Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PERTELAGAHAN DALAMAN HAMAS
Monday, August 07, 2006
Pada 25 Jun, semua puak dalam Palestin, kecuali Islamic Jihad, telah menandatangani satu perjanjian bernama "National Conciliation Document (NCD -Dokumen Penyatuan Negara). Perjanjian ini merupakan 'inisiatif banduan' (prisoners initiative), yang melambangkan satu dokumen yang ditandatangani pada Mei 2006 oleh segelintir banduan politik yang ternama dalam jel Israel, seperti Setiausaha Agung Fatah Marwan Barghouti dan pemimpin Hamas Sheikh Abdullah Khaliq al-Natsheh. Pada akhir Mei 2006, Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) Mahmoud Abas telah menekan Hamas agar menerima inisiatif banduan itu dengan mengadakan satu referendum mengenai dokumen tersebut. Hamas telah menolak cara penyelesaian begitu, tetapi beberapa minggu kemudiannya telah bersetuju dengan beberapa perkara penting dalam dokumen tersebut.

Salah satu perkara penting dalam perjanjian itu ialah memperakukan kewujudan negara Palestin di keseluruhan wilayah yang dijajah oleh Israel selepas Perang Enam Hari. Perkara ini merupakan satu tolak-ansur revolusi puak Hamas kerana ia membawa makna penyelesaian kepada kedua-dua negara yang sekali gus menghormati kewujudan Israel. Sejurus selepas perjanjian ini dipersetujui sayap ketenteraan Hamas, Iszedine al-Qassam, telah menyerang pangkalan Israel dan menangkap seorang askar Israel.

Pertelagahan dalaman Hamas menonjolkan persoalan apakah serangan ke atas pangkalan Israel mungkin telah direstui bukan oleh kepimpinan Hamas di Wilayah yang dijajah, tetapi oleh Khaled Mershaal, yang berpangkalan di Damsyik dan salah seorang anggota Hamas yang lebih radikal dan merupakan pemimpin Palestin yang paling penting di luar Palestin. Kerajaan pimpinan Hamas telah terkejut dengan serangan yang dibuat oleh Izsedin al-Qassam, yang sekali gus menonjolkan wujudnya perpecahan dalam Hamas sendiri.

Sepanjang beberapa bulan yang lalu, jurang antara sayap ketenteraan Hamas dan pucuk kepimpinannya telah meningkat secara mendadak. Penangkapan seorang askar Israel hanya merupakan contoh yang paling terkini dalam pertarungan untuk menjuarai kuasa yang begitu lama terjalin dalam keseluruhan bidang politik Palestin.

Apabila Hamas menang besar dalam pilihan raya Palestin pada Januari 2006, pergerakan itu telah menghadapi cabaran yang baru, berbeza dan lebih mencabar. Dengan kemenangan pilihan raya itu, Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dan kepimpinan Hamas yang lain telah dihantui kedudukan yang lebih sukar berbanding pada masa sebelum itu. Tindakan berdepan dengan politik yang lebih pragmatik, di mana NCD adalah contoh yang paling ketara, telah melemahkan konsensus Hamas dalam masyarakat Palestin. Konsensus sosial yang merupakan unsur biasa pergerakan Islamis yang dianggap “neo-tradisionalis’ yang dimiliki Hamas merupakan kemuncak kepada kejayaan pilihan raya pertubuhan itu.

Lagi pun, krisis dalaman yang terbaru itu menyerlahkan besarnya jurang dalaman antara sayap nasionalis Hamas dan sayap keIslamannya. Sebaliknya, golongan Nasionalis Hamas, perjuangan nasionalisme Palestin merupakan perjuangan utama dan Islam merupakan alat yang perkasa untuk mencapainya. Sebaliknya, sayap Islamiah mahukan satu orde revolusionari yang baru di Timur Tengah. Perjuangan mereka tidak semata-mata untuk Palestin, tetapi adalah satu jihad terhadap Zionisme. Mereka mahu memecahkan tembok yang menjadikan Palestin purba, bebas daripada kewujudan Israel dan mengikut matlamat itu, rakyat Palestin mesti menjadi sebahagian masyarakat global Islam. Lantas, semasa golongan nasionalis berminat dengan penyelesaian yang merelakan wujudnya dua negara, sayap keIslamannya tidak mahu menerima cadangan itu.

Khaled Mershaal dan puak lain yang degil berkemungkinan percaya bahawa terdapat beberapa kebaikan dalam peranan kerajaan Hamas yang baru. Kerana itu Mashaal berkemungkinan mahu menggunakan krisis yang ada sekarang ini untuk meningkatkan kuasanya dalam Hamas dan cuba memutar ketidak-puasan terhadap pucuk kepimpinan Hamas di wilayahnya.

Pertama sekali, dia mungkin tidak mahu wujudnya satu perjanjian antara Hamas dan Fatah kerana dia takut perjanjian semacam itu boleh melemahkan pendirian keras puaknya. Dengan itu, dia mungkin merencana dan mengizinkan serangan ke atas pangkalan Israel untuk mencetuskan tindak balas yang keras daripada Israel. Tidak ada satu perjanjian yang dapat dimeterai selagi Israel berada di Gaza berantakan dengan orang Palestin.

Kedua, kempen ketenteraan terhadap Lubnan dan Gaza boleh digunakan oleh unsur degil sebagai alat propaganda terhadap Fatah dan kumpulan Hamas yang sederhana.

Satu perjanjian antara Hamas dan Fatah yang dengan mudahnya mengakui hak Israel untuk sama-sama hidup dilihat sebagai satu ancaman oleh sekutu utama Meshaal, yakni Iran dan Syria. Merekalah yang memberikan sokongan kuat kepada Hamas dan mereka tidak mahu melihat orang Palestin berdamai dengan Israel kerana ia akan melumpuhkan kedudukan strategi mereka dalam percaturan Timur Tengah.

Malahan, wang mereka merupakan satu sumber penting dalam pergerakan itu, dan Meshaal mahu menunjukkan kepada Iran dan Syria bahawa dia merupakan sekutu Palestin yang paling setia, berbeza dengan kepimpinan Hamas yang bersikap sederhana. Satu lagi persoalan mengenai askar Israel yang ditangkap dan banduan Palestin. Meshaal berkata askar itu tidak akan dibebaskan selagi banduan Palestin tidak dibebaskan. Ini bererti kalau Israel bertindak membebaskan banduan dalam pertukaran askar yang ditangkap itu, Mashaal akan mendapat nama kerana pertukaran banduan itu dan menganggapnya sebagai satu kemenangan politik.

Meshaal juga mahu tumpang sekaki dalam suasana keakraban antara kumpulan lasak Hamas dengan Hezbollah dalam pertarungan mereka menentang Israel yang mencetuskan krisis yang ada. Dengan demikian, dia mahu gunakan sifat kemasyhuran nama pemimpin Hezbollah Sheikh Hassan Nasrallah dalam dunia Islam, malahan juga di wilayah Palestin, untuk mengukuhkan kuasa kedegilannya terhadap pelakon lain dalam pertubuhan Palestin.

Semasa beberapa bulan yang lalu, berlaku beberapa perpecahan lagi dalam pertubuhan politik Palestin. Sepanjang 1990-an, fasa kedua perjuangan Palestin itu telah melalui satu fasa yang disebut "Fasa Tunisia" yang dipimpin oleh generasi tua yang diketuai oleh Yasser Arafat dan generasi muda yang diwakili oleh pemimpin pergerakan Intifada. Pada awal 2000-an berlaku perpecahan antara pergerakan nasional yang sekular seperti Fatah dan kumpulan Islamiah seperti Hamas dan Islamic Jihad. Namun, sejurus selesai pilihan raya politik, pertarungan untuk merangkul kuasa bermula dalam Hamas.

Dengan peranan barunya dalam pentadbiran kerajaan, memaksa pucuk kepimpinan Hamas mengembangkan pengaruhnya kepada kumpulan Palestin yang lain, dan juga kepada Israel. Ini bermakna, Khaled Meshaal, yang mewakili tokoh utama kumpulan Hamas yang mempunyai pendirian tegas, mungkin telah memberi keizinan untuk menyerang-dan-menangkap terhadap Israel kerana dia mahu gunakan krisis itu untuk memperkasakan kuasanya dalam Hamas
posted by jasindaily online @ 4:42 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com