DEMI MASA |
|
|
PEMIMPIN AL-AQSA :HIZBULLAH MENGALAHKAN TENTERA 'GAY' ISRAEL |
Friday, August 18, 2006 |
Berita yang mesti dibaca oleh seluruh pejuang Islam
Kempen ketenteraan Israel terhadap Hizbullah di Lubnan adalah satu kegagalan dan membuktikan kepada rakyat Palestin bahawa negara haram Israel adalah lemah dan boleh dikalahkan pada bila-bila masa, kata pemimpin al-Aqsa daalam sau temuramah dengan WorldNet Daily. Pemimpinnya, Abu Oudai, Ketua koordinator roket bagi Brigade Syuhada al-Aqsa di Tebing Barat berkata bahawa kejayaan cemerlang Hizbullah telah memberi semangat baru kepada kumpulannya dan lain-lain pertubuhan Palestin agar menyegerakan koordinasi serangan ke atas Israel dan memfokuskan serangan dengan menggunakan roket.
"Saya rasa kejayaan yang penting dari peperangan di Lubnan ini telah menunjukkan bahawa Israel - dengan segala kekuatannya, tentera udaranya, kereta kebalnya, navynya dan bajet yang tiada hadnya - boleh dikalahkan," kata Abu Oudai.
"Jika kami melakukan (apa yang dicapai oleh Hizbullah), tentera Israel ini, yang dipenuhi oleh golongan gay dan dipenuhi rasuah dan dengan teknik berperang cara lama boleh dikalahkan juga di Palestin."
"Lihatlah beratus-ratus kereta kebal Israel yang dimusnahkan oleh pejuang mujahiddin; kapal terbang yang telah ditembak jatuh; rakyat Israel - kebanyakannya anggota tentera - yang telah dibunuh oleh mujahiddin Hizbullah. Dan yang paling penting ialah janji yang ditunaikan oleh pejuang mujahiddin Hizbullah, tidak kita apa yang akan dilakukan oleh tentera Israel dan tidak kira sejauh mana mereka memasuki Lubnan, Hizbullah akan tetap menembak ke arah kedudukan Israel di utara Israel (dengan roket)." 'Dakwaan kemenangan oleh Olmert adalah delusi
Dalam satu ucapan di Knesset pada hari Isnin, Perdana Menteri Ehud Olmert laknatullah berkata bahawa gencatan senjata adalah kejayaan sementara bagi Israel.
"Kini tiada lagi negara dalam negara, satu entiti yang mengeksploitkan kelemahan Lubnan," katanya.
Olmert berkata kempen ketenteraan Israel di Lubnan telah "mengubah keadaan strategik di rantau itu kepada sesuatu yang tidak menguntungkan Hizbullah.
Beliau mendakwa bahawa sebahagian besar senjata Hizbullah telah dimusnahkankan dan sikap bangga diri kumpulan pengganas berjaya dilemahkan.
Tetapi Abu Oudai berkata kumpulannya merasakan tiada siapa yang boleh menafikan bahawa Israel telah kalah dalam peperangan tersebut. Beliau berkata kenyataan kejayaan Olmert sebagai satu delusi.
"Tiada serangpun yang dapat menafikan bahawa Hizbullah telah menang. Mereka menang bukan sahaja kerana mereka telah berperang selama lebih 30 hari i darat menentang tentera yang dianggap sebagai terkuat didunia, bukan sahaja kerana serbuan Israel tidak dapat menyekat mereka dari menembak misilenya, tetapi kerana selepas pertempuran selama lebih 30 hari di mana hakikatnya pertempuran berlaku begitu hampir dengan sempadan Israel.
"Perancangan ketenteraan Hizbullah di medan pertempuran, keupayaan untuk melaksanakan rancangan mengatasi perancangan dan muslihat Israel, hakikatnya ialah walaupun selepas Israel melakukan serangan dari udara, dari laut dan dari darat, Hizbullah tetap berjaya membekalkan kepada pejuangnya dengan senjata, mereka berjaya memberi arahan kepada pejuangnya dan sistem bunkernya yang merupakan perangkap paling merbahaya dan perangkap maut terhadap tentera Israel.
"Hizbullah menang kerana mereka menunjukkan bahawa dunia Arab dan Muslim dan para pejuangnya akhirnya melaksanakan satu persamaan baru yang setanding - misile Arab menentang pesawat Israel; pelarian Arab di Lubnan mengakibatkan kewujudan pelarian Israel di Israel. Semua ini menandakan era baru di Timur Tengah. Ia menandakan permulaan kebangkitan muslim dan Arab."
Abu Oudai berkata bahawa tentera antarabangsa atau tentera Lubnan tidak akan mendapat peluang untuk menghentikan Hizbullah dari mengekalkan senjata atau dari berkumpul di selatan Lubnan.
"Hanya mereka yang bangang, bodoh dan orangyang buta sahaja yang boleh berfikir bahawa tentera Israel atau tentera tempatan mampu menghalang Hizbullah dari terus menguasai pos ketenteraan mereka di selatan dan dari menerima bekalan senjata dari seluruh dunia," kata Abu Qudai.
UNIFIL? Persahabatan dan bekerjasama
"Saya mesti akui bahawa beberapa anggota dari tentera antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan mempunyai sikap persahabatan dan berkerjasama terhadap Hizbullah. Dan bolehkan kamu bayangkan Hizbullah dikalahkan oleh ribuan tentera yang akan ditempatkan dengan tiada kepentingan politik dan tanpa enthusiasme di sana?"
Abu Oudai berkata walaupun Hizbullah diserang dan telah kehilangan ramai pejuangnya bulan lalu, infrastruktur kumpulan tersebut di Lubnan masih belum berkurang. Beliau berkata Hizbullah masih mempunyai keupayaan untuk melancarkan ratusan roket sehari ke Israel.
Beliau mempunyai pandangan yang sama dengan kebanyakan pegawai kanan perisikan di sini yang berkata kekuatan Hizbullah di selatan masih tidak terjejas.
'Israel lemah untuk menyerang'
Abu Oudai berkata tindakan Israel di Lubnan telah menyebarkan satu mesej bahawa Israel adalah lemah dan tidak layak untuk menyerang. Beliau berkata infrastruktur roket kumpulannya yang diketuainya merupakan kunci utama kekalahan Israel.
"Kami mempelajari apa yang telah kami mula temui selepas pengunduran Israel dari Gaza - bahawa jika kita mempunyai keimanan dan komitmen sebenar terhadap Jihad pasti kita mampu mengalahkan tentera Israel.
"Tiada syak lagi bahawa matlamat segera kita ialah kita menggunakan senjata yang sesuai dengan segera seperti misile dan yang lebih penting ialah membina sistem militeri yang membolehkan terselamat dari jentera perang Israel. Semua ini memerlukan masa, tetapi Gaza merupakan bukti pertama, kini Lubnan merupakan bukti terbaik bahawa tentera Israel tidak mampu melakukan apa-apa jika kita mampu bertahan beberapa minggu lagi dihadapan jentera perang mereka dan mendahului serangan.
"Jika kita berjaya memiliki roket yang diubahsuai - dan kita melakukan yang terbaik untuk mengalahkan mereka - dan untuk menembak mereka walaupun tenteranya cuba menjajah kita, maka ia pasti akan menjadi permulaan kepada berakhirnya penjajahan."
Abu Oudai juga berkata kumpulah mujahiddin seharusnya menjadikan Hizbullah sebagai model dan berusaha melaksanakan peperangan secara gerila menentang Israel da bukannya hanya berharap kepada 'serangan berani mati' terhadap rakyat Israel.
"Kami sedang berkerja keras untuk melaksanakan berbagai-bagai serangan, tetapi kini tiba masanya untuk berkerja secara senyap dan bersedia untuk berperang seperti apa yang Hizbullah lakukan sejak enam tahun yang lalu.
"Jika kita melakukannya, tentera Israel yang dipenuhi pondan ini dan penuh dengan rasuah dan mengmalkan teknik peperangan cara lama ini pasti dapat dikalahkan juga di Palestin. Yang terbaik ialah jika ia merupakan satu peperangan dilebih dari satu kawasan, dan saya percaya senario ini tidak mustahil."
Beliau juga berkata, kegagalan tentera Israel mungkin hasil dari kelemahan kepimpinan Israel sendiri.
"(Pemimpin Hizbullah) Sheikh (Hassan) Nasrallah bercakap pada hari permulaan perang dan memberi amaran kepada rakyat dan tentera Israel tentang kekurangan pengalaman Olmert, Peretz dan Halutz. Dalam al-Quran sendiri, Allah SWT memberitahu bahawa akan berlaku putaran kuasa an kami percaya bahawa sekarang ini adalah masa untuk kemenagan Islam dan jika kita yakin terhadap arahan Allah SWT, pasti bumi ini akan menjadi milik umat Islam buat selama-lamanya.
|
posted by jasindaily online @ 5:40 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|