DEMI MASA |
|
|
LEBIH SUDU DARIPADA KUAH... |
Wednesday, August 16, 2006 |
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera kepada anda pembaca semua. Kali ini saya ingin membicarakan beberapa isu tempatan yang mana ianya boleh dirangkumkan dalam tajuk penulisan yang sama. Tajuk kali ini adalah "Lebih Sudu Daripada Kuah". Semua orang tahu apa itu kuah dan apa itu sudu. Biasanya di dalam mangkuk kuah cuma ada satu sudu sahaja, namun kadang kala berlaku beberapa kejadian sudu lebih banyak di dalam mangkuk kuah tersebut. Sudu (boleh juga dikenali sebagai camca) adalah satu alatan yang digunakan oleh kita untuk mengambil lauk atau kuah di dalam mangkuk. Tidak pernah orang menggunakan senduk atau sudip sebagai ganti fungsi sudu.
Kita semua sedia maklum atas kemenangan Saudari Sharifah Amani dalam Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19) sebagai watak utama dalam filem "Gubra". Gubra sebenarnya adalah tidak tepat untuk menggambarkan keadaan gugup manusia. Ini kerana perkataan yang tepat ialah "Gabra". Namun, seperti mana ketidaktepatan penggambaran watak atau senario masyarakat dalam filem ini, seperti itulah juga tajuk filem tersebut yang tersalah sasar.
Sharifah Amani yang dengan bangga dan sinisnya memperlekehkan "Bahasa Melayu" ketika memberikan ucapan kemenangan telah menunjukkan bahawa siapa beliau sebenarnya. Ianya juga melambangkan betapa ceteknya tahap patriotisme, tahap keilmuan dan tahap sopan beliau. Betapa pendeknya akal beliau sehinggakan tidak memahami bahawa tindakan beliau akan mengundang padah yang berterusan kepadanya. Tindakan BODOHnya itu telah menyebabkan kemungkinan beliau tidak akan dapat lagi diundang dalam mana-mana majlis yang berkait rapat dengan Malaysia atau Kemelayuan.
Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia dan berbangsa Melayu, wajarnya beliau menunjukkan adab sopan dan tatasusila yang baik di hadapan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta kepada seluruh tanah air yang menyaksikan rancangan tersebut. Cuba kita bayangkan jika yang menang dalam festival tersebut ialah Saudara Karam Singh Walia, Saudari Christine Ling, Saudari Mary Anne Massilamani ataupun Saudara Harjit Singh Hullon (sekadar menyebutkan beberapa nama). Mungkin kita akan dapati mereka-mereka ini akan berbangga berbahasa Melayu sefasih-fasih yang mungkin malah jika diberi peluang mereka akan melemparkan beberapa rangkap pantun, sajak, puisi, seloka mahupun gurindam.
Ini menunjukkan bahawa sikap Saudari Sharifah Amani lebih menjurus kepada peribahasa "Lebih Sudu Daripada Kuah" yang mana kononnya beliau lebih fasih berbahasa inggeris daripada orang inggeris. Jika saya menjadi Perdana Menteri, mahu rasanya saya menggubal satu akta bahawa "jika sesiapa rakyat Malaysia yang tidak fasih atau mahu berbahasa Melayu, maka taraf kerakyatan mereka akan dibatalkan serta merta". Akan tetapi, apa yang mampu dilakukan oleh Perdana Menteri kita yang nampaknya lebih bersikap mementingkan diri sendiri, saudara mara dan keluarga sahaja. Jika kita ingin mengharapkan Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk melaksanakan dasar "Pembudayaan Bahasa Melayu" secara menyeluruh, mungkin kita hanya bermimpi di siang hari di kala Ketua Pengarah dan Pengerusi Lembaga Pengelola lebih mementingkan politik daripada memartabatkan bahasa Melayu.
Kita juga sedia maklum akan situasi politik negara yang nampaknya lebih berpihak kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Beliau telah menunjukkan sikap seorang Negarawan yang baik walaupun pernah di satu ketika saya tidak menyetujui tindakannya yang banyak memperlekehkan Agama Islam. Namun daripada segi pengurusan politik dan pentadbiran, saya mengaku saya lebih mengagumi beliau dalam banyak aspek. Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi nampaknya semakin hari semakin "tenggelam punca" dalam proses pentadbiran negara. Malah beberapa isu pengalihan kepentingan negara nampaknya tidak diambil peduli olehnya sehinggalah ianya dihebohkan oleh rakyat jelata dan Tun Mahathir. Malah Dato' Seri Abdullah lebih banyak menumpukan bagaimana untuk memperbaiki imejnya yang kadang-kala nampak seperti budak hingusan.
Manakan tidak sehinggakan seluruh rakyat Malaysia nampak dan percaya bahawa Saudara Khairy Jamaluddin yang sedang memimpin negara ini dan bukannya Dato' Seri Abdullah. Ini lagi satu sikap "Lebih Sudu Daripada Kuah" bilamana Khairy nampaknya lebih ke depan dan seterusnya mempengaruhi bapa mertuanya yang masih lagi bersedih atas kematian isteri tercinta. Isu ini bukannya boleh disorokkan lagi kerana ianya seperti peribahasa "Seperti Menutup Bangkai Gajah". Sifat gelojoh Khairy dan rakan-rakannya melacurkan negara tidak dapat dilindungi lagi walaupun oleh Suruhanjaya Sekuriti mahupun Bank Negara Malaysia. Nasib baiklah Badan Pencegah Rasuah dan Badan Kehakiman adalah di bawah kuasa Dato' Seri Abdullah, jika tidak rasanya sudah lama Khairy Jamaludin disiasat dan dibicarakan atas nama "Pengkhianatan Terhadap Negara" (Treason) yang membolehkan dijatuhi hukuman mati mandatori.
Beberapa individu di Malaysia yang nampaknya menepati peribahasa "Lebih Sudu Daripada Kuah" seperti Dato' Zainudin Maiden (Menteri Penerangan), Dato' Seri Nazri Aziz (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), Saudara Khairy Jamaludin (ECM Libra) dan beberapa lagi individu yang senarainya jika ditulis di sini akan mengakibatkan beberapa siri artikel boleh diterbitkan. Dato' Zainudin Maiden (ZAM) nampaknya terlebih sudu apabila mencadangkan bahawa Internet akan dipantau atas sebab kononnya tidak boleh dipercayai. Dato', ingin saya nyatakan di sini bahawa untuk kami mempercayai berita akhbar Malaysia tidak sama sekali melainkan berita gossip, keputusan nombor ekor, judi atau lumba kuda. Mengenai berita TV atau radio, kami lebih mempercayai berita kemalangan, kecelakaan atau gossip dari berita politik dan kenegaraan. Jika Dato' tidak percaya, cuba siasat bilangan jualan majalah picisan seperti Mangga atau URTV. Rasanya jumlah jualan kedua-dua majalah picisan ini lebih banyak daripada bilangan Utusan Malaysia dan Berita Harian serta The Star jika digabungkan semuanya sekali.
Dato' Seri Nazri Aziz nampaknya terlebih sudu dari kuah apabila melabelkan Tun Mahathir sebagai pengkhianat negara. Walaupun Tun Mahathir nampak terlebih "world" daripada Dato' Seri Abdullah, namun tindakan Tun Mahathir menegur Perdana Menteri amatlah bertepatan atas dasar menyelamatkan negara daripada dikuasai pengaruh asing. Pada masa berkuasanya Tun Mahathir, beliau dengan bersemangatnya mahukan banyak syarikat asing dimiliki oleh Malaysia termasuklah bidang teknologi, namun pada zaman Dato' Seri Abdullah nampaknya banyak pula syarikat Malaysia dilelong kepada syarikat atau negara asing. Jika Dato' Seri Nazri Aziz berani berkata benar (banyak sangat dolak-daliknya orang ini) dan ada "telur" tentunya beliau akan mengatakan bahawa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya adalah sebenar-benarnya pengkhianat negara. Peribahasa yang sesuai bagi Dato' Seri Nazri Aziz ialah "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak".
Saudara Khairy Jamaludin pula memang nampak "lebih terang lagi bersuluh" dalam menunjukkan sikap "Lebih Sudu Daripada Kuah"nya. Manakan tidak, di mana-mana pun semua orang tahu bahawa Saudara Khairy Jamaludin lebih dikenali dengan panggilan manjanya "Mister Twenty Percent". Tanyalah mana-mana usahawan berbangsa Cina, India mahupun Melayu, rata-rata mereka mengenali sikap Saudara Khairy Jamaludin yang terlebih sudu dari kuah itu. Hinggakan Tun Mahathir sendiri pun tahu bagaimana orang-orang di tingkat 4 lebih berkuasa dari orang-orang di tingkat 5. Kalau tidak masakan Projek Segitiga Johor Selatan yang diwar-warkan oleh Dato' Seri Abdullah sebenarnya adalah idea atau tamak haloba Khairy Jamaludin. Ini termasuk projek-projek bioteknologi dan pertanian yang rata-ratanya ada saham "Mister Twenty Percent" ini sama ada secara telus atau melalui proksi.
Kumpulan Sisters In Islam (SIS) yang diketuai oleh Cik Zainah Anuar pula memang nampak terang-terangan "Lebih Sudu Daripada Kuah" apabila mempertahankan kononnya hak Lina Joy @ Azlina Jelani untuk murtad dan memeluk agama Kristian. Bagaimana pula kumpulan yang kononnya memperjuangkan kesyumulan Islam dan hak-hak wanita Islam mengambil jalan pintas dan BODOH yang akan akhirnya memudahkan mana-mana mubaligh melakukan "tindakan mereka" memurtadkan wanita dan orang-orang Islam. Tidakkah mereka tahu bahawa tindakan mereka menyalahi agama dan seterusnya tindakan mereka ini boleh dan telah menyebabkan mereka (Kumpulan SIS) sendiri jatuh kafir. Perkara aqidah bukannya boleh dibuat mainan atau lelucon. Tersilap langkah perbuatan, kata-kata, penulisan mahupun niat boleh menyebabkan jatuhnya aqidah dan seterusnya menjadi kafir (murtad). Tindakan mereka ini (Kumpulan SIS) dan juga pengarah/penerbit filem "Gubra" menunjukkan bahawa mereka ini mengamalkan fahaman liberalisasi dan "pluralism". "Gubra" adalah sebuah filem yang mengambil kira dasar liberalisme dan pluralisme sebagai nadi penceritaan naratif filem tersebut yang mana kesan daripada menontonnya boleh menyebabkan kurangnya iman dan jatuhnya aqidah seseorang penonton dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Amatlah diharapkan agar pihak Lembaga Penapis Filem mengharamkan filem ini atau memotong banyak adegan yang tidak wajar.
Saudari Yasmin Ahmad adalah diharapkan janganlah "terlebih sudu daripada kuah" dalam membicarakan isu-isu sensitif dan seterusnya bertekad untuk "berperang" dengan kumpulan yang kuat pegangan agama di Malaysia tercinta ini. Jika anda terus-menerus membuat filem-filem yang berteraskan isu yang sama, mana anda sebenarnya nampak lebih BODOH dari kebijaksanaan yang anda cuba tonjolkan.
Kumpulan Artikel 11 pula yang memang terlebih sudu dari kuah nampaknya masih bertekad untuk meneruskan usaha dan agenda mereka dalam mengubah persepsi kemurtadan dan penyamarataan semua agama. Untuk mereka-mereka ini yang berminat untuk mencampuri urusan agama Islam ini saya berikan satu pesanan iaitu "Bagi kamu, agamamu, dan bagi kami, agama kami". Jangan pandai-pandai mencampuri urusan agama kami kerana selama lebih 1400 tahun kami tidak pernah mencampuri agama kamu. Jika kamu bertindak juga, maka sedialah.... Kumpulan kedua akan menyusul dan seterusnya Hanya Allah sahaja yang tahu kesannya.
Sekian Terima Kasih, Segala yang baik datangnya dari Allah Azza Wajalla, dan yang buruk pastinya datang dari kesilapan dan kealpaan saya sendiri.
JANGAN JADI BANGANG.. KAMI BUKAN BANGANG
|
posted by jasindaily online @ 5:50 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|