Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
POLIS GUNA ANJING ANCAM WANITA DAN KANAK-KANAK
Thursday, August 03, 2006
PUTRAJAYA: 3 Ogos - Satu perhimpunan aman Wanita dan kanak-kanak telah diancam oleh polis, akan menerima akibat serangan anjing PDRM, jika masih mahu bergerak menuju ke hotel JW Marriot di sini, bagi menyerahkan memorandum membantah kezaliman rejim Zionis.

Seramai kira-kira 100 wanita dan kanak-kanak telah berkumpul di kawasan tempat letak kereta hotel, bagi mendesak OIC untuk mengambil pendirian yang lebih tegas dan segera memaksa Israel menghentikan pembunuhan orang awam terutama sekali wanita dan kanak-kanak.

Memorandum yang ingin diserahkan kepada Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa OIC bersikap tegas terhadap tindakan kejam rejim Israel ke atas orang awam, khususnya wanita dan kanak-kanak. Kandungan memorandum juga mendesak agar Israel dihukum dengan setimpal jenayah yang dilakukan. Sebanyak 17 badan-badan bukan kerajaan dan parti politik telah menyokongnya.

Wanita-wanita yang telah berhimpun mahu anggota mesyuarat OIC yang sedang bermesyuarat, melihat bahawa wanita-wanita dan kanak-kanak seperti mereka telah dan akan terus menjadi mangsa korban kekejaman Israel di Timur Tengah.

Namun, perhimpunan aman yang hanya dihadiri oleh wanita-wanita dan kanak-kanak, telah berdepan dengan kehadiran pihak polis yang jauh melebihi mereka yang berhimpun, dengan dua trak FRU dan 2 ekor anjing PDRM.

Ketua Wanita Keadilan Fuziah Salleh dan wakil Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi, bercakap bagi pihak wanita-wanita tersebut cuba berbincang dengan pegawai bertugas bernama Rahim, agar mereka dibenarkan bergerak ke hotel, tetapi menemui jalan buntu. Malah Rahim mengancam dengan suara yang tinggi, berkata, "Saya nak tanya satu, saya nak cakap atau anjing bercakap!”

Ugutan dan jeritan pegawai polis tersebut telah diikuti dengan salakan anjing pada jarak 3m. Kanak-kanak yang ada di situ terus menangis ketakutan apabila keadaan menjadi gawat dengan salakan anjing dan pihak polis yang bertindak kasar serta menolak beberapa wanita ke belakang.

Akhirnya, pihak polis hanya membenarkan lima orang wakil wanita pergi ke hotel JW Marriot untuk menyerahkan memorandum. Bagaimanapun, ia tidak diserahkan kepada Setiausaha Agung OIC, kerana yang bertemu dengan mereka hanyalah Setiausaha akhbar PM, Azhar Othman.

Fuziah menyatakan rasa kecewanya kerana, "Abdullah tidak tahu perbezaan antara setiausaha akhbar PM dan Setiausaha Agung OIC. Tindakan Pengerusi OIC yang gagal menghantar salah seorang wakilnya, menunjukkan kegagalan dan kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin."

Jika Pengerusi OIC begitu lemah, tidak boleh mengarahkan seorang ahli jawatankuasanya untuk menerima memorandum, bagaimana mungkin beliau mampu mendesak Israel dan AS menghentikan peperangan di Lubnan dan Palestin, tambah beliau.

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah memanggil satu mesyuarat tergempar negara-negara OIC, bagi membincangkan konflik di Timur Tengah

Negara-negara yang menghadiri mesyuarat tersebut adalah Azerbaijan, Bangladesh, Brunei, Mesir, Indonesia, Iran, Jordan, Lubnan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Syria, Turki, United Arab Emirates dan Yemen. Mesyuarat diadakan di hotel JW Marriot, Putrajaya.
posted by jasindaily online @ 5:53 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com