Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
SURAU JUGA JADI MANGSA PEROBOHAN MBPJ
Monday, August 14, 2006
PETALING JAYA 13 Ogos - Sebelum ini banyak berita dan rintihan yang diterima oleh kaum India berkaitan dengan tindakan zalim yang merobohkan kuil-kuil mereka oleh Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Hindu Rights Action Force (Hindraf) melalui Pengerusinya, P.Waytha Moorthy, memberitahu bahawa kadar perobohan kuil Hindu di Selangor adalah tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain.

Jawatankuasa dan mangsa-mangsa perobohan kuil itu juga pernah menghantar memorandum bantahan kepada Sultan Selangor pada 9 Julai lalu berkaitan isu ini dengan meminta DYMM Sultan untuk mengarahkan perobohan kuil yang tidak mengikut undang-undang.

Pada 3 Ogos lalu pula, Surau As Salam di Sekysen 4 Kota Damansara juga menjadi mangsa perobohan MBPJ.

Selain surau, MBPJ juga merobohkan gerai-gerai perniagaan milik kariah surau di situ yang merupakan sumber pendapatan bagi membiayai aktiviti ibadat surau tersebut.

Menurut sumber yang diperolehi, tindakan merobohkan surau tersebut tanpa notis pemberitahuan itu dilakukan kerana dipercayai Ahli Jawatankuasa Surau As Salam itu didominasi oleh penyokong pembangkang.

Lebih 70 kakitangan MBPJ bertindak menceroboh masuk ke kawasan surau dan merobohkan gerai-gerai itu.

Menurut salah seorang pemilik gerai, Yunus Yusuf, beliau kerugian lebih RM5 ribu apabila MBPJ bertindak merobohkan gerainya tanpa notis pemberitahuan.

Yunus hanya memulakan perniagaannya dua bulan lalu sebelum gerai makan miliknya dirobohkan.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha Surau As Salam Mohd Puad Othman kerana tindakan tersebut menyalahi undang-undang.

"Kami tidak berpuas hati kerana tindakan MBPJ itu dibuat tanpa notis hingga menyebabkan surau kerugian RM30 ribu manakala penyewa pula RM30 ribu, semua sekali RM60 ribu," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Surau As Salam, Azmi Mustapa, tujuan gerai-gerai itu dibina adalah untuk menjana pendapatan surau kerana surau tersebut tidak menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Mungkin ada pihak yang tidak puas hati kerana kami menjemput orang seperti Dr Hassan Ali untuk menyampaikan kuliah di surau ini," ujar beliau
posted by jasindaily online @ 5:43 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com