Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PERISIAN BARU MAMPU KESAN 'PENGUNDI HANTU'
Tuesday, August 01, 2006
PULAU PINANG: Keadilan berjaya membina perisian komputer yang berupaya menganalisis data dan maklumat pilihan raya termasuk mengesan 'pengundi hantu' dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Perisian tersebut telah dibangunkan oleh tenaga kepakaran dalam parti, menggunakan teknologi maklumat terkini, dikatakan mampu menjana kemenangan parti tersebut menjelang pilihan raya nanti.

"Perisian ini akan membantu pimpinan dan petugas parti di peringkat akar umbi bergerak dengan lebih fokus dan terancang berdasarkan fakta serta kelakuan politik pengundi sesuatu kawasan pilih raya," jelas Naib Presiden yang juga Pengarah Biro Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali.

Justeru, beberapa pembaharuan untuk memantapkan jentera pilihan raya sedia ada diperkenalkan antaranya pembentukan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) di setiap negeri dan bahagian.

Penyelewengan SPR disebarkan seluruh dunia

Dalam perkembangan berkaitan, parti itu telah menyerahkan kepada Perdana Menteri dokumen lengkap berkaitan penyelewengan yang membabitkan SPR dan menggariskan beberapa kelemahan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Dokumen yang ditandatangani Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diserahkan 'secara tangan' ke pejabat Perdana Menteri pada 29 Jun lalu.

Anwar telah menggesa Abdullah menangani masalah tersebut secepat mungkin, bagi mengelakkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Malangnya, jelas Azmin sehingga kini Abdullah masih belum memberikan sebarang maklum balas.

Tambahnya, dokumen itu akan dilancarkan secara rasmi pada Kongres Tahunan di Pulau Pinang nanti, yang kemudiannya akan dihantar kepada semua pemimpin kerajaan di seluruh dunia.

Ini bagi membuka mata dunia bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu, antara lain kerana penipuan yang terlalu rakus oleh parti pemerintah tersebut.

Selanjutnya, kata Azmin, parti itu akan mendesak kerajaan menerima pemerhati antarabangsa bagi memantau pengendalian pilihan raya ke-12.

"Sekiranya tidak ada sebarang penipuan yang dirancang oleh BN, tidak ada sebab mengapa kerajaan harus menghalang pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan raya kita," ujarnya.
posted by jasindaily online @ 6:02 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com