DEMI MASA |
|
|
PERMOHONAN PSM DITOLAK |
Thursday, August 17, 2006 |
PUTRAJAYA 16 Ogos - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan yang dikemukakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 13 Januari lalu apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendaftaran parti itu sebagai sebuah parti politik.
Menurut Hakim Dato Gopal Sri Ram, permohonan pendaftaran tersebut ditolak kerana permohonan tersebut tidak mengikuti syarat-syarat yang diperuntukkan dalam Perlembagaan iaitu parti tersebut dikehendaki mempunyai keahlian di tujuh negeri dan kewujudan parti itu sebagai ancaman kepada keselamatan Negara.
Mahkamah Rayuan menolak hujah Sri Ram yang mendakwa sebagai ancaman kepada negara. Sungguhpun demikian, ianya masih tetap ditolak.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Protem parti itu, S.Arutchelvan, beliau kecewa dengan keputusan tersebut dengan alasan PSM tidak pernah diluluskan sebarang lesen untuk beroperasi.
"PSM tidak menghadapi sebarang masalah untuk melengkapi keanggotaan kami di tujuh negeri,"jelas Arutchelvan.
"ROS juga sering berdolak-dalik daripada memberi penjelasan kepada kami dan berdialog," tambahnya lagi.
Arutchelvan menganggap keputusan hari ini sebagai satu langkah ke belakang dalam demokrasi dan kebebasan berpersatuan.
Dalam kenyataannya juga, Arutchelvan memberitahu bahawa PSM tidak akan berputus asa untuk menubuhkan sebuah parti yang berideologi sosialisme di Malaysia.
Pengarah Eksekutif Amnesty International, Josef Roy pula dalam kenyataannya pula menyifatkan keputusan Hakim hari ini sebagai satu tamparan hebat kepada sistem kehakiman negara.
Menurut Josef, negara ini dijamin kebebasan dalam berpersatuan dalam Perkara 20 Perlembagaan Persekutuan. |
posted by jasindaily online @ 5:55 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|