DEMI MASA |
|
|
BUDAYA JILAT-MENJILAT MENULAR DALAM GPMS |
Wednesday, August 09, 2006 |
Tahniah buat Badan Perhubungan GPMS Negeri Pulau Pinang dan GPMS Cawangan Khas UIA Gombak yang bakal dinobatkan sebagai GPMS Negeri terbaik buat GPMS Pulau Pinang manakala GPMS UIA pula, walaupun baru dua tiga tahun ditubuhkan, bakal merangkul sebagai GPMS Cawangan Khas terbaik.
GPMS Pulau Pinang dan GPMS UIA merupakan dua cawangan GPMS yang begitu kuat hubungannya dengan bakal Presiden GPMS, saudara Reezal Merican Naina Merican yang juga merupakan orang Kepala Batas merangkap Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Sumber dalaman GPMS mengatakan, pemilihan dua cawangan ini sebagai cawangan terbaik dikatakan sebagai bukti sokongan kepada Reezal sedangkan satu pihak lagi yang juga merupakan orang kuat Reezal di Utara melihat perkembangan ini amat tidak sihat, kerana budaya 'membodek' dan budaya 'jilat' mula menular dalam GPMS.
Ini memandangkan, apakah sumbangan terbesar GPMS Pulau Pinang dalam gerakan pelajar di Malaysia. Sedangkan kalau dilihat dari sumbangan, GPMS Negeri Perak dilihat lebih besar sumbangannya, malah GPMS Negeri Perak sendiri di bawah kepimpinan Haji Zainal telah mempunyai Institut GPMS di Batu Gajah.
Sedangkan GPMS Pulau Pinang hanya gah sebagai GPMS negeri yang mempunyai cawangan terbanyak, itu pun ketika zaman Datuk Suhaimi Ibrahim bergabung tenaga bersama saudara Shahril Rejab ketika mereka bersama dalam tampuk kepimpinan GPMS.
Manakala GPMS cawangan UIA, paling mengecewakan. Bukan menidakkan keupayaan mereka walaupun baru dalam arena perjuangan GPMS ini. Sedangkan GPMS Cawangan Khas IT Shah Alam, kini dikenali sebagai UiTM Shah Alam lebih banyak sumbangannya dalam menaikkan nama GPMS.
Sejak ditubuhkan pada 21 Jun 1974, GPMS ITM Shah Alam terus menabur bakti bukan sahaja kepada masyarakat kampus ITM Shah Alam malah telah beberapa kali mencipta nama dalam Malaysian Book of Record. GPMS UiTM Shah Alam juga telah dianugerahkan sebagai Persatuan Dalaman terbaik UiTM Shah Alam pada tahun 2004 kalau tak silap.
Pada zaman pentadbiran saudara Jalil Harun sebagai YDP GPMS UiTM Shah Alam, dua program besar yang telah menaikkan semula nama GPMS ialah Merentang Jalur Gemilang Terpanjang di Tembok China (2003) dan Merentang Jalur Gemilang di atas air di Pulau Langkawi (2004) selain beberapa program kemasyarakatan seperti OPKIM dan Kursus Gerakan Obor di beberapa sekolah menengah dan rendah.
Adakah program-program ini menidakkan nama GPMS UiTM Shah Alam, dan bukannya tujuan tulisan ini untuk menidakkan keupayaan GPMS Cawangan Khas UIA.
Cuma pertimbanglah dengan sebaik-baiknya. Jangan hanya sedap mulut untuk menjilat sahaja.
Ini belum lagi masalah pemilihan yang dikatakan akan dimonopoli oleh ahli-ahli dari GPMS Pulau Pinang sahaja. Belum lagi cerita tentang saudari Rozi yang dikatakan akan bekerjasama dengan kem 'geng mamak' yang satu ketika dulu habis diserangnya dengan bermacam-macam tohmahan dan cacian, demi untuk bertanding sebagai Naib Presiden GPMS bersama saudara Jais Karim dan saudara Mustapa Latip, Pengerusi GPMS Selangor.
Belum lagi cerita tentang saudara Jais Karim yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Reezal untuk menghalangnya dari bertanding Naib Presiden kerana Reezal sudah mempunyai calon lain yang lebih patriotik daripada saudara Jais Karim sendiri.
Belum lagi mengenai cerita orang-orang GPMS Wangsa Maju seperti saudara Zamri Mat Isa, Saudara Yaacob (Student UIA), Puan Rafidah (Ketua Puteri UMNO Tanah Merah) serta saudara Afzanizam yang juga merupakan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pertanian Malaysia.
Apa dah jadi dengan GPMS ni? Ke manakah hala tuju GPMS yang sebenar? Untuk perjuangan pelajar Melayu ke atau demi kepentingan peribadi beberapa pihak yang cuba mengejar keuntungan dari kedudukan Reezal sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan Malaysia? Tepuk dada, tanyalah hati...... Ikhlas atau sebaliknya?
|
posted by jasindaily online @ 3:16 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|