Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BEKAS PEMBANTU DITUDUH MERENCANA KEKALAHAN MAHATHIR
Friday, September 15, 2006
Tiga orang bekas pembantu kanan Tun Dr. Mahathir Mohamed telah dikutuk kerana mengadakan satu pertemuan untuk menafikan kemenangan kepada beliau dalam pemilihan perwakilan dalam Bahagian Kubang Pasu.

Ketua Umno berkata tidak ada kempen untuk menentukan bekas Perdana Menteri kalau dalam pemilihan Sabtu lalu, tetapi para penyokong beliau berkata mesyuarat dengan para perwakilan di Kelab Darul Aman di Kedah adalah bertujuan menikam beliau dari belakang.

Datuk Said Man, yang pernah menjadi Setiausaha Politik Tun Mahathir, Datuk Hanafi Ramli, bekas Timbalan Ketua bahagian Kubang Pasu, dan bekas Menteri Besar Kedah, Osman Aroff, dikatakan telah memujuk para pengundi tidak menyokong pencalonan bekas Perdana Menteri itu.

"Memang ada mesyuarat dan para pemimpin telah mengingatkan para pengundi tidak memilih Dr. Mahathir," kata seseorang yang menetap di Kedah, semalam.

Berita berlangsungnya kokus di rumah kelab, dan segala dakwaan adanya wang yang dibayar kepada mereka yang menghadiri pertemuan - telah menyemarakkan perbalahan tentang apa sebenarnya yang terjadi menyebabkan Tun Dr. Mahathir mengalami kekalahan yang mengaibkan. Pertemuan itu dikatakan telah diadakan pada malam Jumaat dan dihadiri oleh separuh daripada para pengundi bahagian itu yang berjumlah 500 semuanya.

Tiga orang tokoh itu telah merayu dan berjaya mempengaruhi keputusan pengundian, demikian yang didakwa oleh para penyokong bekas Perdana Menteri.

Ketiga-tiga pemimpin tidak dapat dihubungi semalam.

Tun Dr. Mahathir pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Kubang Pasu selama 26 tahun, dan dia menjadi anggota Parlimen kawasan itu. Tetapi beliau telah tidak terpilih untuk menjadi salah seorang antara tujuh orang anggota perwakilan yang akan menghadiri persidangan tahunan UMNO pada bulan November nanti. Semalam, media arus perdana sengaja telah membesarkan komen para pemimpin parti yang rata-rata mahukan Tun Dr. Mahathir menunjukkan bukti wujudnya rasuah untuk mengalahkan beliau, dan meminta beliau membuat satu aduan rasmi mengenainya.

Mereka itu termasuklah anggota Majlis Tertinggi Nazri Aziz, yang berkata beliau ragu betapa anggota bawahan UMNO sanggup merendah diri untuk menerima RM200 sebagai wang sogokan untuk menentukan Dr. Mahathir tidak terpilih.

"Saya fikir berita itu tidak benar. Kalau benar eloklah buat aduan, katanya.

Kenyataan semacam ini telah diulang-ulang oleh Ketua UMNO Kubang Pasu; Johari Baharom dan Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Tun Hussein.

Ketika bercakap di sidang akhbar pada Isnin lalu Mahathir menceritakan kisah wang sogok dibayar untuk menentang beliau, Mahathir telah juga menyebut akan perjumpaan di rumah kelab tersebut.

Beliau berkata tiga bekas pembantu kanannya telah berucap dalam pertemuan itu dengan menyatakan mereka tidak meraih apa-apa semasa bertugas di bawah pentadbirannya.

"Osman Aroff, bekas Menteri Besar berkata dalam ucapannya, saya tidak pernah memberikan apa-apa kepada beliau. Saya tidak tahu apa yang dikehendakinya daripada saya semasa saya menjadi PM, terapi dia telah dijadikan Menteri Besar. Jadi apa lagi yang dia mahu?" tanya Tun Mahathir.

Mahathir juga berkata Datuk Hanafi tidak boleh merungut kerana dia telah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Pelancongan.

"Seorang lagi ialah Saad Man. Dia berkempen menentang saya walaupun dia bukan ahli UMNO lagi," kata beliau.

Para pemimpin UMNO telah menuduh kem pro-Mahathir memberikan para pengundi Kubang Pasu akhbar percuma dan VCD menunjukkan pandangan bekas Perdana Menteri itu.
posted by jasindaily online @ 7:49 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com