Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
GEN M BAWA PENYOKONG DR M KE PERLIS
Thursday, August 03, 2006
Kelab Gen-M yang menguruskan aktiviti sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan rombongan ke Perlis bagi menghadiri majlis ceramah bekas Perdana Menteri itu di Beseri hujung bulan ini.

Ceramah Perdana anjuran Umno Padang Besar itu, akan diadakan pada pagi 26 Ogos depan, iaitu sehari sebelum mesyuarat bahagian berkenaan keesokan harinya.

Jurucakap Kelab Gen-M berkata, dua bas sewa khas akan membawa penyokong Dr Mahathir dari kawasan Lembah Kelang dan Perak untuk menghadiri majlis ceramah tersebut.

"Jumlah bas mungkin bertambah memandangkan tarikh masa yang masih panjang, iaitu lebih tiga minggu lagi. Saya yakin jumlahnya akan berlipat kali ganda.

"Selain bas, penyokong Tun Dr Mahathir akan menggunakan kereta dan van secara berkonvoi untuk ke Beseri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap itu berkata ini merupakan kali ketiga Gen-M memberi sokongan kepada Dr Mahathir selepas menyambut kepulangan beliau luar negeri di Subang dan lawatan ke Kelantan pada Jumaat lalu.

"Saya ingin mengulangi sekali lagi bahawa kami akan tetap menyokong Tun Dr Mahathir dan rombongan ke Perlis itu merupakan sebahagian aktiviti tersebut,"katanya.

Jurucakap itu berkata, sokongan kepada aktiviti Gen-M semakin meningkat sejak peristiwa semburan bahan pemedih mata terhadap Dr Mahathir di Kota Bharu Jumaat lalu.

Beliau juga menyifatkan, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai seorang pemimpin Umno yang berani kerana mengundang Dr Mahathir mengadakan ceramah di bahagiannya.

'Contohi Zahidi'

Jurucakap itu berkata, sepatutnya lebih ramai pemimpin Umno mempunyai keberanian seperti Exco Pemuda Umno itu dengan mengundang Dr Mahathir bercakap di khalayak ramai.

Sementara itu, Zahidi dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata, bahagiannya bersetuju membatalkan jemputan kepada Dr Mahathir bagi merasmikan mesyuarat bahagian pada 27 Ogos ini tetapi bekas Perdana Menteri akan menyampaikan ceramah sehari sebelum mesyuarat berlangsung.

Katanya, beliau menjemput Dr Mahathir untuk menyampaikan ceramah kerana tidak mahu menghampakan penduduk Beseri yang mahu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri itu.

Zahidi berkata, pembatalan itu ekoran teguran Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad bahawa hanya pemimpin tertentu dalam parti yang boleh merasmikan mesyuarat bahagian.

Berikutan itu, Zahidi berkata, beliau bercadang menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden parti untuk merasmikannya.

Sumber : MalaysiaKini
posted by jasindaily online @ 5:55 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com