DEMI MASA |
|
|
PENYELEWENGAN PERUNTUKAN SJKC JOHOR |
Friday, September 15, 2006 |
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Ong Tee Kiat dalam media hari ini telah mendakwa secara terbuka bahawa pegawai kerajaan melesapkan wang peruntukan khas untuk beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Johor. Sekolah yang dimaksudkan ialah SJKC Kung Yu dan SJKC Ai Hwa dengan nilai peruntukkan yang diselewengkan sebanyak RM10 juta.
Dakwaan tersebut serius, kerana ia dibuat oleh seorang Timbalan Menteri yang juga Naib Presiden MCA. Badan Pencegah Rasuah (BPR) mesti menyegerakan siasatan terhadap dakwaan tersebut kerana ia adalah soal integriti dan maruah pegawai kerajaan terbabit.
Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Mazlan Aliman, isu tersebut menjadi agenda pendidikan yang sangat penting bagi kaum Cina yang telah diabaikan oleh kerajaan. Seminar, Forum, Dialog dan pelbagai resolusi telah dibuat dan disalurkan kepada Kerajaan. Namun, tiada tindakan yang serius diambil.
Layanan terhadap semua kaum untuk mendapat pendidikan berkualiti tidak boleh dipolitikkan sehingga tercetus rasa tidak puashati mana-mana kaum. Amalan diskriminasi jika wujud adalah sangat memalukan, sepertimana ketidakadilan yang dilakukan ke atas Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Mazlan menggesa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertindak pantas terhadap kepincangan yang kian ketara. Kegagalan menteri tersebut menangani permasalahan yang wujud sehingga hari ini hanya menunjukkan ketidakupayaannya untuk memahami serta menjiwa dunia pendidikan. |
posted by jasindaily online @ 7:29 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|