DEMI MASA |
|
|
PENILAIAN 24 HARI PENAKLUKAN ZIONIS KE ATAS LUBNAN |
Tuesday, August 08, 2006 |
Pemerhatian tentang kejadian perang dan assesment status politik, sosial dan ekonomi Lubnan dan Israel dan juga perkembangan antarabangsa semasa 24 hari yang lalu telah membuktikan satu fakta yang penting, iaitu kemenangan perjuangan Islam semakin hampir
Satu lagi perkembangan yang penting dalam masa beberapa minggu yang lalu termasuk perubahan polisi oleh regim Zionis dan sekutunya (iaitu AS dan negara-negara EU). Disaat mereka berpura-pura akan dapat menguasai selatan Lubnan tidak lama lagi dan menegaskan bahawa mereka tidak akan mengakhiri konflit sebelum syarat-syarat mereka dipertimbangkan dan dipenuhi oleh Hizbullah, mereka kni telah menyera kebanyakan dari objektif mereka dan ini adalah satu lagi bukti yang menyokong bahawa Hizbullah bakal mencapai kemenangan.
Ulasan mengenai 24 hari yang lalu mengambarkan dengan sebaik-baiknya superioriti Hizbullah ke atas Israel dari pandangan militeri, di bidang perang saikologi dan dari sudut pencapaian nasional, regional dan internasional.
A) Pencapaian di medan pertempuran:
Merujuk kepada aspek ketenteraan, regim Zionis baru sahaja mengebom Lubnan dan melaksanakan beberapa operasi serangan darat, tetapi sebagai balasannya mereka bukan sahaja dikutuk malah menghadapi kemusnahan dan kehilangan seperti berikut:
- Kemusnahan 47 buah kereta kebal Merkava - 2 buah helikopter terhempas - Kemusnahan 6 buah bulldozer - Kemsnahan 2 buah kapal perang Saer - Terhempas 2 buah pesawat pejuang - Kemusnahan 12 kenderaan tentera dan kereta perisai - Terhempas pesawat perisik dan 2 buah belon perisik - Terbunuh seramai 226 tentera Israel - Cedera seramai 491 tentera Israel - Terbunuh seramai 57 Zionis - Cedera seramai 404 Zionist
Berikutan 5311 jenis penerbangan dan pengeboman sebanyak 3 kali ke atas sasaran Lubnan, tentera Israel masih tidak berjaya memusnahkan keupayaan pertahanan Hizbullah dan sistem pelancar misilenya. Sebaliknya, Israel mengalami peningkatan jumlah dan jarak roket Hizbullah dalam masa 48 jam yang lalu.
Sementara itu, Hizbullah, yang kekurangan tentera klasik dan peralatan ketenteraan yang canggih dalam berhadapan dengan tentera keenam terbesar didunia, telah melancarkan 3465 roket ke arah Israel yang bukan sahaja menyebabkan ketidakselamatan dari segi saikologi kepada Zionis, tetapi juga membawa superioriti kepada kumpulan Syiah Islam yang bukan sahaja dimusuhi oleh kuasa kafir tetapi juga oleh sesetengah negara umat Islam liberal dan kini Hizbullah telah mengambil inisiatif dalam pertempuran darat.
Dalam masa 24 jam terakhir ini, Israel telah mensyahidkan seramai 43 orang mujahiddin Hizbullah dan mencederakan 41 orang yang lain. Mereka juga telah mensyahidkan seramai 967 orang awam Lubnan dan mencederakan seramai 3293 yang lain.
B) Faktor Sosial
Walaupun langkah-langka keselamatan yang ketat dan penapisan media yang ketat oleh kerajaan Israel, pendapat umum telah menyuarakan tekanan yang hebat ke atas pentadbiran Olmert agar menghentikan peperangan tersebut dan menerima gencatan senjata.
Pemindahan seramai 2 juta orang yang kini terpaksa tinggal dalam kawasan perlindungan telah menyebabkan perang saikologi ke atas kerajaan Israel yang kini berdepan dengan lebih dari 20 demonstrasi anti perang. Penaklukan Israel ke atas Lubnan telah membalikkan trend immigrasi ke Palestin yang dijajah di mana kini lebih dari 200 ribu orang sehari telah mendesak untuk meninggalkan bumi Palestin yang dijajah, dengan harapan untuk mencari tempat tinggal yang lain selain Israel.
Sebaliknya, walaupun regim Zionis meningkatkan pengeboman ke atas Lubnan (yang kini berjumlah kepada satu setenga kali ganda lebih dari pengeboman yang ilakukan oleh AS ke atas Vietnam), Israel masih tidak berjaya menanam benih perpecahan dikalangan penduduk di Lubnan yang terdiri dari berbagai-bagai kaum, agama dan politik. Kini, bkan sahaja orang-orang Syiah yang menyokong Hizbullah dan kepimpinannya, tetapi termasuk juga dari kalangan Druze dan Kristian juga memberi sokongan padu kepada Sayed Hassan Nasrallah dan pengikutnya. Dan yang nyatanya ialah penaklukan Israel ke atas Lubnan telah memprovokkan kesemua penganut agama samawi di Lbnan untuk bersatu menentang keganasan Zionisme dan pelan Timur Tengah baru yang digariskan oleh Amerika Syarikat.
C) Faktor Politikal
Berbeza dengan apa yang dianggarkan oleh Israel, penaklukan Lubnan telah meningkatkan solidariti politik di kalangan rakyat Lubnan di mana mereka yang selama ini berbeza dari segi sayap dan politik telah melupakan perbezaan mereka selama ini dan memberi sokongan kepada Hizbullah.
Ucapan yang diucapkan oleh Perdana Menteri Lubnan ddan Valid Jonbalat dalam masa dua minggu yang lalu telah membuktikan apa yang disebutkan di atas.
Semua ini berlaku semasa Israel sendiri sedang menyaksikan jurang yang besar di kalangan parti politik dan sayap mereka. Oleh itu, mereka kini sedang berhadapan dengan musuh seperti Hizbullah di luar dan perpecahan di kalangan mereka sendiri.
D) Faktor Ekonomi
Regim Zionis telah mengalami kemusnahan yang besar semenjak mula penaklukan Lubnan. Anggaran kasar menunjukkan bahawa ekonomi Israel telah mengalami kemerosotan sebanyak $20 billion hasil dari peperangan mereka dengan Hizbullah. Industri pelancungan Zionis telah menjadi kawasan yang tidak mahu dilawati lagi, pasaran tukaran saham mereka mengalami kejatuhan yang mendadak, industri dan pusat dagangannya dan juga pelabuhan telah ditutup dan sebagai hasilnya ekonomi Israel sedang menuju ke arah kelumpuhan.
E) Pandangan Antarabangsa
Pada pandangan antarabangsa, Israel adalah entiti yang paling dibenci di dunia ini termasuk juga amerika dan Britain kerana sokongan berterusan mereka terhadap regim Israel. Sebagai sekutu strategik regim Zionis, AS dan Britain kini sedang beradapan denga kemarah dan kebencian dunia, terutamanya dari kalangan dunia Islam. Ini telah menyebabkan AS mengurangkan penglibatan terus mereka dalam peperangan ini.
Pegawai Israel telah mengisytiharkan bahawa mereka telah memasuki peperangan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan dan matlamat strategik Amerika,manakala Washington mengelak dari menyelamatkan Israel melalui intervention ketenteraan.
Semua ini ketika seluruh dunia menganjurkan lebih dari 300 demonstrasi dan kongregasi bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap Hizbullah dan perjuangan mereka dan mereka memuji perjuangan gerakan revolusi Islam ini dan kepimpinannya.
|
posted by jasindaily online @ 6:58 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|