Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PENYAKIT PEMBANGKANG KINI TERKENA KEPADA BEKAS PM
Tuesday, August 08, 2006
Pulak... apabila laki Nori, Khairy Jamaluddin diam membisu terhadap isu-isu yang dibangkitkan kepadanya, bekas PM berkata kenapa tidak jawab? Dan orang lain yang arak dan usung bekas PM itu ke sana ke mari dengan menjadikan telapak tangan sebagai tandu tanpa mempedulikan punggungnya basah, juga persoal kenapa Khairy diam. Ada yang kata menantu PM itu penakut?

Terkaget juga orang ramai bila disoal begitu. Mungkin betul juga, Khairy berada di pihak bersalah kerana selama ini tidak melayani karenah bekas PM dan para pengusungnya. Selalunya orang salah gugup dan takut untuk bersuara!

Tetapi apabila bermula Sabtu lalu lalu Khairy mula bersuara, menjawab setiap tuduhan dan fitnah ke atasnya, termasuk desas-desusnya dengan Maya Karin, tak kena juga dilihatnya. Bekas PM juga turut persoal kenapa Khairy yang menjawab soal MV Agusta dan bukannya pihak tertinggi Proton.

Tampaknya bekas PM tidak senang sungguh dengan Khairy. Apakah jawaban Khairy itu masih belum telus? Atau masih ada apa-apa yang tidak dijelaskan? Atau pun bekas PM itu sengaja mencari sejuta helah saja, kerana terlalu benci kepada menantu Abdullah Badawi al-Hadhari itu.

Pemikiran bekas PM juga sudah jadi macam pembangkang, semua tidak betul. Begitulah parti pembangkang apa yang dibuatkan kerajaan semuanya tidak betul. Nampaknya penyakit medu pembangkang sudah terkena ke atas diri bekas PM. Ini semua hasil daripada majlis di Taman Melawati tempoh harilah ni...

Tidak kisah siapa yang jawab, asalkan ada jawaban. Itu yang orang mahu. Sama ada jawaban itu memuaskan hati atau tidak, itu soal lain. Bekas PM dan para pengusungnya boleh terus desak Khairy dan mertuanya untuk memberi jawaban. Baik juga Khairy jawab. Kalau dia tidak jawab lagi teruk fitnah dan juga tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Setidak-tidaknya bila Khairy bersuara bekas PM kena siap jawaban balasnya.

Bekas PM berusia 81 tahun itu mahu siapa menjawab sebenarnya. Kalau pihak pengurus tertinggi Proton jawab, rasanya lebih kurang itu saja, jawabannya. Iya buat apalah simpan syarikat yang rugi RM50 juta setahun. Kerajaan kaya mana pun di dunia tidak sanggup memikul biawak hidup, kecualilah orang-orang yang suka melompat macam katak dan macam tupai saja. Mereka bersedia memikul biawak hidup sebab biawak lebih kurang mereka saja.

Janganlah kerana Proton itu syarikat yang kita tubuh, idea kita, kita hendak bela habis-habisan. Cara bekas PM itu macamlah dia hendak membela anaknya, walaupun anaknya jahat, samseng, khianat dan kotor. Mana boleh macam tu, bekas PM oi. Kalau sudah jahat, sudah kotor, dan sudah rugi kena jual sahajalah. Kalau anak kita yang buat salah misalnya nak suruh kerajaan bilout syarikat kita kena cegah.

Tetapi bekas PM ini memang degil alias keras kepala. Kalau beliau mahukan sesuatu itu, beliau akan usahakan juga walaupun apa jadi. Ingatkah kita semua, dulu Tengku Razaleigh Hamzah semasa menjadi Menteri Kewangan telah memberi pendapat bahawa projek Kereta Nasional (Proton) akan rugi. Ia akan membebankan negara. Sebab itu apabila bekas PM mengemukakan proposal untuk melaksanakannya, Ku Li campak ke dalam tong sampah.

Tetapi bekas PM mahu juga. Projek itu dilaksanakan apabila beliau menjadi PM. Hari pertama beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet beliau menyebut mengenai hasratnya itu dan mengeluarkan semula proposal yang pernah dicampak Ku Li.

Ramai yang tidak tahu proposal Proton itu dulunya adalah proposal untuk buat kilang nenas yang disediakan oleh seorang orang Jepun. Ia ditukar menjadi projek automobil. Sebab itulah kereta nasional saling tidak tumpah macam buah nenas saja. Cerita ini boleh tanya Tengku Razaleigh Hamzah.

Alkisahnya, kita jangan layan sangat kehendak dan kata-kata manis bekas PM ini. Biarkan dia dengan agendanya bersama tukang usungnya dan penganggur politik. Si tukang usung ini tidak kisah walaupun tangan mereka berladum dengan kencing dan belengah dengan tahi. Asal boleh usung Tun, mereka akan usung tidak kira apa. Sampai patah belakang pun mereka akan mengendung bekas PM yang mulia itu.

Cuma sedikit nasihat saya, untuk mematikan langkah bekas PM ini, kalau beliau tidak mahu tutup mulutnya daripada memburuk negara dan Perdana Menteri, baiklah kita menutup kedua belah telinga kita daripada mendengar cakap dan kata-katanya. Biarlah dia bercakap seorang semahunya, dengan menerima tepuk sorak daripada si tukang usung dan pemikul tandu yang dungu dan lembu itu. – Reformasi.


Tun Paduka Tuan - 08.08.2006 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com )
posted by jasindaily online @ 6:53 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com