Assalamualaikum wbt Heboh Malaysia gara-gara komen Sharifah Amani (Nani) semasa berucap mengenai dirinya yang 'sound stupid when speak Malay' & 'if the film mencemar budaya, let's do it more often'. Anybody yang menonton Festival Filem Malaysia (FFM) minggu lepas will know what I mean. Mungkin ada yang kata she is young, darah muda dan, keluarga berdarah campur etc. Tetapi adakah dengan menggunakan alasan muda sebagai lesen untuk berkata begitu? Semua orang boleh memberi alasan. Tetapi untuk mengaku kesilapan bukan mudah untuk dibuat.
I juga berpendidikan di luar negara, mendapat ijazah di sana. But I still hold on to my roots. I juga boleh berbahasa Inggeris. Tetapi itu tidak menjadikan I kurang Melayu daripada Melayu lain yang lebih suka menggunakan bahasa Inggeris untuk bertutur especially dengan orang Melayu sendiri. Get my drift?
Isu Sharifah Amani (kita panggil Nani) mudah saja.
Nobody will stop her if she wants to speak English with friends. But hormati majlis Festival Filem Malaysia yang rata-ratanya penonton Melayu, filem Melayu dan dihadiri oleh menteri yang mementingkan kebudayaan Melayu. Adakah salah menuturkan bahasa kebangsaan tambahan pula yang berucap itu dilihat sebagai bangsa Melayu walaupun berdarah campur sekalipun?
Malunya bangsa Melayu yang menonton majlis tersebut bila Hans Isaac & Carmen Soo sendiri berucap mengunakan bahasa kebangsaan!
Kenapa orang Melayu sendiri yang melanyak bangsa sendiri?
But even if Nani nak juga berucap menggunakan English as medium, tidak perlu nyatakan 'she sound stupid when speak Malay'. Tidak perlu langsung. Teruskan ucapan dalam English dan akhiri dengan terima kasih.
Cakap Nani ??If the film 'mencemar budaya', let's do it more often? was uncalled for. Tidak sopan sebenarnya berkata begini. Bunyinya terlalu angkuh rasanya. Tidak salah kalau kata, "Saya harap filem seperti ini dapat dibuat lagi" atau bagi yang ingin berbahasa Inggeris, "I hope more people can make this kind of film more often!"
Bukankah itu lebih sopan, sedap dan lebih berlapik?
Memang diakui bangsa Melayu dihimpit dengan isu negatif tetapi itu bukan lesen untuk menghentam habis-habisan. Tun Mahathir sendiri cuba menolong bangsa Melayu tetapi beliau sendiri mengaku kegagalannya.
Hanya bangsa sendiri yang mampu mengubah nasib. Nobody can help you except yourself. Jika masih tidak sedar, rugilah masa depan.
I'm not a Malay extremist but I cannot accept the fact when orang Melayu hentam bangsa sendiri in the open.
Do you see any Chinese condemn each other publicly?
No, right? But Malays do. Take a look at what Nani did right in front of the minister. What a sad moment.
Tidak salah menghentam bangsa sendiri (kerana mereka perlu disedarkan) tetapi jangan sekali-kali di hadapan bangsa lain (or openly) kerana perlakuan itu sebenarnya menjatuhkan bangsa anda ke lembah yang lebih hina sebenarnya.
Dan akhirnya, bangsa lain akan bersorak kegirangan melihat kita bergaduh/menghentam sesama sendiri. This is the same issue yang menghantui umat Islam di seluruh dunia sekarang. Think about it.
|