Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BELANJAWAN PRA PILIHAN RAYA
Tuesday, September 12, 2006
Bajet 2007 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dipanggil Belanjawan Rakyat kerana pelepasan cukai, penurunan dalam cukai korporat sebanyak 2% dalam tahun 2008, peningkatan dalam kemudahan dan pemansuhan dalam yuran peperiksaan dan tambahan dalam peruntukan pembangunan sebanyak RM11 bilion atau 31% daripada RM35.5 bilion kepada RM46.5 bilion. Semua pelepasan cukai dan penurunan dalam cukai korporat akan menyebabkan kerajaan kehilangan RM1,138 juta.

Sepatutnya, Belanjawan Rakyat meningkatkan pendapatan rakyat biasa, terutama bagi kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan. Sebaliknya, Bajet 2007 menaikkan pelepasan cukai dan mengurangkan kos, bukan menaikkan gaji atau pendapatan. Apa gunanya pelepasan cukai jika rakyat tidak cukup pendapatan untuk membayar cukai?

Bajet 2007 sepatutnya dinamakan sebagai Belanjawan Pra Pilihan Raya apabila perbelanjaan besar dalam sektor pembinaan jelas dilakukan untuk memenangi sokongan kalangan ahli-ahli Umno.

Kaedah yang sama pernah digunakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan pengecualian cukai pendapatan diberi dalam tahun 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi memenangi sokongan daripada rakyat yang telah turun ke jalan-jalan raya berdemonstrasi membantah tindakan Mahathir. Pak Lah kini, menggunakan kaedah yang sama dalam menghadapi tentangan daripada Mahathir.

Apa yang ada bagi rakyat yang makan gaji atau peniaga kecil? Selain dari kakitangan awam, tiada yang menggembirakan. Bonus minima sebanyak RM 1,500 bagi kakitangan awam, tanpa kenaikan gaji. Jika ia Belanjawan Rakyat, jumlah RM 159.4 bilion patut diberikan dalam bentuk tunai dan dalam perkhidmatan kerajaan sebanyak RM 6,000 bagi setiap orang daripada 26 juta rakyat Malaysia.

Jumlah RM 159.4 bilion terdiri daripada RM112.9 bilion dalam perbelanjaan operasi (RM 4,342 setiap orang) dan RM46.5 bilion perbelanjaan pembangunan (1,788 setiap orang).

Adakah setiap warga mendapat nilai pada perkhidmatan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan setimpal dengan RM 4,342? Atau kemudahan terus bernilai sehingga RM 1,788 dalam perbelanjaan pembangunan? Dengan penyelewengan berjuta ringgit tabung bantuan tsunami, kerja pembinaan yang tidak mengikut piawaian dan perkhidmatan kerajaan dalam kemudahan asas yang lemah, sesungguhnya, rakyat Malaysia tidak puashati.

Wang lebih baik dibelanjakan dalam meningkatkan pendapatan bagi rakyat untuk menangani kenaikan kadar inflasi dan kos sara hidup, sama ada dalam bentuk kenaikan gaji atau gran kerajaan atau pengagihan keuntungan Petronas.

Kerajaan menerima sejumlah RM53,730 juta atau 40% daripada pungutan cukai sebanyak RM133,843 bilion dalam tahun 2007:

-Cukai pendapatan bagi Petroleum sebanyak RM24,693 juta;
-duti eksport minyak mentah sebanyak RM2,643 juta;
-royalti petroleum dan gas sebanyak RM4,395 juta; dan
-dividen Petronas sebanyak RM22,000 juta menyumbang dari pengeluaran minyak negara.


Pada tahun ini, keuntungan sebelum cukai Petronas, mencecah RM70.2 bilion, melonjak 21% berbanding RM58 bilion dalam tahun kewangan sebelumnya yang berakhir 31 Mac 2006. Untung bersih meningkat kepada RM43.6 bilion daripada RM35.6 bilion. Jika dibuat perbandingan betapa besarnya keuntungan Petronas, untung bersih syarikat Malaysia terbesar yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu Malayan Banking, hanya RM2.5 bilion.
posted by jasindaily online @ 6:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com