Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BENARKAH KHAIRY ADA HUBUNGAN DENGAN ISRAEL??
Wednesday, August 02, 2006
Dewan Pemuda PAS mencabar Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya mendedahkan segera senarai individu dan syarikat yang menyokong rejim Israel di dalam syarikatnya ECM Libra Avenue setelah beliau mengajak rakyat Malaysia memboikot jenama produk rejim Israel.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, sekiranya beliau benar-benar ikhlas dan jujur mahu memastikan rakyat memboikot jenama produk Israel, Khairy juga perlu membersihkan gerakan mereka dan individu terbabit sebagai pimpinan supaya tidak ada sebarang kaitan dengan urusniaga Israel.

"Saya tidak hairan PM, (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi) memberikan amaran kepada anak menantunya (Khairy) supaya jangan bercakap besar untuk mengajak rakyat memboikot produk Amerika (AS)," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung, Taman Melewar, 10.15 pagi, 2 Ogos.

Beliau yakin dan percaya PM mengetahui penglibatan Khairy dalam urusniaga dengan syarikat luar negara yang pastinya mempunyai kepentingan dengan rejim Israel.

Katanya, Pemuda Pusat memandang serius terhadap syarikat ECM Libra Avenue yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Pantai Holdings yang dimiliki oleh Syarikat Parkway Holdings dari Singapura.

Menurut beliau, syarikat ECM Libra Avenue yang memegang 29.2 peratus berkepentingan dalam syarikat Westcombe yang merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan dalam SCX (Bursa Saham Singapura).

Beliau menjelaskan, Khairy merupakan pemegang saham ke empat terbesar dalam syarikat ECM Libra Avenua yang sekali gus terbabit dalam hal syarikat ECM Libra Avenua untuk menasihati syarikat Newbridge, sebuah syarikat milik Israel.

Salah seorang pemegang saham Syarikat Parkway Holdings ialah Richard C.Blum, isterinya Senator California, Dianne Feinstein seorang pelobi rejim Israel. Richard C. Blum turut terlibat dalam beberapa syarikat dan badan seperti CB Richard Ellis Group, GB Richard Ellis Group, Richard C. Blum dan Associates; Blum Capital Partners, L.P. Northwest Airlines Corporation, Glenborough Realty Trust Incorporated, URS Corporation, Playetx Products dan Newbridge Capital LLC.

Menurut Salahuddin, syarikat Newbridge membeli 26 peratus kepentingan dalam syarikat Parkway Holdings yang bernilai S$312 juta sementara syarikat Avenue Kapital (GLC) bertanggungjawab menguruskan penjualan syarikat Pantai Holdings kepada syarikat Parkway Holdings, syarikat Westcombe Financial Ptd.Ltd pula dipercayai menasihati syarikat Newbridge dalam pengambilalihan ini.

"Saya hairan bagaimana syarikat ini boleh memegang sampai kepada tahap 29 peratus sedangkan mengikut peraturan syarikat di Malaysia, syarikat asing tidak boleh melebihi 15 peratus, jadi ini menjadi tanggungjawab Bank Negara, Kementerian Kewangan dan PM dalam mengawal dasar syarikat di Malaysia ini," tegasnya.

Sehubungan itu, Pemuda PAS meminta supaya rakyat jangan tertipu dengan Khairy yang berlagak menjadi 'jaguh kampung' terutamanya dalam mengetuai bantahan terhadap kehadiran Setiausaha Kerajaan AS, Condoleeza Rice minggu lalu.
posted by jasindaily online @ 6:05 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com