Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KENG YAIK BERI ALASAN UNTUK NAIKKAN HARGA AIR!
Wednesday, August 02, 2006
"Kerajaan mungkin terpaksa menaikkan tarif air jika orang ramai terus membazir air." kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik. Kenyataan yang kelakar di antara kelakar yang ada.

Begitulah marahnya Menteri tersebut lalu beliau menyatakannya melalui akhbar dan media akan sikap rakyat Malaysia yang suka membazir air. Namun kita perlu perhalusi, siapakah sebenarnya rakyat Malaysia yang membazir itu? Adakah mereka di antara golongan 'bangsawan produk kerajaan' atau rakyat biasa?

BENARKAN DAKWAAN BELIAU?

Keadaan sebenar adalah rata-rata rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan air, elektrik atau telekomunikasi ternyata peka kepada soal pembaziran. Kita tidak perlu menyelidik secara terperinci, cukup sekadar bertanya antara adik beradik atau jiran-jiran yang sering menjadi kawan berbual. Pasti mereka menitik beratkan soal pembaziran, diajar dan saling
mengingati antara keluarga dan individu.

Pembaziran yang berlaku, akan menyebabkan si pemilik kediaman atau ketua keluarga menanggung belanja yang besar. Sehinggakan jika anak kita menggunakan talipon dengan jangkamasa yang lama, sudah pasti mereka akan ditegur. Rakyat tidak suka membazir kerana setiap pembaziran akan membuat mereka menanggung bil yang besar.

PEMBAZIRAN SEBENAR

Kerap yang kita lihat pembaziran berlaku di tempat kerja, di tepi jalan dan di lokasi pembinaan. Paip air yang bocor, bukanlah alasan untuk menyalahkan rakyat, semata-mata. Maka jika air yang keluar dari paip yang bocor, langkah kerajaan hanya kepada satu, menaikkan bil? Logikkah tindakan itu? Kerap juga laporan diberikan, namun syarikat air lewat menghantar kakitangan mereka ke tempat kerosakan dan menyebabkan air melempah bergelen-gelen banyaknya. Sementara itu, jika kebocoran berlaku di kediaman, sudah pasti pemilik atau penduduk rumah tersebut akan segera menelefon syarikat air untuk membaiki kerosakan mengelakkan kenaikan jumlah bil yang perlu dibayar.

Satu-satunya punca penggunaan air yang banyak adalah kerana membasuh kenderaan. Namun kini, rakyat lebih gemar untuk menghantar kenderaan untuk dibasuh di pusat membasuh kenderaan dengan belanja sekitar RM8 ke RM10 untuk sebuah kereta dan ternyata terlalu kurang, rakyat yang membasuh kenderaan mereka sendiri ketika ini.

Malangnya orang kenamaan dan 'orang berada' sering membasuh kenderaan mereka dirumah dengan mengerah orang gaji mereka membasuh untuk mereka. Dan adalah malang sekali kerana jumlah kenderaan mereka juga banyak dan menyebabkan bil mereka melambung. Apatah lagi jika kenderaan mereka perlu dibasuh saban hari bimbang berdebu dan sebagainya.

TAKTIK LAMA

Kaedah menuduh tanpa bukti yang terperinci ini pernah digunakan oleh Dato. Seri Rozali Isohak, yakni Orang atas kepada syarikat air Selangor, namun rakyat menolak tuduhan ini kerana ternyata ia tidak benar. Soal paip pecah dan kecurian air adalah punca sebenar kerugian dan menyebabkan mereka saling menuding jari, lantas rakyat merupakan pihak yang akhir sekali menerima padahnya.

Sebagai bukti, TV3 sendiri membuat banyak pendedahan kecurian air oleh syarikat-syarikat besar. Malah yang terlibat adalah di antara syarikat yang tercatat nama mereka di Bursa Saham Malaysia. Para peniaga yang besar pendapatannya masih terus menipu untuk terus memperolehi untung yang lebih. Maka adakah patut jika kesalahan mereka ini mengakibatkan rakyat biasa keseluruhannya turut dipaksa menerima kenaikan tarif air?

SIKAP KERAJAAN YANG TIDAK PERNAH BERUBAH

Kerajaan tetap kerajaan dan menteri tetap menteri, asyik menyalahkan rakyat sebagai jalan pencapaian objektif tertentu mereka. Menteri sekarang banyak yang malas dari membuat kerja dan menerima bulat-bulat alasan yang tidak kukuh dari pihak-pihak tertentu tanpa membuat penyelidikan yang benar. Jika kerajaan masih beranggapan rakyat membazir, maka bagaimana pula dengan menteri yang mempunyai saiz rumah yang besar manakala bil air mereka dibayar menggunakan wang rakyat, sementara mereka adalah golongan yang tidak tahu bagaimana sengsaranya rakyat membayar bil setiap bulan. Dan apa layaknya menteri untuk membuat tuduhan kepada rakyat semata-mata untuk menutup kelemahan sendiri?

BAGAIMANA DENGAN PEMBAZIRAN KERAJAAN?

Menteri perlu ingat bahawa tindakan pembaziran pembangunan yang terbengkalai, pembelian barangan tidak berkualiti dan jambatan retak di sana sini adalah merupakan satu pembaziran yang nyata tetapi tiada tindakan yang berkesan dilakukan kecuali menuduh sana dan sini atas kesilapan dan kecuaian mereka sendiri. Walau apa tindakan menteri dan kerajaan, prestasi kerajaan di dalam menangani masalah tersebut masih sama. Sementara kerugian yang berlaku bukanlah RM100 atau RM200, malah berbillion-billion ringgit.

NASIHAT KEPADA KERAJAAN

Nasihat kepada kerajaan adalah, tolong jenguk diri sendiri sebelum menuduh yang bukan-bukan. Jika benarlah rakyat membazir, maka ubah diri sendiri dahulu dan tunjukkan teladan yang sebenarnya dan jangan asyik membebel menyalahkan rakyat semata-mata, seolah-olah rakyat ini semuanya tidak betul. Kata dulang paku yang serpih, tapi serpih menteri lebih ketara dan kini PEMBAZIRAN sudah menjadi sikap kerajaan.

SELESAIKAN ISU SINGAPURA DAHULU

Bodoh kerajaan ternyata apabila kita merujuk kepada isu Air Singapura yang tidak pernah selesai. Harga air kurang dari 1sen (USD) setiap 1000 galon air ke Singapura masih tidak mampu dinaikkan. Sedar diri dan malulah sikit sebelum membuat sebarang kenyataan dan tuduhan. Harap Maklum.
posted by jasindaily online @ 5:57 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com