DEMI MASA |
|
|
IMPLIKASI DUA PEPERANGAN |
Thursday, August 10, 2006 |
Setelah sebulan lebih kita dihidangkan "perang bola" di padang, kini kita dihidangkan pula dengan beberapa peperangan yang lebih besar dan parah. Ia lebih hebat dari perang Piala Dunia Fifa.
Ada pula yang mengibaratkan perang-perang ini umpama lakonan di pentas dunia. Ditonton warga dunia. Ada yang menjadi penonton pasif, ada juga yang mahu bersikap umpama "penentu Juara Akademi Fantasia". Sokongan mereka umpama "SMS" buat mereka-mereka yang bertarung.
Perang-perang ini mungkin menentukan 'survival' individu dan kumpulan, sekaligus melibatkan kita secara lansung atau pun tidak.
Dua peperangan yang hebat ini ialah peperangan antara Pak Lah dan Dr. M. dan perang Hizbollah dan Israel.
Perang Pak Lah dan Dr. M: Pelbagai pandangan, analisa, cakap-cakap yang dihidangkan dari kedua pihak. Tidak ketinggalan dari pihak ketiga.
Pasti ada yang terkorban. Bersama juak-juak mereka. Tapi pada pendapat saya, ia punya implikasi yang lebih besar. Bukan sekadar pada yang kalah. Bak kata pepatah: gajah bertarung, kancil mati di tengah-tengah. Yang bertarung dua pembesar. Yang tersepit dan pasti rugi sudah tentu rakyat.
Hizbollah lawan Israel: Ramai yang menuding jari Hizbollah buat kerja bodoh menculik tentera Israel. Tidak kurang juga yang menyebut Hizbollah berjaya dimainkan oleh Iran dan Syria untuk bertinju dengan Israel.
Komen-komen nakal yang disiar dalam akhbar tempatan negara Teluk menggambarkan seolah ada pihak yang sengaja memburuk-buruk Hizbollah (dan Hamas sebelum ini). Seolah-olah takut pendapat ramai menyebelah Hizbollah. Saat negara Arab dan umat dicucuk hidung oleh Amerika dan sekutunya, muncul "kuasa" yang boleh dijadikan hero Arab dan umat.
Maka dimomokkan Hizbollah penyebab perang ini. Tanpa disebut beribu-ribu tahanan Lubnan dan Palestin sejak bertahun lamanya ditahan di Israel. Ditambah pula dengan kata-kata Iran dan Syria memberi bantuan terus pada Hizbollah.
Tiba-tiba dunia dan sekutu Barat seolah-olah lupa, Hizbollah bukan kerajaan. Ianya hanya kumpulan kecil. Keahliannya tidak sampai 30,000 ahli. Hizbollah pula menentang sebuah kerajaan. Yang punya kelengkapan sofistikated. Kerajaan yang dibiayai terus kuasa dunia dan disokong secara terus oleh Amerika dan Britain.
Apalah sangat Hizbollah (dan kalaupun dibantu oleh Iran dan Syria - dua negara yang bukannya kuasa besar dari segi kekuatan ketenteraan, apatah lagi dalam keadaan miskin lagi tertekan). Apa pun, rakyat terbanyak di seleuruh dunia seolah-olah mula menunjukkan sokongan terbuka kepada Hizbullah (dan Hamas). Suara-suara kritis terhadap pimpinan umat mula kedengaran melalui corong radio dan ruang surat pada editor.
Kedua-dua peperangan di atas mengundang kita sebagai individu dan kelompok untuk menunjukkan sikap dan tindakan (walaupun mungkin berjauhan dan tidak berada di tempat kejadian). Bukan sekadar berpeluk tubuh. Duduk menjadi penonton. Tidak cukup sekadar bersorak
Terpulang pada kita untuk mengambil inisiatif. Samaada masih menjadi penonton. atau terjun terus ke dalam lakonan, menjadi pelakon yang bakal mengubah skrip lakonan yang dipertontonkan.
Tepuk dada tanyalah iman. |
posted by jasindaily online @ 4:07 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|