Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
MAHATHIR: PARTI LEBIH PENTING DARIPADA PEMIMPIN
Sunday, August 13, 2006
Anggota Umno matang menilai antara yang baik dan yang buruk sejajar dengan perjuangan parti untuk membela nasib bangsa, agama dan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya mereka juga harus tahu ke arah mana pemimpin mereka membawa mereka.

Sejarah parti membuktikan bahawa Umno tetap kukuh dan kuat walaupun mengalami pertukaran kepimpinan kerana anggotanya berpegang kepada prinsip perjuangan untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara dan bukan untuk mempertahankan pemimpin tertentu sungguhpun pemimpin itu membuat jasa besar kepada parti, katanya.

Ketika berucap pada majlis "Jasa Mu Dikenang" anjuran Pemuda Umno Petaling Jaya Utara di sini, Dr Mahathir berkata pemergian seseorang pemimpin itu tidak sama sekali menghancurkan Umno selagi anggotanya berpegang teguh kepada perlembagaan serta matlamat sebenar perjuangan parti.

Sebagai contoh, katanya allahyarham Datuk Onn Jaafar merupakan pengasas Umno dan sangat berjasa kepada parti tetapi apabila beliau mencadangkan agar Umno dibuka kepada bangsa lain, anggota Umno menolak kepimpinannya lalu digantikan dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Begitu juga apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman gagal memperjuangkan nasib Melayu, beliau sedar kempimpinannya tidak disenangi oleh anggota parti lalu menyerahkan kepimpinan Umno kepada allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

"Oleh itu Umno adalah untuk memperjuangkan bangsa, agama dan negara dan bukan individu atau pemimpin tertentu.

"Umno bukan untuk Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn atau saya sendiri tetapi adalah untuk orang Melayu, agama Islam dan negara Malaysia," katanya.


Dr Mahathir berkata ketika beliau menjadi presiden parti, Umno juga pernah melalui banyak cabaran yang hebat tetapi atas dasar perjuangan yang suci, segala cabaran telah dapat dilalui dan Umno kembali kukuh
posted by jasindaily online @ 5:57 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com