Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
170 ULAMA MENYOKONG PERJUANGAN HIZBULLAH
Monday, August 07, 2006
Lebih dari 170 ulama dari berbagai-bagai negara Arab dan dunia Islam telah menyatakan sokongan mereka kepada perjuangan mujahiddin Hizbullah dan menganggap perjuangan mereka adalah Jihad bagi menentang kezaliman pengganas Israel ke atas orang awam di Lubnan.

Mereka menyeru seluruh negara Arab dan Islam agar memboikot negara Yahudi itu samada dari segi ekonomi atau politik dan hentikanlah dari menimpikan keamanan yang mereka tawarkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluaran, para ulama mengesa seluruh negara Arab dan Islam, angkatan politik dan dunia bebas agar mendesak Israel menghentikan serangan ganas dan pembunuhan mereka dengan segera.

Dalam satu kenyataan yang bertajuk, 'Seruan Dari Ulama Ummah', mereka menyatakan sokongan mereka ke atas rakyat Palestin dan Lubnan dalam perjuangan mereka menentang penjajah Israel.

"Menentang mereka adalah wajib ke atas seluruh umat Islam sebagaimana ang disebutkan dalam Syariah Islam dan umat Islam wajib menyokong rakyat dua buah negara itu dalam mempertahankan Islam dan Ummah. Mereka juga menyeru seluruh dunia Islam agar berpihak kepada rakyat Palestin dan Lubnan dan juga memberikan kepada mereka sokongan moral dan material.

Mereka juga mengesa esemua kerajaan Arab dan Islam berpegang kepada hukum yang ditetapkan oleh Islam yang melarang mengadakan apa-apa hubungan stau persepakatan dengan Zonis. Mereka juga menegaskan bahawa satu-satu cara untuk menghentikan jenayah musuh hanyalah melalui Jihad.

Mereka menegaskan lagi bahawa dengan berpegang kepada hukum yang ditetapkan oleh Allah sahajalah yang mampu menghentikan kezaliman Amerika dan Yahudi.

"Jika tidak kita tidak akan berjaya dalam perjuangan kita dan kerajaan akan mengalami kehilangan yang lebih besar lagi."

Mereka juga menyeru orang-orang Yahudi yang lebih tua dan rakyat Amerika yang bebas agar menghentikan tindakan mereka memusnahkan dunia ini.
posted by jasindaily online @ 6:55 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com