Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
LAPORAN PRICEWATERHOUSECOOPERS DEDAH SALAHURUS PROTON HOLDINGS
Thursday, August 03, 2006
Laporan PricewaterhouseCooper (PwC) mengenai Salahurus Proton Holdings selama 10 tahun lepas dari tahun 1996-2005, sepatutnya dibentangkan tanpa tapisan, bersama respon kerajaan, dalam Parlimen membenarkan perbahasan penuh pada 21 Ogos apabila ahli-ahli Parlimen berjumpa semula untuk perbahasan belanjawan.

Laporan PwC telah memberikan senarai panjang salahurus sehingga membabitkan berbilion ringgit - dengan beberapa projek kontroversi yang dilaksanakan tanpa rundingan yang sepatutnya atau persetujuan, berbilion dalam perbelanjaan dibelanjakan tanpa perbincangan yang mendalam, sementara lembaga sendiri tidak sedar akan masalah-masalah perundangan.

Lemah urustadbir korporat dalam Proton berlaku apabila perkara berkaitan polisi utama diserahkan kepada pihak pengurusan atau lembaga-lembaga subsidiari Proton sahaja. Sepatutnya, perkara tersebut dibawa kepada lembaga Proton, dan ia termasuk dalam urusan, antaranya:

-Perjanjian untuk membeli pembuat kereta yang berpusat di UK, Lotus, dengan mendapatkan 63.7% saham dalam Lotus Group International Ltd (LGIL), telah ditandatangani pada 16 Oktober 1996. Ia hanya dibentangkan kepada lembaga Proton, sebulan kemudian, pada 27 November 1996.

-Laporan mengatakan pihak pengurusan tersilap dengan potensi syarikat pembuat motosikal Itali MV Agusta, kononnya akan menjana aliran tunai bermula 2004. Tetapi Agusta memerlukan hampir RM90 juta dalam pembiayaan kewangan dalam tahun 2004.


Seolah-olah siasatan dan laporan PwC telah dibuat tanpa mendapat kerjasama Ketua Pegawai Eksekutif Proton semasa waktu operasi, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dan Penasihat Proton dalam dua tahun akhir siasatan dibuat, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Jika itu yang berlaku, satu inkuiri yang menyeluruh mesti diadakan bagi mengetahui segalanya mengenai kewangan Proton dan salahurus skandal mega, menuntut ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja Inkuiri dengan kuasa untuk menyaman, tanpa rasa takut atau menjaga kepentingan mana-mana pihak, sama ada Mahathir, Mahaleel atau ahli-ahli lembaga dan kakitangan pengurusan Proton yang lepas.
posted by jasindaily online @ 5:47 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com