Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
ISRAEL SEDANG KALAH PERANG DUNIA III
Wednesday, August 09, 2006
Tidak pernah berlaku peperangan seperti ini sebelum ini. Sebab itulah kami sedang kalah dalam peperangan ini. Kami tidak tahu bagaimana untuk berperang. Sekurang-kurangnya tidak sekarang. Dari mula lagi, seluruh dunia sedang menyaksinya, dan untuk sebab yang penting. Ini adalah permulaan bagi perang dunia III. Dan sebagaimana di Iraq, peperangan tidak berlaku sebagaimana yang diingini oleh Barat.

Apa yang berlaku sekarang seakan-akan selari dengan perang dunia yang lalu, yang pasti, dalam ruangan kartun di akhbar dan seluruh dunia yang bencikan Israel melihat Israel sebagai Nazi Yahudi.

Di Iraq dan di Lubnan kami dapat melihat satu kebangkitan yang amat merbahaya, iaitu Islam dan terutamanya di Iran yang menanggap peperangan ini sebagai satu Jihad.

Apa yang daat kita ohat dari perang dnia kedua iala pihak Jerman dan Jepun sentiasa mendahului tentera bersekutu dari segi tektik yang mereka laksanakan. Mereka lebih bijak, lebih kreatif lebih inovatif dan lebih motivate.

Mereka memerangkap Eropah yang berada dalam keadaan lalai, melakukan serangan ke atas Pearl Habour, Menara Berkembar pada era itu, menyerang Amerika di tempat yang paling lemah dan tidak bersedia.

Tentera Bersekutu telah kalah teruk selama beberapa tahun sehingga mereka dapat mengubah kembali strategi mereka.

Yang pastinya, terdapat mereka yang berada di Israel dan dalam dunia Yahudi yang amatt gembira oleh kesilapan yang mereka lakukan. Terdapat brigade 'Saya Dah Kata' di sudut kanan, yang tidak akan melepaskan peluang untuk mengsytiharkan bahawa pengunduran adalah penyebab kepada peperangan ini, dan merupakan satu kesilapan yang besar yang tidak sepatutnya berulang kembali.

Terdapat juga satu battalion yang dinamakan 'Bukan Di Atas Nama Saya' di sudut kiri yang mencadangkan satu protes dan merasa bangga bila digelar pembelot yang berkata Israel berhak mempertahankan diri, tetapi tidak patut diamalkan.

Kenapa kita kalah? Ia adalah kerana kita begitu tergesa-gesa menghadapi Hizbullah sebelum Iran melaksanakan nuklearnya, kita ke medan perang sebelum kita mendapat cara untuk memenanginya.

Berikan kami peralatan, kata British sebelum perang dunia kedua, dan kami akan menyelesaikan tugas kami. Kami tahu bahawa kami ke medan perang tanpa peralatan.

Selepas bertahun-tahun pihak perisik tentera memberi amaran tentang misile Hizbullah dan tentang peluru Katyusha yang membunuhnya, kini kami tahu bahawa kami tidak mengetahui satu apapun.

Kami sedang kalah kerana perdana menteri kami, menteri pertahanan dan ketua tentera adalah baru dalam tugas masing-masing dan telah membuktikannya dengan bercakap besar di awal kempen, bercakap untuk membuang senjata Hizbullah, mewujudkan order baru di Lubnan, mewujudkan realiti di mana rakyat Lubnan sendiri telah merujuk kepada pengganas dan menyokong mereka.

Kita mensasarkan infrastruktur, dan semasa kita melakukannya telah menyebabkan kemusnahan kepada lebih dari sejuta rakyat Lubnan, beribu-ribu telah terbunuh, beribu-ribu telah cedera dan ratusan ribu telah kehilangan tempat tinggal.

Dengan ribuan dari anggota tentera kita kini telah berada di Lubnan, tujuh brigade dan meningkat, selepas 4,600 pengeboman yang dilakukan oleh IAF, pada hari Ahad sahaja sebanyak 150, 80 sehingga 90 peratus dari pejuang mujahiddin masih hidup dan dapat menembak ke arah kita. Mereka masih mampu melancarkan serangan 200 roket sehari ke arah Israel.

Kita sedang kalah, kerana tindakan kita telah menyebabkan Hizbullah mendapat simpati dari seluruh dunia.

Undian menunjukkan hampir 90 peratus dari rakyat Lubnan termasuk ramai yang tidak percaya kepada mereka suatu masa dulu, kini menyokong Hizbullah memerangi Israel.

Peperangan ini telah menaikkan nama Hizbullah pada mata dunia.

Salah satu dari pelajaran yang diperolehi dari peperangan ini ialah pihak kerajaan, kerana bimbang dengan jumlah tentera yang terbunuh begitu ramai, telah mengarahkan serangan dilakukan secara kawalan jauh, yang mengakibatkan kematian beribu-ribu rakyat Lubnan yang tidak berdosa dan dalam prosses ini, meletakkan ribuan rakyat Israel sebagai sasaran Katyusha dan Fajr.

Memang benar, ini adalah perang dunia III. Dan kita sedang kalah.
posted by jasindaily online @ 4:32 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com