Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
JIKA TIDAK LETAK JAWATAN, ABDULLAH AKAN DITENDANG KELUAR 2008
Thursday, August 17, 2006
Kini, perkara paling logik bagi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lakukan ialah meletakkan jawatan dan tinggalkan kerajaan. Lebih cepat lagi baik.

Sungguh memalukan bagi Abdullah untuk berkeras mengatakan bahawa anak lelakinya tidak menjalankan perniagaan dalam Malaysia atau mendapat keistimewaan daripada kerajaan.

Ini merupakan penipuan yang nyata. Pembaca blog sudahpun menyenaraikan kontrak-kontrak yang diperolehi oleh anak lelakinya daripada Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs). Malah, perdagangan minyaknya tidak lebih dari mengekori Petronas di sekeliling dunia.

Tanpa segan silu, dia terus menegaskan bahawa penggabungan ECM Libra- Avenue Capital adalah sah.

Kini, diketahui bahawa hanya pegawai kementerian yang meluluskan penggabungan tersebut – pegawai-pegawai yang melaporkan kepada Menteri Kewangan.

Kini, orang ramai tahu yang Khairy dan Kalimullah berpura-pura menjual jumlah yang sedikit daripada syer dalam ECM Libra-Avenue Capital.

Abdullah Ahmad Badawi mesti letak jawatan bukan hanya kerana dia tidak tahu-menahu apa yang hendak dilakukan untuk negara, tetapi juga kerana dia berbohong kepada rakyat tanpa segan silu.

Perdana Menteri seorang pembohong.

Laporan hari ini menyebut 500 rakyat Sabah sudah masuk Parti Keadilan Rakyat – dan belum lagi tahun pilihan raya.

Dalam pilihan raya akan datang, Barisan Nasional (BN) akan kalah dengan mudah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan mungkin juga Selangor dan Sabah.

BN sudah pasti akan kehilangan dua pertiga majoriti dalam Parlimen. Ramai pengundi-pengundi BN tidak akan mengundi BN lagi.

Jika Abdullah terlalu bodoh untuk terus berkuasa sehingga ketika itu, dia sudah pastinya akan ditendang keluar. Adalah baik baginya untuk tinggalkan kerajaan sekarang.

Tetapi jika Abdullah meletakkan jawatan sekarang, BN akan diselamatkan. Ini bukan pilihan yang kita boleh biarkan.

Dengan itu, adalah lebih baik dipastikan Abdullah terus berkuasa.

Satu sahaja bahaya, jika BN kehilangan lima atau enam negeri dan hilang dua pertiga majoriti, mereka mungkin akan menimbulkan kekacauan. Rakyat perlu pastikan ia tidak berlaku.
posted by jasindaily online @ 5:57 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com