DEMI MASA |
|
|
ZAKARIA TIDAK LAYAK JADI AHLI MPK DAN ADUN |
Monday, October 30, 2006 |
Sultan Selangor pada hari ini telah mengarahkan ADUN Kelang Datuk Zakaria Md Deros untuk meletakkan jawatannya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kelang.
Ini telah diikuti dengan kata dua oleh Mentri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo bahawa Zakaria akan dikeluarkan daripada barisan ahli majlis jika dia tidak meletakkan jawatannya sehingga 8 November nanti.
Zakaria ialah salah seorang daripada DEB-putra yang telah menjadi kaya-raya di bawah Dasar Ekonomi Baru sementara orang Melayu biasa masih miskin.
Insiden ini juga menunjukkan kelemahan kepimpinan negara yang menanti Sultan Selangor campurtangan untuk menghentikan salahguna kuasa dan penggunaan kuasa yang keterlaluan oleh Zakaria.
Amat memalukan bagi Mentri Besar Selangor Mohd Khir Toyo, yang sepatutnya membetulkan Zakaria dan tidak menunggu sehingga Sultan Selangor bertindak. Begitu juga, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia yang tidak mengambil tindakan terhadap Zakaria di atas kesalahan dan skandal-skandal yang dilakukan.
Arahan kepada Zakaria untuk meletakkan jawatan sebagai ahli majlis Kelang sewajarnya dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Mentri Besar Selangor tanpa melibatkan Sultan Selangor. Perkara tersebut hanya mempamerkan kelemahan kepimpinan yang ada.
Jika sekiranya Zakaria tidak layak menjadi ahli majlis Kelang dan perlu melepaskannya atas arahan Sultan Selangor, bagaimana mungkin Zakaria layak meneruskan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Selangor.
Namun, siapa yang akan mengarahkan Zakaria untuk meletakkan jawatannya sebagai ADUN Pelabuhan Kelang, supaya pilihan raya kecil dapat diadakan bagi memilih ADUN yang baru - adakah arahan tersebut akan datang dari Mentri Besar Selangor atau Perdana Menteri? |
posted by jasindaily online @ 7:23 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|