapi Cili Api tidak suka salahguna kuasa dan pemerintahan "authoritarian" (kuku besi) dilakukan, tidak kira oleh satu keluarga atau satu orang saja.

Kedua, Mahathir mendakwa tidak ada apa OIC buat di bawah Abdullah. Tidak ada bantahan dibuat terhadap kartun menghina Nabi Muhammad. Mahathir mendakwa masa dia dulu Kerajaan mengambil sikap anti-Barat. Sekarang ini Abdullah bawa masuk ke Malaysia Setiausaha Negara, Condoleeza Rice. Betul, Cili Api setuju dengan Mahathir.

Tetapi sebaliknya, Mahathir dulu membenarkan bekas Setiausaha Negara Collin Powell datang ke KL dan lepas itu bersetuju pula dengannya untuk menubuhkan Pusat Latihan Anti-Terroris. Dan mengapa pula Mahathir sanggup membayar kira-kira RM20 juta kepada seorang pelobi untuk mengatur dia berjumpa dengan Bush?

Ketiga, kata Mahathir di zaman PM Adullah ini banyak peluang kontrak dan bisnes diberi kepada keluarga-kroninya, terutama Khairy Jamaludin (menantu). Tidak ada ketelusan. Betul, betul, betul. Cili Api setuju.

Tetapi bagaimana pula dengan Mahathir? Siapa tidak tahu dia selamatkan syarikat perkapalan anaknya, MISC, dengan jumlah hampir RM2 bilion. Apa bezanya?

Nampaknya semakin banyak Mahathir menuduh Abdullah, semakin banyak beliau mendedahkan diri sendiri. Pada pandangan Cili Api: Mahathir + Abdullah = 2 x 5. Dua-dua semacam serigala yang selalu megganas ke atas manusia.


ZIONIS YAHUDI TERKUTUK

Tentera Zionis terus mengebom Lubnan dan Ghaza. Kebanyakan yang terkorban kanak-kanak, orang tua dan wanita tidak berdosa. Di Lubnan daripada hampir 600 yang maut, khabarnya kira-kira sepertiga kanak-kanak. Sememangnya mereka syuhada’!

Cili Api tahu, pemerintah Zionis Israel terkutuk itu bertambah berani, rakus dan zalim sebab disokong kuat oleh syaitan besar bernama Presiden Bush. Di PBB wakilnya veto resolusi mendesak tentera Israel berundur dari bumi Lubnan dan genjatan senjata dilaksanakan.

Di Rom, Persidangan yang kononnya dipanggil untuk mencari keamanan digagalkan oleh Setiausaha Negara AS. Iran dan Suria sengaja tidak diundang hadir supaya tiada suara penentangan. Bila persidangan gagal mencapai keputusan, Zionis Israel mengumumkan itu signal dari dunia mereka boleh terus mengebom Lubnan dan manakluk Palestin.

Yang paling Cili Api marah, selepas melakukan semua ini, Bush yang juga merupakan presiden dan pemerintah tentera negara pengganas terbesar di dunia itu menghantar 100 biji roket jenis terbaru untuk mengebom apa yang didakwa gua-gua persembunyian pejuang-pejuang Hizbullah.

Zionis Israel mendakwa ini sumbangan mereka kepada perang menentang pengganas. Dengan membunuh kanak-kanak tidak berdosa? Imperialis Amerika pula sokong sebab ia sesuai dengan mimpi Bush untuk perang ala Crusade terhadap umat Islam, atas nama memerangi keganasan. Tetapi siapa sebenarnya bapak pengganas?

PM Israel memberitahu dunia mereka menyerang kerana penculikan tentera Zionis dan pengeboman ke atas Israel. Mengapa mereka tidak sebut tentang keganasan Zionis yang sudah berlaku selama 50 tahun - merampas tanah Palestin, menghalau rakyat Palestin, membunuh orang awam Palestin dan macam-macam lagi.

Zionis serta imperialis serta anjing-anjing jinak mereka, menguntuk tindakan Hamas dan Hizbullah menahan tiga orang tentara mereka. Cili Api nak tahu: Bagaimana dengan lebih 10 ribu rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel selama ini? Ramai didera dan dizalimi. Ada yang sudah ditahan lebih 20 tahun. Ada juga kanak-kanak dan orang tua.

Kerana tiga orang tentera Zionis ditahan, Israel bertindak ganas serta zalim melampaui batas kemanusiaan begitu ganas ke atas Lubnan dan Ghaza. Cili Api sudah lama tahu Zionis dan Imperialis itu memang bersifat kebinatangan.

Lubnan dan kerajaan Lubnan hari ini sering dianggap sekutu AS. Kalau dengan sekutu boleh jadi begini, Cili Api tidak dapat bayangkan bagaimana dengan yang lain.

KUTUK KEKEJAMAN AS-ISRAEL

Cili Api tidak mahu nafikan rasa gembira sebab kedengaran juga reaksi Malaysia terhadap tindakan rakus serta zalim Zionis Israel ke atas bumi dan rakyat Lubnan dan Palestin. Cili Api mahu ucap tahniah juga kepada Pemuda Umno kerana berdemo semasa Setiausaha Negara AS berada di KL.

Selalunya demo seperti ini dianjurkan hanya oleh parti-parti pembangkang dan NGO. Bahkan sehari sebelum demo Pemuda itu, ada juga himpunan anti-Perang, Anti-Israel dan Anti-FTA yang dianjurkan oleh beberapa buah parti politik dan NGO. Cuma berita saja tidak ada dalam media.

Pagi itu Cili Api dengar radio mengumumkan pasukan polis dengan anjing sudah ditempatkan di sekitar KLCC di mana perhimpunan dijadualkan sebelah petang. Seolah-olah ada ugutan tersembunyi terhadap mereka yang hendak berkumpul.

Aleh-aleh, pada sebelah pagi, sebelum demo bermula, salah seorang penganjur himpunan, Latheefa Koya dari Angkatan Muda keADILan, dipanggil untuk mengambil permit polis, walaupun dia tidak pernah meminta permit. Sebabnya? Tentulah kerana esoknya Pemuda akan berdemo, dan polis mahu kelihatan adil.

Cili Api tidak peduli sangat kalau polis mahu bertindak seperti munafik.

Pada ketika sama Pemuda Umno berhimpun selepas solat Jumaat, sekumpulan rakyat dari beberapa parti pembangkang dan NGO berkumpul di Masjid Kampung Baru dan berjalan menuju Kedutaan AS. Ramai turut serta. Tetapi tidak ada sepatah berita pun dalam media perdana. Berbeza sekali dengan liputan yang diberikan kepada demo Pemuda itu.

Cili Api tidak hairan kalau pihak media bertindak secara munafik juga.

Selain mengucap tahniah kepada Pemuda, Cili Api mahu bertanya: Apakah yang Khairy Jamaludin dan penyokong-penyokongnya akan lakukan terhadap Perjanjian Pertahanan antara AS dengan Malaysia? Hendak tahu lebih tentangnya, tanyalah TPM Najib.

Bukankah perjanjian ini ditandatangani oleh mantan PM Dr Mahathir Mohamad dengan bekas Setiausaha Pertahanan AS, Casper Weinberger, pada tahun 1984? Sampai sekarang Kerajaan tidak mahu memaklumkan apakah isi kadungan perjanjian itu. Yang Cili Api tahu latihan tentera darat dan udara bersama diadakan dari semasa ke semasa.

Kapal perang AS, walaupun membawa senjata nuklear boleh singgah dan/atau mendapat khidmat di pelabuhan Malaysia. Juga, pegawai-pegawai tentera AS boleh ditempatkan di negara ini sebagai pegawai pentadbir.

Cili Api ingin tanya: Apa lagi Khairy? Tidak mahu berjuang teruskah?
posted by jasindaily online @ 4:45 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com