Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
KEPUTUSAN EZAM TIDAK MENGEJUTKAN
Monday, October 30, 2006
KUALA LUMPUR: Pelepasan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Noor tidak mengejutkan kerana hasratnya itu telah disuarakan sejak kongres parti itu tahun lepas, kata Setiausaha Angkatan Muda (AM) Johari Mohd Yassin.

Menurut Johari, Ezam menunaikan janjinya untuk memberi laluan kepada generasi muda yang berusia bawah 40 tahun untuk mengemudi sayap kanan Keadilan selari dengan keputusan Kongres Angkatan Muda, di Pulau Pinang pada 1 September lalu.

Biarpun jelasnya, ada rayuan daripada rakan-rakan dan barisan exco agar beliau terus menerajui AM sehingga pemilihan parti itu atau sehingga pilihan raya akan datang.

"Ezam juga bertegas tidak akan menerima pencalonan untuk jawatan tertinggi parti, sebaliknya hanya akan mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor dan Ketua Bahagian Shah Alam," jelasnya yang dihubungi Malaysia Today.

Ezam akan genap 40 tahun pada April 2007 akan membantu Pengerusi Perhubungan Selangor yang baru dilantik, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pelepasan jawatan Ezam dan Timbalannya Faizal Sanusi diterima sebulat suara dalam mesyuarat khas exco AM, yang dipengerusikan Ezam di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, pada 29 Oktober.

Berikutan itu, Naib Ketua Shamsul Iskandar Mohd Akin, seorang peguam berusia 31 tahun dilantik memangku jawatan Ketua AM.

Perlantikan Shamsul dibuat dalam satu lagi mesyuarat khas sejurus menerima keputusan pelepasan jawatan Ezam.

Dalam pada itu, jelasnya jawatan Timbalan yang dikosongkan oleh Faizal tidak akan diisi sehingga pemilihan dalam Kongres pada Jun 2007.

Ini, katanya perlembagaan AM hanya memberikan kuasa kepada Exco untuk melantik Pemangku Ketua.

Jelas Johari, Ezam akan terus bersama parti dan meneruskan agendanya selaku Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK).

Beliau juga menolak desas-desus berlaku perbalahan dalam parti yang mendorong Ezam pelepasan jawatannya itu.

"Yang bawa khabar angin ini ialah golongan yang sedang gelisah dalam Umno, lebih-lebih lagi Umno sedang berkecamuk ekoran perbalahan Dr Mahathir dan Abdullah semakin sengit," ujarnya.
posted by jasindaily online @ 7:24 PM   0 comments
ZAKARIA TIDAK LAYAK JADI AHLI MPK DAN ADUN
Sultan Selangor pada hari ini telah mengarahkan ADUN Kelang Datuk Zakaria Md Deros untuk meletakkan jawatannya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kelang.

Ini telah diikuti dengan kata dua oleh Mentri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo bahawa Zakaria akan dikeluarkan daripada barisan ahli majlis jika dia tidak meletakkan jawatannya sehingga 8 November nanti.

Zakaria ialah salah seorang daripada DEB-putra yang telah menjadi kaya-raya di bawah Dasar Ekonomi Baru sementara orang Melayu biasa masih miskin.

Insiden ini juga menunjukkan kelemahan kepimpinan negara yang menanti Sultan Selangor campurtangan untuk menghentikan salahguna kuasa dan penggunaan kuasa yang keterlaluan oleh Zakaria.

Amat memalukan bagi Mentri Besar Selangor Mohd Khir Toyo, yang sepatutnya membetulkan Zakaria dan tidak menunggu sehingga Sultan Selangor bertindak. Begitu juga, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia yang tidak mengambil tindakan terhadap Zakaria di atas kesalahan dan skandal-skandal yang dilakukan.

Arahan kepada Zakaria untuk meletakkan jawatan sebagai ahli majlis Kelang sewajarnya dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Mentri Besar Selangor tanpa melibatkan Sultan Selangor. Perkara tersebut hanya mempamerkan kelemahan kepimpinan yang ada.

Jika sekiranya Zakaria tidak layak menjadi ahli majlis Kelang dan perlu melepaskannya atas arahan Sultan Selangor, bagaimana mungkin Zakaria layak meneruskan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Selangor.

Namun, siapa yang akan mengarahkan Zakaria untuk meletakkan jawatannya sebagai ADUN Pelabuhan Kelang, supaya pilihan raya kecil dapat diadakan bagi memilih ADUN yang baru - adakah arahan tersebut akan datang dari Mentri Besar Selangor atau Perdana Menteri?
posted by jasindaily online @ 7:23 PM   0 comments
SELAIN ZAKARIA, DUA LAGI AHLI MPK TIADA PELAN RUMAH
Dua lagi anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK) selain daripada Datuk Zakaria Md Deros dikesan gagal mengemukakan pelan bangunan rumah masing-masing walaupun pembinaannya telah bermula.

MPK telah mengeluarkan arahan berhenti kerja hari ini kepada dua anggota MPK itu - Mazlynoor Abdul Latif dan Faizal Abdullah - supaya kerja-kerja pembinaan rumah masing-masing di Kampung Raja Uda dihentikan dan meminta mereka mengemukakan pelan bangunan rumah dengan segera.

Yang Dipertua MPK Abdul Bakir Md Zin berkata beliau tidak menyedari kedua-dua anggota majlis itu tidak menghantar pelan pembinaan sebelum ini sehingga dimaklumkan baru-baru ini ekoran pendedahan Zakaria membina rumah ala istana tanpa kebenaran MPK.

Beliau berkata anggota majlis terlibat mungkin menganggap keperluan menghantar pelan bangunan sebagai tidak penting.

"Saya memang tidak sedar mereka membina rumah itu, lagipun kenapa saya kena ambil hal mereka nak buat rumah. Mereka bertanggungjawab sendiri, mereka berpendidikan, jadi mereka patut tahu sendiri (peraturan)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti senarai anggota MPK sama ada terdapat di kalangan mereka yang melakukan kesalahan yang sama.

Abdul Bakir berkata beliau juga sedang menunggu Zakaria yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk menghantar pelan pembinaan rumahnya di Kampung Idaman serta surat peletakan jawatannya sebagai anggota majlis MPK.

Katanya Zakaria diberi tempoh sehingga 15 Nov ini untuk menghantar pelan bangunan itu dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Zakaria berhadapan dengan tindakan mahkamah.

Katanya beliau juga masih belum dihubungi Zakaria mengenai isu peletakan jawatannya sebagai anggota majlis.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebelum ini meminta Zakaria melepas jawatan sebagai anggota MPK secara sukarela sebelum 8 Nov atau berhadapan dengan risiko digugurkan.

Abdul Bakir juga berkata MPK sedang mengumpul dokumen berkaitan dengan kedai satay milik Zakaria untuk diserahkan kepada Menteri Besar.

Katanya premis menjual satay itu didapati tidak mematuhi beberapa peraturan termasuk membabitkan pelan bangunan dan peraturan berkaitan tanah lesen menduduki sementara (TOL).
posted by jasindaily online @ 7:21 PM   0 comments
JAWATAN DR MAHATHIR TIADA DALAM AGENDA MT
Jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa agensi dan syarikat berkaitan kerajaaan tidak termasuk agenda yang akan diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi (MT) Umno pada Khamis ini.

Bagaimanapun ahli-ahli MT boleh membangkitkan isu berkenaan untuk dibahaskan, kata setiausaha eksekutif Umno Brig-Jen (B) Datuk Husainay Hashim.

Beliau menambah, perselisihan antara bekas perdana menteri itu dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak tersenarai dalam agenda mesyuarat tetapi isu berkenaan menjadi topik hangat di kalangan banyak pihak, termasuk media.

"Setiap hal berkenaan parti akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. Isu berkenaan Tun (Dr Mahathir) sentiasa dibincangkan kecuali hal-hal terbaru. Umno tidak boleh mengelak daripada membincangkannya," katanya.

Apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu tentang isu kedudukan Dr Mahathir sebagai penasihat beberapa agensi dan syarikat berkaitan kerajaan bakal dibangkitkan dalam mesyuarat MT, Husainy berkata: "Walaupun kedudukannya (sebagai penasihat) tidak dinyatakan secara khusus dalam mesyuarat nanti, sesiapa boleh membangkitkannya dan ia akan dibincangkan, jika di ditimbulkan."

"Selalunya beginilah cara mesyuarat majlis tertinggi," tambahnya.

Bekas perdana menteri itu sekarang memegang jawatan sebagai penasihat, antaranya kepada Petronas, Proton dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

Beberapa anggota MT, termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyarankan MT membincangkan isu tersebut.

Beberapa anggota lagi, termasuk Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Dr Norraesah Mohamad, bagaimanapun dilaporkan berkata isu berkenaan terpulang kepada Abdullah untuk diputuskan.

Diminta mengulas isu yang sama, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Mohd Taib bersetuju perselisihan antara Perdana Menteri dengan Dr Mahathir menjadi "isu yang melibatkan kepentingan Umno."

Kedudukan Dr Mahathir dalam agensi dan syarikat kerajaan pernah dirimbulkan, katanya.

"Mana-mana ahli boleh menimbulkan isu itu untuk dibincangkan. Mesyuarat yang akan menentukan keputusannya," katanya, sambil menambah setakat ini MT hanya dispekulasikan bakal membangkitkan isu tersebut.

Seorang pembantu Dr Mahathir berkata bekas perdana menteri itu tidak bersedia membuat sebarang ulasan buat masa sekarang.

Sementara itu, Bernama hari ini melaporkan Muhammad berkata Umno mungkin belum bersedia mengambil tindakan disiplin terhadap Dr Mahathir kerana seseorang bekas perdana menteri "mempunyai kekebalan."

Sambil mengambil contoh kritikan bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra terhadap Dr Mahathir sebagai perdana menteri waktu itu, tindakan disiplin juga tidak dikenakan kepada almarhum, Muhammad dipetik sebagai berkata.
posted by jasindaily online @ 7:16 PM   0 comments
KRITIKAN DR MAHATHIR MERUGIKAN UMNO, KATA ROSNAH
Thursday, October 26, 2006
Pergerakan Puteri Umno menyifatkan kritikan berterusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu tindakan yang merugikan parti.

Naib Ketuanya, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata walau apa pun alasan Dr Mahathir berbuat demikian, anggota parti kini tersinggung dengan pendekatan yang diambil.

Anggota parti diasuh dan dididik agar setia dan berdiri teguh di belakang kepimpinan yang ada tetapi kini Dr Mahathir telah bertindak sebaliknya, kata beliau kepada Bernama di sini Khamis.

Menurutnya sebagai negarawan yang begitu dihormati dan bertanggungjawab menubuhkan Puteri, beliau tidak wajar bertindak demikian terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

"Umum mengetahui Pak Lah seorang yang bersikap terbuka, tetapi dengan serangan berterusan seperti itu pastinya melukakan perasaannya sekaligus menyinggung ahli parti yang lain,'' katanya.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar mengulas pendekatan Dr Mahathir yang terus mengkritik pentadbiran Abdullah selain membuat beberapa dakwaan baru yang mungkin akan memburukkan lagi suasana politik negara.

Beliau berkata sebelum pertemuan empat mata berlangsung Ahad lepas, harapan anggota Puteri Umno adalah tinggi untuk melihat hubungan dua tokoh itu kembali pulih.

"Tetapi kami amat terkejut dan kecewa kerana cara dan pendekatan Dr Mahathir...banyak saluran lain yang boleh diambil jika kepimpinan Pak Lah perlu ditegur atau dikritik.

"Begitu juga Puteri mahukan Dr Mahathir mengemukakan idea-idea baru yang dapat memantapkan lagi kerajaan hari ini bukannya menimbulkan suasana tidak selesa," katanya.
posted by jasindaily online @ 12:09 AM   0 comments
DR MAHATHIR BUAT PERHITUNGAN POLITIK YANG SILAP, KATA ZAINUDDIN
Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat perhitungan politik yang silap apabila mendedahkan kandungan pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, demikian menurut Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin, Rabu.

Beliau berkata ketika para pemimpin, bangsa Melayu dan orang-orang Islam mengharapkan satu perdamaian menjelang Aidilfitri tetapi bekas Perdana Menteri itu telah mendedahkan perkara-perkara sensitif yang terkandung dalam pertemuan itu.

Beliau menyifatkan sambutan Aidilfitri kali ini adalah menyedihkan bagi umat Melayu kerana mereka gagal melihat satu perdamaian yang diharapkan antara seorang bekas pemimpin negara dan penggantinya.

"Sepanjang ingatan saya ini adalah kali kedua perhitungan politik yang silap dilakukan oleh Dr Mahathir. (Dahulu) Selepas bawa Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ke (dalam) Umno untuk kuatkan Umno, akhirnya Umno rosak", katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Zainuddin yang juga anggota parlimen Merbok berkata, berikutan perhitungan politik yang silap itu, tinjauan rambang para pegawai Kementerian Penerangan dalam tempoh sehari selepas Dr Mahathir membuat kenyataan itu mendapati simpati terhadap Abdullah meningkat begitu tinggi.

Menurutnya, hasil tinjauan rambang itu juga mendapati orang ramai kesal dengan sikap Dr Mahathir yang membuat kenyataan terbuka itu.

Bagaimanapun menurutnya, Kementerian Penerangan akan membuat kajian lebih terperinci mengenai sikap rakyat terhadap perkembangan itu.

"Ramai orang tak setuju dan merasakan tak sewajarnya Dr Mahathir membakar kelambu hanya kerana seekor nyamuk," katanya.

Zainuddin berkata, beliau sendiri terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang meramalkan masa depan Barisan Nasional (BN) yang gelap.

"Tiga hari sebelum pertemuan itu, saya sendiri katakan kepada Pak Lah (Perdana Menteri) bahawa saya tak yakin pertemuan itu akan datangkan hasil yang positif," katanya.

Beliau berkata, sewajarnya pertemuan itu berakhir tanpa sebarang kenyataan terbuka.

"Harapan saya dan kebanyakan orang Melayu dan Islam runtuh apabila Dr Mahathir buat kenyataan lebih kritikal dan bersifat peribadi terhadap Pak Lah," katanya.

Zainuddin berkata, Perdana Menteri telah jelas membuka pintu rundingan dan pertemuan selanjutnya apabila beliau menjemput Dr Mahathir untuk pertemuan selepas itu.

"Saya percaya orang ramai berharap dialog seterusnya secara tertutup antara empat mata akan diadakan selepas ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berharap agar Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan komen-komen yang tidak sihat terhadap kepimpinan Abdullah kerana ia merupakan perbuatan yang kurang sopan daripada seorang ahli kepada partinya sendiri.

"Saya kata begitu sebab ia tidak pernah terjadi dalam Umno di mana ahli boleh memaksa ketuanya untuk mengikut kehendak seseorang.

"Jika semua apa yang dibuat oleh kerajaan nak dikomen dan dipertikaikan secara besar-besaran ia jelas tidak proper," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Kampung Tok Has dekat Jertih, Rabu.

Kira-kira 17 jam selepas Abdullah dan Dr Mahathir mengadakan pertemuan selama dua jam, Dr Mahathir memperbaharui kritikannya terhadap Abdullah.

Ahli-ahli Umno sebelum ini melahirkan harapan agar pertemuan tersebut menjernihkan hubungan Dr Mahathir dan Abdullah yang tidak harmoni sejak Dr Mahathir secara terbuka membidas pentadbiran Abdullah enam bulan lepas.

Namun, dalam sidang akhbarnya di Seri Kembangan dekat sini pukul 10 pagi dua hari lepas, Dr Mahathir mengambil sikap mengkritik pentadbiran Abdullah di samping membuat beberapa dakwaan baru yang mungkin akan memburukkan lagi suasana politik.

Mengulas lanjut, Idris berkata bukan menjadi kesalahan jika membuat komen terhadap seseorang pemimpin tetapi perlu dibuat mengikut saluran yang betul.

"Saya sendiri pernah melakukannya (membuat komen) terhadap Pak Lah tetapi yang bezanya kita lakukan secara betul yang tidak bertentangan dengan Islam," katanya.

Beliau berkata sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin lain amat menghormati apa yang dilakukannya dan kini tiba giliran bekas Perdana Menteri itu pula menghormati keputusan yang dibuat Abdullah.

"Apa yang dilakukan bukan keputusan Perdana Menteri sendiri tetapi keputusan yang dibuat oleh kabinet," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan Tun Dr Mahathir itu tentulah telah menyebabkan ramai rakyat rasa tidak puas hati kerana harapan mereka mahu melihat persefahaman antara kedua tokoh berkenaan tidak tercapai.

"Mereka mengharapkan pertemuan empat mata itu akan dapat merungkai segala masalah yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir dam sepatutnya beliau tidak mengeluarkan lagi kritikan kepaad kerajaan.

"Tetapi malangnya, bekas Perdana Menteri itu terus mengkritik kerajaan dan kepimpinan Datuk Seri Abdullah malah kali ini lebih keras lagi," katanya kepada para pemberita selepas mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Jalan Timbalan, Tanjung Emas, Muar, Rabu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata apa yang penting pada masa ini ialah memberi peluang kepada pimpinan kerajaan untuk melaksanakan program-prgram pembangunan selaras dengan matlamat mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 yang diasaskan oleh Dr Mahathir.
posted by jasindaily online @ 12:03 AM   0 comments
DR MAHATHIR TIDAK SETUJU PERTEMUAN EMPAT MATA
Walaupun pertemuan empat mata antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Ahad menampakkan keikhlasan dan kemesraan antara mereka namun pada awalnya bekas Perdana Menteri itu mahu seorang saksi yang boleh dipercayai turut hadir pada pertemuan penting itu.

Bekas anggota Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul yang merupakan antara orang penting yang mencetuskan pertemuan itu berkata, setelah dipujuk Dr Mahathir akhirnya bersetuju dengan pertemuan empat mata tanpa pihak ketiga.

"Dr Mahathir menunjukkan reaksi yang kurang senang ketika kami sampaikan kaedah pertemuan yang dipilih oleh Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) itu," kata Othman yang juga anggota Mubarak (Persatuan Bekas Wakil-wakil Rakyat) ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Paya Kerchut dekat sini, Selasa.

Menurutnya, Dr Mahathir memberi memberi alasan pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika tiada saksi yang boleh memberi keterangan terhadap apa yang dibincangkan.

Beliau berkata, Dr Mahathir menyatakan pertemuan itu diadakan bukan untuk tujuan bermaaf-maafan kerana baginya tiada sebarang kesalahan antara mereka dan beliau mahu mengambil kesempatan itu untuk memberi pandangan serta menasihatkan Abdullah bila berjumpa nanti.

Bagaimanapun Othman dan anggota Mubarak pada keseluruhannya menganggap pertemuan yang diatur mereka sejak lebih sebulan itu adalah satu kejayaan dan disifatkan sebagai hadiah paling bermakna kepada rakyat dan negara.

"Pertemuan seperti itu yang dimahukan oleh rakyat dan ianya telah terlaksana dan kami cuma menjadi orang tengah bagi mempercepatkan proses itu, hanya kedua-dua mereka sahaja yang tahu apa yang mereka perkatakan," katanya lagi.

Menurutnya, mengatur pertemuan antara kedua-dua tokoh pemimpin negara itu bukannya kerja mudah dan mengambil masa serta perlu membabitkan beberapa pihak lagi sebagai orang tengah untuk menjadi "jambatan" bagi mempercepatkan proses itu.

Selain Othman, dua orang lagi yang diberi tanggungjawab memainkan peranan tetap untuk berunding dengan Dr Mahathir ialah Pengerusi Mubarak Datuk Abu Zahar Ujang dan tokoh wanita Tan Sri Zaleha Ismail.

Beliau berkata, turut memainkan peranan secara tidak langsung bagi menjayakan pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Khalid Abdullah, Datuk Badri Yunus dan anak Dr Mahathir sendiri Datuk Mokhzani.

Beberapa siri pertemuan telah diatur bersama Dr Mahathir dan pihak-pihak lain dan sejak pertemuan pertama dengan Dr Mahathir pada 9 September dan yang terakhir pada 2 Oktober lepas, kesemua mereka menanti penuh debaran dengan harapan pertemuan itu akan menjadi kenyataan.

Kata Othman, sebelum itu terdapat dua kaedah lagi yang telah dirancangkan oleh Mubarak dan dipersetujui Dr Mahathir sendiri untuk pertemuan itu iaitu dengan menjemput kedua-dua mereka bercakap di hadapan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.

"Satu cara lagi ialah menjemput kedua-duanya berucap di hadapan menteri-menteri kabinet dari kaum Melayu, tetapi kedua-dua kaedah itu tidak disenangi Abdullah," katanya lagi.

Sebagai tenaga penting terhadap pertemuan itu, walaupun ianya dirahsiakan namun Othman akhirnya menjadian buruan kerana peranannya itu dan dihujani dengan panggilan telefon.

"Sebelum dua atau tiga hari pertemuan itu, saya menjadi sasaran pihak media dan majalah internet untuk mendapat maklumat sehingga saya terpaksa menapis setiap panggilan yang dibuat," katanya.

Bagi pihak Mubarak, katanya, pertemuan itu adalah langkah wajar untuk menjernihkan semula hubungan antara kedua-dua pemimpin itu dan sekurang-kurangnya apa yang bersarang di hati Dr Mahathir dapat diluahkannya.
posted by jasindaily online @ 12:00 AM   0 comments
ABDULLAH MEMBISU MENGENAI PERTEMUAN DENGAN DR M
Wednesday, October 25, 2006
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memilih untuk berdiam berhubung pertemuan empat mata dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Putrajaya, pada Ahad lepas.

"Tolong, bukan subjek itu. Lain kali sahajalah", itulah jawapan penuh sopan daripada Abdullah kepada pemberita semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Bagaimanapun pemberita tidak mengalah dan terus mendesak beliau untuk mengulas pertemuan itu, tetapi Abdullah yang nampak riang selepas menyambut beribu-ribu tetamu di rumah terbukanya, sekali lagi merayu: "Tidak...Saya tidak akan menyentuh perkara itu...akan ada masa yang sesuai baginya nanti".

Perdana Menteri di sebaliknya berkata bilangan kehadiran besar di rumah terbuka hari ini iaitu hampir 200,000 orang menunjukkan rakyat masih mempunyai keyakinan terhadapnya.

"Saya percaya mereka yang datang itu gembira. Ada antara mereka memberitahu saya supaya meneruskan dengan pencapaian yang baik itu. Kami akan terus menyokong anda. Orang ramai memberi saya keyakinan...saya suka bertemu dengan mereka," tambah Abdullah lagi.

Sejak awal tahun ini Dr Mahathir telah membidas kepimpinan Abdullah dan cara kerajaan dikendalikan. Bekas perdana menteri itu juga hampa berhubung beberapa isu seperti pembatalan jambatan menggantikan tambak Johor dan 'Approved Permits' (AP) bagi kenderaan yang dianggap menjejaskan industri kereta nasional.

Pada Ahad kedua-dua pemimpin itu bertemu di kediaman rasmi Perdana Menteri dan berdialog selama dua jam berhubung isu dan keluhan Dr Mahathir.

Selepas pertemuan itu, Dr Mahathir berkata walaupun beliau puashati dengan pertemuan itu, beliau kurang senang dengan respons daripada Abdullah.

Abdullah juga mencatatkan perkara-perkara yang diutarakan oleh Dr Mahathir dalam buku notanya.

Pada Isnin, Dr Mahathir mengulangi kritikannya terhadap Abdullah dalam satu persidangan berita.

Ini sekali lagi mencetuskan reaksi dengan menteri-menteri tampil mempertahankan Perdana Menteri. Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata kerajaan akan menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Dr Mahathir terhadap kerajaan dan kepimpinan Abdullah.

Najib berkata Abdullah akan memberi jawapan yang "panjang dan terperinci" kepada semua soalan-soalan dan penjelasan yang diperlukan oleh bekas perdana menteri itu.

"Saya sudah cakap dengan Pak Lah (Abdullah) dan beliau sanggup sediakan jawapan panjang dan terperinci kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir
posted by jasindaily online @ 11:57 PM   0 comments
SKANDAL OIL FOR FOOD : JAWAPAN ABDULLAH MENGELIRUKAN
Tuesday, October 17, 2006
Pada Selasa 3 Oktober, akhbar The Sun melaporkan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan beliau ada kepentingan peribadi dalam syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat dalam skandal 'Oil-for-Food' di Iraq.

Dalam penafiannya, Abdullah mengatakan sesiapa boleh berkata dan membuat tuduhan tetapi dia tahu apa yang dibuat.

Alasan penafian

Beliau menambah bahawa menandatangan surat syor dan pengenalan bagi membantu kumpulan yang mencari peluang-peluang perniagaan adalah perkara biasa bagi seorang pemimpin kerajaan dan tidak bermakna pemimpin tersebut mempunyai kepentingan.

Kenyataan beliau ini adalah bagi menjawab tuduhan yang tertulis di Internet. Dalam budak-budak Tingkat 4 memanggil laman-laman web dan blog-blog alternatif dan kritikal sebagai penembak curi dan maklumat yang tidak berkredibiliti, aneh sekali beliau perlu menjawab pertuduhan mereka.

Ironi penafian

Walaupun beliau membuat satu kenyataan menjawab pertuduhan ini, pemimpin kepada pentadbiran yang dikatakan mahu membawa budaya berslogan 'terbuka, telus, dan bertanggungjawab' masih jelas belum memahami dan menghayati slogan yang dia sendiri war-warkan.

Pertuduhan yang dibuat di Internet bukanlah tuduhan melulu tetapi berdasarkan dua laporan yang diterbitkan di Amerika oleh Charles Duefler kepada CIA bertarikh Sept 30 hb, 2004 dan Paul A. Volker kepada Senate Amerika sebagai Jawatankuasa Menyasat Bebas bertarikh Oktober 27hb, 2005.

Penafiannya, pada bulan puasa ini dan selepas mempengerusikan Mesyurat dengan Ulamak-ulamak mengenai hal ehwal semasa, hanya meneruskan hipokrasi Islam Hadhari yang dijuangkannya kerana beliau sendiri lari dari prinsip kepimpinan dalam Islam supaya bersih dan adil dalam menjalankan tugasnya.

Persoalan yang tidak dijawab

Sebagai pemimpin Islam yang sepatutnya bertanggung jawab, beliau mengambil mudah untuk memberi alasan lupa untuk melepaskan dirinya dari bertanggungjawab kepada perkara-perkara salah yang berlaku akibat surat syor dan pengenalan.

Akibat tindakannya, adakah dia sedar bahawa syarikat yang dia memberi sokongan telah terlibat dalam pemberian rasuah kepada Saddam Hussein. Adakah dia sedar syarikat kepentingan kerajaan telah diketepikan?

Petronas yang tidak mahu bersekongkol memberi 'kickback' hanya diberi beri kuota 14.1 juta tong minyak.

Syarikat Mastek, yang bukan saja berkepentingan persendirian tetapi mempunyai pertalian kelurga dengan PM, mendapat kuota 45.0 juta tong minyak.

Bukankah membuat syor dengan tandatangannya sendiri untuk Syarikat yang mempunyai pertalian keluarga adalah satu 'conflict of interest' yang jelas? Mengapakah beliau mensyorkan adik iparnya yang sedia diketahui bukan seorang peniaga atau terlibat dalam Industri Minyak dan Gas tetapi hanya sebagai orang tengah?

Dengan terdedah butiran transaksi ini, timbul persolan mengapa seorang Timbalan Perdana Menteri memberi prioriti kepada kepentingan orang perseorangan yang tidak ada kelayakkan melebihi syarikat kerajaan, Petronas?

Apakah jawapan beliau kepada tertera namanya dalam kedua-dua laporan sebagai seorang yang dikatakan "penerima yang sebenar" ('Intended Beneficiary')?

Pemimpin bukan saja perlu bersih, tetapi dilihat bersih

Semasa menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah berkata, "Seorang pemimpin bukan saja perlu bersih, tetapi kelihatan bersih". Ini bermakna tindak tanduknya bukan saja bersih dari rasuah tetapi tidak menimbulkan curiga dan cuak.

Fakta yang telah ditimbulkan oleh laman-laman web dan blog-blog ternyata mempunyai alasan untuk bukan saja cuak, tetapi membuat pertuduhan PM terlibat dalam suatu skandal rasuah.

The onus is on the Prime Minister to answer!

Tanggungjawab untuk menjawab suara rakyat ini terletak dibahu PM. Bukan saja PM perlu menjawab pertuduhan itu, malah dia perlu menerangkan dengan jelas mengapa terdapat perkara-perkara anih dan cuak daam urusan ini.

Mengapa PM tidak mahu memberi penjelasan yang jujur dan telus dan bukan ambil cara memberi penafian mudah.

Berapa banyak lagi penafian tanpa justifikasi yang mahu beliau buat? Pada kadar ini beliau berpotensi memegang rekod dunia sebagai the most in denial man alive!

Dalam banyak mereka-mereka yang terlibat dalam skandal ini memberi sebab dan alasan mudah menuding jari kepada Saddam Hussein, kenapa PM tidak berani ambil juga jalan mudah ini? Betambah cuak lagi.

Adakah dia ada sebab yang lebih meyakinkan yang beliau belum jelaskan? Atau dia mahu memasuki mode elegent silence? Elegence silence yang lepas berakhir dengan pelbagai kontroversi baru. Kita tunggu sajalah!

Kini bertambah kebenaran khabar-khabar yang mengatakan surat syor dan sokongan beliau selalu bertindih dan tidak mendapat tindakan pegawai kerajaan. Buat penulis, pastinya tidak ingin sesuatu dari tangan yang dilumuri dengan nyawa kanak-kanak, orang-orang tua, dan rakyat Iraq.
posted by jasindaily online @ 3:17 AM   0 comments
"KENYATAAN MAWI MENGGURIS KAMI"
Assalamualaikum w.b.t,

Apa yang salah disisi syarak, tak perlulah disembunyikan, disorokkan atau diberi 'nafas baru' atau diberi imej baru agar ianya Islamik. Ibarat bangkai gajah atau bangkai ikan paus, janganlah cuba ditutup dengan nyiru. Bau busuk yang menusuk hidung pasti membongkarkan segalanya. Sebarang justifikasi atas tiket emosi tidak dapat menghalang kemurkaan Allah bila laranga-Nya dilanggar. Sebagai muslimin yang meyakini keEsaan-Nya, pastilah manifestasi bukan sekadar kata-kata 'Aku percaya', sebaliknya ia disertai dengan perbuatan. Ia bukan mudah tetapi setiap Muslim yang mahu menjadi Mukminin sejati pastinya menanam cita-cita berusaha ke arah itu.

Apa yang jelas haram, kenapa nak dinafikan? Apabila diri mendakwa tahu dosa-pahala, syurga-neraka - pastilah iman kepadaNya akan menjadi tolok ukur (standard/yardstick) perbuatan. Buat atau tak buat - ada hubung-kait dengan dosa-pahala dan syurga-neraka tersebut. Kenapa hendak justify memberi saraan kepada anak isteri? Disini, kepada yang berfikiran jernih pasti akan dapat memahami - jika tahu perlu melakukan sesuatu yang haram, why do it in the first place? Persoalan asas disini ialah - adakah berlakon itu mubah (harus) semata-mata ingin menyampaikan 'mesej' kepada masyarakat? Ibarat filem Remp-It yang menurut paparan media, mengandungi adegan 'sentuh dada' dan 'buka baju' - adakah adegan itu halal hanya untuk menceritakan sebuah realiti kehidupan Mat dan Minah Rempit? Adakah hanya filem/drama yang boleh menumbuhkan keinsafan di jiwa umat Islam yang ketandusan dan kegersangan pengisian agama?

Kenyataan Rosyam Noor berkenaan dengan kerjaya doktor yang terpaksa menyentuh pesakit bukan mahram semasa menjalani rawatan hanya bertitik-tolak dari emosinya sahaja bahawa jika lelaki dan wanita bukan mahram, bersentuhan adalah haram secara total. Dia langsung tidak merujuk kepada cerdik-pandai agama berkenaan hukum menyentuh pesakit semasa rawatan. Sikap mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk dengan yang ahli menunjukkan betapa jauhnya statement berkenaan dengan statement asal yang mengaku tahu dosa-pahala. Seorang doktor yang beriman hanya akan menyentuh pesakit setakat keperluannya. Beliau (doktor) juga akan memastikan adanya pihak ketiga (kebiasaannya kakitangan hospital) yang memahami prosedur klinikal ada bersama semasa sesi rawatan. Kejadian 'sexual harrassment' bukan justifikasi menafikan kemubahan doktor menyentuh pesakit sebatas keperluannya semasa memberikan rawatan. [Secara peribadi, saya mencari doktor wanita terlebih dahulu dan berjumpa doktor lelaki hanya semasa ketiadaan doktor wanita sahaja].

Sesuatu yang perlu diingatkan juga disini, walau apa pun komen atau prinsip yang dipegang oleh Juara AF3 berkenaan dengan bersentuhan/berpelukan dengan wanita - sesuatu yang perlu direnungkan oleh anak kelahiran Felda Taib Andak itu ialah berkenaan dengan kerjayanya yang membawanya ke status jutawan seni. Ia bukan satu justifikasi menghalalkan penglibatannya dalam dunia seni yang tidak lari dari unsur kemaksiatan sungguhpun beliau menjauhi 'aktiviti' menyentuh wanita. Beliau menyanyi dalam majlis yang mana lelaki wanita bercampur. Ia bukan sesuatu yang halal. Justeru, sebarang pro-kontra tentang kenyataannya - perlulah juga dia (Mawi) menyedari hakikat 'perjuangannya' dalam bidang seni juga dipenuhi dengan aktiviti melalaikan dan lagha. Sesuatu yang membawa kepada yang haram, pastilah haram jua. Alwasilatu ilal haram muharramah. Kes ini bukan sahaja "applicable" kepada Juara Akademi Fantasia sahaja tetapi juga kumpulan-kumpulan Nasyid yang dengan 'sukarela' berada dalam majlis maksiat seperti Anugerah ERA dsb yang jelas menunjukkan percampuran lelaki-wanita dengan artis-artis wanitanya tampil seperti wanita jahiliyyah. Tindakan mereka sedikit sebanyak mencemarkan imej Islam yang didakwa sinonim dengan nasyid merdu yang dialunkan.

Semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz, sekumpulan orang telah ditangkap kerana minum khamar. Salah seorang dari mereka mendakwa tidak minum (arak) malah sedang berpuasa. Khalifah memerintahkan orang ini dihukum sebat terlebih dahulu berbanding dengan pesalah yang lain. Kenapa? Kerana beliau berada dalam majlis maksiat dan langsung tak menasihati yang lain-lain.

Malangnya masih ujud sesetengah dikalangan umat Islam hari ini yang mendakwa benci dan anti Islam Liberal. Anti kepada pejuang Islam Liberal terang-terangan seperti Sisters In Islam (SIS) tetapi masih mendewa dan mendewikan golongan artis dan karyawan seni yang kehidupan mereka diselimuti dengan aktiviti maksiat. Untuk menutup perasaan bersalah (guilty concious) maka mereka mahukan artis yang didakwa membawa imej Islamik. Yang lelaki boleh mengalunkan azan. Yang wanita mengenakan tudung (tetapi mekap warna-warni seperti pelangi). Teguran kepada aktiviti 'seni' dianggap sebagai ekstrim dan fanatik. Pada akhirnya, kehidupan peribadi golongan artis menjadi agenda nasional apabila dieksplotasi stesyen TV seperti kejadian siaran langsung perkahwinan artis dan siaran langsung ulasan bual-bicara atas tema 'putus tunang'. Tidakkah mendewa dan mendewikan artis itu juga sebahagian dari perilaku pengamal Islam Liberal yang mengambil pandangan "tidak apa" hanya kerana artis yang didewikan itu menonjolkan penampilan 'sopan Melayu' ? (bukan sopan seorang Islam yang mana akhlak yang terpancar terbit dari keterikatannya pada hukum syarak seperti menutup aurat dan tidak bertabarruj).

Muslimin Muslimat Yang Dimuliakan,

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kepada yang menyedari bahawasanya hanya kembali kepada AlQuran sahajalah kita akan beroleh petunjuk sebenar, tahu mana yang haq dan yang batil, marilah kita sama-sama hayati pengajaran dari Hadis di bawah untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat :-

Dari Ali Radiallahu anhu, katanya: Ingatlah aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Awaslah, sesungguhnya akan berlaku fitnah". Aku bertanya: "Apakah jalan keluar darinya Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah. Di dalamnya terdapat kisah-kisah apa yang sebelum kamu dan perkhabaran apa yang akan datang sesudahmu; dan hukum-hakam diantara kamu; Ia (Al Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa sahaja yang meninggalkannya kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk dari selainnya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran yang bijaksana; Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulamak pula tidak pernah puas darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan Al Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya". Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; dan sesiapa berkata dengannya, benarlah perkataannya' dan sesiapa yang beramal dengannya, pahalalah ganjarannya; dan sesiapa yang berhukum dengannya, adillah ia; dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya ia menunjuk kepada Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.

Wassalam.
posted by jasindaily online @ 3:07 AM   0 comments
DEWAN MEMBAHASA
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengawal dan menghukum pengguna/pemakai bahasa Melayu yang lekeh. DBP juga akan mengenakan ‘tol’ jika kesalahan ini terbukti. Saya menyokong 103 peratus langkah ini. Kerana buku-buku DBP dan majalah-majalah keluarannya telah terbukti gagal untuk dijadikan sumber pendapatan. Duit-duit saman 'salah bahasa' ini pasti boleh menampung sedikit dana negara untuk menjayakan RMK-9.

Hanya satu yang saya agak merisaukan saya - apakah 'Level Four' telah mengetahui hal ini. Ini kerana saya telah difahamkan segala projek yang 'mashuuuuk' wajib mendapat kelulusan 'Level Four'. Juga apakah projek 'saman dan denda DBP' akan dapat diswastakan kepada seorang Bumi agar satu lagi - pengusaha Bumi dapat dibantu untuk dijadikan 'Melayu Unggul'.

Sebenarnya 'pelucahan' penggunaan Bahasa Melayu ini telah lama berlaku. Biar saya bersurah kepada mereka yang muda dan 'cun' yang tidak tahu makna perkataan 'mambang dan bergetah'. Juga agar ibu bapa dan datuk-datuk yang tidak pernah mendengar istilah 'poyo' dan 'comolot'.

Kisahnya begini: Pada ketika apa yang dipanggil Hari Merdeka 31 Ogos 1957 dahulu ekonomi Tanah Melayu ini masih dimiliki oleh 'Mat Salleh'. Apa yang berlaku pada bulan Ogos itu hanyalah Tuan-Tuan Mat Salleh telah balik kampung tetapi harta kekayaan masih lagi di tangan mereka. Projek 'merdeka' ini adalah projek Mat Salleh untuk menaikkan juak-juak mereka untuk menjadi pegawai-pegawai dan penjaga harta kekayaan mereka.

Pengalihan Mat Salleh kepada juak-juak Melayu ini adalah untuk menyelamatkan harta kekayaan dan pelaburan mereka di Tanah Melayu. Tuan-Tuan dan 'Mem-Mem' yang datang dari negara atas angin ini sedang digodam oleh perang gerila yang dilancarkan oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Tuan-tuan pembaca yang budiman mungkin tidak pernah mendengar nama ini kerana buku sejarah negara kita belum lagi ditulis.

Harta kekayaan yang saya maksudkan bermakna ekonomi. Ekonomi adalah asas tamadun sesuatu negara bangsa. Dalam parabola tamadun ini wujud bersamanya budaya persuratan, budaya sastera dan budaya ilmu. Justeru pada tahun-tahun sesudah 1957, ekonomi negara masih lagi dimiliki oleh Mat Salleh. Ini bermakna budaya persuratan dan budaya sastera orang Melayu masih di bawah hegemoni kekuatan Mat Salleh.

Kekuatan ekonomi

Kekuatan ini pula disokong oleh persekongkolan dengan cukong-cukong Cina dan juak-juak Melayu yang baru naik takhta. Sesuatu bangsa, tidak kira bangsa apa pun, jika tidak memiliki kekuatan ekonomi sebenarnya tidak memiliki apa-apa. Justeru, pada tahun 1957 itu, orang Melayu dengan bahasa pengucapan Melayunya, sebenarnya tidak memiliki apa-apa yang merdeka. British mengundur kerana gerakan gerila berterusan.

Ini samalah seperti yang berlaku di Iraq pada ketika ini. Untuk bertahan lebih lama, angka maut bertambah, maka lebih baik digantikan dengan 'barua-barua' yang setia.

Pergerakan ekonomilah yang menjadikan kita berbahasa dan berhubung antara satu dengan lain. Sila baca dan lihat buku Hikayat Abdullah, amati bagaimana Raffles, seorang wakil penjajah telah begitu tekun mempelajari Bahasa Melayu ketika mula sampai ke Melaka. Ini kerana dia sedar tentang pentingnya dia menggunakan Bahasa Melayu kerana dia dalam kumpulan yang kecil dalam dunia Melayu yang luas.

Tetapi lihat apabila British telah mula mendirikan sekolah-sekolah Inggeris. Ini bertujuan untuk melahirkan 'orang-orang tengah' yang berpotensi untuk menjadi 'barua dan tambi' kepada mereka. Bahasa Melayu diketepikan sebagai bahasa ekonomi. Akhirnya bahasa yang dibawa oleh penjajah ini telah menjadi bahasa hegemoni kerana penjajah memiliki dan mengawal punca-punca sumber ekonomi.

Begitu juga dengan kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Saya amat yakin, ketika mereka sampai dengan jong mereka di Melaka pada kurun ke-4 dan 15 dahulu, DBP tidak wujud dengan akta bahasanya. Tetapi orang-orang Cina ini dengan rela hati telah mempelajari bahasa Melayu. Ini kerana punca ekonomi pada ketika itu masih di bawah hegemoni orang Melayu. Tetapi apabila mereka 'meloroh' masuk ke Tanah Melayu dan mendirikan jaringan-jaringan ekonomi sesama mereka, maka mereka tidak lagi memerlukan penggunaan Bahasa Melayu.

Dalam masa yang sama, elit Melayu sendiri tidak meyakini akan bahasa Melayu itu sendiri. Kurang yakin ini lahir dari pandangan dunia mereka yang tidak berkait rapat dengan khazanah budaya bangsa. Mereka terpisah, malah sengaja dipisahkan oleh projek kolonial British. Bukti fakta ini jelas. Ketika projek Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dirancang pada 1971 dahulu, halangan demi halangan, tembok demi tembok telah didirikan oleh elit politik Melayu agar projek ini gagal.

'Hutan balak Bangi'

Malah projek UKM pada ketika itu menjadi begitu lucah di kalangan elit politik Melayu. Apa yang elit politik Melayu perjuangkan pada ketika itu ialah 'merebut hutan balak di Bangi'. Siapa yang menjadi protagonis utamanya tidak lain dan tidak bukan ialah pemimpin-pemimpin Umno pada ketika itu. Ini bukan satu fitnah dari saya. Sila pergi ke arkib negara dan baca akhbar-akhbar mengenai 'hutan balak Bangi' pada tahun-tahun 1973/74.

Awas jangan terlupa! Ada bukti yang masih panas. Tindakan akhir yang telah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ialah memaksa anak-anak negara bangsa mempelajari mata pelajaran Sains dan ilmu hisab dalam bahasa Inggeris. Hingga ke hari ini tidak seekor pun elit politik Melayu yang berani berkokok dan bertelur untuk melupuskan arahan Mahathir ini.

Apa yang berani mereka lakukan setelah Wira Dunia Ketiga itu berundur, hanya mengubah perkataan 'avenue' di Putrajaya. Dan bayangkan betapa mereka terpaksa menangguhkan peralihan perkataan 'precinct' kerana tidak ditemui gantinya. Inilah bukti betapa tenatnya kesakitan jiwa dan fikrah elit politik Melayu.

Daripada segi pensejarahan perjuangan untuk mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berhegemoni terhadap pembudayaan negara bangsa, telah dimulakan oleh susuk kiri. Individu, kumpulan dan parti-parti kiri berkempen sebagai pemula. Malah, intelektual dan para pemikir kiri yang bukan-Melayu adalah orang terawal mengajukan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa untuk Tanah Melayu.

Malah mereka secara berpandangan jauh telah mencadangkan agar sesiapa sahaja yang ingin menjadi warga negara ini akan diterima sebagai Melayu. Projek Melayu dalam Perlembagaan Rakyat PUTERA-AMCAJA (1947) ini telah menakutkan British dan tambi-tambinya. Jika projek konstruk sosial ini berjaya dijalankan, maka bermakna hegemoni ekonomi penjajah akan terlupus.

Masalah pelecehan dan pelekehan Bahasa Melayu tidak timbul. Buktinya Kemboja, Vietnam dan Indonesia, adalah negara-negara yang muncul hasil dari perjuangan bersenjata melawan penjajah. Mereka berjaya merealisasikan program nasionalisme bahasa mereka. Mereka berdiri tegak dengan bahasa mereka sendiri.

Mandur British

Ini berbeza dengan yang terjadi di Tanah Melayu di mana yang dinobatkan adalah 'tambi-tambi' dan mandur-mandur British yang fasih berbahasa Inggeris. Jangan salah anggap, apa yang saya tulis ini bukan propaganda kiri tetapi saya ingin memperlihatkan satu jalur pemahaman tentang susur galur dan uri teromba bagaimana 'pelucahan dan pelekehan' bahasa Melayu itu muncul.

Ketika di sekolah menengah, saya juga mendengar dan membaca Keranda 152. Saya telah dibesarkan di zaman kempen Bulan Bahasa Kebangsaan. Saya juga teringat zaman di mana surat-surat akan dipulangkan jika ianya tidak ditulis dalam bahasa Melayu. Saya juga melihat perjuangan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) yang mendobrak isu dan agenda bahasa Melayu di Universiti Malaya. Semuanya menemui kegagalan.

Gagal yang maha hebat datang kerana pejuang-pejuang bahasa ini tidak memahami bahawa bahasa bukan wujud dengan sendiri. Bahasa hidup dan bernyawa. Nafas dan oksigen bahasa ialah ekonomi. Selagi punca ekonomi dan hegemoni ekonomi itu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang penggunaan bahasanya, bukan bahasa Melayu, selagi itulah bahasa Melayu akan lekeh.

Bagi saya, selagi kekuatan punca-punca ekonomi itu tidak dimiliki oleh manusia-manusia yang bahasa pengucapannya Melayu, maka selagi itulah bahasa Melayu ini akan menjadi lekeh. Usaha-usaha yang dilakukan oleh DBP ini sebenarnya adalah projek 'mengabihkan boreh'. Ini hanya program kulitan kerana umbi dan akar bahasa lahir daripada pembuatan yang berhubung dengan produksi ekonomi.

Tetapi jika projek kempen bahasa 'saman dan denda' DBP ini ada tujuan tersirat untuk melalut dan mendodoikan Mak Cik Felda Taib Andak dan Pak Cik Tuan Warung dari Pantai Dalam, maka saya yakin projek ini akan berjaya.

Ianya akan lebih berjaya lagi jika diadakan pelancaran yang dirasmikan oleh Pak Menteri. Malah bertambah gemilang jika dicetak ribuan banting dan kain rentang untuk dipasang di seluruh negara. Dan di bawah banting-banting ini ditulis - www.heritage.com.my .
posted by jasindaily online @ 3:01 AM   0 comments
UJIAN BESAR DI PALESTIN
Bolehkah kita memaksa sekumpulan manusia agar akur kepada penaklukan orang asing dengan cara memaksa mereka kebuluran?

Ini adalah satu persoalan yang amat menarik. Ia menjadi begitu menarik sehinggakan kerajaan Israel dan Amerika Syarikat dengan kerjasama Eropah, kini cuba berganding bahu melaksanakan satu kajian saintifik yang berpadu dengan harapan dapat jawapan yang berkesan.

Makmal penyelidikan itu ialah Tebing Gaza dan bahan kajian adalah 1.25 juta rakyat Palestin yang menghuni di sana.

Untuk memenuhi standard piawaian saintifik, adalah penting untuk tahap mula menyediakan makmalnya.

Program itu telah dilakukan dengan cara ini: Pertama, Ariel Sharon telah menarik keluar perkampungan Israel yang telah lama berada di sana. Lagi pun mana mungkin untuk membuat kajian kalau masih ada ternakan yang jinak berkeliaran di makmal. Kajian itu dilakukan dengan "keazaman dan penuh prihatin", air mata mengalir laksana air, askar-askar mendakap dan memeluk peneroka yang telah diarah keluar, dan sekali lagi askar Israel ditontonkan sebagai pasukan yang paling unggul di dunia ini.

Setelah dicuci bersih makmal ujian itu, fasa seterusnya dimulakan: semua pintu masuk dan pintu keluar telah ditutup dengan rapi, untuk menentukan tidak ada sebarang pengaruh luar yang dapat menyusup masuk. Kerajaan Israel yang muncul berurutan telah disekat daripada membina pelabuhan di Gaza, dan tentera laut Israel menentukan tidak ada kapal yang mendekati pesisiran pantai. Lapangan terbang antarabangsa yang kelihatan indah selepas dibina, semasa selesai perjanjian Oslo, telah dibom dan ditutup. Keseluruhan kawasan Tebing Gaza telah ditutup dengan satu pagar besi sebagai temboknya dan hanya persimpangan jalan yang dibiarkan terbuka. Kecuali satu laluan, yang lainya semua adalah di bawah kawalan tentera Israel.

Namun masih ada satu ruang untuk menyambungkan kepada dunia luar. Ini terletak di persimpangan sempadan Rafah di Mesir. Simpang ini tidak boleh ditutup rapat, kerana ini akan mendedahkan regim Mesir sebagai sama bersekongkol dengan Israel. Mereka telah dapat selesaikan masalah itu: Mereka adakan satu majlis penyerahan persimpangan itu oleh tentera Israel kepada satu pasukan penyelia antarabangsa. Anggota kumpulan itu nampak baik-baik, mempunyai niat yang bagus, tetapi daripada segi amalannya mereka terlalu bergantung kepada tentera Israel yang mengawasi proses ulang-alik daripada sebuah kamar kawalan yang berdekatan. Pengawas antarabangsa itu menetap di sebuah kibbutz Israeli dan dapat memasuki kawasan persimpangan itu hanya dengan izin Israel.

Kemudian, segala-galanya sudah bersedia untuk penyelidikan.

Isyarat memulakan ujian itu telah diberikan sejurus orang Palestin mengadakan satu pilihan raya umum pertama secara demokratik, di bawah pemantauan sebuah pasukan yang dipimpin oleh bekas presiden Jimmy Carter. George Bush turut ghairah: wawasan beliau untuk membawa demokrasi ke Timur Tengah hampir menjadi kenyataan,

Akan tetapi rakyat Palestin telah sengaja gagalkan diri mereka dalam ujian itu. Mereka tidak memilih Arab yang baik-baik yang menjadi pengkagum Amerika Syarikat. Sebaliknya mereka telah memilih Arab yang kurang baik, yang takutkan Allah. Bush rasa terhina. Akan tetapi kerajaan Israel menjadi seronok dengan kemenangan Hamas, Amerika dan Eropah sudah bersedia untuk melaksanakan ujian tersebut. Bolehlah ia dimulakan:

Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) telah mengumumkan penahanan segala bentuk sumbangan kepada Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Authority - PA) kerana ia dianggap "sudah dikuasai oleh terroris". Pada waktu yang sama kerajaan Israel menghentikan aliran wang tunai sama sekali.

Untuk memahami kepentingan perkara ini: mengikut "Paris Protocol" (perjanjian ekonomi di bawah tajaan Perjanjian Oslo dahulu) ekonomi Palestin termaktub dalam sistem kastam Israel. Ini bererti kerajaan (Kastam) Israel memungut cukai segala barangan yang melalui pintu Israel kepada wilayah Palestin - sesungguhnya tidak ada laluan lain ke Palestin - selepas memotong komisen yang berpada. Israel perlu memulangkan wang kutipan cukai itu kepada Palestinian Authority.

Apabila kerajaan Israel enggan menyerahkan wang itu yang sebenarnya hak rakyat Palestin, ia bolehlah dikatakan satu tindakan merompak di siang hari. Tetapi apabila rompakan itu dikatakan dibuat ke atas terroris, siapa yang boleh komplen?

Palestinian Authority - yang mentadbir Tebing Barat (West Bank) dan Semenanjung Gaza - memerlukan wang seperti mereka memerlukan udara untuk bernafas. Ini pun memerlukan sedikit penerangan: Selama 19 tahun Jordan menguasai Tebing Barat dan Mesir menguasai Semenanjung Gaza, daripada 1948 hingga 1967, tidak ada satu pun kilang yang penting pernah didirikan di sana. Kerajaan Jordan mahu setiap aktiviti ekonomi dilaksanakan di negara Jordan sahaja, yakni di sebelah timur sungai dan Mesir memanglah mengabaikan semenanjung itu sama sekali.

Kemudian berlaku penaklukan Israel dan keadaan menjadi semakin buruk. Kawasan jajahan itu menjadi sebuah 'captive market' untuk industri Israel, dan kerajaan tentera Israel menyekat pembinaan sebarang perusahaan yang dianggap akan bersaing dengan perusahaan Israel.

Para pekerja Palestin terpaksa bekerja di Israel dengan gaji yang amat rendah (kalau mengikut piawaian Israel). Daripada gaji mereka kerajaan Israel memotong semua bayaran levi yang dikenakan ke atas pekerja Israel, sedangkan pekerja Palestin itu tidakpun menikmati segala kemudahan sosial daripadanya. Ini bermakna kerajaan Yahudi merompak dan menyalahgunakan tenaga pekerja yang bernilai puluhan billion dollar, yang hilang ghaib di bawah tong dana kerajaan.

Semasa Intifada dilancarkan, ketua industri dan pertanian Israel mendapati mereka boleh meneruskan perusahaan tanpa kehadiran pekerja Palestin. Malahan, lebih menguntungkan. Mereka membawa masuk para pekerja daripada Thailand, Romania dan negara miskin yang lain hingga ke hari ini, yang sanggup bekerja dengan gaji yang rendah dan keadaan hidup yang seakan-akan berada dalam zaman perhambaan. Lantas para pekerja Palestin telah kehilangan mata pencarian mereka.

Itulah tahap pertama ujian ini; Infrastruktur Palestin telah dimusnahkan, tidak ada lagi pengeluaran, tidak ada punca pekerjaan kepada kaum pekerjanya. Semua ini merupakan keadaan yang ideal untuk membuat "ujian besar untuk kebuluran".

PELAKSANAANNNYA dimulakan, seperti yang disebut tadi dengan menyekat pembayaran (gaji dan cukai)

Secara amalinya laluan antara Semenanjung Gaza dan Mesir telah pun tertutup. Sekali dalam setiap beberapa hari ataupun beberapa minggu ia akan dibuka untuk beberapa jam, sebagai menunjuk-nunjuk ataupun syarat sahaja untuk membolehkan sesiapa yang sakit dan mati ataupun nazak balik ke kampung mereka ataupun untuk pergi ke hospital di Mesir.

Persimpangan antara Semenanjung Gaza dan Israel telah ditutup "kerana keselamatan yang penting". Selalu sangat pada ketika yang tepat, "amaran tentang kemungkinan serangan terroris" diwujudkan. Hasil pertanian Palestin yang sepatutnya dieksport boleh menjadi busuk dan reput di persimpangan itu. Ubat dan bahan makanan tidak boleh dibawa masuk, kecuali pada tempoh tertentu daripada masa ke satu masa, juga sebagai syarat sahaja, apabila ada orang ternama menyuarakan protesnya. Kemudian muncul satu lagi "amaran keselamatan yang penting" dan keadaan akan menjadi semacam normal lagi.

Untuk melengkapkan gambaran, Angkatan Udara Israel telah mengebom satu-satunya janakuasa elektrik di semenanjung itu, supaya pada sebahagian siang tidak ada bekalan elektrik, ini bermakna bekalan air yang bergantung kepada janakuasa elektrik terpaksa terputus. Malahan pada hari yang paling panas, di mana suhu boleh naik melepasi 30 darjah celcius di bawah teduhan, tidak ada elektrik untuk menjana peti sejuk, pendingin udara, bekalan air dan keperluan lain.

Di Tebing Barat, sebuah kawasan yang lebih besar daripada Semenanjung Gaza (yang merupakan hanya 6 peratus wilayah jajahan Palestin, tetapi mengandungi 40 peratus penduduknya, keadaan tidaklah seburuk itu. Tetapi di Semenanjung Gaza, lebih separuh penduduk hidup di "bawah paras kemiskinan" Palestin. Kebanyakan penduduk Gaza hanya dapat mengimpikan dianggap miskin di kawasan Israel yang berdekatan bernama Sderot.

Apakah isyarat kerajaan Israel dan AS yang mahu diberitahu kepada orang Palestin? Mesejnya amat jelas: Anda akan sampai ke jurang kelaparan, dan mungkin lebih dahsyat daripada itu, selagi anda tidak menyerah kalah. Anda mesti humbankan kerajaan Hamas dan lantik calon yang diperkenan oleh Israel dan AS. Yang lebih penting lagi, anda mesti berpuashati dengan sebuah negara Palestin yang mengandungi beberapa kawasan pemisah, di mana setiap satu akan bergantung kepada ihsan Israel. Buat masa ini, pengarah kajian saintifik sedang memikirkan satu soalan yang memusykilkan mereka: bagaimana mungkin orang Palestin masih dapat bertahan? Kalau mengikut segala peraturan, mereka sepatutnya sudah lama menyerah kalah.

Sememangnya terdapat beberapa pertanda yang menggalakkan. Keadaan suasana keresahan dan kepedihan telah mencetuskan ketegangan antara Hamas dan Fatah. Di sana-sini memang berlaku perbalahan, ada yang terbunuh dan tercedera, tetapi dalam setiap kes, keadaan buruk dapat disekat sebelum ia meledak menjadi satu perang-saudara. Beribu-ribu orang tukang hasut dan talibarut Israeal memang terus membuat kacau. Berbeza dengan jangkaan, penentangan masih tidak luntur. Malahan, askar Israel yang ditangkap dahulu masih belum dibebaskan.

Salah satu alasannya yang tentu ada kaitan dengan struktur masyarakat Palestin. Keluarga besar (Hamas) memainkan peranan penting di sana. Selagi ada seorang ahli yang bekerja dalam sesebuah keluarga, keseluruhan keluarga itu dan sanak saudaranya tidak akan mati kelaparan. Tidak kiralah kalau berlaku kekurangan makanan berzat yang berleluasa. Sesiapa sahaja yang mempunyai pendapatan, mengongsinya dengan semua adik beradiknya, ibu bapa, datuk dan nenek, sepupu dan anak-anak mereka. Ini adalah stu sistem purba, tetapi amat berkesan dalam keadaan seperti itu. Nampaknya para perancang ujian itu tidak mengambil kira keupayaan ini.

Untuk mempercepatkan proses ujian, kekuatan keseluruhan tentera Israel sedang digembleng sekali lagi, mulai daripada minggu ini. Selama tiga bulan tentera darat telah menyibuk dengan Perang Lubnan Kedua. Semakin terserlah kini bahawa tentera darat yang selama 19 tahun dulu lagi telah digembleng laksana pasukan polis penjajah tidakpun berfungsi dengan baik kalau secara tiba-tiba berdepan dengan satu ketumbukan musuh yang terlatih dan lengkap bersenjata, sehingga mereka tidak mampu untuk melawan balik. Hizbullah telah menggunakan senjata anti-kereta kebal yang berbisa terhadap angkatan bersenjata Israel dan telah menghujani bumi Israel Utara dengan roket. Itu sebabnya kempen tentera Israel tidak berjaya.

Sekarang tentera darat Israel muncul semula ke medan perang yang ia amat fahami. Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza belum lagi memiliki senjata anti-kereta kebal. Dan roket Qassam hanya menyebabkan bencana yang terhad. Ini bermakan tentera Israel boleh menggunakan kereta kebalnya sekali lagi tanpa sekatan. Angkatan tentera yang satu ketika dulu semasa berada di Lubnan, takut sangat menghantar helikopter mengangkut askarnya yang tercedera, kini boleh menembak misil ke atas rumah "orang yang mereka ingini" ahli keluarga dan jiran mereka, secara mudah sahaja. Kalau pada tiga bulan dahulu hanya 100 Palestin yang terbunuh setiap bulan, kini kita menyaksikan satu peningkatan angka kematian orang Palestin dan yang tercedera.

Bagaimanakah penduduk yang disiksa dengan kelaparan, dan dinafikan perubatan dan kelengkapan untuk hospital primitifnya serta terdedah kepada serangan di darat, dari laut dan dari udara, dapat bertahan? Bolehkah ia mengalah? Apakah ia akan melutut dan meminta keampunan? Apakah ia mendapat kekuatan insani untuk terus bertahan dan menanggung ujian ini?

Dengan kata lain: Apakah dan berapa banyak lagi penderitaan yang diperlukan sebelum sesuatu penduduk menyerah kalah?

Semua pakar sains yang mengambil bahagian dalam ujian ini - Ehud Olmert dan Condoleeza Rice, Amir Perez dan Angela Merkel, Dan Halutz dan George Bush dan tidak perlu lagi kita menyebut pemenang hadiah Nobel Shimon Perez - memang taksub membelek mikroskop dan menunggukan jawapannya, yang sudah tentu akan menjadi satu sumbangan penting kepada Sains politik.
posted by jasindaily online @ 2:51 AM   0 comments
TV DENMARK MENYIARKAN KARTUN MENGHINA NABI MUHAMMAD
Wednesday, October 11, 2006
TV Denmark pada hari Jumaat menyiarkan video amatur yang menunjukkan Pemuda Parti Anti Hijrah Rakyat Denmark terlibat dalam pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad.

Video tersebut disiarkan hampir setahun selepas akhbar Denmark menyiarkan cartun yang menghina Nabi Muhammad yang menyebabkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Imej tersebut, yang dirakamkan oleh Martin Rosengaard Knudsen yang menyertai parti tersebut sejak beberapa bulan yang lalu yang cuba menunjukkan sikap golongan muda telah menunjukkan beberapa orang pemuda sedang minum, menyanyi dan melukis gambar yang menghina Nabi Muhammad.

Dalam filem tersebut, wajah para pemuda tersebut telah digelapkan. Salah satu kartun tersebut menunjukkan seseorang yang dianggap sebagai Nabi Muhammad telah dilukis sebagai seekor unta, sedang membuang air sambil meminum beer. Menurut media Denmark, pertandingan tersebut telah berlangsung pada awal bulan Ogos yang lalu.

Satu lagi kartun yang disiarkan menunjukkan seseorang yang dikatakan sebagai Nabi Muhammad sedang dikelilingi oleh botol beer dan termasuk imej bahan letupan.

Sementara itu, Ikhwanal Muslimoon telah menggesa umat Islam diseluruh dunia agar memboikot semua barangan keluaran Denmark dan mana-mana negara yang membenarkan penghinaan tersebut.

Mereka juga mengesa umat Islam agar mengadakan protes dan tunjuk perasaan mengutuk perbuatan yag menghina umat Islam dan agama Islam.

Sejak akhir-akhir ini, gerakan bukan Islam telah begitu berani menghina Islam dan Nabi Muhammad setelah mereka dapati umat Islam yang begitu ramai di seluruh dunia tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghalng mereka.

Pada bulan September tahun lalu, akhbar harian Denmark Jyllands-Posten menyiarkan 12 kartun yang menghina Nabi Muhammad dan diikuti oleh ketua padri Kristian, pope yang menghina Nabi Muhammad.

Kepada seluruh umat Islam kita ingin kemukakan soalan, sampai bila kamu mahu menjadi buih yang tidak berharga?
posted by jasindaily online @ 6:29 PM   0 comments
GERAKAN SISTEMATIK MATIKAN GERAKAN & IDEALISME MAHASISWA DI MALAYSIA
Akhir September lalu kita dihidangkan melalui laporan-laporan di media tentang pilihanraya kampus yang dijalankan serentak pada 21 September 2006 di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam negara kecuali di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dijalankan pada keesokannya.

Dato' Mustapa Mohamad, Menteri Pengajian Tinggi yang kali pertama mengendalikan pilihanraya kampus setelah mengantikan Dato' Dr. Shafie Salleh mengambarkan pilihanraya kampus kali ini sebagai pilihanraya kampus yang paling bebas dan adil.

Keputusan yang tercacat menunjukkan sebanyak 22 kampus IPTA telah dimenangi oleh kelompok yang mengelar diri mereka pro-aspirasi nama lain bagi kelompok mahasiswa yang pro-kerajaan BN-Umno.

Hanya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sahaja menunjukkan keputusan yang sebaliknya. Di UIA kelompok pelajar yang dipercayai kumpulan persatuan Islam telah memenangi pilihanraya kampus tahun ini, setelah mereka memboikot pilihanraya tersebut tahun sebelumnya kerana bantahan terhadap pilihanraya elektronik yang diperkenalkan pihak universiti.

Keputusan pilihanraya kali ini seolah-olah sekali lagi mengambarkan sokongan padu dikalangan mahasiswa dan mahasiswi negara kepada kerajaan BN-Umno, berbeza semasa zaman krisis hebat politik negara 1999 – 2001.

Sebenarnya kemenangan besar kali ini dan sapu bersih pro aspirasi BN-Umno pada tahun lalu adalah lanjutan daripada usaha penuh strategis oleh kerajaan untuk membunuh gerakan dan idealisme mahasiswa lalu dengan mudah menguasai kampus-kampus.

Realitinya kemenangan kelompok yang pro kepada pemerintah sebenarnya tidak utuh. Mahasiswa yang mengundi tiada pilihan disamping sekatan maklumat dan aktiviti kepada kelompok yang membawa aspirasi mahasiswa.

Oleh itu boleh dikatakan mereka sebenarnya tidak begitu berminat untuk menyertai mahupun mengundi pilihanraya kampus, kalau tidak kuatkuasakan kewajipan turun mengundi semnjak tahun 2003 oleh semua universiti.

Kemunduran minat dan sikap mahasiswa adalah digerakkan oleh langkah berterusan pihak kerajaan dengan kerjasama pentadbir universiti untuk mematikan idealisme mahasiswa dan gerakan pelajar yang tumbuh segar semula sekitar 1998-2001.

Nafas Baru Gerakan Pelajar

Penyingkiran Anwar Ibrahim pada September 1998 telah memulakan episod baru dunia gerakan mahasiswa ketika itu yang lesu berserta dengan menuanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) .

Tentangan terhadap akta drakonian ini yang mulanya sengit pada awal-awal pengenalannya telah membibit lemah sehinggalah mati sekitar akhir tahun 1980-an akibat tiada daya dikalangan kelompok progresif mahasiswa untuk mengerakkan kempen anti Auku. Pada ketika yang sama kealpaan wujud dikalangan mahasiswa juga pensyarah, seiring memecut pantasnya pembangunan ekonomi negara sehingga zaman emas ekonomi negara 1995-1997.

Bermula dengan kebangkitan kelompok mahasiswa Islam pada tahun 96/97 dan dilonjakkan pula dengan krisis 98 sehingga tahun 2001 semua kampus kecuali Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dimenangi oleh kelompok pro-mahasiswa dan pro-pembangkang yang bersatu.

Serentak dengan itu juga bangkit pertubuhan-pertubuhan bebas pelajar seperti Universiti Bangsar Utama (UBU), Dema, Gerakan Mahasiswa Lantang (GMLN) bersama kukuhnya kembali beberapa persatuan peringkat kebangsaan seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma).

Persatuan-persatuan terbabit bukan hanya aktif di kampus tetapi mula menyatakan sokongan dan pendirian dalam isu-isu semasa, termasuk bantahan terhadap penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) masalah kemiskinan dan polisi negara yang pincang.

Perkembangan tersebut menimbulkan rasa gelisah pentadbiran BN-Umno di bawah Dr Mahahthir. Sehingga lawatan Mahathir dan pimpinan negara ke universiti-universiti sering mendapat sambutan dingin dan kadangkala disambut dengan demonstrasi. Lebih-lebih lagi dengan sikap penakut dan lembik pentadbiran universiti yang menapis soalan-soalan kepada pemimpin kerajaan yang hadir ke universiti.

Gertakan AUKU dan Peraturan Universiti

Semenjak tahun 1999 hingga 2000 kerajaan telah mula mengertak mahasiswa dengan mengenakan tindakan kepada beberapa pelajar yang terlibat dalam gerakan mahasiswa yang diistilahkan mereka sebagai "persatuan haram".

Beberapa aktivis mahasiswa ketika itu seperti Yong Kai Peng, pengerusi Democracy Youth for Malaysia (DEMA) telah dikenakan tindakan denda RM 200, oleh mahkamah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atas dakwaan menghantar memorandum bantahan terhadap keganasan polis kepada Ketua Hakim Negara.

Perkara malang turut menimpa Ahmad Zaki Yamani, setiausaha Agung PKPIM (sekarang Exco Angkatan Muda Keadilan) yang telah dibuang oleh Institut Teknologi Mara (sekarang universiti) atas kesalahan yang tidak bersebab. Namun dipercayai kesalahan yang dilakukan termasuklah menyertai demonstrasi dan menyebarkan risalah secara haram di kampus.

Namun begitu ketakutan yang cuba diwujudkan telah tenggelam dengan gelombang reformasi. Buktinya pada pilihanraya ke 10 pihak mahasiswa telah bergerak secara bebas keseluruh negara untuk menyatakan manifesto mahasiswa mirip apa yang telah dibuat oleh gerakan mahasiswa tahun 1970-an.

Selepas daripada itu kelompok mahasiswa terus aktif menyertai demonstrasi-demonstrasi aman dalam pelbagai isu selain memperkukuh bantahan mereka kepada AUKU.

Polis dan ISA

Pada tahun 2001, berlaku penangkapan terhadap 10 aktivis reformasi dan pemimpin parti Keadilan. Persatuan-persatuan mahasiswa sekali telah bangkit dan bersatu untuk mencapai deklarasi masjid negara di perhimpunan bantahan mahasiswa pada Julai 2001 dan menubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI).

7 orang telah ditahan dalam perhimpunan itu. Mereka terus digantung oleh universiti masing-masing sehingga sekarang walaupun telah dibebaskan mahkamah pada tahun 2005. Tidak lama selepas itu berlaku pula kebakaran Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya (UM) yang menjadikan alasan kepada kerajaan untuk menahan Khairul Anuar Ahmad Zainudin (Jonah) dan Ahmad Fuad Ikhwan dibawah akta keselamtan dalam negeri (ISA).

Dalam tempoh penahan Jonah dan Fuad, lebih kurang 2 minggu bertali arus disiarkan oleh media rus perdana yang mengkritik dan menuduh beberapa persatuan sebagai persatuan subversif dan haram.

Penahan tersebut disamping mainan media arus perdana yang mengaitkan mereka sebagai pertubuhan haram telah memberikan impak yang kuat untuk menakutkan mahasiswa yang terlibat dalam persatuan mahasiswa sekaligus ibu-bapa mereka di kampung.

Pengenalan Akujanji & Pengawalan Pilihanraya Kampus

Bermula dari tahun 2002 juga Dr Mahahthir telah meminta mahasiswa dan kakitangan unversiti menandatangai akujanji agar tidak menentang dan vokal terhadap kerajaan. Ada ugutan verbal yang dilepaskan dikampus-kampus yang menyebutkan mereka yang enggan menandatangi akujanji ini akan tidak layak untuk bergraduat.

Dengan akujanji ini kerajaan sebenarnya menujukan kepada pihak mahasiswa yang simpati kepada gerakan mahasiswa dan ibu-bapa yang bimbangkan pengajian anak mereka tersekat.

Apatah lagi sebaik menerima surat tawaran universiti dan pinjaman terdapat baris-baris ingatan kepada pelajar dan ibu-bapa yang mengugut pemberhentian pelajar - pelajar yang didapati terlibat dalam aktiviti "menentang kerajaan."

Pada tahun itu juga pihak universiti secara terang-terangan mulai menyempitkan proses pilihanraya di kampus melalui undang-undang 'sekolah tadika'. Contohnya di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada ketika itu mereka mensyaratkan pelajar lelaki Islam hanya diboleh bergambar dengan songkok hitam dan tidak boleh berkopiah putih yang sering menjadi imej gerakan Islam di kampus.

Pada tahun yang sama ada universiti yang mensyaratkan itu poster calon dicetak dan sediakan oleh pihak universiti. Pernah pada tahun 2003 seorang mahasiswa di UPM yang telah menang nyaris digugurkan kemenangan kerana menggunakan gambar yang diambilnya sendiri di kedai dan tidak menggunakan gambar yang diambil oleh jurugambar universiti.

Dan pada tahun 2004 kesalahan yang sama telah menyebabkan seorang wakil pelajar yang menang pilihanraya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) digugurkan kemenanganya.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia pula , ceramah dan pidato umum pelajar hanya boleh disampaikan melayu rakaman video, disamping kekangan masa berkempen yang disingkatkan kepada 3 hari berbanding 7 hari sebelum itu untuk semua universiti.

Manakala secara perlahan-lahan tahun demi tahun mula ditambah peraturan seperti kekangan CGPA, temuramah kepada calon, ujian ucapan awam dan bahasa Inggeris kepada calon yang ingin menyertai pilihanraya kampus.

Selain itu ugutan kepada penyokong dan mereka yang aktif seperti disingkirkan untuk dapat tinggal di kolej kediaman dan kesukaran berurusan dengan pentadbiran juga mula dijalankan oleh pihak universiti.

Undi dan kerja mereka yang dilihat tidak selari dengan aspirasi BN-Umno "dihadiahkan" risiko yang memeritkan kehidupan mereka sebagai mahasiswa.

Aturan dan kekangan peraturan pelik ini telah merudumkan aktiviti dan minat mahasiswa untuk terlibat dalam persatuan mahasiswa. Dan hasilnya pada pemilihan 2003/2004 pihak kerajaan telah mula menguasai hampir kesemua universiti kecuali UM dan UIA

TNC Menjadi Ketua Memenangkan Budak-Budak Umno

Pada sesi 2004/2005 bersama juga perpindahan tampuk kekuasaan negara kepada Abdullah Ahmad Badawi bermulalah serangan secara brutal kepada kelompok pro mahasiswa dan pembangkang di kampus.

Banyak kejadian seperti pencerobohan, kekangan fizikal, kekacauan dan pengharaman persatuan dilakukan universiti-universiti awam, mengikut dari laporan yang dibuat oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) seramai lebih dari 50 orang telah dikenakan tuduhan menyalahi AUKU selepas dari pilihanraya kampus sesi 2004/2005.

Antara kesalahan yang dikenakan termasuklah membuat sidang akhbar, menulis diakhbar arus perdana dan menyertai perhimpunan menemui menteri di Parlimen untuk menuntut pilihanraya kampus yang bebas dan adil, menganjurkan pertemuan dengan pelajar tahun 1 dan membuat kajian tanpa kebenaran. Sebahagian dari kes-kes terbabit masih dalam perbicaraan.

Akhbar Siasah dan Suara Keadilan juga telah mendedahkan bagaimana penglibatan Kementerian Pengajian Tinggi, exco pendidikan Pemuda dan puteri telah mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersama Timbalan-Timbalan Naib Canselor (TNC) untuk memenangkan kelompok-kelompok penyokong Umno.

Pendedahan juga menyebutkan wang rakyat melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dipercayai digunakan untuk misi tersebut.

Terdapat juga kes mahasiswa pukul sebagaimana yang terkena kepada Zainulfakar di UM dan beberapa pencerobohan kepada bilik pelajar di UPM.

Ternyata dengan penglibatan secara terus TNC arahan kepada pegawai-pegawai Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa dan pengetua-pengetua kolej khasnya tidak dapat dibantah lagi.

Bermakna seluruh pentadbiran kolej, dan Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) digunakan untuk memenangkan kelompok aspirasi Umno. Menurut rungutan dari pihak dalam kampus menyebutkan antara tindakan dan arahan lain yang diberikan termasuklah mengarahkan fellow-fellow kolej kediaman agar mengetuk dan membuat semakan sikap pelajar di kolej kediaman terhadap pilihan mereka. Lanjutan daripada itu pihak pengetua akan membuat pertemuan khusus dengan alasan program ramah mesra untuk mempengaruhi pelajar agar mengundi calon pilihan pentadbir yang juga membawakan aspirasi kerajaan BN-Umno.

Pembunuhan Idealisme dan Semangat Universiti

Tindakan secara berperingkat ini sebenarnya telah membunuh secara perlahan-lahan sikap sensitif mahasiswa kepada masyarakat malahan dalam isu mereka sendiri.

Langkah pertama kerajaan yang menanggalkan isu luar dari perbualan dan perbincangan mahasiswa, telah menyebabkan mereka tidak peka dan tertinggal dengan perkembangan isu semasa.

Kemudianya, perlahan-lahan kekangan mula diwujudkan dalam isu mereka seperti AUKU dan peraturan pilahanraya telah melengkapkan usaha merosakkan perkembangan sihat mahasiswa.

Langkah tersebut bukan sahaja menyenangkan kerajaan untuk bertindak sesuka hati seperti menaikan harga minyak dan gas, penswastaan ambulan dan polisi lain. Malahan ianya menyebabkan kampus telah mati dan hilangnya budaya debat dan memberi pendapat di ladang ilmu yang subur seperti universiti.

Budaya mengampu dan samseng seperti kes pembulian di UPM baru-baru ini, pelajar dipukul oleh pentadbir pada tahun 2005 dan ugutan penutupan persatuan pelajar yang berdaftar menunjukkan universiti sudah semakin hampir menjadi sekolah tadika.
posted by jasindaily online @ 6:25 PM   0 comments
PAS PERLU PILIH CALON BERJENIS!
Telah diterima akal di antara sebab kekalahan teruk Pas Kelantan di dalam pilihan raya umum 2004 ialah masalah calon. Terdapat beberapa kerat calon yang diletak bertanding semula tidak berwibawa dan sudah usang dan berlumut. Walaupun sesetengahnya memenuhi aspek 'kepimpinan ulama' namun sangat lemah dari juzuk-juzuk lain, contohnya pengurusan, pentadbiran dan juga tidak mempunyai pengetahuan luas sesuai dengan zaman ini.

Kalau boleh diberikan contoh, mereka tahu sembahyang tetapi kalau disuruh ke kedai membeli gula mereka tidak tahu!

Pengundi yang kebanyakan generasi muda, atau beza usia di antara calon yang diletakkan itu sesetengahnya menjangkau sampai 35 tahun menyebabkan calon-calon "out of date" itu tidak popular. Mereka tidak digerami untuk dipangkah kerana masalah tadi. Walhasil kerana kesilapan itu menyebabkan Pas hampir-hampir kehilangan kerajaan.

Hakikat ini dapat dilihat dengan jelas. Antara 20 kerusi yang dimenangi oleh Umno itu ialah sesetengahnya diwakili oleh calon-calon yang lapuk dan sudah tua tadi, yang tidak memenuhi naluri dan kehendak semasa para pengundi. Mereka ditolak jelas bukan kerana Pas, tetapi kerana kelemahan diri mereka (calon) sendiri.

Sekadar menyebut beberapa calon (maaf), seperti Abdullah Abd Razak (DUN Gual Periok), Shaari Awang (Jelawat) Hussein Ibrahim (Bukit Tuku), Ramli Abu Bakar (Wakaf Baru) Wan Hussein Wan Ahmad (Pengkalan Kubur), Wan Othman Wan Yusuf (Tendung) dan Hussein Awang (Semerak) mereka adalah calon yang sudah tua dan lama, dan sudah pun pernah menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing sekurang-kurang sepenggal.

Jika ditilik mereka ini tidak mempunyai apa-apa kebolehan dan keistimewaan untuk dicalonkan sebagai bakal wakil rakyat. Boleh dikatakan pemilihan mereka dibuat berdasarkan atas sifat setia kepada parti dan lama berjuang di dalam parti, ataupun kerana tidak ada calon pilihan lain. Namun dari segi kebolehan, kelayakan sebagai pemimpin masyarakat setempat di era globalisasi mereka tidak layak.

Jadi kerana kelemahan-kelemahan yang mereka miliki itulah, maka mereka telah dibuang oleh pengundi yang kebanyakannya jauh lebih muda, berpendidikan daripada mereka sendiri. Penolakan calon ini menjelaskan bahawa, apa yang diguna pakai Pas selama ini, bahawa orang yang setia kepada parti semata-mata tanpa mempunyai apa aset peribadi tidak boleh diguna lagi.

Justeru itu kali ini, dalam menyenaraikan calon-calon pada pilihan raya umum akan datang, Pas Kelantan harus mengelakkan memilih mereka yang berjenis demikian. Formula yang dipakai pada pilihan raya lalu atau amalan sebelum ini perlulah disemak semula.

Mungkin sudah sampai bagi Pas menyedari bahawa calon-calon yang dianggap sebagai orang parti, orang kita, ataupun yang hanya tidak pernah letak kupiah, namun tidak mempunyai apa-apa merit tidak sesuai lagi untuk dicalonkan sebagai calon Pas.

Pas tidak boleh bertolak ansur di dalam memilih calon-calonnya kali ini. Pas harus tegas dan berpandangan jauh dan menyelami hati serta kehendak para pengundi. Calon-calon yang mungkin baik bagi Pas atas sifat-sifat tadi, mungkin sudah tidak relevan kepada pengundi. Pas kena sedari selera pengundi waktu ini jauh berbeza dengan apa yang dialami Pas beberapa dekad lalu. Lebih penting mengambil iktibar di atas apa yang berlaku pada pilihan raya lalu.

Ada beberapa ciri-ciri yang perlu diberi perhatian oleh Pas ketika memilih bakal-bakal calonnya.

1.Mereka yang bersih tidak terlibat dengan sebarang skandal, baik perniagaan, perempuan, penipuan dan sebagainya.
2.Ikhlas, jujur, setia dan sabar di dalam perjuangan serta sanggup berkorban.
3.Mempunyai ciri-ciri profesional, ada bakat selaku pemimpin serta berpengetahuan sekurang-kurang dalam aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi.
4.Mereka juga biarlah berkemampuan, mempunyai wang, dikenali oleh masyarakat setempat atau mempunyai konteks yang luas.
5. Mempunyai asas agama yang kukuh dan menghayati perjuangan parti – Pas sebagai parti Islam.


Itulah di antara ciri-ciri utama yang penting mereka yang layak dipilih menjadi bakal calon Pas.

Saya yakin sekiranya Pas dapat menyediakan barisan calon yang mempunyai sifat-sifat dan memenuhi keperluan di atas tadi, Pas tidak mudah akan ditolak pada pilihan raya akan datang. Realiti hari ini bahawa pengundi berusia di antara 21 tahun hingga 45 tahun, yang lahir tahun 1960 – 1983 begitu besar jumlah ini. Pengundi dalam lingkungan ini boleh dikatakan mereka yang celik huruf dan sudah tahu menilai sendiri.

Pola pemilihan di kalangan pengundi muda pula di mana mereka lebih cenderung menilai batang tubuh calon daripada parti juga perlu diambil kira oleh Pas dalam memilih calonnya. Pengundi muda hari ini tidak sangat taksub kepada parti di dalam membuat pemilihan sebaliknya mereka menilai kepada personaliti calon.

Umumkan calon awal

Seperkara lagi bila sebut perihal calon dan pilihan raya ini, Pas jangan mengenal pasti calon-calonnya pada saat-saat akhir. Pas perlu mengenali ataupun kalau perlu menamakan calon-calonnya awal-awal lagi. Misalnya, mereka boleh dipilih di kalangan Penyelia DUN yang dilantik waktu ini.

Mana-mana penyelia menunjukkan prestasi baik dalam menjaga kawasan, hemah bergaul dengan rakyat, Pas sudah boleh berikan mereka borang calon untuk di teliti! Ataupun mana-mana tokoh dan pemimpin tempatan yang mempunyai pengaruh, mempunyai kekuatan ekonomi dan bersih, juga sudah boleh dikenal pasti dan dinamakan sebagai bakal calon.

Tujuannya kenapa perlu berbuat begitu ialah untuk mengelak perebutan menjadi calon. Dan bagi mereka yang dikenal pasti itu pula sudah tentu akan meningkatkan usaha dan kerja mereka ke arah pilihan raya. Dalam pada itu, sekiranya mereka tidak mampu menyerlah, maka eloklah mereka diganti awal-awal lagi untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.

Dan kalau boleh dielakkan, Pas janganlah mencalonkan lagi mana-mana wakil rakyat yang sudah lebih daripada tiga penggal memenangi pilihan raya, kecuali terpaksa atas muslahat tertentu!
posted by jasindaily online @ 6:21 PM   0 comments
ADUN SELANGOR MAJU KEBAL?
Roslan SMS dalam blognya sekali mendedahkan perangai buruk para pemimpin UMNO. Kali ini Zakaria Md.Deros [ADIN Pelabuhan Kelang] didedahkan Pembina sebuah banglo yang menjadi tempat kediamannya dengan kos sebanyak RM5 juta.

Bayangkan, duit sebanyak itu datang daripada mana, kalau tidak melakukan amalan rasuah dan menyalahguna kedudukannya sebagai wakil rakyat,masakan berkampuan membina banglo semahal itu. Hendak harapkan pendapatan dan lain-lain elaun sebagai wakil rakyat, sampai kiamat pun beliau tidak berkampuan. Sila baca tulisan saudara Roslan seterusnya:

Kemampuan luar biasa beliau, Zakaria Md Deros (selaku ADUN Pelabuhan Kelang) untuk membina sebuah banglo mega di Pandamaran pernah dibangkitkan oleh pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, namun ditolak mentah-mentah oleh Speaker. Kata Ketua Pembangkang DUN Selangor (yang kini digantung oleh DUN berkenaan) Teng Chang Khim, beliau percaya banglo atau Istana itu menelan belanja sekurang-kurangnay RM5 juta!

Teng telah pun mengirim surat aduan resmi ke Badan Pencagah Rasuah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri berkenaan kemampuan Zakaria yang dipertikaikan itu.

Hari ini dalam akhbar THE STAR Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kelang MPK menyatakan bahawa Zakaria masih belum menyerahkan permohanan dan pelan bagi pembinaan banglo tersebut sebagaimana disyaratakan oleh undang-undang kecil majlis.

Tajuk berita berkenaan berbunyi:

Council: Rep wont listen
(Wakil enggan dengar: Majlis)

Menurut laporan itu Zakaria yang juga ahli majlis MPK telah berkali-kali dinasihatkan oleh pihak majlis untuk menyerahkan permohonannnya tetapi sehingga kini masih belum berbuat demikian sedangkan pembinaan banglo tersebut telah dimulakan sejak awal tahun ini.

Yang pertama mana mungkin seorang ADUN mampu untuk membina sebuah banglo bertaraf istana bernilai RM5juta?

Yang kedua, mengapa beliau selaku ADUN dan ahli majlis dibiarkan sahaja membina istananya sedangkan peraturan MPK tidak dipatuhi?

Saya percaya jika dalam kes rakyat kebanyakkan jangankan membina sebuah mahligai sedemikian rupa, nak bina penambahan sikit di dapur atau di hadapan rumah, jika tidak memperolehi kelulusan majlis, pasti pihak penguatkuasa akan dating berlari-lari mengeluarkan saman, menyita dan ada yang terus dirobohkan sahaja.

Sejak bila SELANGOR MAJU memberikan kekebalan kepada ADUN dan ahli majlisnya?

Ramai iblis dan syaitan yang ada dalam UMNO seperti yang ditunjukkan oleh Zakaria ini. Mereka semuanya adalah polong dan pelesit yang tahu mencekik dan menghisap serta keringat rakyat dengan mempergunakan kedudukan untuk membuncitkan perut masing-masing dan dibiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan. Pemimpin jenis apa Zakaria Md. Deros ini, di samping sikap panas baran, suka berkelahi dan berkelakuan seperti kaki samseng.

Nawaitu mereka [sebahagian besar pemimpin UMNO] ialah untuk melakukan rasuah dan mengutip komisen sebanyak mungkin selagi UMNO haprak ini diberi peluang memerintah oleh rakyat yang buta dan pekak serta bahlol untuk membuat penilaian yang benar terhadap kepimpinan dalam UMNO. Padan muka seluruh penduduk kawasan Pelabuhan Kelang khususnya yang memberi undi kepada iblis ini untuk merompak kekayaan milik anda semua.

Seluruh pengundi Pelabuhan Kelang, bermuhasabahlah, apa yang kamu semua dapat memenangkan si iblis ini dan UMNO amnya?

posted by jasindaily online @ 6:20 PM   0 comments
SITUASI PALING MEMALUKAN BAGI UM
Monday, October 09, 2006
Universiti Malaya, universiti tertua dan berprestij di negara ini suatu masa dulu. Tetapi kini, ia sedang menghadapi situasi yang memalukan.

Pertama, usaha universiti tersebut bagi berada dalam 200 buah universiti yang terulung di dunia mengikut The Times Higher Education Supplement (THES) World University Rankings 2006, tidak kesampaian. Sebaliknya, ia jatuh lagi 23 tangga ke bawah ke tempat ke-192 daripada kedudukan ke-169 dan daripada tangga ke-89 dalam tahun 2004.

Penyenaraian THES ialah satu-satunya senarai di mana Universiti Malaya berada. Tiada satu universiti dari Malaysia berada dalam senarai Newsweek's 100 Best Universities, Shanghai Jian Tong Universities' 500 Top Universities atau Webometrics Rank (WR) of 3,000 Premier Universities.

Jika Universiti Malaya tidak mampu berpaut di kedudukan yang sedia ada dalam senarai THES di masa akan datang, ia tidak lagi akan menjadi antara universiti yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Keduanya, Universiti Malaya telah kalah dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang mencapai kejayaan yang memberansangkan termasuk dalam liga THES 200 universiti terbaik dunia, di kedudukan ke-185, melompat 104 tempat ke atas daripada kedudukan yang ke-289 tahun lalu.

Syabas kepada UKM tetapi memalukan bagi UM, kerana ia menandakan gugurnya kedudukannya sebagai universiti terulung negara selepas sambutan ulangtahunnya ke-30, tahun lepas.

Baru tahun lepas, ketika sambutan ulangtahun UM, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencabar UM bagi meningkatkan kedudukannya daripada 89 kepada 50 universiti teratas dalam senarai THES pada tahun 2020.

Setelah tiga tahun lamanya, Perdana Menteri menyeru kepada revolusi pelajaran bagi membolehkan pelajaran di Malaysia mencapai taraf dunia dan menjadikan negara pusat kecemerlangan serantau dalam pelajaran, pentadbiran masih tidak menampakkan keazaman politik (political will) bagi melaksanakannya. Tiada usaha membebaskan universiti-universiti daripada budaya 'mediocre' dan bebaskan pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar mengejar kecemerlangan akademik dan idealisme siswa.

Universiti-universiti Malaysia patut meletakkan kecemerlangan akademik paling utama dan tidak berkompromi dengan perkara yang bukan akademik
posted by jasindaily online @ 4:51 PM   0 comments
PRESIDEN PAS KESAL NEGARA TIADA UNDANG-UNDANG MURTAD
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kesal dengan sikap pimpinan kerajaan yang tidak bertanggungjawab mempertahankan kesucian agama Islam tanpa mengadakan undang-undang murtad ke atas umat Islam.

Menurut beliau, kerajaan BN yang mempromosi Islam Hadhari seolah-olah takut membuat satu undang-undang yang menghalang orang Islam murtad.

Beliau berkata, PAS telah berperanan besar dengan menghantar memorandum kepada kerajaan menjelang kemerdekaan supaya menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

"Malangnya agama Islam ini telah ditafsir oleh Umno dengan fikiran dan ternyata merosakkan kesucian agama ini," katanya dalam ceramah memperingati Badar Al-Kubra dan Al-Quds pada hari Sabtu, 7 Oktober di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar di sini.

Sebelum itu, beliau turut menghadiri jamuan berbuka puasa di dataran Markas Tarbiyah. Turut hadir Naib Presiden, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar; Bendahari, Dr Hatta Mohd Ramli; Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub; Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Ketua Penerangan, Ustaz Ahmad Awang; AJK PAS Pusat, Ustaz Hassan Syukri dan Subky Latif.

Ustaz Abdul Hadi berkata, hari ini senjata umat Islam telah memakan diri sendiri sedikit demi sedikit kerana mereka telah diberi kemewahaan kebendaan.

"Ramai orang yang bodoh telah menjadi murtad sebaliknya golongan bukan Islam yang mengkaji agama Islam telah memeluk agama suci ini," katanya.

Selain itu dalam sesi tazkirah solat tarawih, beliau mengingatkan para jemaah bahawa puasa merupakan latihan untuk menjadikan seseorang itu bertakwa.

Katanya, orang yang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk oleh itu jika pada bulan Ramadan orang yang berpuasa tidak membaca al-Quran maknanya puasanya itu tidak bermanfaat.

Beliau berkata dengan sebab takwa manusia boleh meninggalkan perbuatan riba dan antara tanda-tanda orang bertakwa, mereka berani melaksanakan undang-undang qisas serta mencegah kemungkaran.

Katanya, jika puasa, tetapi menolak syariat Allah ia bermakna puasa seseorang itu tidak melahirkan ketakwaan.

Menurut beliau, antara tanda-tanda orang yang bertakwa, mereka sanggup bekerja kerana Islam, banyak bersabar dalam menghadapi segala kesusahan dan cabaran serta boleh menguasai fikiran ketika marah.
posted by jasindaily online @ 4:49 PM   0 comments
AKULAH PRESIDEN DAN PM MAHA BERKUASA
Tulisan saudara Abd. Zarin bin Mohd Yasin yang lebih dikenali sebagai Sang Kelembai sangat menarik bagi pemerhati perkembangan politik tempatan. Disebabkan tulisanannya itu yang sering mengkritik style Abdullah Ahmad Badawi mengurus negara, maka baru-baru ini beliau telah dipecat daripada menjadi ahli UMNO. Tulisan terbarunya yang disiaran pada 2 Oktober 2006 cukup menarik untuk kita menikmati bersama. Ikuti tulisan beliau selengkapnya :

TINDAKAN MENGHALAL CARA

Ada orang menzahirkan damai abadinya untuk mencari Al-Ghazali dan Al Shafie tetapi persoalannya tahukah orang itu siapa dia Al Ghazali dan Al Shafie. Kalau kedua itu dicari sudah pasti pembaca sajak tersebut selepas membaca sajak itu akan terus berhenti atau meletakan dari jawatannya. Al Ghazali pernah dilantik menjdi Mufti dan kemudian meletakan jawatan tersebut dan memilih untuk berkelana dengan perjuangan dakwah islamiah, begitu juga Al Shafie yang mahu hendak diangkat menjadi Kadhi di zaman Raja Harun Al Rashid tetapi menolaknya.

Dan jika dia mencari Al Ghazali sudah pasti dia akan bertemu, mereka yang tergolong dalam golongan ulama yang memenuhi kriteria Imam Al Ghazali; "orang yang tahu dirinya adalah tahu (rojulun yadri wa yadri annahu yadri fa dzalika'alimun) jika sebaliknya kalau ada "orang yang tahu tetapi tidak tahu kalau dirinya tahu, maka termasuk golongan tertidur" (rojulon yadri wa la yadri annahu yadri fa dzalika naimun).

Nama asalnya hanya Abdullah Bin Hj Ahmad, tetapi selepas tewas bertanding bagi jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia sungguhpun pada ketika itu beliau adalah seorang Setiausaha Parlimen, Abdullah Hj Ahmad telah memberi alasan kekalahannya adalah kekeliruan kerana terdapat dua nama yang serupa. Memang benar ada dua nama serupa, satu adalah dirinya dan seorang lagi yang pernah merengkok ditahan dibawah ISA. Oleh kerana itu ditambahkan perkataan "Badawi" yang digunakan oleh ayahnya.

Mengikut catatan jejak - jejak pejuang yang ditulis oleh Abd Samad Idris (Allahyarham Tan Sri) nama Badawi itu diberi kepada Hj Ahmad oleh masyarakat kampungnya mengambil sempena salah seorang daripada empat orang ulama (qutub empat) di Mesir. Sungguh pun Hj Ahmad Bin Abdullah Fahim lahir di Mekah Mukarramah tetapi gelaran itu diperolehi dikampungnya dan tidak seperti kebiasaan para pemuda Melayu yang belajar agamanya di Timor Tengah akan menambah dihujung namanya bagi tujuan mengenal asal usulnya seperti Al Banjari, Al Patani.

Hj Abdullah Fahim seorang ahli falak yang terkenal dan pernah menjadi Mufti di Pulau Pinang dan bila Sardon Jubir sengaja bertanyakan kepadanya tarikh yang sesuai bagi kemerdekaan Tanah Melayu, beliau telah memberikan tarikh 31hb Ogos 1957 berdasarkan angka ganjil seperti mana tarikh-tarikh kemerdekaan Indonesia dan India pada 17 dan 15 Ogos. Kononnya tarikh itu menentukan kecemerlangan. Sebaliknya negeri - negeri itu, kalau diukur kecemerlangan Islamnya, contoh Indonesia, sehingga hari ini walau majoriti penduduknya atau rakyatnya Islam tetapi tidak meletakan Islam sebagai Agama Rasmi dalam Perlembagaan, India yang dahulu negeri keagungan dan dikuasai Islam, terpaksa dipecahkan menjadi Pakistan Timor (Bangladesh) dan Barat dan India hari ini dikuasainya sepenuhnya oleh Hindu. Malaysia walau sudah hampir 50 tahun, agama Islam tidak menjadi satu agama yang tenteram kerana dipenuhi dengan bermacam-macam dugaan dan yang terbaharu, beberapa pihak sudah berani mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi dengan menyentuh artikel 11. dalam perlembagaan.

Masalah kedudukan Islam terus tercabar dibawah pemerintahan seorang yang berketurunan "Ariffbillah" (meminjam gelaran yang di beri oleh Muhamad Bin Muhamad Taib - Ketua Penerangan UMNO kepada Hj Abdullah Hj Ahmad ). Dan hari ini Malaysia samalah saperti yang dikatakan oleh Dr Abdul Qadir Audah seperti berikut:

"Para pembesar (Perdana Menteri), yang menganut agama Islam, baik di Timur maupun di Barat, mereka telah merasai lazatnya berkuasa, hingga mereka diserang oleh penyakit "takut" hilangnya kekuasan itu, dan mereka diperbudak oleh perasaan yang amat kuat untuk tetap di atas kekuasaan. Mereka akan dan telah mengorbankan segala mungkin untuk melindungi kekuasan itu, mereka korbankan kehormatan diri mereka, kehormatan tanah air mereka, kebesaran diri dan kebesaran negeri mereka, dan sehingga hendak mereka korbankan Islam agar mereka dapat menggembiran hati musuh Allah dan musuh-musuh Islam"

Setiap orang Islam pasti tahu mengenai Perang Badar, Islam yang minoriti dapat mengalahkan golongan kafir Quraisy yang lebih besar jumlahnya. Dan waktu kebanggaan itu dirasai oleh orang Islam, Nabi saw langsung mengatakan " Kita pulang dari jihad kecil menuju jihad yang besar" Ada yang bertanya, "Apa jihad besar itu wahai Rasulullah?" Dijawab, "Ialah memerangi hawa nafsu",.

Manusia sudah dikenali seperti serigala dari manusia. Mereka selalu ingin menerkam orang lain, agar dapat dijadikan sebagai mangsanya, Kalau hawa nafsu sudah menguasai dirinya, maka ia akan menjadikan sesaorang itu lupa daratan seperti Abdullah Hj Ahmad yang buta kepada pencarian Al-Ghazali dan Al Shafie.

Kewujudan Firaun adalah kerana rakyatnya yang tidak mahu mengatakan "tidak" telah disebutkan dalam Al-Quran. Ketika dirinya mulai berkuasa, maka segala daya upaya diperlukan, demi kelestarian kedudukannya itu, bahkan sehingga sesat lantas mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Hari ini Majlis Tertinggi UMNO sedang membentuk firaun baru dengan sokongan 3 juta ahli UMNO. Firaun baru ini dikenali sebagai Firaun Hadhari, yang sombong mengucapkan "Akulah Perdana Menteri" .

Ucapan ini mungkin membawa erti "Aku orang yang berkuasa penuh dan barang siapa menentang aku, akan aku sumbatkan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri atau jika dia adalah Ahli UMNO yang mengkritik aku, aku singkirkan dia atas nama musyuwarah kerana kesemua ahli syura berada dalam cengkaman aku, aku hanya perlu tanya setuju atau tidak setuju , tidak perlu aku minta pendapat seorang demi seorang atau bertanya pendapat lain".

Kini kepimpinan sudah berubah arah. Kalau dahulu sokongan diberi kerana kepercayaan akan keikhlasan memikul tanggung jawab, hari ini mungkin berubah menjadi kepentingan yang hadir untuk memperkayakan kaum kerabatnya. Dalam menentukan, memilih pimpinan atau memberi jawatan, Islam tidak mengenal "Family System, teman, sahabat dan keturunan. Kemampuanlah (ability) yang menjadi kriteria, ukuran kemampuan, bukan kerana membodek, atau kesetiaan dan sokongan tanpa batas.

Umar bin Khattab berkata dengan tegas terhadap anaknya (menantu pun kira anak juga -sk) Abdullah Bin Omar, "Barangsiapa yang mengangkat sesorang untuk satu jabatan yang mengurus kaum Muslimin maka "diangkatnya orang kesayanganya" atau hubungan karib kerabatnya antara keduanya, maka dia telah berkhianat kepada Alllah dan Rasulnya dan kepada semua kaum Musliman.

Pendapat Umar mempunyai alasan - alasan bernas. Menjadi Perdana Menteri atau ketua Parti bukan bererti memberi kuasa untuk beliau melantik sesiapa sahaja yang mahu diberi pangkat dan jawatan. Pangkat dan jawatan memerlukan seseorang yang amanah dan sanggup memikul tanggung jawab yang besar dan ini bukan boleh diwariskan sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja.Dan Rasullah saw juga telah memperakui kenyataan dengan Umar itu (Man waliya min amril muslimiina fa walla wa huma ya jidu man huwa ashlahu lil muslimiina minhu, fa qad khaana allaaha wa rasulahu-h.r.Muslim)

Perhatikan siapa Abdullah Hj Ahmad lantik dalam jemaah Menterinya. Sebilangan sahabat karibnya dalam perjuangan untuk menumbangkan Mahathir Mohamad dahulu dan antaranya adalah seorang yang berkelulusan undang-undang yang bersama menyiapkan kertas "summon" UMNO ke Mahkamah. sehingga UMNO diharamkan. Lihat bagaimana dia terpaksa mengambil semula Tengku Adnan Mansor menjadi Menteri kerana hendak masukan seorang lagi jadi Menteri, kerana orang ini sahabat karib isterinya. Begitu juga, seorang yang tidak berpengalaman mentadbir kerajaan hanya tokoh korporat dilantik menjadi Menteri Besar kerana dia ada hubungan dengan menantunya.

Dan kerana itulah Dr Abdul Qadir Audah telah menyindir pemimpin Islam seperti Abdullah Hj Ahmad yang disanjung oleh setengah orang yang buta ilmu di mana setelah kehidupan dunia tercapai, maka tidaklah dia peduli, apakah dirinya akan merugikan Islam atau tidak.

Katanya. "Mereka meninggikan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Islam. Mereka mencintai mereka itu supaya gembira musuh-musuh Islam atau musuh-musuh Allah , dan mereka terus menerus berlaku demikian. Mereka berbuat demikian bukan kerana terpaksa yang dibolehkan oleh Islam, akan tetapi kerana betul-betul cinta, jujur dan kerana mengharapkan manafaat dari musuh-musuh Allah itu sekali pun merbahaya terhadap Islam dan kaum Muslimin. Semua itu mereka (kemungkinan Abdullah Ahmad) lakukan untuk melindungi kerusi pemerintahan dan kekuasaan dan segala sesuatu yang mereka perolehi dari menduduki kerusi itu. Agaknya mereka tidak mengerti tentang hukum-hukum Islam, dan kerana menghormati dan mengharap dari musuh-musuh Allah, itulah yang membinasakan diri mereka kerana perbuatan demikan, dan itu mereka nyatakan dengan lisan dan mereka selalu berpegang terus apabila dan di mana saja"

Sang Kelembai: Abdullah Ahmad perlulah dinasihatkan supaya masuk balik ke sekolah pondok jika nak tafsir apa pengertian tindakan menghalalkan cara. Satu contoh tindakan menghalalkan cara ialah dahulu kata apa-apa keputusan Lembaga Disiplin UMNO, Majlis Tertinggi tidak akan mengubahnya tetapi apa yang berlaku pada petang khamis 29hb September 2006 yang dicadang lain yang diputuskan lain. Itu sebenarnya "Tindakan menghalalkan Cara". Inilah yang akan menyebabkan beliau jatuh dan dituduh cenderung bersifat "Munafik".
posted by jasindaily online @ 4:45 PM   0 comments
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com