DEMI MASA |
|
|
METOS KEKEBALAN MAHATHIR |
Thursday, August 31, 2006 |
Sudah menjadi tabiat orang Melayu apabila memberikan kepercayaan dan penghormatan kepada seseorang, adalah amat sukar untuk mereka merobah pendirian walaupun berlaku perubahan kepada keadaan. Lantas, itu bukan sahaja menjadi perhitungan mereka tetapi itulah yang telah terjadi ke atas Dato' Onn, Che Det aka Mahathir Mohamad (1950) "New Thoughts on nationality" Sunday Times, 9 April, dipetik daripada buku Beyond Mahathir (2003) oleh Khoo Boo Teik. Itulah yang terjadi lebih setengah abad dahulu, dia baru sahaja berusia 25 tahun ketika itu. Itulah mantan Perdana Menteri. Apakah Tun Dr. Mahathir Mohamed memikirkan perkara semacam itu di kalangan orang Melayu ketika dia melancarkan satu kempen yang garang tanpa putus asa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Apakah nasib yang sama yang pernah melanda Datuk Onn Jaafar akan menimpanya juga Pengasas UMNO Onn Jaafar telah melepaskan kuasanya dan tidak pernah dapat merangkulnya kembali. Onn yang merupakan ayah mantan Perdana Menteri Tun Hussein Onn dan Presiden pertama parti itu ketika ditubuhkan pada 1946 telah keluar daripada UMNO pada 1951 apabila parti itu tidak menerima cadangan beliau membuka keahlian kepada semua kaum di Negara ini; dan menamakannya United Malayan National Organisation. Dua lagi parti yang ditubuhkannya kemudian gagal mendapat sokongan orang Melayu.
Selalunya apabila seseorang mencengkam kuasa - khususnya puncak kuasa yang banyak memberikan segala-galanya, orang itu memang kebal. Akan tetapi apabila kuasa itu hilang darinya, kekebalan itu tidak wujud lagi. Kuasa perlu diperolehi semula untuk menentukan keupayaan mendapatkan kekebalannya.
Mampukah Mahathir mengatasi segala rintangan untuk mendapat semula kuasa itu sedangkan orang lain sudah pun mencengkamnya dan tidak mungkin melepaskannya? Lebih lagi apabila orang yang menggantikan beliau, yang pernah menjadi orang pilihannya sendiri memimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk merangkul kemenangan yang paling besar dalam pilihan raya umum 20004 dahulu. Kemenangan besar yang tidak mungkin dicapai oleh Mahathir sendiri kalau dia masih di puncak kuasa, merupakan sokongan semua orang Melayu terhadap parti itu setelah mereka keluar berbondong-bondong meninggalkannya pada 1999, ekoran kemelut Anwar Ibrahim.
Apabila kita dihantui persoalan ini untuk mencari jawapannya bererti sudah jelas kini betapa bermulanya musim politik di Malaysia di mana perkara yang tidak terfikir sudah mula menggoda dan semakin menonjol kini bahawa perkara yang mustahil itu mungkin menjadi serba mungkin. Ataupun apakah ini satu lagi bentuk temberang besar yang dimulakan di sebelah sana?
Yang malangnya terlalu banyak kisah kepincangan dan kecelakaan yang kononnya melanda negara ini sengaja diada-adakan oleh kaki temberang dan pencerna bencana, yang sengaja mewujudkan keadaan kekalutan dengan sengaja mempelawa ataupun mempengaruhi orang lain untuk menyetujui temberang mereka.
Orang Melayu dan UMNO akan berpecah belah lagi, tidak akan ada kestabilan politik, dan inilah krisis yang paling buruk menghantui Abdullah. Pembangunan ekonomi akan terhenti, pasaran saham akan merudum, jangan memandang rendah ketokohan beliau. Dan sebagainya. Apakah wajar semua ini?
Eloklah kita teliti faktanya. Mahathir telah mula dilantik sebagai Ahli Parlimen (MP) untuk Kota Star Selatan pada 1964. Pada awal lagi dia sudah kelihatan tidak kebal apabila kalah kerusi Parlimen yang sama kepada Haji Yusuf Rawa (PAS) pada 1969. Mengikut cerita orang, dia pernah berkata bahawa dia tidak perlukan undi orang Cina untuk menang. Ekoran rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969, Mahathir telah menulis surat layang yang luas sebarannya di mana dia telah mengkritik Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Kerana itu dia telah dipecat daripada Majlis Tertinggi UMNO dan disingkirkan daripada parti. Pada tahun berikutnya, dia telah menulis sebuah buku yang penuh kontroversi ‘The Malay Dilemma’ yang telah diharamkan tetapi dibenarkan semula penjualannya pada 1981 apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Mahathir telah diterima semula menganggotai UMNO pada 1972 setelah Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri. Tunku telah berundur selepas rusuhan kaum 1969. Pada 1974 Mahathir bertanding bagi kerusi Parlimen Kubang Pasu di mana beliau menang tanpa bertanding dan mengekalkan kerusi itu sehingga 2004 apabila dia bersara. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran pada 1975.
Nasib Mahathir kelihatan berubah pada tahun berikutnya apabila Tun Husein Onn menjadi Perdana Menteri ekoran kematian Tun Abdul Razak. Walaupun wujud beberapa sindiran Mahathir yang dibuatnya terhadap ayah beliau 26 tahun sebelum itu, Hussein telah memilih Mahathir sebagai Timbalan beliau bukan disebabkan Mahathir mendapat sokongan yang menyeluruh daripada UMNO. Husein telah memilih Mahathir yang mengetepikan dua orang Naib Presiden UMNO yang mendapat undi yang lebih besar daripada beliau, yakni Ghafar Baba dan Tengku Razaleigh Hamzah. Jelas, nasib menyebelahi Mahathir untuk menjadi orang yang bakal mewarisi takhta pucuk kepimpinan parti. Disebabkan keadaan kesihatan yang mengganggu beliau, Husein telah bersara dan Mahathir naik menjadi Perdana Menteri pada 1982.
Pada 1987 beliau berjaya melepasi satu cubaan untuk menguasai UMNO dengan mengalahkan Pakatan Tengku Razaleigh - Musa Hitam yang dikenali dengan panggilan Tim B.
Kemenangan kecil itu telah mendesak beliau memperbetulkan puncak kuasanya; melibatkan penubuhan Umno Baru, sekali gus menyingkirkan anggota Tim B, merobah kuasa badan kehakiman dan mengubah peraturan pencalonan yang pada keseluruhannya mampu beliau lakukan disebabkan kekebalan yang ada di tangan seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri
Walaupun tindak-tanduk beliau ketika itu telah ditentang oleh dua orang bekas Perdana Menteri, Tunku dan Husein Onn, Mahathir masih mampu bertahan dan menang pilihan raya umum 1990, tetapi kalah di Kelantan, yang menjadi satu pertanda jelas bahawa bukannya mudah menumpaskan seorang pemegang jawatan, khususnya kalau belum ada satu alternatif kepada Barisan Nasional .
Apabila Mahathir memecat Timbalan beliau Dato' Seri Anwar Ibrahim pada September 1998, kuasa yang dipegangnya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri telah membantu beliau untuk terus mencengkam kuasa. Di sebalik segala ramalan banyak pihak yang berpengalaman, dia masih berjaya memenangi pilihan raya umum 1999 dengan mudah, walaupun ternyata bahawa undi orang Melayu sudah semakin merosot. Mungkin jua kerana Mahathir telah berjaya memperkasakan kerusi Presiden UMNO, adalah bukan mudah untuk mengalahkan Abdullah. Di samping itu memang terdapat banyak kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri mengikut undang-undang negara ini.
Ini tidak bermakna kita menggalakkan agar Mahathir dikekang ataupun disekat untuk terus bersuara. Tidak! Dia dan orang lain mesti diberikan kebebasannya. Biarkanlah dia menjelajah negara ini, berkata apa yang dia suka, dan biarkan akhbar membuat laporan kalau mereka fikirkan apa yang disebutnya memang bernas dan berguna. Mahathir berhak bertindak mengikut peraturan undang-undang.
Dari memikirkan bahaya memandang rendah kemampuan beliau eloklah jangan terlebih taksir kuasa yang ada padanya dan membuat rumusan apa yang dia kata akan menjerumuskan negara ini ke kancah pergolakan sosial dan ekonomi. Sebenarnya kerajaan tidak perlu bertindak terhadap setiap gerak-gerinya. Biarkan sahaja beliau meneruskan karenahnya, dan hanya Yang Esa mengetahui betapa banyak perkara lain yang mesti disempurnakan. Mahathir sengaja melupakan pengalaman yang dilalui oleh dua orang mantan Perdana Menteri di zamannya dahulu.
Mahathir memang terlalu pintar untuk mencabar Abdullah secara berterus terang. Apa yang akan dilakukannya ialah meneruskan kerja-kerja menghasut dan membangkitkan isu lama yang sama secara berulang-ulang - sedangkan itulah isu yang sudah dijawab berulangkali dan tidak mungkin membuatkan mana-mana kerajaan yang waras untuk mengalah. Apa yang dia mahu ialah mencetuskan banyak tandatanya dan kegusaran di peringkat akar umbi sama ada secara jelas mahupun sebaliknya - untuk cuba dan memaksa Abdullah agar turun takhta secara "sukarela", persis yang pernah terjadi kepada Tunku satu ketika dahulu. Abdullah akan terperangkap dengan jerat ini kalau dia mengalah.
Mahathir beranggapan kalau pun dia gagal memaksa Abdullah sekurang-kurangnya dia berjaya membuatkan Abdullah gelabah ataupun menumpulkan bisa individu yang rapat dengan Abdullah yang beliau anggap tidak mesra terhadapnya (Mahathir) Zaman Mahathir sudah pun berlalu, sampai ke penghujungnya tiga tahun dahulu ketika dia melepaskan kuasa. Cubaan untuk menggapainya semula dengan cara menonjolkan ketokohan yang ada dan pengaruh secara paksaan adalah amat dikesali dan pasti akan melibas kembali menghantuinya. Sudah tiba masa untuk kita melepasi gegaran kemelut ini.
Akan tetapi kita rakyat Malaysia mempunyai tabiat untuk menjebak diri sendiri membesar-besarkan karenah politik menjadi krisis dan bukannya menumpukan usaha kepada perkara yang lebih bermakna. Inilah yang diharapkan oleh Mahathir
Malaysia sudah berjaya melepasi kemelut yang lebih dahsyat dari itu dengan jayanya. Kecuali kita mengingininya memang tidak ada krisis politik. Tidak ada sesiapa yang tidak boleh diganti, apa lagi Mahathir sekarang ini. Tidak ada sesiapa pun yang kebal, walaupun orang itu Mahathir. Tanyalah Dato Onn Jaafar.
petikan dari Marhaen |
posted by jasindaily online @ 4:44 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|