DEMI MASA |
|
|
UMNO: KAUM JAHILLIYYAH QURAISH MODEN |
Thursday, September 28, 2006 |
Kedatangan Ramadhan al-Mubarak pada setiap tahun bukan sekadar untuk menjadi kaffarah ke atas dosa dan ketelanjuran manusia serta janji keampunan dosa-dosa yang terdahulu bagi mereka yang menunaikannya dengan iman dan muhasabah, bahkan mengajar manusia yang akalnya terletak di otaknya, bukan di perutnya.
Ramadhan juga mengajar kita untuk memikirkan dengan insaf dan tawadduk tentang apa yang berlaku di dalam peristiwa-peristiwa besar Islam yang telah ditentukan oleh Pencipta Alam Semesta ini, iaitu ALLAHU SUBHANAHU WA TA'ALA.
Justeru itu, bagi pendokong Harakah Islamiyyah, sepatutnya menjadi manusia-manusia yang mendahului dalam usaha memahami dan menghayati peristiwa-peristiwa tersebut. Antara peristiwa-peristiwa tersebut ialah Peperangan Badar al-Kubra.
Peperangan Badar al-Kubra
Pada tahun kedua hijrah, semasa Rasulullah s.a.w. di bumi al-Madinah al-Munawwarah, baginda s.a.w. mendapat berita tentang rombongan dagangan Quraish yang dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb dalam perjalanan pulang dari Syam membawa barangan dagangan yang banyak. Lalu Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabat keluar dari Madinah untuk memintas rombongan dagangan tersebut sebagai balasan terhadap harta benda orang-orang Islam yang dirampas di Mekah. Ini akan membawa kepada perolehan rampasan yang besar serta mendapat kemenangan yang besar daripada segi ketenteraan, politik dan ekonomi, serta menjadi satu tamparan hebat kepada masyarakat Quraish.
Apabila Abu Sufyan mendapat berita kemaraan bala-tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w., beliau telah mengambil tindakan segera dengan mengubah haluan rombongan dagangannya dan menghantar berita kepada pembesar-pembesar Quraish untuk mempertahankan mereka. Perkara tersebut akhirnya membawa kepada suatu peperangan yang tidak dijangka-jangka oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang berjumlah hanya lebih kurang 300 orang sahaja, serta serba serbi kekurangan dari segi kelengkapan persenjataan dan kenderaan untuk berhadapan dengan bala tentera jahiliyyah, yang jumlahnya hampir 1000 orang serta dengan kelengkapan yang hebat pada pagi hari Jumaat 17 Ramadhan tahun Kedua Hijrah.
Pada saat-saat yang genting itu, para sahabat beramai-ramai menyatakan taat setia kepada Rasulullah s.a.w. untuk berhadapan dengan bala tentera Quraish, walaupun terpaksa bermandikan air mata dan darah demi mempertahankan agama ALLAH.
Di Antaranya ialah ucapan pemimpin Ansar, iaitu Saad bin Muaz yang berbunyi seperti berikut:
"Demi sesungguhnya kami telah beriman kepadamu , percaya kepadamu, kami bersaksi bahawa apa-apa yang kamu datangkan kepada kami itulah yang benar, dan kami berikan atas dasar itu janji-janji dan ikatan kesetiaan. Kami bersedia mendengar dan taat kepadamu. Maka teruskanlah wahai Rasulullah kepada apa sahaja yang engkau kehendaki.
Maka demi Tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran, kalau sekiranya kamu bentangkan kepada kami laut yang luas lalu engkau mengharunginya, nescaya kami akan mengharunginya bersama-mu, tiada seorang pun antara kami yang akan mundur ke belakang dan tidaklah kami merasa benci apabila engkau bertemu musuh dan kami akan bersama-mu besok.
Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sabar di medan perang, benar mengotakan apa yang kami katakan sekiranya bertempur dengan musuh dan mudah-mudahan ALLAH membuktikan kepadamu daripada kami, apa yang memuaskan hati kamu dengan melihat sendiri apa yang kami lakukan.Marilah kita teruskan perjalanan, mudah-mudahan ALLAH memberkati kita."
Ketika bala tentera ALLAH berhadapan dengan bala-tentera jahiliyyah, Rasulullah s.a.w. menadah tangan ke langit sehingga jatuh kain selindangnya bermunajat dan berdoa memohon pertolongan ALLAH bagi kemenangan Islam dalam peperangan yang tidak seimbang antara kedua belah pihak itu. Baginda berdoa :"Ya ALLAH, Ya Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah engkau janjikan kepadaku. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya ALLAH,Ya Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan yang kecil ini, nescaya Engkau tidak akan lagi disembah di bumi ini selepas ini."???
Maka bertembunglah di pagi Jumaat 17 Ramadhan antara bala tentera ALLAH di bawah kepimpinan Rasulullah s.a.w. dengan bala tentera jahiliyyah dibawah kepimpinan Abu Jahal, yang membawa kepada kemenangan di pihak bala tentera ALLAH dengan berjaya menawan beberapa orang tawanan daripada pihak musuh dan mendapat ghanimah yang besar. Perlu juga diingatkan bahawa sejarah telah membuktikan bahawa kemenangan perjuangan Islam banyak dizahirkan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kemenangan dalam peperangan Badar, peperangan Tabuk, pembukaan Kota Mekah, penaklukan Andalusia dan kekalahan tentera Tartar kepada tentera Islam di Baghdad? adalah berlaku dalam bulan Ramadhan.
Saya mengambil scenario peperangan Badar al-Kubra ini untuk memperjelaskan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan yang menentang kezaliman dan golongan yang mahu menegakkan kebenaran yang di bawa oleh Islam bahawa UMNO yang kita tentang selama ini adalah merupakan 'kaum Jahilliyyah Quarish Moden' yang menjadi kewajipan setiap Muslim dan rakyat Malaysia amnya menentangnya dengan pelbagai cara yang dihalalkan oleh undang-undang Negara.
Melihatkan kepada perkembangan terkini terhadap pertembungan politik dalaman UMNO di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri, merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga merangkap Menteri Kewangan, telah mendedahkan kepada kita bahawa banyak penyelewengan, menyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan, pembohongan dengan memutar-belitkan fakta untuk mengelirukan rakyat dan yang dashatnya para pemimpin UMNO tergamak melakukan pecah amanah yang rakyat berikan dalam setiap kali pilihan raya yang diadakan.
Krisis tersebut menunjukkan kepada rakyat [yang mahu berfikir] bahawa Negara ini telah disalah urus dan ditadbirkan tidak mengikut Perlembagaan dan lebih kepada memenuhi impian gila pemimpin[kehendak PM yang menjadi Ketua Eksekutif]. Pembahagian kekayaan Negara di kalangan rakyat tidak sama rata dan tidak adil, membolot dan memfaraidkan harta Negara [harta rakyat] di kalangan suku-sakat para pemimpin UMNO sahaja dengan membiarkan sebahagian besar rakyat [berlainan parti dan fahaman serta yang tidak berparti] terkontang-kontang kekal ?dalam kemiskinan.
Pentadbiran Negara diuruskan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad yang mementingkan keuntungan dalam berbagai sector kehidupan rakyat. Kerajaan pimpinan UMNO mengabaikan tanggungjawab social menjaga kebajikan rakyat di bawah pemerintahannya. Sektor keperluan rakyat yang tidak patut diniagakan telah diperdagangkan oleh UMNO yang memerintah melebihi empat dekad. Sektor keperluan asas [makanan, pakaian, api dan air], perumahan, kesihatan, pendidikan dan telekumunikasi telah diperniagakan dan dirampas secara paksa daripada rakyat dalam berbagai bentuk [contohnya kutipan berbagai jenis cukai dan monopoli pasaran] untuk mencipta keuntungan berganda dengan membiarkan rakyat tercungap-cungkap ditekan dengan kadar inflasi yang tinggi dan kos belanja hidup yang mahal untuk meneruskan kehidupan seharian.
Dalam masa yang sama, kehidupan para pemimpin UMNO dan suku-sakatnya serta para kroni-kroninya hidup penuh dengan kemewahan, penuh glamour, tamak-haloba, membazir dan hidup berfoya-foya ke sana ke mari hasil kejayaan melakukan tipu-muslihat mengelirukan rakyat memilih mereka sebagai pemimpin. Lesen, permit [contohnya AP], kontrak [contohnya projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan dan negeri ] dan sehubungan dengannya dianugerahkan kepada orang-orang tertentu sahaja menyebabkan orang-orang tersebut menjadi kaya raya.
Mohd Said Yusuf [MP Jasin Melaka] boleh mengarahkan pihak kastam tutup sebelah mata terhadap syarikat miliknya Binyu Sof Enterprise yang merupakan ejen perkapalan dan penghantaran bagi import kayu bergergaji dan Said marahkan pihak kastam yang menawar kereta mercedes yang jenamanya sudah dimiliki oleh isterinya. Said mahukan Mercedes berjenama lain yang lebih mahal, pembelian melalui pihak kastam lebih murah harganya berbanding yang ada di pasaran. Kadir Shaikh Fadzir yang digugurkan daripada menjadi Menteri Penerangan memiliki harta dan rumah mewah di Kulim, Kedah. Mohamad Mohd.Taib boleh membawa wang tunai bernilai jutaan ringgit untuk membeli hartanah di Australia. Ini adalah sebagaian kecil contoh bagi menunjukkan betapa mewahnya para pemimpin UMNO.
Sifat iblis [membazir dan ego, tamak dan bakhil] yang ada pada? Khalid Mohd.Jiwa yang berbelanja jutaan ringgit sempena perkahwinannya, menjadikan perkahwinannya dengan penyanyi Siti Nurhaliza sebagai majlis rasmi Negara, sedangkan hakikat sebenarnya mereka berdua ini tidak memberi apa-apa sumbangan untuk pembangunan bangsa, agama dan Negara, sebaliknya mereka menjual saham untuk menghancurkan pegangan iman di kalangan orang dan remaja Islam. Bakhil untuk membantu golongan yang amat memerlukannya. Khalid dari seorang bekas pegawai Bank Bumiputra yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan boleh menjadi seorang jutawan hasil hubungan rapat dengan pemimpin UMNO yang berkuasa yang boleh memberinya tender dan kontrak dengan mudah dan selesa. Golongan seperti Khalid ini ramai dalam kabilah UMNO yang memuja kemewahan dunia dan melupakan akhirat.
Osu Sukam, bekas menteri dan bekas Ketua Menteri Sabah boleh menghabiskan jutaan ringgit untuk berjudi. Ramai lagi para pemimpin UMNO bertaraf menteri dan pemimpin-pemimpin yang ada dalam barisan karbinet Malaysia hari ini, Menteri Besar,Ketua Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN yang songlap duit rakyat dalam berbagai bentuk. Ada melalui cara sah [melalui undang-undang yang diciptanya sendiri seperti pembahagian saham, lessen, kontrak dll] dan melalui cara haram seperti melakukan rasuah dan mengutip komisen [ten percent].
Nama-nama seperti Khalil Yaakob [YDP Melaka], Mohd. Ali ?Rustam [KM Melaka], Rafidah Aziz [MITI], Mohamad Mohd.Taib [Ketua Penerangan UMNO dan bekas MB Selangor], Dr.Khir Toyo [MB Selangor], Abdul Rahim Tamby Chik [MKT UMNO dan bekas KM Melaka], Azalina Othman Said [Menteri Belia dan Sukan], Nazri Aziz [Menteri di JPM] dan ramai lagi di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak terlepas terpalit dakwaan mengamalkan rasuah, mengutip persen, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi.
Lebih mendukacitakan, apabila dana atau peruntukan untuk orang miskin disalahgunakan untuk kepentingan orang kaya bertaraf Menteri, KM dan MB yang mempunyai link dengan tokoh-tokoh perniagaan tertentu seperti apa yang berlaku terhadap peruntukan PPRT telah disalahgunakan oleh Anuar Musa yang ketika itu sebagai Menteri Pembanguan Luar Bandar yang menggunakan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk membuat pelaburan berkongsi dengan seorang usahawan Cina di Kelantan dan di Terangganu dan juga digunakan untuk kempen politik pada pilihan raya tahun 1999. Akhirnya Datuk Dr. Abd Aziz Muhamad bekas KSU dihukum oleh mahkamah, tetapi Anuar yang bertanggongjawab terhadap apa berlaku terlepas- bebas kerana Anuar tokoh politik. Orang politik [baca pemimpin UMNO] adalah? kebal dari segi undang-undang di Malaysia. Mana hilangnya kes rasuah Eric Chia dan Kasitah Gadam?
Terbaru, Laporan Ketua Audit Negara 2005 menyebut negeri yang diperintah oleh UMNO telah menyalahgunaan wang Dana Khas. Dana ini disalurkan kepada kerajaan negeri untuk membiayai program untuk golongan misikin, tetapi sebahagiannya telah dibelanjakan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan program tersebut, seperti mengubahsuai kediaman rasmi MB [Negeri Sembilan, Perak dan Kedah] dan kerajaan negeri Kedah contohnya telah membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7 dan duit itu juga telah dibelanjakan untuk memasang papan iklan sempena lawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke Kedah.
Menurut laporan itu lagi, program Dana Khas itu yang dilaksanakan di peringkat persekutuan dapat dinikmati oleh rakyat, tetapi di peringkat negeri, peruntukan tersebut turut digunakan untuk membiayai projek dan aktiviti yang tidak berkaitan dengannya dan ini telah menjejaskan matlamat program membasmikan kemiskinan.
Begitu juga dengan duit sumbangan orang ramai yang dikutip berjumlah RM78.8 juta tidak dibelanjakan bagi tujuan membantu mangsa-mangsa tsunami. Terdapat pengaruh politik yang amat kuat dalam menguruskan tabung bencana tsunami sehinggakan sebanyak RM28 juta menjadi lebihan tidak dibelanjakan mengikut niat penyumbang, sebaliknya lebihan tersebut dikembalikan kepada Perbendaharaan Malaysia.
Demi menjaga imej kerajaan pimpinan UMNO yang dipenuhi dan disaluti dengan ‘shit’ dan mengelak dari bau busuk dan hanyirnya terlepas keluar, maka UMNO terpaksa menggunakan pelbagai cara dan tindakan untuk menyekatnya. Tindakan yang paling berkesan ialah menjadikan demokrasi dalam Negara ini sebagai demokrasi di zaman batu. Yang kuat menekan yang lemah. Mengawal seluruh saluran komunikasi supaya sebarang berita yang busuk tidak sampai ke tengah-tengah rakyat, sebaliknya berita yang indah-indah di ulang tayang dan pasakkan ke dalam fikiran rakyat. Bagi mencapai matlamat mengawalan saluran maklumat ini, maka institusi-institusi kerajaan terpaksa digunakan sebagai benteng pertahanan dan untuk survival UMNO untuk terus berkuasa.
Gerakan aktiviti pembangkang mesti disekat. Pembangkang tidak diberi tempat dan ruang untuk menjual ideologinya kepada rakyat. Rakyat diugut, diancam dan dibentuk budaya takut di kalangan rakyat supaya tidak menghampiri pembangkang serta mendengar pandangan kedua-pendekatan serta hujah-hujah daripada pihak pembangkang. Mereka hanya perlu mendengar penerangan dan hujah-hujah daripada pihak kerajaan UMNO sahaja. Fikiran rakyat diasak dan dipaksa melalui berbagai cara supaya rakyat menerima dan yakin bahawa kerajaan UMNO itu tidak pernah buat salah. UMNO diturunkan daripada langit untuk memerintah Malaysia.
Ramai pemimpin-pemimpin pembangkang ditengah bercakap [hanya dibenarkan buka mulut sahaja tanpa suara] dan bertemu dengan rakyat, ditahan, dipukul, disembur dengan asid dan dihalau seperti anjing kurap yang tidak ada harga diri dan perasaan sebagai seorang manusia. Ianya berlaku di seluruh Negara ketika mulut Abdullah masih berkata-kata yang ia mahukan sebuah kerajaan yang lebih terbuka dan lebih demokratik. Baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dihalang dan disekat bercakap dan bertemu dengan orang ramai di Kampung Benggali, Sungai Puyu, Butterworth, Pulau Pinang.
Mendekati hari-hari yang hampir dengan pilihan raya umum ke 12, tekanan seperti ini akan terus dikenakan lebih keras lagi ke atas semua aktiviti pembangkang kerana kedudukan UMNO sekarang ini ibarat sang harimau sedang mengerang kesakitan kerana terluka akibat serangan demi serangan yang dilakukan oleh bekas PM, Dr.Mahathir Mohamad ke atas keupayaan Abdullah mengurus Negara ini yang kelihatan lembab, kaku dan membosankan. Kerajaan pimpinan Abdullah lemah dari pelbagai sudut. Rakyat mulai faham situasi ini.
Jadi, kepada semua pejuang-pejuang kebenaran dan keadilan, bersiap sedialah saudara-saudara dari sekarang. Kurangkan konflik sesame rakan, banyakan kawan dan kurangkan musuh sesama rakan seperjuangan. Tindakan balas daripada kerajaan UMNO tidak sesiapa pun yang menjangkakan. Ianya boleh datang dan pergi dalam berbagai bentuk mengikut rentak tari situasi semasa itu. Perlu diingat lagi bahawa rasuah, politik wang, penipuan, penyelewengan, mengunakan kuasa di samping terus mengenakan kawalan dan sekatan adalah budaya dan strategi UMNO untuk mengekalkan kuasa.
Nabi Muhammad s.w.a bersama para sahabatnya tidak pernah gentar menghadapi lawan dari penguasa Arab Jahiliyah yang musyrik berketuakan Abu Jahal, Abu Lahab dan kroni-kroni mereka yang berkeras mahu menentang habis-habis perjuangan menegak kebenaran, keadilan, kebaikan dan membela nasib rakyat yang ditindas, diperhambakan dan dizalimi di bawah sistem yang digunapakai sekarang.
Musuh kepada kebenaran ialah kebatilan, kepalsuan dan juga fitnah. Lawan kepada keadilan ialah kezaliman dan lawan bagi kebaikan adalah kejahatan, keburukan atau kemungkaran. Justeru, perjuangan menegak kebenaran, keadilan, kebaikan dan membela mereka yang dizalimi, sejak dulu hingga kiamat dunia ini. Bukan merupakan sebuah perjuangan mudah, bukan dengan hamparan kemewahan, material dan kebendaan yang bersifat duniawi. Hakikat sebenarnya penuh dengan onak duri, kepayahan dan tribulasi. Inilah yang menghiasi kehidupan para pejuang kebenaran, menegak keadilan, menyebar kebaikan dan membela rakyat yang ditindas oleh pemerintah yang zalim lagi jahat.
Sejarah perjuangan para rasul dan nabi. Mereka tidak bersenang linang atau sambil relaks berjuang menyampai risalah kebenaran. Nabi Musa a.s hampir dibunuh dan dikejar, diburu oleh Fir'aun. Nabi Ibrahim a.s dicampak ke dalam api yang menyala-nyala. Nabi Isa a.s hampir dibunuh oleh pengikutnya dan Nabi Muhammad s.a.w selaku nabi akhir zaman juga tidak terkecuali menempuh ujian getir dari umat manusia yang ingin bertahan dalam kebatilan, kejahilan dan kezaliman.
Nabi s.a.w diburu, mahu dibunuh, dicerca, difitnah, diusir dan pernah dilempar dengan bangkai busuk binatang. Roda kehidupan para pewaris anbiya juga dilingkari oleh warni-warni yang serupa, perjuangan berasaskan kepada kebenaran, keadilan, kebaikan dan membela golongan tertindas yang dipelopori oleh ulama dan umarak' yang cintakan kebenaran, keadilan dan kebaikan juga tidak sunyi dari onak duri itu. Ada ulama ditangkap, dipenjarakan, difitnah, dihina dan dibunuh dalam zaman yang didominasi oleh golongan pemerintah yang zalim.
Hanya kerana mereka (para ulama) berkata yang benar. Misalnya, Imam Ahmad bin Hanbal seorang ulama besar dan terkenal hingga ke hari ini pun pernah dipenjarakan, Syed Qutb digantung dan dibunuh, Hasan al-Banna ditembak dan ramai lagi peribadi-peribadi mulia golongan ulama dan pencinta kebenaran, penegak keadilan dan pembela golongan tertindas diburu, dipenjara, difitnah dan dibunuh oleh penguasa yang rakus lagi zalim dari zaman ke zaman.
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH BERPUASA SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"
|
posted by jasindaily online @ 8:21 AM |
|
|
KAKI GEDEBE, BUDAK PEJABAT DAN BUDAK SURUHAN |
|
Tarikh 30 September 1965 akan terpahat Hari Kegelapan dalam sejarah Indonesia. Kepentingan tarikh itu boleh disamakan dengan Raya Deepavali dalam Metos Hindu - yang masih mewarnai sambutan keagamaan popular di Indonesia - di mana yang baik telah menjuarai yang jahat. Akan tetapi siapa yang baik itu dan siapa pula yang jahat pada 1965 akan tetap menjadi isu perdebatan di Indonesia. Itulah hari yang disebut-sebut sebagai 'Gestapu' ataupun 'Gerakan September Tiga Puluh' di mana satu usaha rampasan kuasa terhadap puak yang tidak dikenali siapa telah dipatahkan oleh General Suharto dan beberapa orang rakannya - memungkinkan Suharto naik menjadi pemerintah Indonesia untuk lebih 30 tahun sehingga beliau tersingkir pada 1997. Dalam pertempuran itu lebih satu dozen panglima tentera, yang merupakan golongan terbaik di pucuk kepimpinan tentera telah terkorban dalam peristiwa Lubang Buaya, sehingga Suharto seorang sahaja yang tinggal terkonteng-konteng untuk menduduki takhta. Panglima tentera yang lain telah dibunuh dengan kejam dan dihumban dalam telaga yang dinamakan 'Lubang Buaya.'
Suharto telah menguatkuasakan pemerintahan tentera, menggantung apa juga kebebasan yang ada untuk mencengkam kuasa melalui 'decree'. Dia juga mempunyai kebebasan untuk mengetepikan sesiapa yang menentangnya dan menyusun semula politik Indonesia bersama para kroni dan pembodeknya. Rampasan kuasa 1965, sesungguhnya merupakan satu bonus besar kepada Suharto.
Beberapa lama kemudian barulah para penganalis Indonesia dapat mengesan adanya tangan ghaib CIA mengkucar-kacirkan keadaan kerana mahukan satu regim yang pro-Amerika semasa perang Vietnam sedang bergelora. Ketika itu Indonesia cenderung memihak kepada Russia dan rampasan kuasa tentera itu telah merobah suasana dalam sekelip mata.
Mengikut seorang penganalis yang menyelidik untuk ijazah PhD, yang menjadi katalis kepada rampasan kuasa 30 September 1965 itu ialah kekacauan dan pembakaran yang terjadi di sekeliling bandaraya Jakarta oleh kumpulan 'Abang Beca'. Ketika itu puluhan ribu 'Abang Beca' telah menyekat laluan beberapa jalan raya tertentu di Jakarta menyulitkan pihak polis dan tentera bergerak (sebagai contohnya untuk menyelamatkan para panglima tentera yang sedang terdesak). Tindakan kumpulan 'Abang Beca' itu memang ternyata begitu tersusun rancangannya oleh orang-orang yang tidak dikenali tetapi berlagak sebagai samseng jalanan ataupun kumpulan penggempur. Mereka adalah laksana Mat Rempit zaman kini - mampu bergerak bebas merata Jakarta dengan pantas dan mampu mencetuskan huru-hara bila diperlukan.
Sekarang cuba kita maju ke depan dan kaitkan dengan suasana Malaysia hari ini.
Seperti yang terjadi di Indonesia pada 1965 dahulu, kini sudah wujud satu macam ketegangan di negara ini sekarang. Semakin galak dibangkitkan isu keagamaan, perkauman, pendidikan dan ketegangan politik. Segala-galanya seolah-olah tertumpu di Kuala Lumpur. Gereja yang dikatakan mengedarkan buku Injil berbahasa Melayu kononnya berada di Kuala Lumpur - dan bukan di Tanjung Tualang. Kes Lina Joy semakin menjadi topik hangat dalam khutbah di merata Kuala Lumpur - bukannya di Kuala Kangsar (walaupun saya mesti mengaku sudah lama tidak ke masjid Kuala Kangsar kebelakangan ini).Kini sudah terkumpul beribu Mat Rempit yang bersedia untuk menyahut seruan tuannya. Kalaulah ada sesiapa yang sedar - sama ada secara kebetulan ataupun tidak, lampu-lampu siap terpasang sepanjang malam di kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak dan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang.
Mungkin tidak dipercayai berita ini, tetapi itulah yang pelik tetapi benar betapa menjelang 10 November 2006, sebelum berlakunya satu persidangan tahunan UMNO yang dijangka hangat, 50,000 Mat Rempit akan diajak berkumpul di Stadium Bukit Jalil di mana Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Paklah akan memberikan gelaran Mat Cemerlang kepada para pemimpin Mat Rempit. Inilah gelagat yang memang amat bertentangan dengan kehendak Polis, Ketua Pemuda UMNO (Hishamuddin Onn) Wanita dan Puteri UMNO dan sebahagian besar masyarakat UMNO.
Mampukah Mat Rempit mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur? Sudah tentu. Apabila 50,000 Mat Rempit yang khayal dirasuk 'Pil Kuda' tentu mampu melakukan apa sahaja. Ini sebabnya Polis (dan setiap warga negara yang waras pemikirannya) memang menentang usaha menggembleng Mat Rempit secara demikian. Kalaulah graduan yang bukan lulusan Oxford boleh faham bahaya ini, sudah tentu graduan lulusan Oxford seharusnya lebih arif lagi. Sebaliknya graduan Oxford yang sedang bertungkus lumus menggembleng Mat Rempit. Apakah yang mereka tahu itu tidak kita ketahui?
Kali terakhir tercetusnya huru-hara di Kuala Lumpur ialah pada 1969 di mana Parlimen (dan demokrasi) telah digantung dan negara telah ditadbir oleh Majlis Gerakan nasional ataupun MAGERAN dengan kuasa darurat. Pada 1969, Tunku Abdul Rahman yang sudah 'menjadi lembik' telah digerhanakan oleh Tun Abdul Razak. Hari ini, siapakah yang lebih cekap dari Perdana Menteri? Memang tidak ada hadiah untuk jawapan yang betul. Akan tetapi bayangkan keadaan seperti itu. Semua perhitungan siapa yang akan mengganti siapa bolehlah dihumban dalam tong sampah. Akan muncul nanti satu senarai baru mengenai percaturan itu.
Berbalik kepada keadaan sekarang, desas-desus sudah ligat tersebar perihal Ketua Pemuda Pergerakan UMNO , Hishamuddin Hussein, memperli Khairy Jamaluddin yang merupakan "Oxford Boy" agar mencabar beliau. Sesungguhnya desas desus itu adalah palsu. Memang tidak mungkin Hisham (Aau! Seperti yang disindir oleh PAS) berani berbuat perkara semacam itu. Sebenarnya Hisham sekarang ini sudah menjadi kaki gedebe ataupun 'tonto' kepada Khairy yang merupakan ketua defakto Pemuda UMNO. Hishamuddin tidak sabar menunggu pemilihan pucuk kepimpinan UMNO di mana dia akan bertarung habis-habisan. Dia tidak tahan lagi keluar daripada kedudukan menjadi kaki gedebe Khairy dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Dongeng yang disebarkan itu hanya merupakan satu usaha yang lemah untuk menaikkan imej Hisham. Ini juga satu gambaran betapa Pemuda UMNO membenci Khairy Keseluruhan Pemuda UMNO memang tidak suka dengan idea memanjakan Mat Rempit.
Nasib Hishamuddin adalah gambaran stail pentadbiran kerajaan Abdullah Badawi gara-gara penyelewengan Khairy. Selepas membodek Bush, Badawi telah biarkan Syed Hamid Albar terpinga-pinga seperti seorang dungu selepas Abdullah memberitahu betapa dia telah menerima kemaafan bekas askar Nazi yang kini menjadi 'Katholik Pope' terhadap kenyataan beliau mencemar Islam. Hanya sehari sebelum itu Syed Hamid telah bersuara lantang merata dunia bahawa sifat Pope meminta maaf tidak mencukupi. Patut jugalah Syed Hamid sedang berehat untuk menenangkan muka yang malu.
Demikian juga yang pernah ditanggung oleh Mustapha Mohammad setelah Perdana Menteri berkata bahawa bahan yang penuh kontroversi yang digunakan dalam kursus hubungan kaum di universiti harus ditarik balik selepas Mustapha bertegang urat mempertahankannya di khalayak ramai. Menteri Kabinet kerap pening kepala gara-gara mahu menonjolkan martabat Perdana Menteri
Akan tetapi, selain Hishamuddin Hussein, Idris Jusoh Menteri Besar Terengganu menanggung aib yang paling besar 'sebagai budak pejabat' Khairy Jamaluddin. Dalam satu ucapan beliau di Kemaman pada 22 September 2006, Tun Dr. Mahathir telah menuduh secara lantang "Datuk Seri Abdullah kerana membenarkan anak menantu dan seorang sahabat perniagaan beliau memerintah Negeri Terengganu" (Straits Times). Idris Jusoh sudah terpinggir sepenuhnya. Walaupun dia anak Terengganu dan seorang Menteri Besar di situ, Idris Jusoh terpaksa mendapatkan arahan Khairy dan kawan-kawannya.
Memang Terengganu dibanjiri duit - selalunya untuk membina projek yang bodoh dan tidak berguna seperti membina 30 unit rumah banglo berharga RM1 juta setiap satu di Pulau Duyong (tidak terjual pun). Begitu juga dengan replika Taj Mahal bernilai RM250 juta dan beberapa bangunan yang tidak berguna di Pulau Wan Man dan RM300 juta 'Monsoon Cup' yang menguntungkan Patrick Lim. Itulah wang daripada Royalti Minyak Terengganu ataupun dahulu dikenali sebagai Wang Ehsan Terengganu. Tidaklah menghairankan kenapa Perdana Menteri sendiri yang mempengerusikan jawatankuasa yang menguruskan dana ini semuanya - kini menjangkau RM1 bilion setiap tahun.
Tun Dr. Mahathir telah menyatakan betapa Khairy Jamaluddin yang memerintah Terengganu dengan kawannya Datuk Patrick Lim. Lebih dari seorang pernah menceritakan kisah semasa Idris Jusoh memandu kereta yang ditumpangi Perdana Menteri, Idris terpaksa memberhentikan keretanya dan melihat Perdana Menteri keluar untuk memasuki kereta Patrick Lim pula. Idris hanya pulang ke rumah dan menunggu kalau ada lagi arahan baru yang dihantar melalui telefon sahaja.
|
posted by jasindaily online @ 7:44 AM |
|
|
DISKRIMINASI KAUM MEMANG BERLAKU - DR SYED HUSIN |
|
Rakyat Malaysia tidak memerlukan kritikan yang sekaligus cuba membakar api perkauman daripada tokoh asing seperti Lee Kuan Yew. Bekas Perdana Menteri Singapura ini sepatutnya melihat dan menangani masalah minoriti orang Melayu yang kebanyakannya miskin, tertindas dan terbiar di pulau Singapura.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali berkata, sudah lama keADILan membangkitkan dan mengkritik berbagai kekurangan dalam dasar yang dijalankan oleh Umno/BN selama ini. Jikalau ditanya jutawan besar bukan Melayu seperti Vincent Tan, Lim Goh Tong, Lim Peng Khing, Yeoh Ting Lee, Ananda Krishnan, dan Aramugam Pillai, mereka tidak akan mengatakan mereka terpinggir, bahkan sering mendapat bantuan serta kemudahan daripada pihak pemerintah.
Tetapi mengapakah tidak boleh dilantik tokoh-tokoh akademik bukan Melayu yang ulung sebagai Naib Censelor di universiti awam di negara ini? Mengapa tidak boleh diberikan biasiswa kepada pelajar bukan Melayu yang cemerlang kelulusannya dan menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, tanya Dr Syed Husin.
Menurut beliau, memang ada dasar pemerintah yang mendiskriminasi dan juga meminggirkan kaum, walaupun tidak seluruh kaum itu tetapi yang teruk dipinggirkan dan tertindas ialah golongan miskin, lemah, dan terbiar dari semua kaum. Mereka terdiri dari Orang Asal, orang Cina, orang India, dan jga orang Melayu yang merupakan kaum majoriti.
Dengan tidak menunggu dikritik oleh Lee Kuan Yew, kerajaan Malaysia seharusnya menumpukan perhatian kepada golonggan ini dan menunjukkan sikap kepedulian rakyat terhadap mereka. |
posted by jasindaily online @ 7:15 AM |
|
|
BUDAK MELAYU DIUPAH EDAR KOMIK KRISTIAN. APA NAK JADI? |
Tuesday, September 26, 2006 |
Nampaknya semakin kurang ajar dan tidak sensitif golongan ini terhadap umat Islam di Malaysia. Bangkitlah umat Islam di Malaysia ini dari lena dan mimpi, sebelum anak kita sendiri yang sesat. Berjihadlah dengan diri sendiri, harta dan wang ringgit untuk membela Islam di Malaysia ini, jangan serahkan tanggungjawab ini kepada orang lain Komik agama bukan Islam berbahasa Melayu diedar percuma Utusan Malaysia 18 Sep 2006 Ada kumpulan tertentu menyebarkan buku komik agama bukan Islam berbahasa Melayu secara percuma kepada orang ramai. Komik tersebut saya peroleh secara percuma di tempat letak kereta Taman Shamelin Perkasa, Cheras baru-baru ini.
Yang lebih malang lagi pengedarnya dilakukan oleh belia Melayu yang saya jangkakan mestilah beragama Islam. Apabila ditanya tahukah mereka apa yang mereka edar, mereka menjawab mereka tahu tetapi terpaksa dilakukan demi kerja.
Belia yang sememangnya dahagakan pekerjaan terpaksa melakukan kerja tersebut demi wang ringgit untuk menyara hidup di kota raya. Golongan berkenaan mengambil kesempatan terhadap mereka.
Komik tersebut bertajuk Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan memuatkan kisah yang bertentangan dengan kepercayaan orang Islam.
Persoalannya kenapa komik itu dibukukan dalam bahasa Melayu dan diupah belia Melayu untuk mengedarnya? Mengapa pula diolah dalam bentuk komik?
Seolah-olah terdapat suatu usaha golongan tertentu untuk menarik orang Melayu bertukar agama dan seperti ada sebaran secara halus dengan menyasarkan kanak-kanak untuk membacanya kerana mereka masih mentah dalam pengetahuan agama dan mudah dipengaruhi.
Komik itu menyebut 'Allah' bagi maksud Tuhan sedangkan agama berkenaan tidak menggunakan nama 'Allah' dalam kitab dan ibadat mereka.
Jelas menunjukkan penerbit buku ini mempunyai tujuan untuk mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam.
Komik ini diedarkan jelas bukan bermotifkan perniagaan kerana ia percuma.
|
posted by jasindaily online @ 8:38 AM |
|
|
BUDAK MELAYU DIUPAH EDAR KOMIK KRISTIAN. APA NAK JADI? |
|
Nampaknya semakin kurang ajar dan tidak sensitif golongan ini terhadap umat Islam di Malaysia. Bangkitlah umat Islam di Malaysia ini dari lena dan mimpi, sebelum anak kita sendiri yang sesat. Berjihadlah dengan diri sendiri, harta dan wang ringgit untuk membela Islam di Malaysia ini, jangan serahkan tanggungjawab ini kepada orang lain Komik agama bukan Islam berbahasa Melayu diedar percuma Utusan Malaysia 18 Sep 2006 Ada kumpulan tertentu menyebarkan buku komik agama bukan Islam berbahasa Melayu secara percuma kepada orang ramai. Komik tersebut saya peroleh secara percuma di tempat letak kereta Taman Shamelin Perkasa, Cheras baru-baru ini.
Yang lebih malang lagi pengedarnya dilakukan oleh belia Melayu yang saya jangkakan mestilah beragama Islam. Apabila ditanya tahukah mereka apa yang mereka edar, mereka menjawab mereka tahu tetapi terpaksa dilakukan demi kerja.
Belia yang sememangnya dahagakan pekerjaan terpaksa melakukan kerja tersebut demi wang ringgit untuk menyara hidup di kota raya. Golongan berkenaan mengambil kesempatan terhadap mereka.
Komik tersebut bertajuk Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan memuatkan kisah yang bertentangan dengan kepercayaan orang Islam.
Persoalannya kenapa komik itu dibukukan dalam bahasa Melayu dan diupah belia Melayu untuk mengedarnya? Mengapa pula diolah dalam bentuk komik?
Seolah-olah terdapat suatu usaha golongan tertentu untuk menarik orang Melayu bertukar agama dan seperti ada sebaran secara halus dengan menyasarkan kanak-kanak untuk membacanya kerana mereka masih mentah dalam pengetahuan agama dan mudah dipengaruhi.
Komik itu menyebut 'Allah' bagi maksud Tuhan sedangkan agama berkenaan tidak menggunakan nama 'Allah' dalam kitab dan ibadat mereka.
Jelas menunjukkan penerbit buku ini mempunyai tujuan untuk mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam.
Komik ini diedarkan jelas bukan bermotifkan perniagaan kerana ia percuma.
|
posted by jasindaily online @ 8:37 AM |
|
|
PEMIMPIN KRISTIAN MENUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA ISRAEL |
|
Persidangan Tahunan Ketiga Pemimpin Kerajaan Kristian yang dianjurkan oleh Knesset's Christian Allies Caucus (KCAC) dan ditaja oleh "All Nations Convocation" akan bermula pada hari Rabu, 27 September 2006 jam 13:00 di Dewan Anggota Knesset. Seramai lima puluh ahli politik Kristian dari Eropah, Amerika Selatan, Asia dan Afrika akan menyertai anggota Knesset dari seluruh spektrum politik bagi mengisytiharkan sokongan mereka terhadap negara haram Israel dan kepimpinannya.
KCAC mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, "Merujuk kepada peperangan Israel ke atas Hizbullah baru-baru ini, delegasi anggota parlimen, semator dan menteri antarabangsa mendapati bahawa adalah penting untuk menyokong kepimpinan Israel dalam forum ini. Peristiwa tersebut merupakan peluang bagi anggota-anggota Knesset dan anggota parlimen dari seluruh dunia untuk bersatu, menyambung dan meneruskan hubungan spiritual dan menguatkan nilai asas dan warisan yang dapat menyatukan mereka.
"Pemimpin dari kedua-dua fahaman agama itu akan berbincang cara untuk menyatukan Kristian dan Yahudi agar kedua-duanya dapat menghadapi golongan radikal Islam abad ke 21 ini," kata organisasi tersebut.
Knesset Christian Allies Caucus bagi Parlimen Israel, di tubuhkan dalam tahun 2004, bertindak sebagai kausus multi-partisan yang terdiri dari 12 Anggota Knesset dari pelbagai aliran politik. Badan ini berkerja untuk membuka talian terus dan formal diantara Anggota Knesset Israel dan Pemimpin Kristian seluruh dunia.
|
posted by jasindaily online @ 8:03 AM |
|
|
SAMY BANGGA ISYTIHAR 21 SEKOLAH TAMIL BARI DIBINA |
|
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar telah memberitahu Parlimen pada April tahun ini, bahawa terdapat 148 bantuan penuh dan 375 separuh bantuan sekolah rendah Tamil, dengan itu sejumlah 523 sekolah rendah Tamil.
Baru-baru ini, Samy Vellu dengan megah mengumumkan dalam Parlimen bahawa sejumlah 21 sekolah baru Tamil telah dibina dalam lima tahun lalu dan kini dia memohon lagi 14 buah sekolah baru untuk dibina dalam lima tahun akan datang.
Kenyataan Samy Vellu dikhuatiri tidak benar, kerana bilangan sekolah Tamil di bawah RMK8 telah dikurangkan dari 526 dalam tahun 2000 ke 523 dalam tahun 2006, walaupun pengambilan pelajar sudah bertambah dari 88,810 dalam tahun 2001 ke 100,142 dalam tahun 2006.
Kenyataan Samy telah memeranjatkan pemimpin-pemimpin MCA kerana mereka tidak berjaya mendapat sekolah baru Cina kecuali memindahkan sekolah-sekolah yang telah ditutup kerana tiada murid.
Samy telah membuat kenyataan tersebut sebagai respon kepada Timbalan Menteri Pelajaran Nor Omar, yang memberitahu bahawa 180 buah sekolah baru yang dirancang bawah RMK9, tiada satu yang sekolah Tamil atau Cina.
Seorang pegawai kementerian pelajaran yang enggan dikenali telah memberitahu sebuah akhbar Cina bahawa kenyataan yang dibuat oleh Presiden MIC adalah tidak benar.
Malah, tiada sebuah sekolah Tamil pun yang telah dibina bawah RMK8 dan begitu juga dalam RMK9.
Pegawai tersebut juga menerangkan bahawa sekolah baru yang didakwa telah dibina sebenarnya hanya bangunan baru telah dibina dalam kawasan sekolah Tamil yang sedia ada.
Jadi, Samy Vellu telah berbohong dan wajar mohon maaf kerana telah membuat dakwaan yang palsu dan mengelirukan. |
posted by jasindaily online @ 8:00 AM |
|
|
MALAYSIA NEGARA DESTINASI DAN TRANSIT PERDAGANGAN WANITA |
|
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam satu pertemuan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili hampir 400 juta penduduk di rantau ini, bercakap mengenai usaha pihak polis menangani perdagangan manusia.
Musa menyeru semua bekerjasama dengan pihak polis, mengiktiraf usaha mereka membantu membongkar kumpulan pelacuran menggunakan “hamba-hamba” yang diimport, dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Musa telah bertemu dengan NGO dari beberapa negara, termasuk Indonesia, Myanmar dan Thailand, bagi membincangkan masalah Malaysia sebagai destinasi dan pusat transit bagi wanita dan kanak-kanak yang diperdagangkan.
Usaha sedang dilakukan bagi merangka undang-undang anti perdagangan manusia yang lebih menyeluruh.
Musa berpandangan kekurangan data dan pengetahuan mengenai perdagangan sebagai halangan utama bagi membentuk pelan tindakan menyeluruh.
"Pengkalan data yang sedia ada perlu dikemaskinikan dan diperbaiki bagi memudahkan analisa dilakukan."
"Isu utama di sini ialah bagi memastikan bahawa mangsa tidak dilihat sebagai penjenayah dan mereka patut tidak diperdagangkan semula," beritahu Musa kepada lebih 200 aktivis dan pegawai kerajaan di Royale Bintang Hotel.
Forum tersebut telah dianjurkan oleh Tenaganita, sebuah kumpulan aktivis wanita.
Musa juga mencadangkan dibentuk satu pasukan khas antara jabatan bagi menangani aspek-aspek seperti rawatan perubatan, "kaunseling dan lain-lain bentuk bantuan untuk mangsa-mangsa yang mengalami trauma".
Musa menambah bahawa usaha-usaha memfokus kepada melindungi saksi dan memberikan tempat perlindungan kepada mangsa-mangsa.
Pengarah Tenaganita Irene Fernandez mengkritik kurangnya Akta Anti Perdagangan, dan menambah bahawa penggunaan undang-undang pencegahan terhadap anggota-anggota sindiket pelacuran yang disyaki tidak berkesan kerana hanya anggota bawahan ditahan.
"Akta yang ada (Ordinan Darurat) sudah lapuk. Akta-akta tersebut tidak dedahkan yang sebenar,"beritahu Irene.
Dia menekankan agar mangsa-mangsa perdagangan yang dipaksa melacur adalah mangsa dan mereka tidak sepatutnya disalahkan seperti penjenayah.
Sebagai contoh, Irene berkata dalam tahun 2005, 4,600 orang wanita asing telah ditahan kerana pelacuran dan ramai daripada mereka didakwa atas kesalahan imigresen walaupun mereka sebenarnya adalah mangsa sindiket jenayah.
Irene mengkritik bahawa buat masa sekarang, tiada program perlindungan bagi menggalakkan mangsa yang dipaksa melacur untuk menjadi saksi terhadap sindiket-sindiket, ataupun dakwaan terhadap pegawai pihak berkuasa dalam korupsi yang berkaitan perdagangan.
"Namun, ia adalah rahsia terbuka bahawa salah satu kunci utama yang menyuburkan industri pelacuran ialah korupsi dan penglibatan sesetengah pegawai-pegawai penguatkuasa," tambahnya.
Malaysia telah menandatangani perjanjian memerangi jenayah antara sempadan dengan tujuh buah negara, yang dilihat sebagai sumber mangsa-mangsa bagi perdagangan tidak sah itu.
Negara-negara itu termasuk Indonesia, Thailand, Pakistan, Bangladesh, Vietnam, Sri Lanka dan China. |
posted by jasindaily online @ 7:38 AM |
|
|
MASA DAN WANG DIBAZIRKAN UNTUK TUISYEN |
Tuesday, September 19, 2006 |
Ia suatu pengakuan yang memeranjatkan oleh guru-guru sendiri bahawa mereka tidak berikan yang terbaik di sekolah-sekolah tetapi lebih menyimpannya untuk kelas-kelas tuisyen selepas waktu sekolah.
Ia merimaskan untuk mengetahui cara bagaimana guru-guru tersebut secara terbuka menyuruh pelajar-pelajar mengikuti kelas-kelas tuisyen mereka, dan bilangan guru seperti ini kian bertambah.
Industri tuisyen ialah permasalahan yang terbaru yang dihadapi oleh negara ini. Lebih RM4 bilion dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk tuisyen setiap tahun.
Siapa yang mahu disalahkan dalam situasi ini: guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa atau Kerajaan? Ya, semua kumpulan tadi telah sedikit sebanyak menyumbang kepada situasi yang ada kini dengan menggalakkan sindrom "A" yang sudah menjadi aspirasi dan budaya nasional kita.
Pastinya mangsa dalam industri tuisyen yang mensasarkan sederet A, tidak lain dan tidak bukan ialah para pelajar sendiri.
Masa berharga yang paling penting semasa tahun-tahun formatif dalam kehidupan mereka sebagai remaja dihabiskan dalam pusat-pusat tuisyen.
Sukan, pendidikan moral dan lain-lain aktiviti-aktiviti ko-kurikulum telah diabaikan dan ini telah membawa kepada mutu sukan yang kian menurun dan kenaikan dalam jenayah dan lain-lain masalah sosial.
Masalah kita sekarang sebahagian besarnya disebabkan sikap masyarakat yang terlalu materialistik.
Kos pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan telah naik melebihi kemampuan seorang yang bergaji sederhana terutama di kawasan-kawasan bandar.
Bayangkan kesukaran menyara sebuah keluarga yang mempunyai lima ahli dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Sebahagian besar mendapat kurang daripada jumlah tersebut.
Bagi memastikan pendapatan dapat memenuhi keperluan, seorang perlu mencari pekerjaan tambahan. Dalam situasi yang seperti itu, adakah guru-guru boleh disalahkan, malah yang paling dedikasi, kerana mengharapkan pendapatan tambahan daripada tuisyen?
Pada satu ekstrim, adalah mereka yang dalam usaha mencari kekayaan dan lebih banyak kekayaan, sudah lupa atau mengabaikan tanggungjawab mereka kepada pelajar-pelajar dan negara.
Mereka sudah lupa nilai etika pekerjaan mereka dan nasib pelajar-pelajar yang lemah daripada keluarga yang miskin, merekalah sebenarnya pelajar yang memerlukan bantuan dan bimbingan.
Bukan senang untuk mengatasi masalah salahguna tuisyen oleh guru-guru. Dengan kos sara hidup yang tinggi, terutama di kawasan bandar, guru-guru mungkin dibenarkan menjalankan tuisyen tetapi pendapatan mereka mesti dikawal dan dikenakan cukai pendapatan.
Prestasi mereka di sekolah mesti dipantau dengan lebih teliti bagi memastikan yang mereka tidak mengabaikan tugas mereka.
Persatuan ibu bapa guru mungkin boleh dilibatkan dalam membantu kerja-kerja pemantauan tersebut. Memupuk dedikasi dalam guru-guru mesti diiringi dengan usaha menyediakan keperluan asas pada kos yang termampu.
Pendidikan berkualiti, kesihatan dan perumahan mesti yang mampu diperolehi oleh para guru khususnya dan orang ramai amnya.
Usaha-usaha untuk mengelak sindrom "A" yang silap dan menekankan pendidikan yang menyeluruh, perlu dijadikan keutamaan paling atas.
Jika kita tidak berdaya untuk memperbetulkan kesilapan ini dalam sistem pendidikan kita, ia akan hanya membuangkan masa semua orang menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah berjam-jam lamanya setiap hari.
Ia mungkin lebih baik untuk tinggalkan saja sistem sekolah dan hantar anak-anak kita ke tuisyen sahaja. Sekurang-kurangnya mereka punya lebih masa untuk lain-lain aktiviti rekreasi dan keluarga. |
posted by jasindaily online @ 6:03 PM |
|
|
PEDAS-PEDAS CILI API |
|
RAIS MAHU MEMPERKASA BM?
Menteri Rais Yatim baru-baru ini membuka sebuah persidangan tentang bahasa. Ucapannya disiar penuh oleh sebuah akhbar pengampu. Tema ucapan itu ialah memperkasakan Bahasa Melayu. Cili Api mula-mula mahu angkat tabik, tetapi tidak jadi kerana kurang yakin dengan Menteri ini, yang satu masa dulu pernah mengisytiharkan beliau sudah membakar jambatannya dan tidak akan pulang ke Umno.
Sebelum itu akhbar itu, beserta beberapa lain yang taraf kewartawanannya sama tidak tinggi, mensensasikan berita tentang seorang pelakon muda yang berucap dalam bahasa Inggeris ketika menerima hadiah pelakon terbaik. Kesilapan pelakon ini ialah berterus terang menyatakan beliau tidak mahu berucap dalam bahasa Melayu kerana akan berbunyi "stupid" (bodoh).
Dengan tidak berlengah-lengah lagi "pejuang bahasa" bernama Rais ini mengkritik keras pelakon wanita itu. Alasan anak Yatim dan akhbar-akhbar tersebut ialah pelakon muda yang berterus terang itu tidak menghormati bahasa Melayu. Tetapi mengapa perlu dikritik dan dicerca begitu hebat sekali? Bukankah lebih baik jikalau diberi nasihat yang halus serta berbudi?
Sebabnya Cili Api berkata begitu ialah kerana Rais dan akhbar-akhbar yang konon berjuang untuk memperkasakan bahasa Melayu itu tidak pernah berdetuk atau berdetik apabila menteri dan pembesar berucap atau menjawab temuramah media dengan menggunakan sepenuhnya bahasa ibu JWW Birch.
Pernahkah mereka menegur Menteri Kewangan Kedua, misalnya, yang sentiasa memperkasakan bahasa Inggeris? Pernahkah Rais dan menteri-menteri sejawatannya mengkritik tidakan sewenang-wenang mengganti bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik?
Cili Api dengar dalam sidang Kabinet tiap-tiap pagi Rabu, bahkan juga dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, sering juga bahasa Inggeris digunakan bercampur aduk dengan bahasa Melayu. Tidak pernah pula Cili Api mendengar Rais Yatim mengkritik atau menegur mereka, apatah lagi mencerca. Jadi? But apa bising-bising saja?
SIKAP MENTERI KEWANGAN II
Beberapa hari lalu, Cili Api baca Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamad Yakcop, memberi nasihat kepada syarikat-syarikat tentang tanggung jawab sosial yang patut mereka lakukan. Ini bukan perkara baru, kerana sekarang ini ia sering diperkatakan oleh syarikat besar, kerana kononnya mereka sudah "sedar" dan mahu membetulkan kesalahan mereka selalu menipu serta menindas para pengguna dan para pekerja.
Cili Api setuju nasihat yang diberikan oleh menteri ini memang baik dan kena pada tempatnya. Tetapi adakah syarikat-syarikat akan "ambil apek" atau ambil peduli? Kalau tidak, apa yang Nor Mohamad atau Kerajaan boleh buat?
Sebenarnya keadaan ini sama saja dengan sikap menteri ini dan juga PM terhadap diri menteri duit yang kedua ini. Beliau pernah menjadi pegawai Bank Negara dan menjalankan spekulasi kewangan ke atas wang paun Biritish di bawah arahan mantan PM Dr Mahathir Mohamad. Akibatnya, negara kerugian lebih kurang RM20 bilion.
Beliau juga pernah juga menjadi Pengerusi Abrar, sebuah syarikat yang didakwa mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim. Apabila tindakan undang-undang hendak diambil terhadap Abrar, selepas Anwar disingkir, Nor Mohamad Yakcop diselamatkan dari dakwaan.
Yang menarik sekali lepas itu mantan PM melantik beliau sebagai penasihat kewangan (untuk nasihat macam mana nak rompak kekayaan negara lagikah?). Aneh bin pelik ibnu ajaib, apabila PM Abdullah Badawi naik, beliau memilih Nor Mohamad Yakcop sebagai Menteri Kewangan Kedua pula. Tidak kurang aneh, pelik dan ajaib dari tindakan PM Dolah meneruskan khidmat Samy Vellu dan Rafidah Aziz.
Selepas Tajuddin Ramli membawa kesnya dengan MAS ke mahkamah baru-baru ini, peranan menteri ini semasa di Bank Negara terbongkar. Tetapi adakah beliau mempunyai tanggungjawab sosial serta moral untuk meletakkan jawatan? Tentu sekali tidak. Dia dapat sokongan penuh daripada PM, bukan?
Selanjutnya tidakkah menteri kewangan kedua ini mempunyai tanggungjawab sosial dan moral supaya menggunakan bahasa Melayu. Cili Api lihat, setiap kali dia buka mulut, bahasa yang keluar ialah bahasa Inggeris. Tak tahu berbahasa Melayu ke? Atau merasa "stupid" jikalau mengunakan bahasa Melayu?
Cili Api tahu sebab sebenarnya mungkin Rais Yatim tidak akan menegur dan mengkritik sikap Nor Mohamad Yakcop yang konsisten memperkasakan bahasa Inggeris.
AIR MATA APA, KPN?
Sungguh mengharukan! Ketua Polis Negara yang baru, Musa Hassan menitiskan air mata apabila mengucapkan Selamat Jalan kepada KPN yang digantikannya. Cili Api yakin kerana jelas tanpa disuluh bahawa yang menangis ini bukannya adik beliau, pelakun Jalaludin Hasan, waktu melakonkan sebuah episod sedih dalam drama TV.
Tetapi Cili Api tidak dapat menyelami sanubari Musa untuk memahami mengapa sebenarnya beliau begitu sedih sehingga sebak dan menitiskan air mata. Adakah kerana ia bersuyukur kepada Allah kerana RahmatNya meletakkan beliau kepada jawatan polis yang tertinggi sekali dalam negara? Maklumlah, khabarnya beliau seorang yang warak, terutama sejak akhir-akhir ini.
Atau adakah beliau sedar tanggung jawab yang terpaksa dipikulnya sangat berat? Jenayah dalam masyarakat naik 13.3 % dalam tujuh bulan yang lalu. Jenayah ganas pula meningkat setinggi 23.8%. Siapa boleh jamin bunuh, rogol, ragut, rompak, dan lain-lain akan berkurang dengan hanya menambah peruntukan RM160 juta untuk mengatasinya?
Ataupun adakah beliau sedar isu korupsi bahkan keganasan di kalangan pasukan polis semakin teruk? Siapa tidak sedih jikalau tiada usaha untuk menaikkan gaji dan memperbaiki syarat perkhidmatan anggota-anggota polis? Kemudian, adakah isu Ipmc (suruhanjaya polis) untuk mengawal korupsi dan keganasan polis, misalnya, turut menghantui fikiran beliau?
Cili Api percaya semua perkara ini terbayang di hadapan mata Musa yang tertutup dan meleleh dengan air mata sewaktu memeluk bekas KPN Bakri. Tetapi ada satu perkara yang mengetuk-ngetuk dalam benak bodoh Cili Api. Adakah beliau sedar beliau dapat melompat tinggi kerana pada awalnya beliau dibantu oleh mantan PM Dr Mahathir?
Cili Api teringat, bukankah Musa yang bertanggungjawab mengusung dan mempamerkan tilam kotor berhari-hari ke mahkamah sewaktu kes Awar Ibrahim dibicarakan dengan cara begitu zalim sekali? Akhirnya, Hakim putuskan tilam itu tidak relevan!
Cili Api hendak tumpang tanya: Adakah Musa melelehkan air mata kerana kesal juga atas perbuatan beliau membantu menyibarkan fitnah sehingga Anwar dihukum penjara? Cili Api yakin dan percaya, sebagai seorang yang warak, tentu Musa sudah minta ampun daripada Allah.
Tetapi sudahkah beliau minta ampun daripada yang punya badan dizalimi? Agaknya, Anwar sendiri telah mengampukannya. Namun begitu ……. Cili Api tak tahu. Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengampun!
KEPULANGAN PAHLAWAN
Cili Api terperanjat gembira mendengar serombongan pemimpin serta ahli keADILan dibenarkan masuk ke kawasan Pangkalan Tentera Laut di Lumut untuk turut menyambut kepulangan rangka jasad dua orang pahlawan pembesar Melayu yang menentang penjajahan Inggeris, Ngah Ibrahim dan Muhammad Amin Alang Duakap.
Bersama Sultan Abdullah dan Uda Maamor, mereka ini dibuang negeri ke Pulau Seychelles atas tuduhan terlibat dengan pembunuhan JWW Birch, Residen British pertama di negeri Perak. British menjanjikan mereka akan disiasat dan dibicara di Singapura. Tetapi ini tidak pernah berlaku. Sebaliknya mereka terus dibuang negeri.
Pada tahun 1877, setahun selepas dibuang negeri, mereka memohon diampunkan oleh Queen Victonia, Maharaja British, atas alasan tidak pernah dibicarakan. Enam belas tahun kemudian Sulta Abdullah dibenarkan pulang ke Perak dan tinggal di sana sehingga tamat hayatnya dan disemadikan di Pusara Diraja, di Kula Kangsar. Ngah Ibrahim dan Muhammad Amin dihantar ke Singapura dan meninggal di sana. Tetapi sehingga sekarang tidak diketahui apa gerangan nasib Uda Maamor. Cili Api ingin tahu benar.
Masa di sekolah dulu, Cili Api diajar pembesar-pembesar ini penderhaka belaka. Mereka yang dituduh membunuh Birch, iaitu Si Pitum, Maharaja Lela, Datuk Sagor dan Pak Indut bukan saja menderhaka bahkan melakukan jenayah paling berat. Itu sebab mereka dihukum gantung. Empat orang pembesar yang diuang negeri itu dituduh sama-sama berkomplot merancang pembunuhan. Sesungguhnya mereka bukan penderhaka atau penjenayah tetapi pejuang bangsa.
Cili Api rasa sejarah perlu dibetulkan. Kononnya Birch dihantar ke Perak untuk menyelesaikan pergaduhan yang meluas berlaku di Perak waktu itu, membawa keamanan dan menasihat Sultan. Cili Api tidak pernah diajar sebenarnya penjajah British mengambil kesempatan dari keadaan tidak aman di Perak waktu itu untuk memulakan penaklukannya ke atas bumi Melayu Semananjung.
Ketika itu Britain memang sedang meluaskan jajahan takluknya. Perak merupakan sebuah negeri kaya dengan bijih timah dan banyak hasil cukainya. Seperti biasa, British berjaya menjalankan dasar pecah dan perintah untuk bertapak. Mereka melaga-lagakan golongan pembesar serta rakyat. Mereka membunuh atau membuang negeri pembesar atau pemimpin rakyat yang menentang, dan mengangkat sebagai boneka tanpa kuasa mereka yang sanggup menyokong atau bersekongkol dengan penjajah Britisih.
Birch memang selamanya menjadi pegawai jajahan; beliau pernah berkhidmat di Ceylon. Dia tidak faham bahasa dan budaya Melayu. Dia tidak silu-silu mengacau wanita-wanita (termasuk hamba) tempatan. Kelakuannya dibenci rakyat. Percubaaan British untuk meluaskan kuasa ekonomi dan politik penjajah tidak disukai oleh para pembesar. Cili Api tidak peliklah beliau akhirnya dibunuh dengan balingan tombak oleh Si Pitum! |
posted by jasindaily online @ 5:58 PM |
|
|
BUSH YANG MALANG |
|
Orang mula merasa kasihan kepada Presiden George W. Bush. Dan ianya dengan alasan yang baik. Satu undian baru oleh Harris Interactive yang telah disiarkan dalam Financial Times mendedahkan betapa sekutu tradisi kita di Eropah menganggap AS sebagai ancaman yang jauh lebih besar kepada kestabilan dunia berbanding Iran, Iraq dan Korea Utara. Dalam pendapat Kesatuan Eropah, paksi kejahatan ialah Amerika di bawah kuasa Bush.
Hampir dua kali ganda rakyat British, yang PM mereka Tony Blair bersekongkol dalam jenayah perang Bush di Afghanistan dan Iraq, melihat AS sebagai ancaman terbesar kepada kestabilan dunia berbanding Iran. Di Sepanyol tiga kali ganda jumlahnya rakyat menganggap AS sebagai ancaman berbanding Iran. Hanya di Itali sahaja Iran mengatasi AS sebagai ancaman terbesar, ini tanpa ragu disebabkan oleh propaganda yang dimuntahkan empayar media Silvio Berlusconi, Rupert Murdoch Itali.
Satu alasan lain bagi merasa kasihan kepada Bush ialah kerana bedebah itu dianggap oleh parti politiknya sendiri serta AG sebagai penjenayah perang. Republikan telah mengenal pasti betapa Bush telah melakukan kesalahan dengan melanggar Akta Jenayah Perang AS 1996 (undang0undang yang disasarkan terhadap mereka-mereka seperti Saddam Hussein dan Slobodan Milosevic). AG lantikan Bush, Alberto Gonzales serta anggota Kongres Republikan telah menghasilkan draf Undang-undang yang mensasarkan untuk melindungi Bush secara retroaktif dengan cara 'gutting' Akta Jenayah Perang 1996. parti Republikan berharap untuk meluluskan secara senyap undang-undang yang mencanggahi Perlembagaan itu sebelum mereka ditewaskan dalam pemilihan November ini.
Hakikat betapa undang-undang secara 'retroaktif' itu dilarang oleh Perlembagaan AS menambah luka kepada kehaprakan Bush. Bush juga dikasihani kerana majoriti besar rakyat Amerika tidak lagi percaya kepada tempoh kepimpinan Bush yang menaja "Perang menentang keganasan". Undian baru-baru ini oleh Ipsos-Public Affair yang dikeluarkan oleh Associated Press menunjukkan 60 peratus rakyat Amerika percaya yang pencerobohan Bush di Iraq telah mencetuskan lebih banyak keganasan dan hakikat yang rakyat Amerika menjadi semakin tidak selamat ekoran pencerobohan Iraq.
Pembicara di televisyen kini membincangkan sama ada Bush adalah seorang yang bodoh lagi tolol. Kekerapan perbincangan sebegitu mungkin akan meningkat apabila Bush telah membuat pengisytiharan seperti "pertempuran di Iraq kini menjadi pusat kepada pergelutan ideologi abad ke 21."
Bush mengundang lebih banyak perasaan kasihan, kerana bedebah itu sudah pun tewas dalam perang di Iraq dan Afghanistan.
Di Iraq, keturunan Kurdish di Utara telah menggantikan bendera Iraq dengan bendera Kurdish. Lain-lain kawasan di Iraq diperintah sama ada oleh pemberontak Sunnah mahupun militia Shiah. Kerajaan boneka AS tidak berkuasa dan tidak berani meninggalkan kubu yang diperkuat yang dilindungi AS, dan pada 5 September, pakatan politik dominan Shiah telah menyediakan undang-undang yang akan memecahkan Iraq kepada wilayah sendiri Kurdish, Sunnah dan Shiah.
Jelas yang tiada sesiapa telah memberitahu Bush yang ia membazirkan nyawa rakyat Amerika serta kewangan dalam perjuangan yang rakyat Iraq sendiri telah tinggalkan.
Bush masih lagi bermegah dengan kejayaannya menewaskan Taliban. Bagi mereka yang berkhidmat di peringkat tertinggi tertanya-tanya setiap hari tentang taklimat harian Bush. Apakah ia diberi taklimat? Saya rasa taklimat Bush tentu sahaja datang dari Dick Cheney, Richard Perle dan William Kristol. Di mana lagi yang ia boleh mendapat maklumat kelentung seperti itu?
Mungkin isteri Bush atau anak perempuannya boleh menyeludup masuk salinan laporan terbaru tentang Afghanistan oleh Majlis Senlis, kumpulan keselamatan serta pembangunan yang memantau situasi di Afghanistan dengan dekat.
Menurut laporan itu, "Afghanistan sedang menjunam ke dalam kancah keganasan yang tidak terkawal." Taliban sudah pun menguasai lebih separuh dari negara itu:
"Di sebalik usaha bersepadu masyarakat antarabangsa selama lima tahun yang ditumpukan dalam operasi ketenteraan, keadaan keselamatan Afghanistan lebih teruk dari tahun 2001. Taliban kini mencengkam dengan kuat separuh kawasan selatan negara itu. Rakyat Afghan percaya yang tentera AS dan NATO di selatan serta timur negara itu sedang ditewaskan oleh Taliban. Kesahihan akan kehadiran masyarakat antarabangsa di Afghanistan telah dicemari oleh ketidakupayaan mereka melindungi penduduk Afghanistan."
Bush telah dikhianati oleh kelompok neokonservatif yang telah ia lantik, lindungi serta naikkan pangkat. Undian pendapat awam di Arab serta dunia Islam menunjukkan betapa pencerobohan Bush, pendirian agresif terhadap Syrian dan Iran serta sokongan yang tidak berbelah bagi kepada keganasan Israel telah mencetuskan pergerakan politik Islam yang amat perkasa yang kata para pakar akan menyungkurkan kerajaan-kerajaan yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.
Tindakan angkuh Bush telah menghenyak Arab moderat serta merosakkan ketokohan Amerika di negara-negara Islam dan dunia lainnya.
Bush tidak pun menewaskan sesiapa tetapi telah memusnahkan reputasi Amerika dan dirinya sendiri.
|
posted by jasindaily online @ 5:55 PM |
|
|
SEKALI LAGI :BILA DUIT BERKUASA, TEMBERANG BERLELUASA |
|
Ada dakwaan mengatakan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengalami kekalahan di Terengganu pada pilihan raya umum bulan Mac 2004 dahulu - malahan kalah teruk kerana ia sudah disapu bersih dalam empat daripada 32 kerusi perundangan negeri - dan hampir kecundang juga di Kelantan kerana UMNO menggunakan wang untuk membeli para pengundi. Ada pihak mendakwa bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad tumbang di Kubang Pasu pada Sabtu 9 September 2006, disebabkan UMNO membayar RM200 kepada setiap pengundi agar tidak memangkah nama beliau. Apabila kita menyebut perkataan "beli" pengundi, ia memberi pelbagai pengertian. Pertama, ia adalah mengenai cara terus terang di mana setiap pengundi dibayar RM50 (kadangkala diiringi dengan sehelai kain ataupun kain pelekat) untuk pilihan raya umum. RM500 hingga RM1000 untuk pemilihan parti dalam persidangan tahunan parti. Kedua, melibatkan pembelian undi secara tidak langsung. Ini berbentuk janji-janji pembangunan dan janji di saat terakhir akan pembikinan jalan raya yang perlu diperbetulkan dan apa juga kerja remeh temeh di kawasan undi, khususnya semasa pilihan raya umum. Kemudian barulah muncul ugutan kepada seseorang yang menggugat pekerjaannya dalam kerajaan, tidak dapat kenaikan pangkat, ataupun ditukarkan ke tempat yang jauh-jauh di mana akan hilang segala imbuhan dan keselesaan yang telah dinikmati selama bertahun sebelum itu.
Cuba fahami perkara ini: Pemilihan dalam UMNO adalah menyangkuti orang Melayu semata-mata sedangkan 97% penduduk di Terengganu dan Kelantan adalah orang Melayu. Apa gambaran yang kita nampak daripada orang Melayu? Secara lahiriah kita boleh berkata bahawa memang mudah membeli orang Melayu dengan harga yang murah sekali. Anda boleh beli mereka dengan wang tunai, betulkan jalan raya di depan rumah mereka ataupun ugut mereka untuk menafikan keselesaan. Yang mana satu pun sudah mencukupi dan menggerakkan si Melayu itu memberikan undinya kepada anda.
Ada pihak yang berhujah bahawa 'Melayu' yang dimaksudkan di sini mungkin tidak bermakna orang yang beragama Islam. Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan orang Melayu ditafsirkan sebagai orang yang beragama Islam. Anda mesti menganut agama Islam untuk menjadi seorang Melayu - walaupun kita ada ramai yang berdarah orang Cina, Arab, India dan Indonesia yang dianggap sebagai Melayu juga. Lagi pun mana kita nak cari Melayu tulen kecuali kita pergi mencari mereka di perkampungan orang asli? Akan tetapi orang-orang ini enggan diberi nama Melayu kerana berbangga dengan panggilan 'Orang Asli' Kalaulah mereka memang orang yang betul-betul asli, apakah orang Melayu bukan orang asli di negara ini?
Biarlah itu menjadi satu topik perbincangan kita di lain masa. Hari ini marilah kita bercakap mengenai orang Melayu Islam, bukan mereka yang jahil, fasik, murtad ataupun munafik - kerana orang-orang yang betul-betul' Islam suka sangat mentohmah orang lain yang tidak sebulu dengan Islam takrifan mereka. Itulah dia. Kalau anda bersetuju dengan pendapat mereka anda dikatakan seorang Islam yang benar. Jika tidak, anda dianggap jahil, fasik, murtad ataupun munafik. Mudah sangat perkiraan mereka. Sama ada anda bersama mereka ataupun memusuhi mereka. Macam biasa sahaja perkara ini? Jika tidak manakah anda fikir Presiden Bush mempelajari falsafah ini? Kalau bukan daripada orang yang 'betul-betul' Islam?
Mereka berkata polis Malaysia adalah korup. Bukankah anggota polis Malaysia itu hampir keseluruhannya orang Melayu? Ada seorang Ketua Polis Negara (IGP) yang pernah perkata, kalau anda mahu bersihkan pasukan polis anda perlu memecat lebih 90% anggota polis. Siapa lagi yang tinggal? Apakah keselamatan negara boleh dijamin kalau lebih 90% anggota polis dipecat dan diganti dengan yang baru? Kalau ada yang melegakan sikit hati kita ialah Pasukan Polis Cawangan Khas (SB) dikatakan (kononnya) yang bersih dalam pasukan polis dan ini adalah disebabkan mereka tidak ada hubungan dengan orang awam tetapi bertugas di sebalik tabir. Memang tidak ada peluang langsung pegawai SB menerima rasuah?
Kita juga sudah mendengar betapa perkhidmatan awam Malaysia memang terlampau rasuah. Pernahkah anda menjenguk jabatan kerajaan ataupun kementerian? Berapakah nisbah taburan orang Melayu dengan orang bukan-Melayu yang berkhidmat sebagai pegawai kerajaan? Para pengundi di Putrajaya hampir 100 peratus orang Melayu. Lebih 95% pengundi di Putrajaya mengundi calon Barisan Nasional sedangkan calon pembangkang yang seorang sahaja ketika itu bukan sahaja kalah teruk tetapi telah kehilangan wang depositnya.
Kenapkah pengundi Putrajaya memangkah calon kerajaan? Apakah kerana calon kerajaan lebih baik daripada calon pembangkang? Apakah kerana Putrajaya masih belum membangun dan memerlukan lebih banyak pembangunan? Ataupun apakah kerana pengundi Putrajaya adalah 100% orang Melayu, dan 100% pegawai kerajaan, mahu menjaga periuk nasi mereka dan menentukan mereka terus menikmati keselesaan kerja dengan membazirkan wang pembayar cukai?
Sememangnya rasuah muncul dalam pelbagai bentuk. Ia mungkin berbentuk wang tunai, dan mungkin dalam bentuk pembangunan. Ia mungkin berbentuk jawatan kerajaan yang selesa. Ia muncul dalam pelbagai bentuk ancaman dan akan kehilangan kerja yang senang dengan kerajaan ataupun kontrak kerajaan dan wang yang berada di situ.
Bila duit berkuasa, temberang pun terus berleluasa. Inilah petua hidup orang Melayu Apakah ini begitu menzalimi orang Melayu? Sedangkan bukan orang Melayu sahaja yang rasuah, malahan yang bukan-Melayu pun terima rasuah. Kalau orang Melayu menyogok seorang Melayu yang lain dengan wang RM50, ataupun RM200 orang bukan-Melayu menyogok orang Melayu dalam lingkungan ribuan dan jutaan Ringgit. Jika demikian kenapa orang Melayu sengaja ditohmah sedemikian? Mudah sahaja!! Kerana orang Melayu adalah beragama Islam.
Kita boleh memaafkan orang Melayu yang tidak beragama Islam melibatkan diri dalam rasuah, sama ada menerima ataupun memberikannya. Orang bukan-Melayu tidak berkeliaran sana-sini melalak mengenai agama mereka setiap hari. Mereka tidak berkata bahawa agama mereka amat suci dan hanya satu-satunya agama Allah. Mereka tidak mengeluarkan kenyataan bahawa semua agama lain adalah palsu dan para pengikut agama itu telah terpesong dan pasti menuju api neraka. Mereka hidup secara berpada. Sebaliknya orang Melayu mengutuk orang lain dan menghukum mereka dengan keras. Orang Melayu tidak boleh terima bahawa Islam tidak suci. Akan tetapi gelagat mereka itu tidak serasi dengan apa yang mereka katakan. Mereka hanya menanam kata-kata itu di bibir sahaja dan bukan di hati mereka.
Islam menentukan bahawa 'riba' adalah satu dosa. Terdapat 80 lapisan riba, dan dosa di tahap paling bawah adalah sama dengan dosa berzina dengan ibu dan ayah seseorang. Inilah yang Islam kata. Akan tetapi korupsi di kalangan orang Melayu adalha yang paling tinggi. Orang Melayu boleh dibeli dengan hanya RM50 hingga RM200. Apakah itu sahaja mencukupi untuk membeli orang Melayu, antara RM50 hingga RM200. Apakah dosa berzina dengan ibu sendiri ataupun ayah seseorang itu hanya bernilai antara RM50 hingga RM200? Nampaknya inilah yang dikatakan oleh orang Melayu.
Ramai yang merasa malu dengan kejadian di Kubang Pasu pada 9 September. Perasaan malu itu bukanlah semata-mata kerana kekalahan mantan Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun semasa bertanding untuk mendapatkan jawatan yang paling rendah di tangga hierarki UMNO, semata-mata sebagai anggota perwakilan Persidangan Tahunan parti. Mereka merasa malu betapa orang Melayu mudah dibeli dengan harga yang murah sekali.
Kekalahan beliau di Kubang Pasu tidak memalukan diri Mahathir. Ia adalah satu keaiban kepada keseluruhan bangsa Melayu. Ini menunjukkan kepada dunia betapa nilai dan etika orang Melayu yang sebenar. Inilah yang menyedarkan dunia betapa murahnya martabat orang Melayu. Inilah yang menunjukkan dunia betapa orang Melayu mudah di beli dan dijual lelong sahaja.
Sudah bertahun Mahathir cuba merobah pemikiran orang Melayu. Dia pernah menghina orang Melayu. Dia pernah menaikkan amarah mereka. Dia pernah menangis di Perhimpunan Tahunan UMNO bila bercakap tentang nasib Melayu. Dalam satu wawancara sejurus beliau bersara, dia berkata bahawa sesalannya yang paling besar selepas menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun ialah kegagalan merobah pemikiran Melayu. Orang Melayu sekarang adalah lebih baik berbanding masa dia mula-mula menjadi Perdana Menteri 25 tahun dahulu. Ini, kata Mahathir adalah kegagalan beliau yang paling besar.
Hari in Mahathir telah membuktikan apa yang dia telah cuba selama ini memberitahu orang Melayu. Dia telah gunakan Kubang Pasu untuk membuktikannya. Mahathir tidak dikalahkan di Kubang Pasu. Dia menang sebenarnya. Dia tahu mereka sudah dibeli. Dengan harga setakat RM200 sahaja. Dai biarkan perkara itu berlaku walaupun dia mampu menyekatnya. Dia mahu mesej yang dinyatakannya dahulu akhirnya diterima juga. Dia mahu malukan orang Melayu. Dia mahu keupayaan untuk berkata: "Itulah yang saya katakan sejak dahulu, Melayu tidak bermoral dan mudah dibeli dengan murah sahaja."
Ketika beliau menulis 'Dilema Melayu' lebih 30 tahun dahulu, buku itu bukan mengutuk orang Cina. Orang Cina bukan menjadi sasaran tulisan Mahathir. Sasaran beliau ialah orang Melayu. Dai tidak pun mencuba menghina orang Cina. Dia cuba menghina orang Melayu. Apabila dia berkata orang Cina mengeksploitasi orang Melayu, dia tidak bermaksud itu sebagai satu kenyataan anti-Cina. Dia maksudkan itu sebagai satu kenyataan anti-Melayu. Lagi pun tidak siapa boleh mengeksploitasi kita kecuali kita merelakannya.
Ketika Mahathir melancarkan "Polisi Pandang ke Timur" tujuannya bukanlah memberikan kontrak kerajaan kepada syarikat Jepun dan Korea. I abertujuan menanamkan semangat kerja dan etika orang Jepun dan Korea di kalangan orang rakyat malyasia,. Khususnya orang Melayu. Dia mahu rakyat Malaysia berbangga, bersifat inventif dan ada daya saing, dan mampu bersaing dengan negara maju dan barat dan menandingi mereka mengikut aturan kerja mereka juga.
Semasa Mahathir menentang raja-raja Melayu pada 1980-an tujuan beliau bukanlah menjatuhkan institusi DiRaja dan menjadikan Malaysia satu republik. Ia mahu membasmi sikap feudal orang Melayu dan menunjukkan mereka tidak perlu menyorok di sebalik raja-raja untuk keselamatan mereka dan berani melayari hidup dunia moden dengan mengambil nilai hidup baru seperti bangga dengan keupayaan diri dan mempunyai semangat bersaing.
Mahathir berasa berbangga apabila ada anak Melayu yang belayar solo mengelilingi dunia ataupun memanjat Gunung Everest ataupun merenangi menyeberangi Selat Inggeris ataupun berjalan merentas Kutub Utara ataupun apa sahaja. Dia akan memberi penghormatan kepada mereka. Apalah sangat kalau ada seseorang lelaki ataupun wanita yang mampu lakukan apa yang dibuat oleh orang Barat berkali-kali seratus tahun sebelum itu? Berapa besarkah pencapaian itu? Mahathir beranggapan, kalaulah ada seorang Melayu dahulu yang mampu melakukannya, dia berharap akan ada ramai lagi yang mengekorinya (meniru). Memanglah sesuatu kejayaan itu tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tetapi, setiap perjalanan beribu batu harus bermula dengan langkah yang pertama.
Mahathir sudah puas mengutuk, mengejek, memprovok dan menangis. Dia bukan menjadi Perdana Menteri lagi dan tidak mempunyai masa yang banyak. Kini dia perlu bergerak pantas dengan apa juga masa yang ada padanya. Dan dia akan lakukan semacam yang dilakukannya di Kubang Pasu. Dia membenarkan orang Melayu memperbodohkan diri sendiri dan mengharapkan mereka akan malu dengan perbuatan sendiri dan berubah. Akan tetapi saya tidak mengongsi keyakinan Mahathir terhadap orang Melayu ataupun percaya bahawa layanan mengejut boleh menghasilkan sesuatu yang mahu dicapai. Mungkin juga kerana saya ini bukannya orang Melayu Asli seperti mereka yang berdarah kacukan Indonesia, India, Cina ataupun Arab.
|
posted by jasindaily online @ 5:47 PM |
|
|
KUMPULAN PRO-ASPIRASI MENANG BANYAK KERUSI |
|
Apabila tempoh penamaan calon tamat petang tadi, beberapa kerusi di universiti-universiti tempatan dimenangi tanpa bertanding oleh kebanyakan calon yang memihak kepada kumpulan yang menyokong dasar kerajaan atau lebih dikenali sebagai kumpulan pro-aspirasi.
Jika keputusan di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dijadikan asas, cakap-cakap kedai kopi mengenai tentangan hebat yang akan diberikan oleh kumpulan pelajar yang menentang kumpulan pro-aspirasi setakat ini tinggal sebagai khabar angin sahaja.
Di UM misalnya, 8 daripada 32 kerusi fakulti yang tidak menyaksikan pertandingan, enam daripadanya dimenangi oleh calon kumpulan pro-aspirasi.
Di UIAM pula, daripada 11 kerusi yang tidak pertandingankan, sebahagian besarnya di dominasi oleh calon pro-aspirasi, walaupun secara rasmi kumpulan itu dikatakan tidak wujud di universiti itu yang sehingga tahun lepas sentiasa menjadi tumpuan umum setiap kali pilihanraya kampus berlangsung.
Di Universiti Kebangsaan Malaysia pula semua kerusi akan dipertandingkan membabitkan pertembungan satu lawan satu antara calon pro-aspirasi yang menggondol majoriti kerusi dalam pemilihan tahun lepas dan pro-pembangkang yang menamakan kumpulan mereka Mahasiswa Penyelamat Umat Pelajar Universiti (Mampu).
Menurut cakap-cakap di kalangan pelajar UKM, pengaruh dua kumpulan itu hampir sama, presiden Mampu Suhaini Abdullah merendah diri mengatakan kumpulannya yakin akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi.
Kekuatan atau kerapuhan kumpulan pro-mahasiswa itu akan hanya diketahui pada pemilihan bagi 23 kerusi fakulti dan 11 kerusi awam di universiti itu selesai Khamis ini.
Di UM, pula 44 calon akan bertanding bagi 24 kerusi fakulti yang belum dimenangi sementara 19 calon lagi akan berebut sembilan kerusi umum. Beberapa kerusi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara dua kumpulan dominan itu dan calon bebas.
Naib Cancelor UM Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus ketika ditemui selepas tamat penalonan dan tempoh bantahan berkata: "Tidak ada pihak yang kita sekat daripada bertanding kali ini, semuanya mempunyai peluang yang sama untuk menang."
Walau bagiamanapun, katanya kebebasan 100% memang tidak wujud di kalangan pelajar dan menjelaskan bentuk sekatan yang boleh dikenakan oleh pihak universiti termasuk menarik kelulusan untuk melakukan sesuatu aktiviti.
Beliau berkata keseluruhan proses penamaan calon hari ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat lebih 500 pelajar yang mengiringi calon ke tempat penamaan dikesan berarak sambil melaungkan takbir dan slogan-slogan kebebasan.
Di UIAM, 22 calon akan bertanding merebut 14 kerusi untuk pilihanraya kampus kali ini. Beberapa calon bertanding bagi lebih daripada satu kerusi.
Menurut Naib Rektor Hal Ehwal Pelajar Alumni, Hamidon Abdul Hamid beberapa sekatan "tidak langsung" dikenakan terhadap pelajar, bukan bertujuan menyekat kebebasan mereka, tetapi bagi memastikan ia tidak memberikan impak negatif kepada pencapaian akademik pelajar.
"Saya berharap agar tiada kumpulan-kumpulan yang bergelar pro aspirasi atau sebaliknya di kalangan calon.
"Kesemua pelajar di universiti ini adalah sama dan mereka menyokong aspirasi universiti ini," ujar beliau mengulas cakap-cakap mengenai pembabitan pelajar dengan parti-parti ataupun kelompok berlandaskan idealogi politik.
Kenyataan Hamidon disokong salah seorang calon, Mohd Radzin Jalaludin yang berkata: "Saya berentap dengan tiket diri sendiri dan keseluruhan kempen saya dibiayai oleh bapa." |
posted by jasindaily online @ 4:21 AM |
|
|
PUTERA TIDAK BERGANJAK |
|
"Saya tidak fikir Polis Diraja Malaysia (PDRM) enggan memberi kerjasama kepada Putera Umno kerana kami (Putera) belum menyerahkan sebarang kertas cadangan kepada mereka."
"Mungkin cadangan mengumpulkan kira-kira 50,000 remaja berusia 18 hingga 25 tahun bagi menjayakan Karnival Putera Motor di Bukit Jalil, November depan disalah tafsir sesetengah individu yang menyangka program itu khusus untuk Mat Rempit," kata Pengerusi Putera Umno (Putera), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, di pejabatnya, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar semalam mengenai kenyataan PDRM yang tidak bersetuju dengan cadangan Putera Umno mengumpulkan kira-kira 50,000 Mat Rempit dari sekitar Lembah Klang, di Bukit Jalil, November depan.
PDRM membuat pendirian itu berdasarkan maklum balas daripada perhimpunan hampir 8,000 Mat Rempit pada Ekspedisi Merdeka Putera Bermotor Kuala Lumpur-Teluk Batik 2006, pada 9 dan 10 September lalu.
Putera Umno dianggap gagal mengawal tingkah laku Mat Rempit yang menyertai ekspedisi berkenaan sama ada ketika di jalan raya, mahupun ketika perkhemahan.
Abdul Azeez berkata, pihaknya tetap akan meneruskan program berkenaan walaupun dikritik pelbagai pihak dan akan memastikan hanya sebilangan kecil Mat Rempit mengambil bahagian pada karnival itu manakala selebihnya adalah ahli Putera Umno.
"Sekali lagi saya ingin tegaskan Karnival Putera Motor yang dianjurkan Putera Umno bukan dikhususkan kepada Mat Rempit, tetapi ia adalah program Umno dan Pemuda Umno yang bakal dirasmikan Perdana Menteri."
"Bagaimanapun saya perlu mengemukakan perkara itu dalam mesyuarat dengan Exco Pemuda akan datang. Selepas diluluskan, barulah kertas kerja terbabit diserahkan kepada PDRM untuk dibincangkan," katanya.
Menurutnya, seperti juga PDRM, Putera tidak pernah berkompromi sekiranya ada Mat Rempit melakukan kesalahan jenayah atau melanggar undang-undang jalan raya seperti program anjurannya, baru-baru ini.
"Contohnya pada ekspedisi ke Teluk Batik, ramai Mat Rempit dikenakan saman kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk tidak memiliki lesen dan cukai jalan tamat tempoh dalam 10 sekatan jalan raya," beritahu Azeez, sambil memaklumkan bahawa Putera Umno kini mempunyai 220,000 ahli di seluruh negara.
Antara insiden memalukan didakwa membabitkan segelintir peserta Ekspedisi Merdeka Putera Bermotor Kuala Lumpur-Teluk Batik 2006 anjuran Putera Umno itu ialah kejadian mereka mandi serta berendam dalam kolah mengambil wuduk di Masjid Teluk Muroh, dekat sini, ketika program membersihkan masjid dilaksanakan.
Aduan juga diterima daripada orang ramai mengenai sikap mereka yang bebas minum arak, berkhalwat dan menyalahgunakan kemudahan masjid.
Penduduk juga mengadu mengenai pakaian menjolok mata beberapa peserta perempuan yang dianggap keterlaluan dan tidak sesuai terutama ketika menjalankan aktiviti membersihkan kawasan masjid atau kubur.
Sungguhpun banyak aduan yang telah dibuat terhadap peserta ekspedisi Putera Umno itu, Azeez tetap menafikan mereka adalah peserta ekspedisi: "Saya menafikan sebarang kemungkinan ada peserta ekspedisi berkenaan terlepas sehingga ditangkap atas kesalahan melakukan khalwat di sebuah hotel di Lumut sepanjang tempoh program berkenaan."
"Malah, saya juga tidak tahu mengenai dakwaan pengurusan Masjid Teluk Muroh bahawa segelintir peserta berendam di dalam kolah wuduk masjid."
"Kejadian itu tidak mungkin berlaku kerana ada lebih 100 orang di masjid berkenaan ketika program dijalankan," katanya. |
posted by jasindaily online @ 4:11 AM |
|
|
MUSA JANGAN KELIRUKAN AWAM |
Monday, September 18, 2006 |
Ketua Polis Negara yang baru Tan Sri Musa Hassan telah menyatakan kekecewaannya dengan beberapa akhbar kerana mendakwa yang dia menentang pembentukan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC), mengatakan laporan-laporan tersebut sebagai 'nakal dan sangat tidak profesional'.
Laporan Bernama, agensi berita nasional, memetik Musa sebagai berkata bahawa setengah daripada cadangan berkaitan IPCMC menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka dan dia tidak akan benarkan polis dilayan secara tidak adil, dengan kenyataan: "Anda mahu mengikat tangan-tangan kami, kami tidak akan benarkan anda mengikat tangan-tangan kami."
Musa telah dilaporkan berkata bahawa, kini sudah terdapat empat badan yang memantau polis seperti Bahagian Disiplin PDRM, SUHAKAM, Biro Aduan Awam dan Suruhanjaya Polis yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Keselamatan dalam Negeri.
Katanya empat badan tersebut sudah lebih dari cukup bagi memastikan pasukan polis tunduk dan menjalankan tugas mereka.
Empat buah badan yang dikatakan sudah mampu memantau polis sebenarnya gagal membuatkan polis mengikut peraturan ketika menjalankan tugas.
Pembentukan IPCMC merupakan antara perkara yang dijanjikan akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi sebaik sahaja dia memegang jawatan. Seperti yang dilaporkan dalam Laporan Suruhanjaya PDRM, "Suruhanjaya tersebut dimulakan oleh Kerajaan pada ketika berleluasanya kebimbangan terhadap kadar jenayah yang tinggi, persepsi korupsi dalam PDRM, tidak puashati umum dengan kelakuan dan prestasi pegawai polis, dan keinginan melihat pembaikan dalam perkhidmatan yang disediakan oleh polis".
Dalam bulan Ogos sahaja, sudah terdapat beberapa kes keganasan polis dilaporkan, termasuk klip video yang ditayangkan di tv, menunjukkan dua orang pemuda telah diseksa oleh pegawai polis. Di samping itu, terdapat kematian dalam tahanan yang baru di Balai Polis Wangsa Maju. Seorang wanita, Samiyaty Intrayani Zulkainam, 45, telah ditemui mati dalam selnya pada 13 September lepas.
Jika empat badan tersebut yang disebut oleh Musa, berjaya memastikan perkhidmatan polis tidak korup dan peka hak asasi manusia yang mampu membuatkan kadar jenayah yang rendah, dengan itu, ia tidak lagi perlu membentuk IPCMC. Namun, sebaliknya yang berlaku.
Persoalannya ialah sama ada Musa akan mengambil pendirian yang proaktif dan menyokong pembentukan IPCMC, memberi cadangan polis bagi menegakkan piawaian tertinggi dan memeriksa salahguna kuasa polis, atau akan hanya meneruskan cara kepimpinan lama yang cuba mensabotajkan pembentukan IPCMC.
Penyelesaian kepada masalah dalam PDRM ialah menyekat keganasan polis dan memperbaiki tahap pertanggungjawaban polis dengan pembentukan IPCMC.
Adakah Musa bersedia menyokong pembentukan Akta IPCMC oleh Parlimen sebelum akhir mesyuarat belanjawan, dalam pertengahan Disember tahun ini? |
posted by jasindaily online @ 5:39 AM |
|
|
APA SIGNIFIKAN TANGGAL 16 SEPTEMBER 1963? |
|
Pada 16 September 2006 genap 43 tahun penggabungan di antara Tanah Semenanjung dengan dua negeri di Borneo; Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan Persekutuan Malaysia. Sejak tahun 2000 Kerajaan telah menetapkan perayaan Hari Merdeka disambut mulai dari 31 Ogos hingga 16 September sebagai tanda pengiktirafan hari pembentukan Malaysia. Walau apapun, sambutan hari Merdeka seharusnya disambut bukan hanya untuk berpesta-pestaan apatah lagi untuk bermegah-megah dengan pembaziran. Sambutan Hari Merdeka, biar ia bersempena hari negara mencapai kemerdekaan, mahupun bersempena pembentukan Persekutuan Malaysia, sewajarnya turut menimbulkan rasa keinsafan dan semangat kemerdekaan yang tulin.
Jangkamasa 43 tahun bukanlah satu jangkamasa yang pendek terutama jika mahu mengukur keberkesanan usaha-usaha yang dilakukan dalam mewujudkan intergrasi nasional yang mantap bagi negeri-negeri di dalam Persekutuan. Hakikatnya, apa yang dapat lihat ialah jurang di antara Tanah Semenanjung dan kedua-dua negeri di Borneo ini tetap melebar khususnya dalam bidang ekonomi, pembangunan sosial, prasarana infrastruktur, budaya dan pendidikan.
Walaupun Sabah dan Sarawak memiliki sumber alam yang cukup kaya dan telah memberi sumbangan yang besar kepada pertubuhan ekonomi negara, namun mereka mendapat pembahagian kekayaan yang amat kurang. Pembangunan infrastruktur yang tidak seimbang di Sabah dan Sarawak, telah menzalimi rakyat di sana dan menjadikan mereka kumpulan yang terpinggir akibat dari perlaksanaan dasar yang tidak adil dan budaya pentadbiran yang tidak telus Kerajaan Barisan Nasional.
Rakyat Sabah dan Sarawak terdiri dari pelbagai kaum dan etnik dan ia merupakan satu khazanah negara yang amat berharga. Suku kaum Iban, Malanau, Orang Ulu, Khadazandusun, Murut dan Bidayuh adalah antara suku kaum yang tinggi nilai budayanya. Malangnya, tiada usaha-usaha yang serius dilakukan Kerajaan bagi mengembangkan penggunaan bahasa dan budaya kaum-kaum tersebut dan ia telah dengan sendirinya menjejaskan usaha-usaha mewujudkan integrasi nasional di antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.
Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Dr Wan Azizah Wan Ismail, berpendapat Merdeka tidak bererti sepenuhnya, jika ramai rakyat yang masih melarat, miskin dan tertindas. Apatah lagi jika rakyat masih dipecah-belahkan melalui pemisahan parti-parti politik berasaskan kaum, di samping perlaksanaan dasar-dasar tertentu yang membeza-bezakan antara kaum di kalangan rakyat Malaysia, maka nikmat Merdeka sebenarnya masih belum dikecapi.
Azizah merasakan Hari Malaysia tahun ini telah memberi makna yang sangat luar biasa kerana ia disambut dengan kesedaran rakyat terhadap peri pentingnya menentukan pentadbiran negara. Buat pertama kalinya parti-parti Pembangkang berjaya mencapai keputusan yang menggalakkan dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Parti Keadilan Rakyat (keADILan) sendiri telah memenangi satu kerusi di DUN Padungan dan mendapat sokongan rakyat yang sangat menggalakkan di setiap kerusi yang ditandingi. Fenomena ini membuktikan bahawa rakyat Sarawak mahukan sebuah parti yang memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira kaum, mengatasi batasan agama dan budaya. Pada masa yang sama ia juga menunjukkan bahawa parti perkauman telah mula tidak mendapat tempat di hati rakyat.
Di Semenanjung pula, Azizah memetik, kemasukan lebih dari 2000 orang kaum India baru-baru ini telah dengan lebih jelas menggambarkan keinginan rakyat yang mahukan pentadbiran negara diterajui oleh parti yang benar-benar melambangkan situasi sebenar porla penduduk negara. Begitu juga dengan kemasukan beramai-ramai kaum Khadazan dari Sabah telah membuktikan bahawa semangat Persekutuan telah mula dirasai di dalam keADILan.
Sempena ulangtahun Hari Malaysia ke-43, beliau menegaskan sekali lagi bahawa Kerajaan hendaklah menghormati kehendak dan kepentingan rakyat Borneo. Asas utama pembentukan Persekutuan Malaysia ialah berdasarkan muafakat Kesatuan Negeri-negeri bagi memberi kesejahteraan kepada semua rakyat di dalam Persekutuan.
Azizah juga berpendapat Sabah dan Sarawak seharusnya mempunyai Pelan Induk Ekonomi tersendiri. Pelan itu hendaklah mengkhususkan kepada pembangunan bagi menjana peluang pekerjaan dalam mengatasi masalah pengangguran. Persetujuan 20 Perkara yang dimeterai semasa pembentukan Malaysia hendaklah dipatuhi dan dikotakan tanpa berdolak-dalik lagi. |
posted by jasindaily online @ 5:33 AM |
|
|
BEKAS PEMBANTU DITUDUH MERENCANA KEKALAHAN MAHATHIR |
Friday, September 15, 2006 |
Tiga orang bekas pembantu kanan Tun Dr. Mahathir Mohamed telah dikutuk kerana mengadakan satu pertemuan untuk menafikan kemenangan kepada beliau dalam pemilihan perwakilan dalam Bahagian Kubang Pasu. Ketua Umno berkata tidak ada kempen untuk menentukan bekas Perdana Menteri kalau dalam pemilihan Sabtu lalu, tetapi para penyokong beliau berkata mesyuarat dengan para perwakilan di Kelab Darul Aman di Kedah adalah bertujuan menikam beliau dari belakang.
Datuk Said Man, yang pernah menjadi Setiausaha Politik Tun Mahathir, Datuk Hanafi Ramli, bekas Timbalan Ketua bahagian Kubang Pasu, dan bekas Menteri Besar Kedah, Osman Aroff, dikatakan telah memujuk para pengundi tidak menyokong pencalonan bekas Perdana Menteri itu.
"Memang ada mesyuarat dan para pemimpin telah mengingatkan para pengundi tidak memilih Dr. Mahathir," kata seseorang yang menetap di Kedah, semalam.
Berita berlangsungnya kokus di rumah kelab, dan segala dakwaan adanya wang yang dibayar kepada mereka yang menghadiri pertemuan - telah menyemarakkan perbalahan tentang apa sebenarnya yang terjadi menyebabkan Tun Dr. Mahathir mengalami kekalahan yang mengaibkan. Pertemuan itu dikatakan telah diadakan pada malam Jumaat dan dihadiri oleh separuh daripada para pengundi bahagian itu yang berjumlah 500 semuanya.
Tiga orang tokoh itu telah merayu dan berjaya mempengaruhi keputusan pengundian, demikian yang didakwa oleh para penyokong bekas Perdana Menteri.
Ketiga-tiga pemimpin tidak dapat dihubungi semalam.
Tun Dr. Mahathir pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Kubang Pasu selama 26 tahun, dan dia menjadi anggota Parlimen kawasan itu. Tetapi beliau telah tidak terpilih untuk menjadi salah seorang antara tujuh orang anggota perwakilan yang akan menghadiri persidangan tahunan UMNO pada bulan November nanti. Semalam, media arus perdana sengaja telah membesarkan komen para pemimpin parti yang rata-rata mahukan Tun Dr. Mahathir menunjukkan bukti wujudnya rasuah untuk mengalahkan beliau, dan meminta beliau membuat satu aduan rasmi mengenainya.
Mereka itu termasuklah anggota Majlis Tertinggi Nazri Aziz, yang berkata beliau ragu betapa anggota bawahan UMNO sanggup merendah diri untuk menerima RM200 sebagai wang sogokan untuk menentukan Dr. Mahathir tidak terpilih.
"Saya fikir berita itu tidak benar. Kalau benar eloklah buat aduan, katanya.
Kenyataan semacam ini telah diulang-ulang oleh Ketua UMNO Kubang Pasu; Johari Baharom dan Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Tun Hussein.
Ketika bercakap di sidang akhbar pada Isnin lalu Mahathir menceritakan kisah wang sogok dibayar untuk menentang beliau, Mahathir telah juga menyebut akan perjumpaan di rumah kelab tersebut.
Beliau berkata tiga bekas pembantu kanannya telah berucap dalam pertemuan itu dengan menyatakan mereka tidak meraih apa-apa semasa bertugas di bawah pentadbirannya.
"Osman Aroff, bekas Menteri Besar berkata dalam ucapannya, saya tidak pernah memberikan apa-apa kepada beliau. Saya tidak tahu apa yang dikehendakinya daripada saya semasa saya menjadi PM, terapi dia telah dijadikan Menteri Besar. Jadi apa lagi yang dia mahu?" tanya Tun Mahathir.
Mahathir juga berkata Datuk Hanafi tidak boleh merungut kerana dia telah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Pelancongan.
"Seorang lagi ialah Saad Man. Dia berkempen menentang saya walaupun dia bukan ahli UMNO lagi," kata beliau.
Para pemimpin UMNO telah menuduh kem pro-Mahathir memberikan para pengundi Kubang Pasu akhbar percuma dan VCD menunjukkan pandangan bekas Perdana Menteri itu.
|
posted by jasindaily online @ 7:49 PM |
|
|
POLITIK WANG UMNO AKAN JADIKAN MALAYSIA KUBANG RASUAH |
|
Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membersihkan politik wang tidak boleh dipercayai samasekali apabila orang yang dituduh melakukannya pula yang mahu menyiasat perkara itu.
Malah, politik wang di dalam parti itu akan membiakkan lebih banyak rasuah sehingga negara ini akan menjadi "kubang rasuah"
Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mahu menyiasat dakwaan itu adalah petanda bahawa politik wang akan berterusan dalam Umno.
"Mahdzir adalah salah seorang yang dituduh terlibat dalam kempen yang dikaitkan dengan politik wang dalam pemilihan perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti itu.
"Apabila dia sendiri yang mendakwa bahawa pemilihan itu bersih dan Umno Kedah yang diketuainya juga yang mahu menyiasat perkara itu, ia merupakan bukti yang amat jelas politik wang bukan sahaja tidak akan dihapuskan dalam Umno malah akan menjadi darah daging parti itu," kata beliau ketika dihubungi.
Mahdzir, yang dianggap "hulubalang utama" Abdullah di Kedah, dituduh terlibat dengan apa yang berlaku di Kubang Pasu itu apabila beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh berkempen supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dipilih dalam pemilihan itu.
Sepatutnya, kata Mohamad Sabu, hanya Jawatankuasa Disiplin Parti itu sahaja yang boleh menyatakan pemilihan itu bersih selepas siasatan yang juga bersih dari penyelewengan dibuat.
"Kenyataan Mahdzir sebagai Menteri Besar dan Ketua Perhubungan Umno Kedah bahawa pemilihan itu bersih akan menyebabkan ahli-ahli yang mempunyai bukti dan ingin menceritakan perkara sebenarnya tidak akan berani tampil ke hadapan kerana tidak berani melawan Menteri Besar.
"Kenyataan seperti itu juga akan menyebabkan pemimpin-pemimpin Umno yang lain tidak lagi takut melakukan politik wang kerana selepas itu mereka boleh membuat kenyataan yang menyebabkan tidak ada siapa pun berani tampil untuk menyatakan sebaliknya.
"Sebab itulah sebarang kenyataan bahawa Umno akan dibersihkan dari politik wang, lebih-lebih lagi kenyataan Abdullah sendiri sebagai Presiden parti itu, tidak boleh dipercayai sama sekali dan boleh ditolak tanpa soal," kata Mohamad Sabu.
Politik wang dalam Umno, katanya lagi, akan menyebabkan jenayah rasuah di negara ini semakin parah kerana tidak ada lagi kuasa yang berwibawa untuk mengawalnya jika para pemimpin Umno sendiri mengamalkan rasuah untuk berpolitik, mencari kemenangan dan menghalang pihak yang tidak direstui.
"Rasuah akan membiakkan lebih banyak rasuah. Penyakit itu tidak mungkin dapat diubati apabila kuman yang membiakkannya pula yang mahu berlagak sebagai doktor untuk merawatnya.
"Rakyat mesti membuat keputusan tegas untuk menyelamatkan negara ini dari menjadi kubang rasuah," tegas beliau.
Dalam pemilihan itu, Dr Mahathir tidak terpilih sebagai salah seorang dari tujuh orang yang dipilih sebagai perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti itu apabila hanya mendapat tempat ke sembilan dengan 227 undi sahaja.
Bagaimanapun, anaknya Datuk Mukhriz memperolehi 289 undi menduduki tempat kelima daripada keseluruhan 15 calon yang bertanding.
Enam perwakilan lain yang turut menang adalah calon nombor empat Haji Ahmad Hamid (317 undi), calon nombor tiga, Setiausaha Umno Bahagian Kubang Pasu Haji Shamsudin Ahmad (311), calon nombor tujuh Mohd Fadzli Abdul Halim (296), calon nombor dua Haji Shuib Din (293), calon nombor lapan Zulkifli Yaakob (286) dan dan calon nombor 11 Abdul Manaff Kechik (270).
Sebanyak 472 kertas undi dikeluarkan, 10 undi rosak sementara satu tidak dikembalikan.
Dr. Mahathir mendakwa berlaku rasuah dalam pemilihan tersebut serta terdapat ugutan kepada kakitangan kerajaan supaya tidak menyokong beliau sebagai perwakilan.
Bekas Presiden Umno itu juga mendakwa mempunyai bukti slip senarai calon pilihan, iatu calon nombor dua, tiga, empat, tujuh, lapan, 11 dan 14, yang didakwa diedarkan kepada perwakilan bahagian itu dengan disertakan wang tunai RM200.
Kecuali calon nombor 14, Haji Mohamad Abdul Rahim, kesemua calon yang disenaraikan dalam slip tersebut telah dipilih.
Walaupun menolak wujudnya politik wang dalam pemilihan itu, Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum dilaporkan sebagai menyifatkan pengedaran senarai sedemikian adalah "perkara biasa".
"Pada saya biasalah bila ada pertandingan, ada orang keluar senarai seperti itu, itu perkara biasa," katanya.
Bagaimanapun, para penyokong Dr Mahathir yang tidak berpuas hati mencabar Johari memberi penjelasan mengenai majlis yang diadakan oleh Johari dan Shamsudin bersama ketua-ketua zon di dalam sebuah bilik persidangan di Kelab Golf Darulaman pada jam 12.00 tengah malam selepas majlis ceramah kempen supaya jangan mengundi Dr Mahathir sebelum hari pemilihan.
Mereka juga mahu tahu apakah kandungan "sampul-sampul surat yang tersusun di atas meja dalam bilik persidangan tersebut".
Dalam sidang media selepas berakhirnya mesyuarat agung itu, Johari dilaporkan sebagai mengakui memang ada pertemuan di antara pihaknya dengan perwakilan pada malam 8 September di Kelab Golf Darulaman.
Itu pertemuan biasa, katanya, kerana sudah lama pihak cawangan mahu mengadakan pertemuan bersama beliau.
Apabila ditanya adakah sebab utama kekalahan Dr Mahathir berpunca dari pertemuan malam itu, Johari hanya menjawab itu adalah pertemuan biasa.
Ditanya adakah benar bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff juga berucap dalam pertemuan itu meminta perwakilan agar tidak mengundi Dr Mahathir, Johari tidak menafikannya dan hanya meminta wartawan bertanya sendiri pada Osman.
"Itu saya tak tahu, kena tanya sendiri pada beliau," kata Johari yang juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri .
Osman, yang juga salah seorang ahli Jawatankuasa Disiplin Umno, dikatakan berucap dalam pertemuan itu dan meminta supaya Dr Mahathir tidak diundi.
Seorang lagi bekas pengikut Dr Mahathir di Kubang Pasu yang dikatakan turut memberikan ucapan dalam pertemuan itu supaya Dr Mahathir tidak diundi ialah Datuk Saad Man yang digantung keahliannya dalam parti itu.
Selepas pemilihan itu juga, beberapa orang yang dituduh terlibat dikatakan telah menelefon mereka yang menerima apa yang disebutkan oleh Dr Mahathir sebagai sogokan dan diingatkan supaya jangan mengaku menerimanya.
Malah, para penyokong Dr Mahathir juga mendakwa, seorang perwakilan dari Umno Cawangan Kampong Darat ke mesyuarat agung Umno Bahagian Kubang Pasu itu telah mengaku menerima wang sogokan sebanyak RM200 di dalam sampul berwarna coklat, sekeping wang RM100 dan dua keping wang RM50 pada pagi 9 September di Dewan Wawasan dan seorang lagi perwakilan dari Umno Cawangan Kampong Paya Dudor juga mengaku menerima wang sogokan RM200 dalam sampul berwarna coklat. |
posted by jasindaily online @ 7:36 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|