Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
SEMBUR DR.M: NIK SAPEIA MENGAKU TERBABIT - SAKSI
Friday, August 04, 2006
Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Nik Sapeia Nik Yusof, adalah individu yang terbabit menyembur gas pemedih mata terhadap Tun Dr Mahathir dalam insiden kira-kira jam 11.00 pagi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, 28 Julai lalu.

Malah, tindakannya itu dipercayai didalangi pihak tertentu yang mahu menggagalkan rancangan Dr Mahathir untuk berucap di sana.

Dakwaan ini dibuat oleh seorang saksi Mohd Nazri Jaafar, dalam kenyataan video selama lima minit kepada Malaysia Today, semalam.

Menurut bekas tentera yang ditugaskan penganjur untuk mengiringi Dr Mahathir, Nik Sapeia telah membuat pengakuan tersebut kepadanya di sebuah coffee house di hotel penginapan Dr Mahathir iaitu Hotel Renaissance, Jalan Sultan Yahaya Petra sejurus 'melarikan' bekas Perdana Menteri itu dari lapangan terbang.

Kenyataan Nazri itu sekaligus menolak dakwaan Nik Sapeia yang beliau tidak terbabit dalam insiden itu, seperti disiarkan akhbar selepas dibebaskan daripada tahanan reman selama lima hari bagi membantu siasatan polis.

Beliau adalah ahli perniagaan bergelar ''Datuk'' yang datang ke lapangan terbang itu bersama-sama beberapa lelaki berbadan besar dan berjaket hitam.

Berikut ialah transkrip penuh pengakuan beliau :

Assalamualaikum, saya Mohd Nazri bin Jaafar, IC No 6806741 dan tel saya 019-2733802.

Setelah saya baca akhbar semalam 2 haribulan (Ogos) dan 3 haribulan, kenyataan Datuk Nik Sapeia (menafikan beliau terlibat dengan insiden itu) …saya rasa benda ni tidak benar. Oleh kerana semasa kejadian tu, saya berada di airport Kota Bahru, dan saya duduk di belakang Tun (sambil menunjukkan foto beliau bersama Dr Mahathir ).

Saya mengiringi Tun sejak dari mula lagi..daripada mula-mula dia keluar pintu VIP, saya terus mengiringi Tun bawa masuk Tun ke dalam Pajero.

Setelah Tun masuk ke dalam Pajero saya terhidu bau gas yang (menyebabkan) tidak boleh bernafas lancar dan mata saya pun rasa pedih, maka saya berundur setapak ke belakang.

Lepas tu saya dapati Tun dibawa lari (dengan sebuah kereta), saya mengambil kereta terus mengejar daripada belakang kereta tersebut. Saya dapati dia orang bawa Tun ke hotel.

Setibanya di hotel, Tun dibawa naik ke tingkat 20. Saya berada di tingkat 19.

Saya masuk ke satu VIP coffee house, kebetulan berjumpa dengan Datuk Nik Sapeia.......dia terpandang saya...mengajak saya minum dan dia bertanya kepada saya, awak polis ke...saya cakap bukan.......saya bekas tentera. Saya kawan Datuk Ibrahim Ali.

Saya tanya dia, ini datuk ke, dia kata, ya saya Datuk.

Saya cakap, Datuk kenapa Datuk buat macam ni? Tujuannya sama saja nak bawa Tun ke hotel…kenapa Datuk spray (gas pemedih mata).....dia cakap kalau saya tidak spray awak taulah tadi macam mana.

Dia menjaga keselamatan Tun, dia cakap. Mungkin perkara yang lebih buruk akan berlaku, dia cakap. Jadi saya tanya dia lagi, Kenapa Datuk guna spray…

Dia cakap....kebetulan dia baru lepas bercakap dalam telefon…berkali-kali saya terdengar dia minta maaf.....minta maaf.......minta maaf Datuk, minta maaf Datuk saya silap.

Saya rasa ada orang pihak ketiga yang mengarahkan beliau berbuat demikian untuk mengagalkan rancangan Tun bercakap di airport …(itu) pendapat saya.

Berdasarkan percakapan saya ini dengan Datuk Nik Sapaie tu di Hotel Renaissance, tingkat 19 di VIP coffee house

Jadi Nik Sapeia berterima kasih kepada saya....dia cakap, "saya ikhlas jaga Tun tadi....tapi saya agak kasar sikit dengan dia," ....sebab apa dia buat macam tu…dia cakap, "demi keselamatan Tun,"....dia cakap dia personal dengan Tun nak bawa Tun.

Semasa saya bercakap dengan Datuk Nik Sapeia ..di meja sebelah saya ada kawan-kawan saya yang bernama Nasharuddin Md Rais dan Kapten (B) Sudirman dan kawan-kawan saya yang lain yang duduk makan di meja sebelah.

Masa tu lebih kurang jam pukul 11 hingga 12 tengah hari. Saya sendiri dengan Nik Sapiea dan ada saksi teman-teman, rakan-rakan saya, Nasharudin Md Rais dan Kapten (B) Sudirman berada di meja sebelah.

Jadi untuk membantu siasatan polis, saya dengan rela hati boleh memberi keterangan yang sebenar-benarnya berlaku oleh kerana saya sendiri berada di tempat kejadian.

Saya rela dengan rela hati untuk membantu siasatan polis mencari kebenaran.
posted by jasindaily online @ 6:36 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com