Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KHAIRY MULA BERPERANG
Thursday, August 10, 2006

"Saya akan menggunakan peluang merasmikan lebih 30 mesyuarat bahagian Pemuda di seluruh negara untuk menjelaskan segala tohmahan itu, dan kini masanya yang paling sesuai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini.

Khairy, yang merupakan menantu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata bahawa selama ini beliau berdiam diri bukan kerana takut sebaliknya merasakan bukan masa yang sesuai untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu.

"Mereka menyerang peribadi saya selepas gagal mencari kelemahan Pak Lah, dan apa yang mereka buat kini menyerang menantunya, seolah-olah saya ini tidak patriotik lagi terhadap negara," katanya.

Khairy berkata jika beliau tidak menjelaskan segala tohmahan itu semasa mesyuarat Pemuda, segala fitnah itu akan dianggap benar oleh sesetengah pihak dan memberi peluang lebih banyak kepada pihak tertentu memperbesarkannya lagi.

"Saya ada tanggungjawab kepada parti dan bila saya menjawab bukan bermakna saya mahu berperang sebaliknya bertujuan menegakkan kebenaran," katanya. Bernama 5hb Ogos 2006

Selama ini Khairy Jamaluddin tidak mengambil sebarang langkah aggresif untuk menjawab tohmahan mengenai dirinya. Mungkin Khairy akan turut menjawab persoalan - persoalan yang membabitkan dirinya dalam ECM Libra, penjualan saham - saham syarikat penting negara ini kepada Singapura. Setakat ini banyak persoalan - persoalan mengenai ECM Libra yang belum terjawab dari pembelian saham bernilai berjuta ringgit oleh anak muda yang baru menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda sehingga kepada penglibatan Khairy dengan penjualan syarikat - syarikat Malaysia ke Singapura.

Khairy kini di tuduh oleh Tun Dr Mahathir sebagai antara orang - orang yang berkuasa di Malaysia. Tun Mahathir yang menyifatkan dirinya terpanggil kembali atas dasar mahu menyelamatkan maruah Malaysia menafikan bahawa beliau mahu merebut semula kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia sebaliknya mengatakan bahawa Pak Lah gagal bertindak memimpin malah telah menyerahkan kuasa kepada beberapa orang yang rapat dengan beliau termasuklah Khairy Jamaluddin. Setakat ini penjelasan yang diberi oleh kerajaan Pak Lah adalah " tidak perlu menjawab" katanya sewaktu sesi penerangan di Kelantan.

Mungkin seri penerangan Khairy Jamaluddin mengenai perkara - perkara yang melibatkan beliau tidak seharusnya terkepong dalam sirkulasi Pemuda UMNO sahaja tetapi harus diterangkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini penting kerana bukan sahaja beliau dapat memberi penerangan mengenai diri beliau tetapi juga membersihkan tuduhan terhadap Pak Lah yang dianggap kini gagal mentadbir dengan sempurna.

posted by jasindaily online @ 4:10 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com