DEMI MASA |
|
|
MAHATHIR DI KOTA BHARU: SUDUT PANDANGAN LAIN |
Friday, August 04, 2006 |
Saya tiba di Kota Bharu sehari lebih awal into menyelia persiapan siaran lintas langsung (streaming) majlis ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Hotel Perdana. Pada 28 Julai, saya dan isteri pergi ke lapangan terbang Pengkalan Chepa menunggu ketibaan Mahathir. Saya fikir elaklah saya perhatikan orang ramai untuk mengambil gambar mereka juga. Terdapat kekeliruan sedikit apakah Mahathir akan muncul pada 10 pagi ataupn 11 pagi. Apa pun, oleh kerana saya ada kelapangan saya mengambil keputuan pergi awal untuk mendapat lokasi terbaik kerana saya yakin tentu banyak tolak-menolak, dan mendapat 'angle' yang baik adalah penting untuk penggambaran dan merakamkan manusia yang sudah tentu menjangaku 1,000 orang. Kira-kira satu jam sebelum Mahathir dijangka tiba, beberapa buah kereta limosin hitam yang seakan-akan milik mafia telah tiba di lapangan terbang itu dan diletakkan betul-betul di bahagian luar bangunan itu sehingga menyekat keseluruhan laluan di situ. Seorang lelaki muncul keluar daripada kereta pertama kelihatan semacam mempunyai kuasa ke atas kumpulannya yang berjumlah kira-kira setengah dozen. Mereka memang kelihatan sasa dan bengis dan saya fikir kemungkinan mereka ini anggota pasukan "SWAT" kerana berpakaian 'boot' dan jaket seolah-olah satu uniform gayanya.
Saya menyebutnya sambil lalu kepada seorang insan yang berdiri di sebelah saya bahawa mungkin mereka ini pasukan SWAT. Bukan sahaja pakaian mereka yang memberikan andaian itu tetapi lagak mereka itu yang membuatkan kita meneka begitu. Insan tadi tidak bersetuju dengan saya. "Eleh........tak mungkin mereka daripada SWAT........semua ni kaki gedebeh.......... sebagai orang tempatan beliau tentu lebih arif dan mungkin mengenali mereka.
Kumpulan ini melangkah terus menemui Tan Sri Abdullah Ahmad dan ketua mereka yang kelihatan bengis itu telah mendesak bahawa Mahathir akan dibawa dengan kereta mereka.
Abdullah tidak mahu melayan beliau dan menasihatkannya menelefon Mahathir sendiri untuk membincangkan perkara itu. Lagi pun kata Abdullah, wakil Mahathir ada di situ dan eloklah dia bincangkan perkara itu dengan beliau.
Keadaan menjadi hingar-bangar seketika malahan ketua polis tempatan yang berada di situ tidak dapat menenangkan keadaan itu.........Ketua gedebe itu tidak mahu mendengar perkatan 'tidak boleh' . Saya bertanya kepada Tan Sri Abdullah siapa gerangan si malaun itu yang semacam mempunya begitu besar kuasanya sehingga tidak memperdulikan polis yang berada di situ. Dia orang kaya kata Abdullah secara sinis.
Sesungguhnya, menjadi kaya memang banyak gunanya, kata Perdana Menteri China satu ketika dahulu. Kalau kaya bermakna anda boleh buat apa sahaja di negara ini. Itu sebabnya si malaun kaya itu mahukan Mahathir duduk dalam keretanya. Dia itu kaya, lebih kaya daripada Ibrahim Ali dan Abdullah Ahmad, kalau pun dicantumkan kekayaan mereka berdua. Kerana itu hanya dia sahaja yang layak membawa Mahathir pergi ke hotel penginapannya. Apabila Mahathir memilih kereta Ibrahim Ali dia telah menyembur ‘mace’ lada hitam, mengena Ibrahim, Mahathir dan beberapa orang lain yang berada berdekatan mereka.
Saya gembira bahawasanya Dasar Ekonomi Baru telah gagal. Saya gembira orang kaya baru semacm ini tidak ada berapa ramai sangat. Bayangkanlah kalau ramai manusia semacam mereka di Malaysia ini di mana ribuan mereka berkeliaran di merata jalan.
Tidak ada sesiapa yang selamat. Mereka dapat apa yang mereka mahu. Kalau tidak berjaya mereka akan tekan penyembur pemedih mata di depan kamu dengan disaksikan oleh ketua polis ataupun mengeluarkan senjata mereka untuk tembak ke udara seperti yang berlaku dua kali semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Rantau Panjang dan Pelabuhan Kelang.
Oh ya.....kedua tokoh yang keluarkan pistol untuk menembak angin semasa mesyuarat UMNO dahulu tidak pun dikenakan tindakan. Sebabnya bukan kerana mereka itu ketua UMNO tetapi kerana mereka juga kaya.
|
posted by jasindaily online @ 6:49 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|