Naib Ketua Pemuda Umno, Khaiiry Jamaluddin berkata, kalau dirinya menjadi liabiliti kepada Umno, dia bersedia mengundurkan diri. Nampaknya menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu sedar situasi yang dihadapinya amat rumit dan kesannya terhadap Umno, kerajaan dan bapa mertuanya amat besar
Tohmahan dan fitnah (istilah KJ) yang dilemparkan kepadanya bukan sekadar masalah peribadi seperti berkahwin lagi dengan pelakon dan pengacara popular Maya Karin, malah ada lapan isu lain terpaksa dijawabnya secara terbuka.
Lebih teruk lagi apabila tuduhan-tuduhan itu turut datang dari Dr Mahathir, yang kini merupakan musuh politik ketat Perdana Menteri. Bekas Perdana Menteri itu sudahpun secara terbuka mendesak Abdullah berundur sebagai Perdana Menteri kerana menjual negara.
|