Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
SANGGUP BUBAR CAWANGAN UMNO
Thursday, August 24, 2006
PERMATANG PAUH: Umno Cawangan Rumah Pangsa Kerajaan Negeri (RPKN), Seberang Jaya, di sini akan dibubarkan, sekiranya Umno Bahagian Permatang Pauh terus dengan keputusan membatalkan mesyuarat agung cawangan berkenaan dengan alasan yang tidak munasabah.

Semuanya dikatakan bermula apabila mesyuarat agung cawangan berkenaan 2 Julai lalu memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima semula menyertai parti itu.

Menurut Ketuanya, Ahmad Abdullah, 63 tahun, beliau dan rakan-rakannya akan membubarkan cawangan berkenaan sekiranya tidak mendapat layanan yang adil daripada pimpinan bahagian.

Katanya Umno bahagian memberikan alasan kononnya mesyuarat berkenaan dihadiri oleh seseorang yang 'bukan ahli', padahal adalah sebaliknya.

"Untuk apa kami kena mesyuarat semula, padahal Ismail Mohamad, (didakwa bukan ahli) adalah ahli sah cawangan RPKN dengan nombor keahliannya 400203," katanya.

Malah, jelasnya surat pengesahan perpindahan Ismail dari cawangan Mak Mandin ke RPKN bertarikh 3 April lalu, telah diterimanya daripada Umno Bahagian sebelum mesyuarat agung cawangan berkenaan.

"Keputusan itu seolah-olah ada konspirasi pihak tertentu yang mahu menghalang hasrat ahli-ahli cawangan kami," katanya.

Surat pembatalan dan arahan mesyuarat semula itu ditandatangani Setiausaha Bahagian Yahya Jamaludin, bertarikh 28 Julai lepas diterimanya baru-baru ini.

Ismail adalah perwakilan ke mesyuarat agung bahagian pada 10 September depan. Cadangannya agar Umno menerima semula Anwar diterima sebulat suara dalam mesyuarat agung cawangan RPKN.

Terdahulu, Malaysia Today pernah melaporkan Ismail akan mengemukakan cadangan beliau dalam ucapan penangguhan. Ini bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu menolaknya, sekiranya dijadikan usul cawangan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata pihaknya akan berusaha menghubungi pihak-pihak tertentu bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Beliau turut menggesa Ketua Bahagian Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berlaku adil terhadap cawangan RPKN.

"Sepanjang dua tahun selaku Ketua Bahagian, Jalil tidak pernah bertanya khabar ahli-ahli cawangan ini, apatah lagi melawat cawangan kami," jelasnya yang telah 25 tahun selaku Ketua Cawangan.

"Saya tidak pernah jumpa Ketua Bahagian sebegini teruk," katanya kesal.

Cawangan RPKN terletak di Seberang Jaya, di mana ADUN kawasan berkenaan Arif Syah Omar Syah adalah bekas Ketua Penerangan Bahagian yang dipecat oleh Jalil pada 12 Januari lalu.

Arif dilantik ke jawatan berkenaan sebagai berkompromi menarik diri untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian, dengan memberi laluan kepada bekas Imam Masjid Negara Datuk Pirdaus Ismail.
posted by jasindaily online @ 5:20 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com