Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PAK LAH SUDAH KETANDUSAN IDEA
Sunday, August 13, 2006
Kasihan Pak Lah. Dah ketandusan idea, begitu juga menantu kesayangannya. Tak ada cara untuk menepis dan menjawab segala isu dari Tun Mahathir. Selepas cuba untuk mengalihkan pemerhatian rakyat dari mempersoalkan kenyataan beliau, timbul pula kuncu-kuncunya seperti Koh Tsu Koon dll. Ingat tak semasa mula mula Pak Lah dilantik menjadi PM. Ketibaannya disambut oleh Koh Tsu Koon dengan meriah sekali. Memuji Pak Lah melangit. Gara-gara Koh Tsu Koon pergi ke Sibu Sarawak dalam tahun 1995 (kalau tak silap saya) calon MCA kalah. Saya berada di SIBU di waktu itu.

Menteri Besar - Menteri Besar pun dengan megah membuat kenyataan tanpa menyedari mereka pun bukan MR CLEAN. Kalau nak dikorek kelemahan mereka memang banyak. Tapi siapa yang berani??? Masing-masing jaga periuk nasi. Jadi, di mana ketelusannya? Sekarang timbul isu iblis pula. Cuba bayangkan seorang yang berketurunan ulama sanggup menggelarkan orang lain sebagai iblis.

Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun tidak menggelarkan musuh baginda sebagai IBLIS. itu menunjukkan Pak Lah dah terdesak.

Sekarang nak control internet pula, kebebasan bersuara, memaksa ahli-ahli UMNO supaya menyokong kerajaan. Kenapa tidak memaksa ahli-ahli PAS, DAP & KEADILAN untuk berbuat demikian. Ambillah iktibar apa yang berlaku di Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar. Singapura tidak boleh disentuh langsung!!!

Akhbar-akhbar yang di kuasai oleh kerajaan, macam biasalah cuma siarkan berita-berita yang telah di'censor'. Macam lembaga penapisan negara pula. Tapi FINAS cuma censor adengan adegan lucah. Pemberita pula censor berita-berita yang benar. Jadi jangan salahkan rakyat yang memboikot akhbar akhbar harian dan mengalihkan perhatian kepada berita berita internet dan independent. Cuba bayangkan apabila rakyat tidak membeli surat khabar, pendapatan kurang dan akhbar menanggung kerugian. Jadi, berlakulah pembuangan pekerja-pekerja secara paksa. Baru padan muka mereka kerana tidak amanah di dalam membuat liputan akhbar.

Saksikan adegan-adegan yang lebih menarik.
Ingat BOLA ITU BULAT!!!!
posted by jasindaily online @ 6:02 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com