Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
ABDULLAH PERLU KURANGKAN JENAYAH TRAUMA
Monday, August 14, 2006
Dalam dua minggu lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan laporan demi laporan mengenai pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan akibat daripada jenayah-jenayah ragut, rogol, pecah rumah, rompakan dan lain-lain.

Nyawa sudah menjadi begitu murah dan rendah nilainya di Malaysia, dengan jenayah menjadi kejadian harian, ketakutan orang ramai akan keselamatan mereka dan yang disayang sentiasa menjadi igauan.

Keselamatan diri dan warga adalah hak fundamental yang kerajaan perlu beri jaminan. Perkara tersebut juga akan memberi gambaran negatif kepada orang asing bahawa Malaysia tidak selamat untuk mereka lawat atau tinggal. Itu sudah tentu akan menjejaskan usaha kerajaan menjadikan negara ini sebagai hub pendidikan dan tumpuan pelancong-pelancong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu membentuk badan khas bertanggungjawab memastikan jenayah-jenayah trauma tersebut dikurangkan dalam satu tempoh masa, dan mengembalikan keyakinan orang ramai bahawa keadaan keselamatan sudah terpelihara.

Keyakinan orang ramai terhadap tahap keselamatan dalam negara sudah semakin kurang disebabkan kelemahan kerajaan dan institusi-institusi keselamatan khususnya polis, yang gagal mempamerkan peranan yang berkesan dan profesional dalam mengurangkan kadar jenayah dalam negara.

Bukan sahaja kadar jenayah sudah begitu menjadi-jadi di “black areas” seperti Johor Baru, Lembah Kelang dan Penang, malah kawasan-kawasan luar bandar juga berlaku kejadian jenayah yang tidak kurang kejamnya.

Tiada gunanya polis mendakwa kadar jenayah semakin kurang sedangkan banyak kes jenayah yang tidak dilaporkan, sama ada kerana tidak yakin ia akan membawa penjenayah tersebut ke muka pengadilan atau kerana suasana yang tidak mesra pelanggan ketika membuat laporan di balai-balai polis.

Satu forum mengenai apa yang orang ramai dan pertubuhan-pertubuhan boleh lakukan bagi mengurangkan jenayah dan menghilangkan rasa takut kepada jenayah tersebut, akan diadakan di Hotel Excelsior, Ipoh pada Khamis, 17 Ogos pada 7.30 malam. Ini merupakan inisiatif Lee Mook Kwai, 55, yang kehilangan anaknya, Kean Yip, yang sedang belajar di Kolej Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, mati dikelar peragut baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Bahrin Idrus, berkata pada 2003, lebih 4,000 kes jenayah dicatatkan di ibu kota manakala pada 2004, kadar jenayah turun mendadak iaitu sebanyak 2,000 kes dan seterusnya kepada 1,700 kes bagi 2005.

Beliau berkata, pengurangan mendadak itu disebabkan pelaksanaan kempen pencegahan jenayah Rakan Cop, di samping meningkatnya kesedaran orang ramai dalam bekerjasama memeranginya.

Penubuhan Rakan Cop yang diilhamkan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah.

Hingga kini, kira-kira 58,706 orang sudah mendaftarkan diri sebagai ahli Rakan Cop dan program itu dilancarkan secara rasminya untuk peringkat nasional pada 16 April lalu.
posted by jasindaily online @ 5:42 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com