Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KHAIRY PERBODOHKAN UMNO?
Monday, August 07, 2006
Khairy mula menjawab. Namun jawapannya bagi saya hanya menghina keintelektualan ahli - ahli UMNO. Beliau bukan sahaja nampak tandus dalam menjawab tuduhan - tuduhan yang dilemparkan kepada diri beliau tetapi hanya menunjukkan bahawa kedudukan beliau sebagai menantu Pak Lah adalah pra syarat untuk mendapat pinjaman bagi membeli saham - saham bernilai hampir atau melebihi 9 juta. Apa yang jelas ialah dengan adanya Khairy dalam syarikat tersebut maka syarikat tersebut boleh mengiringi Pak Lah dalam misi perniagaan ke luar negeri dan pasti mendapat kelebihan dari segi perniagaan.

Hanya satu persoalan - adakah ahli Pemuda UMNO begitu cetek pemikirannya dan tidak melihat bagaimana Khairy menjadi jutawan dalam sekelip mata. Pemuda harus sedar bahawa jawapan seperti ini tidak logik dan tidak masuk akal.

"I borrowed the money ... everything is loaned, not my own money. Luckily, there are people who want to give loans (to me). I took a loan from them (ECM-Libra) who sold their shares to me," said Khairy, according to Bernama.

(Saya meminjam wang ... semuanya pinjam, bukan duit saya sendiri. Nasib baik ada orang yang hendak memberi pinjam. Saya meminjam dari mereka (ECM-Libra) yang menjual saham mereka kepada saya," kata Khairy, menurut Bernama.)

Exchange filings showed that Khairy bought 13 million shares at 71 cents per share in three separate transactions from acquaintance and ECM-Libra’s chairperson Kalimullah Masheerul Hassan, chief executive officer Lim Kian Onn and chief operating officer Chua Ming Huat.

Exchange filings menunjukkan bahawa Khairy membeli 13 juta saham pada harga 71 sen dalam tiga transaksi berasingan dari acquaintance dan pengerusi ECM-Libra Kalimullah Masheerul Hassan, ketua pegawai eksikutif Lim Kian Onn dan ketua pegawai operasi Chua Ming Huat.

Khairy has been a director of ECM-Libra since July 2004, not long after his father-in-law, Abdullah Ahmad Badawi, succeeded Dr Mahathir Mohamad as prime minister.

Khairy telah menjadi pengarah ECM-Libra semenjak Julai 2004, tidak lama selepas bapa mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi mengantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. malaysiakini

Bagi pemuda UMNO - Bagaimana pinjaman itu boleh diberi dan apa "dealing" yang sebenarnya ada? Mungkinkah dengan menjual saham dan meletakkan Khairy Jamalauddin sebagai pengarah maka akan memberi kelebihan kepada syarikat tersebut?

Kita fikirkan bersama. Adakah wujud unsur - unsur kronisma dan mungkin nepostisma berlaku? Adakah dengan Khairy Jamaluddin menjadi pengarah dan pemberian pinjaman memberi ECM Libra akan mendapat keutamaan? Mungkinkah ini juga "berbau" kehadiran rasuah?
posted by jasindaily online @ 6:52 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com