Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PERLU UNDANG-UNDANG TAMATKAN MONOPOLI
Friday, August 18, 2006
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) baru-baru ini, mempersoalkan rasional membenarkan hanya empat syarikat untuk mengimport dan menapis gula mentah. Fomca merasakan masalah kekurangan gula di seluruh negara, sebahagiannya adalah kesilapan sistem yang ada.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman telah berkata, "Kami tidak melihat mengapa negara ini patut menghadkan pemilikan kilang penapis gula kepada empat buah syarikat, yang sebenarnya dikawal oleh dua orang - 'Raja Gula'; Robert Kuok dan Syed Mokhtar Al-Bukhary."

Rakyat Malaysia masih naif dan tidak tahu bila untuk membuat aduan. Sering, aduan hanya dibuat apabila keadaan sudah terlambat.

Selain daripada monopoli ke atas gula, kerajaan juga sudah meluluskan sebuah syarikat memonopoli melekatkan label kualiti atas produk perubatan.

Jika anda membeli apa juga ubat atau produk perubatan, anda akan dapati ada pelekat plastik berkilat pada pakej barangan. Pelekat ini menambahkan 20 sen kepada kos sebotol ubat yang anda beli. Ia seperti pelekat menandakan piawaian kualiti bahawa produk tersebut memenuhi piawaian Malaysia. Sebuah syarikat memegang monopoli lesen ke atas pelekat plastik tersebut.

Mengambilkira setiap botol Panadol mempunyai pelekat tadi, syarikat berkenaan (syarikat Sdn Bhd) secara senyap membuat keuntungan beratus-ratus juta Ringgit.

Kumpulan UEM pula, mendapat monopoli mengimport dan membekalkan ubat-ubatan untuk hospital-hospital kerajaan. Kini, kerajaan mahu pengguna membayar lebih untuk ubat di hospital-hospital kerajaan.

Sebuah syarikat swasta lain sudah diberi monopoli untuk membetulkan dan memeriksa semua mesin penimbang yang digunakan dalam negara ini. Caj bagi setiap pembetulan dan pemeriksaan antara RM7 hingga RM180.

Ramai yang tidak tahu akan perkara ini, ataupun tiada yang peduli.

Akhbar The Sun telah mendedahkan tindakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang meluluskan monopoli ’billboard’ pengiklanan dan pengawalan binatang perosak di Petaling Jaya kepada dua buah syarikat.

Ini bermakna, di Petaling Jaya, jika anda ingin menaikkan billboard, hanya syarikat konsortium yang dilantik oleh MBPJ boleh lakukan untuk anda. MBPJ juga telah melantik sebuah lagi konsortium untuk kawalan binatang perosak di Petaling Jaya.

Jika anda mempunyai tapak perniagaan, anda perlu dapatkan kelulusan kawalan binatang perosak daripada konsortium tersebut. Jika tidak, anda tidak akan mendapat lesen perniagaan atau ia tidak akan diperbaharui. Konsortium tersebut, mengenakan caj lebih tinggi daripada kadar pasaran dan pada masa yang sama merampas apa juga peluang bagi syarikat-syarikat kawalan serangga perosak lain.

Adakah kita membuat aduan? Ia sudah terlambat.

Astro masih memonopoli satelit TV dalam negara ini. Adakah kita membuat aduan? Tidak. Itulah kita, rakyat Malaysia.

Masanya sudah tiba bagi negara ini untuk membuat undang-undang yang menyeluruh, mengharamkan atau membuatkan amalan perniagaan yang monopolistik sebagai melanggar undang-undang.

Jika langkah tersebut tidak diambil, lebih ramai lanun-lanun yang rakus akan muncul dan menyamun lebih banyak wang rakyat.
posted by jasindaily online @ 5:24 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com