Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Kemasukan Dato Nalla K.S. dalam keADILan
Wednesday, August 16, 2006
Bekas Ketua Pemuda MIC, Dato Nalla K.S. akan mengumumkan kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (keADILan) dalam satu upacara yang disaksi oleh Presiden Parti, YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat Parti, Dato Seri Anuar Ibrahim.

Majlis tersebut yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 20 Ogos ini.

Menurut penganjur, majlis tersebut akan dihadiri oleh bekas ahli-ahli MIC dan PPP serta golongan professional, yang akan menyerahkan borang kemasukan mereka kepada Presiden dalam majlis tersebut.

Majlis tersebut terbuka kepada orang awam, dan dijangka seramai 2,000 orang akan hadir.

Dato Nalla Karuppan adalah salah seorang yang diheret untuk memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes pemecatan beliau. Dato Nalla telah didakwa di bawah Akta Senjata Api kerana memiliki senjata api.

Dalam kes tersebut, Nalla telah diminta memberi kesaksian bahawa dia telah mendapatkan perempuan-perempuan untuk Anwar. Pihak pendakwa meminta Nalla menyatakan yang dia telah mendapatkan lima orang perempuan, dengan persetujuan itu, dapat mengurangkan hukuman di bawah Akta Senjata Api. Jika tidak, dia akan didakwa di bawah ISA yang membawa hukuman mati. Dato Nalla, bagaimanapun, enggan berbuat demikian walaupun dia menghadapi hukuman mati.

Majlis Penyerahan Borang Keahlian akan diadakan pada:

Tarikh : 20 Ogos 2006 (Ahad)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Mahkota I & II, Hotel Istana, Kuala Lumpur
posted by jasindaily online @ 4:22 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com