Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PEMIMPIN IRAN,SYRIA MENGISYTIHARKAN KEMENANGAN HIZBULLAH
Saturday, August 19, 2006
Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata pada hari Selasa bahawa Hizbullah telah mengibarkan banner kemenangan ke atas Israel dan menghancurkan rancangan AS di Timur Tengah.

Kedua-dua belah pihak mengumumkan kejayaan selepas pertempuran lebih dari sebulan di antara pejuang mujahiddin dengan tentera kafir Zionis berakhir pada hari Isnin dengan gencatan senjata. Pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah mengisytiharkan kejayaan yang strategik dan bersejarah menentang Israel.

Tetapi Israel dan penganjur utamanya, Amerika Syarikat mendakwa bahawa kumpulan Islam telah mengalami kekalahan.

Ahmadinejad telah menyuarakan nada yang sama seperti yang diucapkan oleh Presiden Syria Basyar Assad sebelum ini yang berkata perancangan Washington untuk rantau tersebut telah menjadi satu illusi selepas berakhirnya konflit selama 34 hari pada hari Isnin dengan gencatan senjata.

"Janji Allah telah menjadi kenyataan," Ahmadinejad memberitahu kumpulan orang ramai di Arbadil di utara Iran. "Pada sebelah pihak, ia telah menghakiskan kuasa penjenayah AS, Britain dan Zionis .. dengan bom dan pesawat yang canggih. Dan dipihak yang lain pula hanya sekumpulan pemuda yang daif yang hanya bergantung kepada Allah SWT."

Sementara itu Menteri Luar Israel Tzipi Livni mmberi amaran kepada Syria agar tidak masuk campur dalam hal ehwal Lubnan atau menggunakan militia Hizbullah untuk mempengaruhi kerajaan Beirut.

Ahmadinejad berkata Heizbullah telah mematahkan rancangan mush yang mahu mewujudkan Timur Tengah Baru ... Timur Tengah yang akan berada di bawah dominasi AS, Britain dan Zionis.

"Rakyat di rantau ini juga mengharapkan kepada Timur Tengah Baru, iaitu Timur Tengah yang bebas dari dominasi AS dan Britain," beliau memberitahu himpunan rakyat yang mendengar ucapannya yang termasuk mereka yang mengibarkan banner Hizbullah dan bendera Iran.

"Mereka membayangkan bahawa mereka dapat memusnahkan kesatuan dan perjuangan rakyat Lubnan dan mencengkam kuasa mereka, tetapi ternyata mereka telah gagal," katanya.

Beliau berkata pejuang mujahiddin Hizbullah juga telah berjaya memusnahkan imej Israel sebagai sebuah kuasa besar.

"(Israel) telah dikalahkan ... dan (Hizboullah) mengibarkan banner kemenangan," katanya.

Assad, berucap dalam satu sidang media di Syria berkata bahawa rantau ini telah berubah kerana kejayaa Hizbullah."

"Timur Tengah Baru yang menjadi inspirasi Amerika juga telah menjadi satu illusi," katanya.

Sebelum itu Setiausaha Negara Amerika Condoleezza Rice berkata dalam peperangan di antara Hizbullah dan Israel bahawa mana-mana penempatan sepatutnya menuju ke arah Timur Tengah Baru di mana golongan estrimis tidak akan diberi tempat.

Assad berkata pertempuran di Lubnan telah dirancang oleh Israel sejak beberapa lama dulu, tetapi mereka telah gagal dan mendedahkan bahawa kuasa Israel telah terhad. "Hasilnya adalah kekalahan bagi Israel dan sekutunya dan tuan-tuannya," kata Assad.
posted by jasindaily online @ 6:04 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com