Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KEADILAN DESAK BPR SIASAT MAHALEEL
Friday, August 04, 2006
KUALA LUMPUR: 3 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) diminta siasat urustadbir di Proton Holdings Berhad sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit yang terpaksa ditanggung oleh negara.

Daripada sumber yang dikumpul daripada laporan-laporan media, Parti Keadilan Rakyat telah menghantar memorandum kepada BPR agar badan itu melakukan siasatan menyeluruh terhadap individu-individu tertentu.

Menurut memorandum yang diserahkan kepada pegawai BPR, antara lain, ia mendedahkan laporan audit Price Waterhouse Coopers di mana telah berlakunya penyelewengan dan salahguna kuasa serta salah urustadbir oleh pengurusan Proton Holding Berhad (Proton).

Memorandum yang diserahkan oleh Timbalan Setiausaha Agung, Dr Xavier Jayakumar, hanya dua individu tertentu yang membuat beberapa keputusan besar yang melibatkan pelaburan ribuan juta ringgit tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah.

Menurutnya lagi, Lembaga Pengarah hanya diberitahu selepas keputusan telah dibuat atau perjanjian telah ditandatangani oleh pihak pengurusannya.

Memorandum itu menerangkan transaksi-transaksi pelaburan yang melibatkan pembelian MV Augusta pada tahun 2004, pelaburan di China dan pelaburan dalam PT Tracoma, penglibatan di dalam pembelian Lotus Group International Limited, kos pembinaan dan peralatan dalam pembinaan kilang Proton di Tanjong Malim, kos dan perbelanjaan yang melibatkan Penyelidikan dan Pembangunan (Research & Development - R&D) serta kos melibatkan hal-hal perundangan dan kos pengurusan penambahbaikan operasi.

"Kami percaya disebabkan tiada ketelusan serta penyelewengan yang dilakukan oleh individu-individu tertentu di kalangan pengurusan Proton Holding Berhad tersebut telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit yang ditanggung oleh Proton menyebabkan ia tidak berdaya saing sehingga menjejaskan syarikat tersebut,"jelas Xavier selepas penyerahan memorandum tersebut.

Menurutnya lagi, beliau yakin individu-individu tertentu dalam pengurusan Proton telah menyeleweng dan menyalahgunakan dana dan sumber kewangan Proton, serta ketidaktelusan pengurusan korporat oleh pihak pengurusan Proton, telah melakukan pecah amanah (Criminal Breach of Trust) oleh individu-individu berkenaan.

Justeru, Parti Keadilan Rakyat dalam memorandumnya menggesa BPR segera mengambil tindakan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tengku Mahaleel Tengku Ariff dan individu-individu berkenaan.

"Tindakan undang-undang yang sewajarnya hendaklah diambil dengan kadar segera kerana Proton adalah syarikat milik kerajaan yang dibiayai menggunakan wang rakyat hasil dari cukai negara,"tambah Xavier lagi.
posted by jasindaily online @ 6:15 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com