Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PENENTANGAN YANG SIA-SIA
Thursday, August 03, 2006
Dengan semangat berkobar-kobar, bendera Israel pun dibakar, menghantar memorandum anti Israel, bergemalah ribuan penunjuk perasaan dari kumpulan yang menggelarkan diri sebagai pejuang Islam menjerit, memekik anti Israel. Dari berbagai parti politik, badan bukan kerajaan, lapisan masyarakat mengambil bahagian membantah serangan ganas Israel yang ditaja oleh Amerika dan Britain.

Hebat dan nampak tangkas, komander perwira berbalut sebelah tangan dan pengikut sejumlah besar ribuan anti Israel. Mengutuk, terus mengutuk dan terus mengutuk semahu-mahunya hingga tidak terlarat untuk mengutuk. Itulah perwira-perwira tanah air yang kebanyakannya beragama Islam yang kekeringan Idea tak terlawan kafir Laknatullah yang berjenama Yahudi.

Peluang keemasan bagi pejuang Islam untuk menjejaki bumi Palestin dan Lubnan, bumi peninggalan Nabi-nabi dan wali-wali Allah. Sudah lama tidak kedengaran JIHAD fi sabilillah. Inilah masanya bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam yang inginkan salah satu cabang Jihad. Islam tertegak dengan Jihad, tidak kira dari cabang dan sudut mana Jihad tersebut.

Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah mengajar umatnya menentang musuh-musuh Islam dengan membakar benderanya. Hingga ke hari ini tidak saya jumpai pesanan Rasulullah untuk membakar bendera, (kecetekan ilmu saya) tidak juga oleh ulama-ulama terdahulu.. Tidak juga oleh PENDOKONG- PENDOKONG Islam yang lain.. Tersebut dengan jelas di dalam Al-Quran. Tidak akan rela mereka kalau umat-umat Islam tidak mengikut dan menurut mereka (Yahudi dan Narani). Amalan membakar bendera adalah ilham dan cetusan Nasrani. Tak mungkin membakar bendera akan redanya perlakuan ganas Yahudi di Palestin dan Lubnan.

Negara kita Pengerusi OIC, jangan sampai Allah dakwa kita di akhirat nanti dengan amanah yang amat berat ini. Ramai bekas Polis dan Tentera yang masih muda dan gagah perkasa, kebanyakan beragama Islam, penganggur lepasan Universiti kebanyakan Islam, kumpulan pemuzik dan penyanyi malah ahli sukan cukup ramai dari kalangan pemuda Islam. Sampai bila anak-anak muda berbangsa Melayu yang berketurunan Islam terus dibuai mimpi indah dalam kelekaan yang berterusan menjadi pemuzik, penyanyi, ahli sukan, yang tidak menguntungkan Islam dalam masa jangka panjang mahu pun pendek.

Sedangkan sekian lama dan dalam masa yang sama saudara kita diratah dibakar malah disula semahunya....kita masih ada pelapis-pelapis dari PLKN untuk dilatih mengambil alih tempat di kalangan anggota Polis dan Tentera kita yang beragama Islam yang menyambut seruan Islam.

Adalah mustahil menegakkan Islam yang bertunjangkan Dua Kalimah Syahadah dan melawan musuh-musuh Islam dengan sukan yang melalaikan, muzik, nyanyian yang tidak berkesudahan dan hilangnya cara dan budaya hidup bersumberkan Al-Quran.

Di era yang baru saja menunjukkan bermulanya keamanan negara kita dari ancaman Komunis, rakyat sudah mula lupa. Tidak ada istilah dalam perjuangan menghapuskan dan menentang Komunis dengan cara membakar bendera dan berarak beramai-ramai.. kepakaran secara senyap dan pengetahuan akan kelemahan musuh adalah strategi menggempur dan memusnahkan musuh. Bukan dengan berarak beramai-ramai mendedahkan muka dan menunjukan kekuatan yang tidak ada apa sebenarnya dalam diri kita. Saya terlibat membanteras pengganas Komunis dan bagaimana azabnya pada saat dan ketika itu, tanpa perlu membakar bendera dan menjerit terus menjerit yang menjadi bahan ketawa di pihak Yahudi.

Perhimpunan demi perhimpunan membakar bendera, mengutuk dan terus mengutuk tidak akan sampai ke mana, sudah jelas tersebut dalam Al-Quran bahawa bangsa Israel beragama Yahudi adalah satu puak yang tidak dapat dikalahkan hanya dengan membakar bendera. Wahai pemuda dan pemudi Islam, cukuplah, berhentilah, melangkahlah seiringan dengan Dua Kalimah Syahadah, berjihadlah dengan segala harta dan jiwa kamu (pesanan Rasulullah) untuk kesejahteraan Umat Islam sesama dan sesaudara kita.

Adalah disarankan agar Kerajaan membenarkan dan dikumpulkan kepada mujahid-mujahid yang rela membantu saudara Islam dari golongan pesara Tentera dan Polis untuk ke bumi Palestin dan Lubnan atas niat dan tekad bulat dengan panggilan JIHAD.

Umat Islam di seluruh pelusuk dunia wajib bangun membantu saudara kita yang dianiayai, kita tidak akan lepas dari disoal oleh Allah dan diazab seperti mana saudara kita menanggung azab pada hari ini, bahkan azab yang diterima adalah seribu satu lebih azab dari yang saudara kita alami pada waktu ini.


ghard qotl - 03.08.2006 (suntingan M@RHAEN - Emel:
marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com )
posted by jasindaily online @ 5:58 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com